Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


BBC dedahkan sebab UMNO halang penganut Kristian gunakan kalimah Allah..

Posted: 15 Oct 2013 08:21 AM PDT


Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dilihat sebagai usaha Umno memenangi semula sokongan orang Melayu menurut BBC dalam ruangan komentarnya semalam.

Wakilnya, Jennifer Pak yang hadir ketika keputusan dibacakan mahkamah menjelaskan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana populasi penganut Kristian di Malaysia hanyalah 9%.

"Ramai yang percaya isu ini tercetus daripada pertelingkahan di antara Umno dan PAS tetapi isu sama juga yang dimainkan semasa dan selepas pilihanraya."

Katanya, bukan semua umat Islam menyokong keputusan kerajaan untuk menghalang Kristian menggunakan kalimah itu tetapi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang terlalu bersemangat menyokong usaha itu.

Sementara itu, sebuah akhbar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National terkejut dengan keputusan yang dibacakan oleh Mahkamah Rayuan semalam.

"Keputusan mahkamah Malaysia bukan sahaja bercanggah dengan amalan beragama tetapi sejarah kalimah itu sendiri. Kalimah Allah itu berasal daripada perkataan 'al-ilah' yang bermaksud tuhan. Kalimah itu telah digunakan di serata dunia dan memasuki alam Melayu dari negara Arab," kata pengarangnya.

"Kalimah Allah tidak hanya eksklusif untuk Islam malah Kristian dan Yahudi juga menggunakan kalimah itu merujuk kepada tuhan sebelum kedatangan Islam.

"Al-Quran sendiri dalam Surah Al-Ankabut menjelaskan umat Islam harus menjelaskan kepada kaum (Kristian dan Yahudi) bahawa tuhan adalah satu."

Akhbar itu turut mengambil contoh UAE menjadi negara Islam dengan pecahan populasi Kristian dan Hindu tetapi boleh hidup bersama mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa ada diskriminasi.

Akhbar di Timur Tengah juga kerap memainkan isu ini beberapa kali sejak ia mula didebatkan di Malaysia pada awal 2010.

Pada Januari 2010, seorang kolumnis akhbar di sana menyebut, "Malaysia telah bertindak kejam kepada penganut Kristian dengan menggunakan isu kalimah Allah yang menunjukkan mereka sendiri tidak cukup arif tentang Islam.

"Dalam Islam, Allah merujuk kepada kalimah Arab yang merujuk Tuhan Maha Besar dan Pencipta sekalian alam. Allah juga adalah tuhan kepada Nabi Noh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad dan nabi-nabi yang lain," kata Akash Sagar.

~ The Malaysian Insider

Pelajar Malaysia di Australia diberi amaran agar jauhi Program Anwar atau biasiswa ditarik..

Posted: 15 Oct 2013 07:17 AM PDT


Biarpun Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Ketua Pembangkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mara ke Putrajaya selepas PRU13 yang lalu, namun kelibat Ketua Pembangkang itu masih digeruni oleh Barisan Nasional.

Entah apa sebabnya mereka perlu takut kepada Anwar Ibrahim hingga kini masih menjadi persoalan ramai..

Terbaru ialah para pelajar Malaysia yang menuntut di Australia telah diberikan amaran keras agar menjauhi program yang melibatkan Anwar Ibrahim di Australia pada 19 Oktober ini.

Para pelajar telah diberikan amaran agar menjauhi program tersebut atau berhadapan tindakan biasiswa mereka ditarik..

   
Ni laporan dari KeadilanDaily..

ADELAIDE, AUSTRALIA 15 OKT: Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia agar 'menjauhkan diri' dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di 'Festival of Ideas, Dissent and Democracy'.

Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA.

Amaran "Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.

"Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.

"Anda cukup tahu apa yang ditandatangani," kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.

Amaran yang dikeluarkan kerajaan Malaysia itu turut dilapor media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Anwar dijangkakan menyampaikan pidato dan berdialog di 'Festival of Ideas, Dissent and Democracy', di Adelaide University pada hari Sabtu, 19 Oktober 2013.

Penganjur 'Festival of Ideas, Dissent and Democracy' menyatakan, acara tahun ini fokus kepada insttusi politik dan idea-idea demokrasi.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...