Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pemuda PAS Pulau Pinang demo bantah PR benar bukan Islam guna Kalimah Allah?..

Posted: 18 Oct 2013 02:10 AM PDT


Sehingga kini tidak diketahui apakah status bekas Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, adakah beliau masih merupakan seorang ahli PAS atau sudah dipecat tidak diketahui.

Ini kerana menurut Zainulfaqar Yaacob, Pemuda Pas Pulau Pinang di bawah Yusni Md Piah serta Afnan Hamimi Taib hingga ke hari ini masih berdalih mengenai status beliau...

Jadi tak salahlah aku gunakan tajuk Pemuda PAS Pulau Pinang demo Pakatan Rakyat benarkan bukan Islam guna kalimah Allah..

Ni laporan dari Faqar..

KALIMAH ALLAH: BEKAS KP PAS PINANG DEMO ANTI PR

Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Hafiz Nordin melancarkan sekali lagi demontrasi anti Pakatan Rakyat di Masjid Simpang Enam, Komtar sejurus selesai solat fardhu Jumaat petang tadi.

Sebelum ini, beliau bersama Datuk Dr Hasan Mohd. Ali (bekas Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Pengasas JATI) melancarkan kempen 'Save Kalimah' Allah, iaitu kempen mesra Umno yang melarang bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.

Difahamkan, demontrasi kali ini sebagai menyokong ketetapan Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar dwi mingguan The Herald mengunakan kalimah Allah.

Dalam perkembangan lain, Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS sebelum ini berpendirian, harus bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagaimana dirujuk pada penunjuk al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Pendirian sama turut dipegang oleh Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP ~ Zainulfaqar Yaacob

Demo diadakan oleh Hafiz Nordin sambil memijak gambar pemimpin Pakatan Rakyat..



Siapalah yang hendak diperbodohkan oleh Setiausaha Kerja UMNO ini agaknya?

Posted: 18 Oct 2013 12:26 AM PDT


Samada Setiausaha Kerja UMNO ini sedar apa yang diucapkannya atau sekadar buat lawak, hanya beliau yang mengetahuinya...

Katanya seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times, tiada seorangpun dari calon-calon yang bertanding dalam Pemilihan UMNO kali ini melakukan rasuah untuk membeli undi..

KUALA LUMPUR: THE major reforms in Umno's election regulations, which were first put to test on Saturday, are showing promise. 
Five days after more than 150,000 voted in their Wanita, Youth and Puteri leaders, no one had filed reports of vote buying. 
Authorities, both in Umno as well as those with arresting powers, are hoping that the party polls, to be concluded this weekend, would remain free of money politics. 
Save for one or two verbal dissatisfaction expressed by members and reports of trivial administrative hiccups over the weekend, Umno executive secretary Datuk Ab Rauf Yusoh said no one had yet been accused of having bought their way in. 
There have also been no suggestions that those vying for top party posts at the divisional and central levels were attempting to pay their way through ~ New Straits Times

Sedangkan dalam masa yang sama ramai perwakilan UMNO sendiri mendakwa politik wang masih berleluasa dalam Pemilihan UMNO ini..

"Persaingan sengit untuk menang semua jawatan. Ia seperti kejadian 'ribut emas'," kata seorang pejuang Umno kepada sambil mendedahkan jumlah wang yang akan disalurkan pada pemilihan Sabtu ini. 
Sebahagian 146,500 perwakilan daripada 191 bahagian menggunakan sistem pemilihan baru bagi memilih pemimpin mereka dalam pemilihan kali ini. Pemilihan di peringkat bahagian juga diadakan pada hari sama. 
"Pastinya akan ada 'hujan emas' berlaku nanti," kata seorang lagi sumber rasmi parti yang mendedahkan perwakilan akan mendapat kira-kira RM300 untuk setiap undi mereka. 
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan calon yang menggunakan wang untuk memenangi tiga jawatan naib presiden dan 25 ahli Majlis Tertinggi ~ The Malaysian Insider

Dan Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa tiga penyandang Naib Presiden mengamalkan politik wang menjelang pemilihan parti itu esok dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan.

"TI-M menerima banyak maklum balas mengenai terdapat sejumlah besar wang diedarkan tahun ini untuk membeli undi menjelang pemilihan Umno.  
"Kami difahamkan penglibatan wang yang besar dan diedarkan pada program khas diadakan oleh penyandang Naib Presiden, yang juga memegang jawatan menteri kanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.  
Katanya, TI-M juga mempersoalkan peranan SPRM dalam menangani isu politik wang yang berlaku dalam Umno serta bukan hanya sekadar alasan masalah tersebut adalah masalah dalaman sesebuah parti.    
"TI-M mahu tahu apakah tindakan SPRM dalam isu melibatkan politik wang ini.  
"Walaupun Umno mengatakan ia adalah isu dalaman parti, SPRM harus menyiasat sama ada sumber wang tersebut diagihkan sepadan dengan kedudukan kewangan individu calon tersebut, dan jika ia didermakan kepada parti atau bahagian, sama ada ia dibayar atas tujuan membantu perniagaan," katanya.

Siapalah yang hendak diperbodohkan oleh Setiausaha Kerja UMNO ini agaknya??

Kalimah Allah: Siapa yang keliru sekarang?

Posted: 17 Oct 2013 07:42 PM PDT


MAHKAMAH Rayuan pada Isnin lepas memutuskan penerbitan mingguan Herald: The Catholic Weekly edisi Bahasa Melayu tidak boleh menggunakan kalimah Allah dengan alasan, antara lain, kerana ia boleh menyebabkan umat Islam di negara ini keliru.

Tiga hakim yang mendengar rayuan itu berpendapat bahawa Allah bukanlah sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian. Seorang daripada mereka menambah bukan saja orang Islam akan keliru tetapi orang Kristian pun boleh keliru sama.

Ini kerana konsep ketuhanan Allah dalam Islam sama sekali berbeza dengan konsep ketuhanan tiga serangkai — tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus — yang dianuti dalam Kristian.

Tetapi selepas membaca keputusan tiga hakim itu serta meneliti reaksi yang diberikan oleh pelbagai pihak dan meninjau pula rentetan episod polemik kalimah Allah ini sejak ia berbangkit pada 2007, ada beberapa hal yang boleh mendatangkan keliru.

Bukan saja orang Islam dan Kristian di negara ini yang keliru; daripada pelbagai reaksi yang terbit di media antarabangsa, kita boleh nampak masyarakat dunia pun keliru.

Pertama, isu ini mula berbangkit pada 1986 apabila Kementerian Dalam Negeri melarang beberapa perkataan dipakai dalam penerbitan bukan Islam. Selain Allah, tiga perkataan lain yang eksklusif untuk Islam ialah solat, Baitullah dan Kaabah.

Sebelum Menteri Dalam Negeri mengenakan syarat kepada Herald pada 2007 untuk tidak menggunakan kalimah Allah dalam edisi Bahasa Melayunya, penerbitan mingguan itu sudah beberapa kali menerima surat tunjuk sebab, teguran dan amaran.

Ada jarak masa hampir 23 tahun antara pekeliling asal pada 5 Disember 1986 sehingga KDN mengeluarkan syarat permit penerbitan pada 7 Januari 2009 — permit yang menjadi isu di mahkamah, isu yang umum kenal sebagai isu kalimah Allah. Tempoh antara pekeliling itu dengan teguran yang pertama pun ada jarak masa 12 tahun. Satu soalan: Kenapa lama sangat baru ambil tindakan sedangkan selama itupun orang Kristian Bumiputera sudah guna kalimah Allah?

Kita tentu keliru: Ada peraturan untuk apa? Adakah peraturan dijalankan seperti mana ia sepatutnya dikuatkuasakan atau adakah ia dikuatkuasakan berpilih-pilih ikut masa dan selera? Mahkamah Rayuan juga dalam keputusan kes itu membuat pemerhatian bahawa penguatkuasaan larangan itu tidak dijalankan dengan berkesan.

Ini membawa kita kepada pertanyaan seterusnya. Sebelum KDN mengenakan syarat permit tersebut, Herald mendapat tiga surat tunjuk sebab antaranya kerana menerbitkan tulisan mengenai politik. Satu lagi soalan: Adakah syarat permit yang dikenakan oleh KDN itu semata-mata kerana kalimah Allah atau ia kemudiannya ada kaitan dengan lidah pengarang yang meminta penganut Kristian berdoa memohon agar pilihan raya kecil Permatang Pauh — yang kemudiannya dimenangi oleh Anwar Ibrahim — berjalan dengan adil dan bersih?

Masyarakat harus jelas — ini isu langgar permit penerbitan atau keselamatan akidah atau keselamatan politik atau apa sebenarnya? Mesti jelas; nanti kita semua keliru.

Kedua, sejak selepas keputusan Mahkamah Rayuan itu dikeluarkan, ada usaha untuk meredakan keadaan dengan cuba membentuk pendapat umum bahawa keputusan mahkamah itu hanya terhad kepada penerbitan Herald.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keputusan itu hanya undang-undang kes yang boleh untuk tidak dikuatkuasakan. Katanya, keputusan kabinet membenarkan penggunaan Al-Kitab iaitu Bible dalam Bahasa Melayu serta Bible dalam bahasa sukuan di Sabah dan Sarawak — yang memakai kalimah Allah — masih sah. Kenyataan itu, seperti laporan media, boleh membawa maksud keputusan mahkamah tidak ada apa-apa makna berbanding keputusan eksekutif.

Dengan adanya keputusan Mahkamah Rayuan ini sekarang, bagaimanakah kedudukan warta kerajaan pada 1982 yang membenarkan orang Kristian memiliki, menerbit dan menggunakan Al-Kitab yang di dalamnya ada kalimah Allah?

Bagaimanakah pula kedudukan penyelesaian 10 perkara yang dipersetujui oleh kabinet menjelang pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 2011?

Sekali lagi, ini juga mengelirukan. Kalau Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, kenapa kalimah Allah boleh pula digunakan dalam Al-Kitab? Apakah orang Kristian tidak akan keliru dengan konsep ketuhanan itu?

Kalau kita seterusnya meneliti, membedah dan mengkaji tiga keputusan bertulis daripada tiga hakim itu, apa yang terlihat ialah kesan luas keputusan berkenaan — daripada segi undang-undang dan agama.

Apabila mahkamah itu memutuskan bahawa Allah bukan bahagian penting dalam kepercayaan Kristian, sesetengah daripada kita tentu keliru dan bertanya: Yang dikatakan agama samawi atau agama dari langit itu apa? Nabi-nabi yang disebut dalam Bible itu siapa; apakah mereka itu nabi-nabi yang lain daripada yang disebut dalam Al-Quran?

Keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin lepas bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan tetapi ia mungkin juga menyebabkan lebih banyak kekeliruan. Misalnya begini: Bagaimana dengan orang Sikh yang dalam kitab suci mereka juga menyebut Allah?


~ Astroawani
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...