Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Erti pengorbanan untuk Adiladha

Posted: 14 Oct 2013 09:30 AM PDT


Seorang anak memarahi ibunya sejak kecil kerana bekerja di satu tempat yang menyebabkannya diejek. Namun, perasaan marah itu dipendam tanpa diberitahu sehinggalah ianya hampir kehilangan ibunya.

Anak itu tidak memahami mengapa ibu tidak membenarkan ayahnya pulang ke rumah ketika usianya 10 tahun. Bukan sekali tapi dua kali. Anak juga tidak faham mengapa ibunya berhenti kerja sebagai seorang jururawat dan bertukar ke seorang pendandan rambut di sebuah salon.

Anak pernah bertemu dengan ayahnya yang sudah bercerai dengan ibunya untuk mendapatkan penjelasan. Ayahnya hanya berkata ibu tidak mahu beliau kembali tanpa mengulas lanjut.

Prasangka anak terhadap ibu semakin mendalam. Anak merasakan ibunya yang merosakkan segalanya – kehidupan ini baginya dalam malu kerana angkara ibu.

Ibunya kini terlantar di hospital kerana barah. Melihat keadaan ibunya sekarang, anak berasa kesal kerana tidak pernah meluangkan masa berkualiti bersama ibunya kerana anak sengaja menjauhkan diri daripada ibunya apabila anak sudah berdikari.

Pada usia 16 tahun, anak bermati-matian hendak ke sekolah berasrama penuh. Alasannya ketika itu ialah anak ingin hidup berdikari tapi niatnya sebenar adalah untuk menjauhi ibu dan dua adik kecilnya.

Adik-adik kecilnya tidak memahami apa yang berlaku, dan biarlah ibu yang menanggung derita membesarkan adik-adiknya kerana ibu yang memilih jalan ini, bisik hati kecil anak itu.

Selepas habis pengajian, anak juga jarang pulang ke rumah dengan alasan sibuk. Ketika Hari Raya, anak juga hanya singgah sehari dua dengan alasan sibuk. Ibu tidak berkata apa-apa selain menahan sedih dan membiarkan air mata mengalir ke dalam hati.

Ibunya kini tidak sedarkan diri di hospital.

"Biarlah ibu kamu berehat," kata Kak Tom, rakan karib ibu yang memiliki kedai salon tempat ibu bekerja.

Anak yang sedih mengikuti Kak Tom ke kantin hospital.

"Mak kamu akan sangat gembira kalau dia tahu Man balik menjenguknya dan duduk di tepinya," kata Kak Tom.

Anak tidak bercakap apa-apa.

Kak Tom meneruskan ceritanya.

Pada satu malam, ketika anak demam kuat, ibu sangat bimbang. Ayah pula menghilangkan diri entah ke mana tidak dapat dihubungi. Ibu berlari ke rumah sahabat karibnya, seorang ketua jururawat di hospital yang sama untuk memohon bantuan.

Ketika tiba, ibu terkejut melihat motosikal ayah berada di rumah tersebut. Ibu tidak berani mengetuk pintu walaupun dah tiba. Di depan pintu, terdengar kata-kata seorang budak memanggil suaminya ayah dan rakan karibnya memanggil suaminya sayang.

Berkecai hati ibu. Ibu berlari ke rumah Kok Tom untuk meminta pertolongan membawa anaknya ke hospital.

Ibu tidak bercakap apa-apa sepanjang perjalanan. Tiada setitis air mata yang keluar. Yang pentingnya anaknya sihat semula.

Ketika semuanya selesai, ayah pulang ke rumah. Ibu bertanya ayah pergi ke mana, ayah berbohong berkata pergi memancing di laut. Air mata ibu mengalir lalu merayu agar ayah bercakap benar.

Setelah didesak beberapa kali, ayah akhirnya mengaku berlaku curang. Ibu tidak dapat menerimanya. Ayah meminta agar dipulangkan segala hartanya sebelum bercerai. Mendengar kata-kata itu, ibu menghalau ayah keluar rumah secara kasar dan nada kuat.

Anak terdengar ibu menghalau ayah, tapi tidak mendengar apa yang dibicarakan sebelum itu.

Ibunya tidak mahu bercerita mengenainya lagi walaupun setelah secara rasminya bercerai dengan ayah. Imej ayah pada anak perlu dijaga, kata hati ibu. Biarlah dia seorang sahaja yang menanggungnya.

Di hospital, ibu teruk dikenakan oleh ketua jururawat yang mempunyai hubungan dengan bekas suaminya. Akhirnya ibu mengambil keputusan meletakkan jawatan.

Ibu tiada pekerjaan. Tapi pembelanjaan rumah dan anak-anaknya memerlukan ibu untuk bertahan, dan bertahan dalam kesakitan. Dalam pada masa yang sama, ayah datang untuk menuntut harta. Ibu mengurung anak-anak di dalam bilik supaya mereka tidak dapat melihat keburukan ayah mereka.

Ibu memulangkan segala wang yang disimpan bersama untuk anak-anak kepada ayah sebelum menghalaunya keluar sekali lagi. Yang menyayatnya, yang dapat didengar oleh anak hanya bahagian menghalau itu.

Tidak apa. Rezeki di tangan Allah, bisik ibu yang menabahkan diri daripada pukulan jiwa terhebat dalam hidupnya. Dan ketika itulah, Kak Tom menawarkan ibu untuk bekerja sebagai pendandan rambut di salonnya.

Kak Tom mengajar ibu segalanya sambil memberikan gaji. Ibu tidak minat pada pekerjaan tersebut namun tetap meneruskannya demi keluarga dan anak-anaknya yang tercinta. Bekerja di kedai salon dipandang serong oleh masyarakat kampung kerana walaupun bekerja di sebalik cermin cerah, masyarakat sekitar tidak dapat menerima ibu memegang kepala orang lelaki.

"Kak Tom dah biasa. Tapi ibu kamu perit kerana dia tak pernah merasainya keadaan dipandang hina, namun ibu kamu bertahan. Kesian dia, walaupun dia bertahan, di rumah, dia juga dipandang hina oleh orang yang paling disayanginya. Bayangkan hidup sedemikian, ia bagaikan neraka," kata Kak Tom.

Ibu tidak pernah merungut anaknya yang semakin jauh padanya. Ibu hanya membisikkan di hatinya, bukan salah anaknya kerana anaknya tidak faham.

Ketika anaknya di luar mencari rezeki, ibunya tidak pernah berhenti mendoakan keselamatannya. Setiap kali Hari Raya Korban menjelang, ibu akan mendermakan daging lembu korban atas nama anaknya.

Yang diharapkan ibu ialah anaknya hidup gembira.

"Ibu kamu melakukan semua itu untuk mengekalkan keluarga. Dia berkorban sepanjang hayatnya untuk kamu semua dan tidak pernah untuk dirinya sendiri," kata Kak Tom di penghujung bicaranya.

Air mata bergenang di mata si anak. Salah faham anak pada ibunya terlalu dalam. Pergorbanan ibunya selama ini dipandang hina oleh dirinya sendiri, masakan ada senjata yang lebih tajam daripada ini pada hati manusia?

Anaknya kembali di sisi katil ibunya lalu menangis memohon maaf. Ibunya mengalirkan air mata dan akhirnya meninggal dunia.

Akhirnya, anaknya faham apa yang berlaku dan kasih sayang dan permohonan maafnya diharap sempat dibawa bersama roh ibunya ke syurga.

Cerita ini diceritakan seorang pensyarah UTM kepada saya ketika saya berusia 27 tahun dan dari situlah, bermulanya penghayatan saya pada erti korban, dari sudut pandangan seorang bukan Islam.

Kepada rakan-rakan Muslim, Selamat Menyambut Hari Raya Haji dan kepada rakan-rakan bukan Islam, Selamat Bercuti.

Oleh Timmy Say

Ezam akan ambil tindakan terhadap macai yang pukul macai..

Posted: 14 Oct 2013 05:00 AM PDT


Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Ezam Mohd Nor tidak menolak kemungkinan ahli Umno yang terlibat dalam pergaduhan dan mencederakan perwakilan lain boleh dipecat serta merta sebagai ahli kerana ia menjejaskan imej parti itu.

Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil tanpa mengira status dalam parti kerana Umno tidak boleh menerima budaya dalam perjuangan parti.

"Kita akan ambil keputusan yang tegas dan mungkin memecat mana-mana ahli yang terlibat dalam kes sebegini, siapa pun, kita tidak kira siapa.

"Sesiapa pun yang masuk parti dan perjuangan ini, kena letakkan nama baik perjuangan mengatasi segala-galanya.

"Kalau kita emosi dan sanggup mencemarkan imej parti seperti ini, kita tidak boleh kompromi," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, lewat malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut insiden seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja yang dicederakan oleh bekas calon Ketua Pemuda Umno bahagian itu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan tersebut.

Mangsa yang juga petugas kempen calon Ketua Pemuda Umno Kota Raja yang menang itu dipukul oleh dua abang pencabarnya setelah tidak berpuas hati kerana kekalahannya di peringkat bahagian.

Ezam turut mendakwa, pihaknya menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis untuk menyiasat insiden tersebut.

"Kita percaya pihak polis boleh selesaikan insiden ini," katanya. Ketika ditanya keperluan memaklumkan perkara tersebut kepada pengetahuan Umno Pusat, beliau berkata, satu laporan lengkap akan dihantar segera dalam masa terdekat.

"Setakat ini belum secara rasmi (dimaklumkan insiden itu), kita baru dapat tahu malam ini, saya rasa ramai yang hadir dan akan buat laporan.

"Kita belum hantar laporan insiden ini kepada Umno Pusat, kita akan bawa ke pengetahuan pusat dengan segera," katanya lagi.

Gara-gara kalah kononnya kerana difitnah, macai UMNO belasah macai UMNO..

Posted: 14 Oct 2013 02:13 AM PDT


Selama ini kita sering menyaksikan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sering menjadi mangsa fitnah yang disebarkan oleh macai-macai UMNO baik melalui Facebook mahupun Blog-blog milik mereka..

Nampaknya budaya yang sudah sebati dengan mereka itu telah mereka gunakan untuk menyerang sesama mereka dalam Pemilihan UMNO kali ini.

Rentetan dari fitnah yang didakwa telah disebarkan olehnya seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja dipukul bekas calon kawasan itu yang kalah dalam Pemilihan...

Petugas Umno Bahagian Kota Raja dipukul 

SHAH ALAM - Tidak sampai 24 jam keputusan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno diumumkan, seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja dipukul bekas calon kawasan itu di hadapan sebuah cafe, di Kota Kemuning, di sini, malam tadi.

Beliau yang juga petugas calon Pemuda yang menang di kawasan itu mendakwa dipukul oleh dua orang abang kepada bekas calon Ketua Pemuda kawasan itu.

Menurut mangsa, individu berkenaan tidak berpuas hati kerana kekalahannya kerana mendakwa dia difitnah petugas lawannya di peringkat bahagian.

"Bila saya tanya apakah fitnah itu dan siapa saksinya, abang-abangnya tidak dapat menjawabnya lalu terus memukul saya selepas 10 minit bertikam lidah.

"Selepas itu, kedua-dua abang individu itu terus memukul saya dan menumbuk di bahagian muka, badan serta menendang saya," katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, malam tadi.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.45 malam tadi selepas mangsa yang berusia awal 30-an itu bertengkar kerana adiknya tewas pada pemilihan semalam.

Mangsa sebelum itu menerima SMS pada jam kira-kira 7.45 malam semalam daripada abang bekas calon tersebut yang mahu bertemu mangsa di sebuah kafe di Seksyen 33, Shah Alam.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi mendapatkan rawatan selepas cedera teruk di bahagian muka dan anggota badan yang lain ~ Sinar Harian Online

Yang aku merahkan itu menunjukkan typikal macai UMNO.. kalah berhujah, kekerasan diguna..

Teguran buat PAS dari penyokong PAS..

Posted: 13 Oct 2013 03:30 PM PDT


Bismillahirahmanirahim,

Buat pertama kalinya saya menulis analisis mengenai PAS yg agak panjang. Risikonya sgt tinggi kerana pengalaman sebelum ini apabila saya mengkritik PAS, teruk saya dihentam. Sgt berbeza dgn ahli2 UMNO walaupun ada seorang dua yg ekstrim tetapi ahli UMNO akan melawan hujah saya sedikit profesional.

Saya menulis mengenai parti ini ada bersebab. Buat yg ingin membaca, jgn letakkan diri anda dlm sebagai ahli parti...utk mudah menerimanya Jika tidak bersetuju anggaplah itu hak tuan2 dan puan2. Begitu juga penulisan ini hanyalah pandangan peribadi saya yg saya rasa berhak utk memberi pandangan.

PAS adalah harapan baru org Melayu kerana kerosakkan serius ditahap kritikal parti dominan org Melayu iaitu UMNO. PAS adalah pilihan ramai org Melayu selepas UMNO dan parti ini bukan baru dlm arena politik tanahair tapi PAS dilihat masih mentah dlm kancah arena politik.

Sebagai pemerhati atau pengundi atas pagar...kita terkeliru dgn PAS. PAS memilih perjuangan menerusi jalan politik iaitu ditentukan menerusi pilihanraya. Tapi sayangnya PAS sendiri tidak begitu faham jenis permainan 'politik' tersebut. Akhirnya PAS hilang fokus.

Berdasarkan usia, PAS dilihat cukup berpengalaman. Namun bukan bermakna pengalaman atau lamanya parti itu bermakna ia bagus, kuat dan berjaya. England peradaban atau tamadun beratus tahun lebih lama dari Australia...tapi Australia yg dibina 1901 begitu pantas mengatasi England sendiri.

Contoh dlm berpolitik PAS dan DAP dianggap seteru UMNO sekian lama tetapi PAS & DAP tak pernah menggugat parti UMNO atau BN...Kenapa? Kerana kurang bijak dua parti Melayu dan Cina ini berpolitik. Meletakkan pertandingan 3 atau 4 dan 5 penjuru membuat UMNO ketawa.

PKR masih muda tak sampai lagi usia 'sweet 17' tapi dlm masa yg pantas mampu menjadi peneraju dgn jumlah kerusi Parlimen paling byk. Dlm PKR banyak cerdik pandai 'genius'. Melayu 'genius', India 'genius' dan Cina 'genius'. PKR satu lambang parti berbilang bangsa yg pemimpinnya di kalangan mereka yg 'genius'.

Jika tidak kenapa PM melantik Ezam Mohd Nor, Nalakaruppan sebagai Senator, Zahrain Mohamed Duta. Manakala Lokman Noor Adam sekelip mata dilantik menjadi Exco Pemuda. Itu tanda mereka di dlm Keadilan dilihat ada 'value' walaupun sudah bergelar mantan.

Begitu juga pemimpin di kalangan kaum India dan Cina di dlm PKR, ramainya berpendidikan tinggi seperti Dr, Peguam, Engineer, Pensyarah, Arkitek, Guru, Pegawai2 Bank dan sebagainya. Boleh diandaikan di dlm PKR India dan Cina yg menyertainya 60% adalah India dan Cina bandar. Yg mana mereka sendiri menolak fahaman perkauman yg menebal.

Cara mereka berfikir agak lain dgn Cina DAP atau India PPP. Mereka ada 'class' tersendiri. Mereka mahukan Malaysia yg 'bersih, aman dan bagus dari segi ekonomi'. Dlm PAS tiada cerdik pandai? Ada ramai!... tapi sayangnya mereka tak diletakkan di tempat sepatutnya. Di dlm PAS nak cari cerdik pandai dlm agama mcm Seven Eleven (ramai) tapi nak cari cerdik pandai dlm berpolitik sgt sedikit...sebab 'kepandaian' mereka itu ditutup.

Dlm sejarah PAS sejak diwujudkan sehingga kini tiada siapa boleh menandingi 'genius' Allahyarham Datuk Fadhil Nor berpolitik. Bijak dlm ilmu agama dan bijak berpolitik 'pakej' yg ada pada arwah. Sebelum Tun Mahathir hadir menziarahi Allahyarham Tan Sri Azizan Razak (seteru politik), Fadhil Nor telah lama lakukan dgn menziarahi Anwar Ibrahim.

Masih ingat ahli2 PAS cukup tersinggung kerana kehadiran Fadhil Nor ke rumah Anwar. Ketika itu Mat Sabu masih seronok menghentam Anwar sehingga menggelarkan Anwar Aljuburi. Tapi tidak bagi Fadhil Nor, keihklasan arwah itu memberi impak yg baik dari segi moral agama dan politik utk PAS. Lihatlah semasa pilihanraya 1999, tiba2 PAS dpt lebih 20 kerusi Parlimen.

Adakah kerana hebatnya PAS? Tidak !!! Ia berlaku kerana faktor isu semasa...atau bahasa keras sikit menangguk di air yg keruh. Org Melayu ketika itu undi PAS bukan kerana ingin PAS wujudkan sistem hudud tetapi kerana marahkan UMNO. Tapi PAS sejak 1999, mereka dah perasan org Melayu sudah beralih kpd mereka dan kesannya pada 2004, PAS tewas teruk termasuk di Kelantan. Tapi masih tak sedar diri.

PAS ADA CIRI PERANGAI AL-ARQAM...

Apa persamaan mereka? Arqam tak percaya kpd politik tetapi cara dakwah. PAS pula percaya Islam akan berjaya di daulah menerusi politik. Apa persamaan antara mereka? Persamaannya keduanya ada sikap eksklusif...'aku lah yg terbaik'. Al Arqam dulu menggalakkan ahli bersolat di Markas2 Arqam. Dgn alasan jika bersolat di Masjid saf solat tidak rapat seperti dlm sunnah.

Dlm Arqam, guru2 ilmu yg kita hendak pelajari hanya di kalangan Ustaz2 Arqam sahaja di galakkan. Malah dlm jamaah ini ada perasaan iri hati pada PAS atau jamaah Tabligh. Begitu juga PAS...saya pernah menceritakan ketika saya menjadi penganjur kpd Konsert Khalifah Seni di Pulau Marina, Perak. Patutnya saya sebagai penganjur, Ustaz Azhar Idrus (UAI) akan mengikuti segala program yg diaturkan.

Sebagai penganjur tentulah saya akn mencari seberapa byk penaja. Tapi bila mendengar antara program yg diatur seperti makan bersama UAI (jual table) dan bersoalat Maghrib di Masjid Daerah, salah seorang ahli PAS yg membantu saya utk konsert tersebut tiba2 mcm naik angin mendengarnya. Lalu dia mengarahkan org2 besar PAS termasuk ahli Parlimen Lumut, YAB Lakasamana Imran skg ini utk duduk semeja.

Pendek kata meja itu dikelilingi org2 PAS. Sedangkan Ustaz Azhar memaklumkan kpd rakan saya, Hafiz (rakan UAI breakfast di KT), jika benar ada org UMNO, biarlah di kiri org UMNO dan disebelah kanannya org PAS. Biar adil buat mereka tetapi sebaliknya berlaku. Lebih teruk program bersolat ke Masjid daerah Manjung dibatalkan.

Patutnya kita dlm menyebarkan fahaman politik atau dakwah, kita kena buka kpd mereka yg belum memahaminya. Itulah yg diamalkan oleh Tabligh, masuk bertemu masyarakat dan bukan mengasingkan kononnya kami jamaah syurga dan kamu (UMNO) jamaah neraka. Inilah politik jakun sesetengah ahli PAS.

Malah lebih teruk PAS menjadi jamaah2 lain terutamanya Tabligh sebagai seterunya walaupun tak seteruk dgn UMNO. Saya dikhabarkan oleh 'karkon'2, masalah berdakwah di Malaysia ini, surau2 yg dimiliki oleh PAS sendiri tidak membenarkan mereka utk bermalam. PAS menjadi mereka eksklusif di mana surau2 yg 'ditawan' sudah menjadi surau utk ahli2 PAS sahaja.

Namun apa yg saya kecewa, Presiden PAS sepatutnya mengeluarkan arahan rasmi agar ahli2 PAS berjamaah di masjid ygt dikuasai UMNO dan mencampuri mereka dgn akhlak yg baik. Itu juga antara konsep dakwah terbaik utk membuat musuh mahu mengikuti kita seperti diajar Rasulullah.

KELUAR PAKATAN... PAS IBARAT 'BODOH SOMBONG'

Apabila ada cadangan dari geng ulama utk memikirkan kembali kerjasama dgn Pakatan Rakyat...ia langkah ke belakang. Terus terang saya katakan PAS boleh diibaratkan 'bodoh sombong'. PAS merasakan mereka kini adalah juara parti utk 'org Melayu'. Sedangkan hasil gabungan dgn PKR sekalipun 60% org Melayu masih memilih UMNO. PAS hanya mampu menguasai Melayu Kelantan.

Ini totok pemikiran yg ada kebanyakan mereka yg berlatar belakang sekolah pondok di dlm PAS. Antara persoalannya yg saya ingin bertanya kpd pucuk pimpinan Ulama ini adakah munculnya PAS ini hanya utk memerintah Kelantan sahaja? Jika benar, jgn hipokrit utk melaksanakan hukum hudud.

Kedua adakah kemunculan PAS hanya utk menjadi chk n balance sahaja utk pemerintahan negara? Sebab tanpa gabungan bersama Pakatan Rakyat...adalah mustahil mengikut akal manusia PAS boleh memerintah negara. Kalau hendak mengugut biarlah sedar kekuatan diri di mana!

Contoh perangai tak sedar diri PAS, apabila ada ahlinya mencadangkan dlm Muktamar PAS, agar jawatan Perdana Menteri diberikan kpd Presiden mereka. Sedangkan persetujuan bersama sudah termeterai. Ia cadangan yg mengarut, lemah dan kurang bijak berpolitik dan tidak ada political mileage .

Sebab itu saya katakan PAS walaupun lama tapi ahli2 ramai yg lemah atau tidak mahir berpolitik...semberono sahaja. Saya cabar PAS, silakan keluar dari Pakatan Rakyat...kita tgk berapa kerusi yg PAS akn menang???

ORGANISASI PAS PERLU DIPERBETULKAN...(Peranan Ulama tak berkesan)

Bila cadangan 'geng' Ulamak supaya "jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yg memahami faqih tentang Islam dan realiti semasa, saya anggap satu pemikiran yg sungguh menyedihkan. Peranan ulama sgt penting tetapi tidak penting sebagai Presiden. Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Ghazali tidak memegang jawatan ketua negara dan sebagainya tetapi peranan mereka sgt penting utk seluruh umat Islam di dunia.

Lihat di Turki bagaimana Perdana Menteri Erdogan, walaupun dia biasa2 sahaja tetapi di belakangnya ulama2 sebagai rujukan beliau. Apa salahnya jika DS Seri Nizar, Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Mohammad Sabu, Datuk Dr. Mahfuz Mohamad, Dr. Rosli Yaakob dan lain2 lagi diberi jawatan. Apakah hilang Islamnya bila mereka diberi jawatan.

Adakah Geng Ulama tak penting dlm organisasi PAS. Ia sgt penting cuma peranannya di tempat yg salah atau tidak menonjol. Bagi saya pendekatan Majlis Syura Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS patut tertumpu ke arah 'dakwah'. Mereka sepatutnya mencontohi jamaah Tabligh yg berjaya menghantar pendakwah (karkon) ke seluruh dunia.

PAS tak tak perlu hingga ke peringkat global tetapi cukuplah merangkumi Malaysia. Bagi saya Geng Ulama sepatutnya memainkan peranan dgn Pemuda PAS utk menjalankan kempen dakwah. Bila diajukan, Ustaz2 kami berdakwah di surau2. Dakwah sebegitu tidak berkesan kerana kamu tidak bertemu sendiri dgn masyarakat setempat. Yg kita mahu bawa org yg tidak ke masjid pergi ke masjid.

PAS mesti menubuhkan 'geng dakwah' mereka yg akan menyelinap masuk ke kampung2. Ini yg saya lihat ada kekosongan dlm PAS. Ia diakui oleh beberapa Ustaz PAS sendiri yg menganggap PAS hanya bergantung kpd individu2 yg bergelar Ustaz utk berdakwah. Akhirnya ia tidak bersistem dan rakyat tidak nampak peranan PAS di situ dlm mengajak manusia kpd Islam yg sebenarnya. Yg rakyat tahu ceramah PAS adalah ceramah politik.

Mana tidak ahli2 PAS sendiri cuba kita lihat di masjid2 atau yg dikuasai PAS sendiri. Jika ada kuliah agama pada Isnin hingga Jumaat tak berapa ramai yg dtg...biasa yg mendengar pun ahli jamaah surau itu sendiri. Tapi cuba ceramah politik, Mat Sabu berucap...beribu-ribu ahli PAS dtg...tanya pada diri sendiri kenapa ia berlaku.

Adakah itu yg dibanggakan oleh golongan ulama apabila ceramah politik lebih digemari daripada ceramah agama.Sedangkan dlm jamaah Tabligh apabila apabila berlaku Ijtima, berjuta-juta manusia menghadirinya utk mendegar ceramah (bayan) dari Maulana2 hebat di dlm jamaah tersebut.

Terkadang, rasa bangga kita memakan diri. Islam itu menyeluruh. Bukan di arena politik semata. Perlumbaan materialistik takkan pernah habis. Alangkah baik jika selepas ini diusulkan manifesto 'Memperkasa Institusi Masjid'. Ini org ramai melihat, org PAS pun sama dgn UMNO, bila ada ceramah agama tak ramai org...so apa bezanya???

PAS DAN HUDUD

PAS dipuji2 atau dibanggakan oleh ahlinya kerana akan membawa hukum hudud apabila memerintah Malaysia. Dlm politik tanahair, agenda tersebut merupakan bola tanggung kpd fahaman sekular kerana PAS mesti faham 50% pengundi di Malaysia bukan org Islam atau bukan org Melayu.

Rata2 umat Islam di negara ini tidak menolak hukum hudud. Dan mereka menyokong walaupun bukan ahli kerana tidak mahu dpertanggungjawab di sana nanti. Cuma seperti kata Subky Latif, agenda itu tidak perlu di war-warkan lagi. Yg penting ialah utk membersihkan Malaysia dari gejala rasuah yg sgt2 membimbangkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berkebajikan.

Lihatlah kejayaan Tukri yg pernah dipegang oleh manusia yg bumi pun tidak menerimanya, Kamal Artatuk. Bukan mudah apabila Kamal Artatuk menjadikan negaranya sekular yg berkiblatkan Eropah. Fahaman yg begitu lama berjaya dihayati oleh masyarakat Turki. Namun kini Perdana Menteri Turki dan Presiden mereka isteri mereka mampu memakai tudung...kenapa??

Hukum hudud bukan agenda atau termaktub di dlm manifesto Parti Adalet ve Kalkınma (AKP), dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki. Namun apabila menang kerajaan di bawah Parti AKP giat mempromosikan nilai Islam dan secara perlahan-lahan menghakis sekularisme di Turki.

Ia mengambil masa 8 tahun utk Erdagon memulangkan kembali hak org Islam. Mengapa mengambil masa yg terlalu lama...Erdogan belajar dari pengalaman. Tentera Turki mempunyai rekod mencampuri urusan kerajaan atas nama mempertahankan sekularisme di Turki.

Turki sebelumnya pernah mempunyai perdana menteri yg sama seperti Erdogan. Perdana Menteri Necmettin Erbakan adalah seorang aktivis Islam dan Perdana Menteri Turki. Tapi apabila dia dilihat begitu agresif cuba menghapuskan fahaman sekular di Turki, akhirnya Erbakan dijatuhkan oleh tentera tidak sampai setahun pemerintahannya.

Begitu juga di Malaysia, walaupun tentera tidak akn campurtangan hal ehwal politik tanahair tetapi PAS kena akur 70% pengundi di Malaysia masih berfahaman sekular. Malah dari 70% itu, 80%nya adalah dari bangsa Cina dan India. Kembimbangan mereka itu yg menidakkan utk PAS menjadi pilihan mereka.

Malah org2 Melayu (atas pagar) yg dianggarkan mempunyai 2 juta org memilih memangkah PAS bukan kerana inginkan negara yg mengamalkan hukum hudud tetapi mahukan Malaysia yg lebih bersih dari korupsi. Begitulah juga dgn kaum2 yg lain. PAS mesti sedar perkara ini.

Kita sepatutnya merujuk kpd dakwah atau kepimpinan yg ditunjukkan oleh Rasulullah. Baginda memperkenalkan agama Islam di kalangan penduduk Mekah dgn memperkenalkan dulu kebesaran Allah. Pelbagai wahyu Allah turunkan utki baginda berdakwah. Bab hukum seperti wajib memakai tudung ini wujud semasa baginda berpindah ke kota Madinah.

Rasulullah sewaktu di awal Islam yg ingin disampaikan, baginda tidak menyuruh wanita memakai tudung dan sebagainya. Satu persatu larangan disampaikan Rasulullah kpd umatnya ketika itu. Para pendakwah perlu memahami bahawa org awam memiliki potensi yg besar utk kemenangan dan kejayaan Islam.

Itulah pentingnya dakwah dlm Islam dan bukan hanya semata-mata politik. Manusia apabila memiliki kefahaman dan kesedaran Islam yg betul, akan mudah utk kembali kpd Islam yg sebenarnya. Dakwah adalah menyeru dan mengajak umat manusia utk menjadi lebih baik. Bukan menakut-nakuti mereka dgn berbagai ancaman seperti hukum hakam.

Lihat cara Nabi berdakwah berbanding dgn kita. Jika kita ditanya oleh seseorang niatnya utk berzina, mungkin kita jawab singkat "Tidak boleh, zina itu haram!" Ia sgt keras. Tapi kita lihat cara Rasulullah berdakwah apabila seorang pemuda pernah bertemu dan bertanya pada Rasulullah, "Ya Rasulullah, izinkan saya berzina." Rasul memandang pemuda tersebut dgn penuh kasih sayang dan bertanya, "Sukakah kamu bila itu terjadi pada ibumu?" tanya Rasulullah. "Tidak, demi Allah," jawab anak muda itu.

"Sukakah kamu bila itu terjadi pada saudara perempuanmu?" tanya Rasulullah. "Tidak, demi Allah." "Sukakah kamu bila itu terjadi pada anak perempuanmu?." "Tidak, demi Allah." Sukakah kamu bila itu terjadi pada istrimu?" Anak muda itu menjawab, "Tidak, Demi Allah." Rasulullah lalu berkata, "Demikianlah halnya dgn semua perempuan, mereka itu berkedudukan sebagai ibu, saudara perempuan, isteri, atau anak perempuan."

Kemudian beliau meletakkan telapak tangannya di dada pemuda itu, lalu mendoakannya.

PAS patut lihat konsep jamaah Tabligh berdakwah. Mereka menembusi seluruh pelusuk dunia hingga berjaya memikat puluhan juta manusia utk berdawkah seperti mereka. Pendekatan mereka apabila menuju rumah ke rumah adalah mengajak manusia ke masjid. Di masjid mereka tak cerita bab hukum tetapi menceritakan kebesaran Allah.

Kata salah seorang guruku yg menyertai jamaah Tabligh, "Dlm jamaah, kami diajar seni berdakwah. Kami akan duduk di tengah masyarakat tak kira apa bangsa dan kerosakan mereka. Kita mengajak mereka mendegar kebesaran Allah. Bila mereka dapat merasai kebesaran Allah, lalu mereka akn takut melanggar perintah Allah dan mudahlah mereka menerima Islam. Seni dakwah bab hukum jgn disampaikan dahulu tetapi hal kebesaran Allah diutamakan.

PILIH PEMIMPIN

Cadangan kumpulan Ulamak ini supaya "jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yg memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa" menampakkan pandangan yg sgt kebelakang. Apakah kumpulan ulamak ini ingat DS Nizar, Dr Hatta, Husam Mussa dan lain2 tidak memahami Islam?

Sepatutunya PAS mengambil peluang apabila puluhan ribu golongan profesional memasuki PAS utk dintonjolkan kpd masyarakat berbilang kaum bahawa pAS bukan parti pondoklagi tetapi parti yg ke arah Islam yg moden dan lebih berwibawa. Tetapi sesetengah golongan PAS tidak mahu membawa PAS maju dari segi berfikir...jika ada cadangan dari golongan profesional ditolak mentah2 seolah-olah golongan profesional ini akn menyesatkan PAS.

Dulu saya pernah menulis mengenai pemilihan calon utk calon Pasir Panjang, Lumut. Saya mempersoalkan kenapa Roha, kerana dgn waktu yg begitu terhad bukan mudah utk PAS mempromosikan siapa calon mereka. Apatah lagi PAS tiada akhbar harian.Bila dia dicalonkan ramai yg bertanya, siapa Roha???

Lebih sedih apabila bekas Ketua Wanita PAS memberitahu saya, Roha dipilih kerana permintaan dari Muslimat sendiri kerana belum ada wakil mereka yg bertanding sebelum ini...Terkejut sahaja letak calon, mcm letak calon JKKKK.

Saya kata jika pilih Roha, baik pilih Hamidun...80% pengundi DUN Pasir Panjang samada dari Umno atau PAS sudah mengenali beliau. Malah Hamidun telah lama buat kerja bagi pihak DS Nizar. Jika dia bertanding, tugas PAS lebih mudah cuma mempromosikan manifesto parti dan PR.

Lihat DAP di KK, khabarnya mereka sudah meletakkan calon utk PRU 14. Ini memudahkan utk calon buat kerja dari skg. Sb itu Rafizi dulu tetap berkeras akn bertanding di Pandan sebab dia sudah buat kerja di kawasan itu 3 tahun lamanya. Akhirnya Rafizi adalah antara mereka yg menang majoriti terbesar di PRU ke 13. Apa itu buat kerja? Calon bermula 2013, 2014, 2015, 2016, 2017 sudah mula menjalankan tugas tidak rasmi (bukan DUN) sebagai wakil rakyat dgn menghadiri majlis kenduri, kahwin, kematian, gotong royong, rumah terbuka hari raya.Sebab calon dari PR mesti ingat, mereka bukan seperti BN yg mempunyai byk dana. Calon PR hanya bergantung kpd budi yg dikenang.

Jika saya tanya calon PAS Pasir Panjang utk PRU 14, siapa dia??? Nescaya tiada calon lagi yg ditetapkan. Patutnya mulai sekarang PAS sudah war-war kan calon mereka utk calon itu bekerja dari skg dan bukan hanya menjelang pilihanraya. Contoh tauladan terbaik cara seorang pemimpin bekerja, anda lihat Nurul Izzah. Saya sedang menulis mengenai kehebatan Nurul Izzah di mata pengundi Pantai Dalam. Sebaik menang Puteri Reformasi ini terus bekerja utk penduduk kawasannya.

Tapi calon2 PAS mcm bercuti rehat panjang. Apapun utk pilih pemimpin masa depan sebaik-baiknya org tempatan yg berjaya (agama/kerjaya). Golongan profesional lebih mudah diterima di kawasan bandar. Contoh DUN Pasir Panjang 50% pengundinya adalah 'bandar' Seri Manjung dan beberapa tempat lagi. Golongan ulama biarlah di kawasan2 Kampung2 yg mana penglibatan aktivtinya seperti mengajar, menjadi imam, menghadiri majlis2 kematian dan sebagainya.

Skg manusia sudah bijak. Bukan mcm dulu UMNO letak beruk pun boleh menang. Skg zaman org berfikir. Antara faktor yg memenangkan calon ialah ialah faktor calon itu sendiri, kekuatan jentera parti, strategi kempen, manifesto, isu dan imej pemimpin.

PENUTUP

Akhir kata secara jujur byk yg perlu PAS lakukan kerana PAS tidak strategis. Sebelum muncul manusia bernama Anwar, PAS langsung tidak terfikir, bagaimana utk PAS mengusai Malaysia. Lebih 50 tahun berjuang PAS masih tercari-cari formula utk menewaskan UMNO sedangkan UMNO menyimpan rahsia tersebut sehingga Anwar membocori rahsia kelemahan PAS.

PAS mesti tahu UMNO tidak hebat jika parti itu sendirian. UMNO bergabung dgn berbelas parti utk membentuk kerajaan. Tapi PAS bersendirian. Pernah tak pemimpin2 PAS sebelum ini memikirkan, mana mungkin PAS dpt mengusai Malaysia jika hanya Melayu Kelantan sahaja yg menyokong.

Anwar beri formula, pertama mesti bergabung utk menggabungkan kekuatan. Kedua utk berlawan, pembangkang tidak boleh hadir secara kumpulan masing2 kerana ia memecahkan penyokong. Cara satu lawan satu. Formula ini hampir berjaya pada PRU 12 dan 13. Malah dlm PRU 13 peratusan pengundi Malaysia memilih Pakatan Rakyat.

Mana dtgnya pengundi tersebut? Ia hadir daripada sokongan pengundi kpd parti2 tadi. Oleh itu PAS mesti melatih org2nya utk menerima teguran dan bersifat terbuka dgn pelbagai pihak.

Contohnya PAS mesti menggalakkan ahli2 nya bersolat atau menghadiri ceramah agama/kenduri/ kematian ahli2 UMNO. PAS mesti bersikap mesra kpd jamaah2 dakwah utk menggunakan masjid atau surau yg dikuasai mereka utk membantu mengembangkan agama Allah (agar PAS tidak dilihat parti atau jamaah politik).

Ketiga PAS mesti membuka seluas-luas pintu kpd golongan profesional di dlm parti sendiri utk meneraju parti utk dilihat PAS bukan parti pondok lagi. Keempat Ulama2 PAS mestilah menyusun strategi bersama Pemuda utk memikirkan apakah langkah utk mendekatkan aktiviti dgn remaja dan penyokong2 atas pagar dgn memainkan peranan dakwah sebagi salurannya.

Kelima PAS mestilah melakukan byk aktiviti utk golongan remaja seperti hari2 sukan dan sebagainya. Ambil contoh Ustaz Azhar Idrus beliau sgt diminati kerana keterbukaannya kpd golongan remaja. Membenarkan golongan remaja menyanyi, bermotosikal dan sebagainya asalkan jgn melalaikan dan melanggar syariat.

Keenam, dlm kempen2 PAS selepas ini bab hukum jgn diketengahkan. Saya melihat penyokong ekstrims PAS hanya bergantung kpd satu pandangan sahaja, iaitu menyokong PAS semata-mata kerana Islam. PAS perlu menyusun semula strategi politiknya.

Salam....

Oleh Norman Liverpool
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...