Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anak siapa di Kelantan yang umur 22 tahun minta 3,500 ekar balak nih?

Posted: 19 Oct 2013 07:37 AM PDT


Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan pendedahan sebuah NGO yang mendakwa anak seorang pemimpin UMNO yang bertaraf Menteri telah membeli sebuah rumah yang bernilai RM7.2 Juta, ini pula satu lagi pendedahan yang mengejutkan dan perlukan penjelasan pihak terbabit.

Ianya telah berlaku dinegeri Kelantan dimana anak atau nama anak seseorang yang punya kuasa dalam pentadbiran negeri didakwa telah menubuhkan sebuah syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00.

Tiada satu sen pun modal yang dikeluarkan tetapi meminta Modal satu sen pun tak ada..tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri..

Aku percaya ini bukanlah pendedahan Mat Saman Kati yang terakhir kerana, dari apa yang ditunjukkannya kepada aku sebelum PRU13 yang lalu ada banyak dokumen yang membuktikan salah laku atau penyelewengan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Kebanyakkan dokumen melibatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri Perak, ada tentang kuari, ada yang melibatkan isu tanah dan berbagai lagi yang meletakkan mereka-mereka itu setanding malah lebih teruk dari pemimpin UMNO..

Kerana pemimpin UMNO tidak berselindung disebalik jubah dan kopiah serta perwatakan warak tetapi mereka adalah sebaliknya..

Mat Saman Kati menulis...

.... Sebenarnya aku tak ada locus standi dalam isu balak Kelantan ni sebab pertamanya, aku bukan rakyat Kelantan. Kedua, aku bukan ahli PAS dan ketiga, aku bukan penyokong Husam.Lagi pun, isu balak ni dah selesai bila MB Kelantan memaklumkan bahawa permohonan untuk mendapatkan konsesi balak ini ditolak.

Tapi, orang-orang yang tak berpuashati dengan Husam terus membedil Husam dengan macam-macam tuduhan sampaikan ada diantara ahli PAS yang sanggup melabelkan Husam sebagai pengkhianat.Aku dah banyak kali kena maki macam tu dan selalunya aku jarang ambik pot.

Contohnya bila aku dedahkan Ngeh Koo Ham dapat 10,000 ekar di Kelantan, ramai yang kutuk aku dan mintak bukti. Aku boleh tunjuk bukti, tapi ia akan membahayakan kerajaan Kelantan. Aku cuba ikut saluran..bagi tau kepada kepimpinan PAS. Kalau depa sapu bawah karpet...yang tu bukan salah aku dah.

Kalau aku publish dalam FB, semua orang akan nampak...dan yang akan menerima kesan negatif ialah PAS. Tapi bila aku tak siarkan, orang maki aku dan tuduh aku fitnah dan pengkhianat kepada PR.

Serupa juga dalam kes Husam. Husam nampak salahlaku yang bakal berlaku dan boleh membahayakan kerajaan Kelantan, tapi Husam tak boleh la nak dedahkan semuanya kepada umum. Kalau dia dedahkan..yang menerima kesan ialah PAS dan kerajaan Kelantan.

Tapi bila Husam tak dedahkan, dia dituduh pengkhianat. Dia dituduh memfitnah. Dan yang menuduh dan memfitnah bukan ahli sebarangan!! Nik Amar yang datang ke Liqa Fikri Pas Perak juga mengambil kesempatan untuk menghentam Husam. Ulama jenis apa ni?

Aku pun dah lama simpan benda ni dan dah malas nak cerita...tapi bila membaca satu posting macam mana Prof. Agus menitiskan airmata ketika berjumpa Menteri Besar dan TMB Kelantan..itu menunjukkan Prof. Agus sayang kat negeri Kelantan. dan bila dia kritik kerajaan Kelantan, itu kerana dia sayang kat PAS Kelantan.

Balik kepada isu balak 3,500 ekar yang didedahkan oleh Husam di sidang DUN Kelantan.

Aku pernah tanya...pasai apa Husam membangkitkan isu ini sedangkan dia tau permohonan itu telah pun ditolak? Sebenarnya, Husam hanya memberi "clue" tentang ada sesuatu yang tak kena di Kelantan. Sesiapa yang rajin atau mahu mencari kebenaran...boleh cari. Tapi sapa yang tak mau kebenaran atau mengharapkan kebenaran akan datang menggolek...sampai bila pun tak akan jumpa.

Aku tunjukkan kronologi permohonan tersebut. Kita mula dengan surat no 1 ini.


Surat ini adalah surat permohonan dari AFDB Gemilang Timber kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk mengeluarkan balak di Hutan Simpan Ulu Sat seluas 3,500 ekar.

Kalau diperhatikan kepada salah satu syarat yang ditawarkan oleh AFDB Gemilang Timber (3(i) ... syarikat menawarkan premium sebanyak RM2,000/ekar. Cuba kira berapa jumlah yang perlu dibayar kalau permohonan ini diluluskan!...RM7 juta.

Kemudian cuba tengok tarikh permohonan ini dibuat....20 Jun 2013. Kalau aku Pengarah Hutan Negeri, perkara pertama aku buat ialah check syarikat yang memohon sama ada syarikat tu layak atau tidak...ada modal atau tidak. Jadi, aku check di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ini yang aku dapat.


Wei!!! Syarikat didaftarkan pada 13.6.2013. Pada 20.6.2013 dah mintak 3,500 ekar!! gila ka? Berapa modal syarikat ni? Siapa pengarah? Pasal apa buat syarikat Enterprise...bukan Sdn Bhd?


Kah...kah..kah. Budak umur 22 tahun...anak sapa ni? Buka syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00. Modal satu sen pun tak ada..tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri!!

Gila ka? Kalau aku Pengarah Hutan..aku tak payah ambik apa-apa tindakan. Campak dalam bakul sampah saja. Tapi ini bukan sebarang budak. Budak ni macam anak Nazri Aziz juga!!

Dan surat permohonan ini bukan dihantar sendiri oleh budak 22 tahun ini, tapi dihantar sendiri oleh kabel dalam pejabat MB.

Pengarah Hutan tak boleh luluskan. Ini kerja gila dan kalau dia luluskan...dia jerut tengkok sendiri. So, telefon la kat kabel.."Susah la Tuan. Tak logik langsung!!" Apa nak buat?

Seterusnya sila sambung bacaan anda di ( SINI )

TAHNIAH Cikgu Zaidi dan Padan Muka Hang Dato Jalil...

Posted: 19 Oct 2013 03:22 AM PDT


TAHNIAH!! aku ucapkan kepada Saudara Mohd Zaidi Mohd Said yang telah memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh setelah menewaskan 3 calon lain termasuk penyandang Dato Abd Jalil Majid.

Proses pengundian melibatkan 588 perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh telah dijalankan di Dewan Besar Politeknik Seberang Perai di sini pukul 11.30 pagi... eh?


Dulu depa kata tak boleh guna Politeknik atau Sekolah untuk tujuan politik?.. apahal pulak depa guna boleh?.. tak apa kita biarkan dulu..

Pemilihan Bahagian Permatang Pauh merupakan antara pemilihan yang panas kerana bagi jawatan Ketua Umno Bahagian 4 calon yang bertanding iaitu penyandang Dato Abd Jalil Majid , Md Nasir , Dato Ahmad Saad dan Mohd Zaidi Hj Said .

Sebagaimana dijangka oleh banyak pihak di Permatang Pauh setelah menyaksikan kemenangan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh yang baru Saudara Abu Bakar Sedikh Dato Zainol Abidin (gambar bawah)..


Dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian, bekas Ketua Pemuda Bahagian, Cikgu Mohd Zaidi Mohd Said menewaskan penyandang jawatan selama tiga penggal Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan dua calon lain.

Mohd Zaidi dilaporkan menang dengan majoriti 110 undi.

Manakala, bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, dimenangi Ibrahim Ahmad yang mengalahkan penyandang, Datuk Mohammad Nasir Abdullah dengan 272 undi serta dua calon lain.

Abdul Jalil dan Mohammad Nasir kelihatan bergegas meninggalkan dewan kira-kira jam 2.45 petang.

Sumber dalaman UMNO menyatakan undi yang diterima oleh Dato Jalil hanyalah 40 manakala Dato Ahmad Saad pula 193 undi dan Saudara Zaidi mendapat 303.. selebihnya 52 undi pergi kepada Md Nasir..

Dengan itu menurut sumber dari UMNO yang lain pula, jawatan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh kini disandang oleh Saudara Mohd Zaidi Hj Said.

Timbalan Ketua Bahagian Ibrahim Ahmad @ Ad Burger dan Naib Ketua Bahagian pula adalah pemilik Route 69 di Bandar Perda, Saudara Aziz.

Sebelum ini dilaporkan , Saudara Mohd Zaidi menawarkan sebuah pasukan yang dinamakan 'pasukan transformasi' yang terdiri daripada muka baharu dan lama untuk membawa perubahan kepada UMNO bahagian tersebut.

Selain itu, katanya, matlamat utama pasukan berkenaan adalah untuk menumbangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Saya rasa sudah tiba masa pucuk pimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh berubah kepada tenaga muda yang akan membawa satu agenda baharu kepada UMNO seterusnya merampas kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Anwar.

Dan.. padan muka hang buat  Dato Abd. Jalil .. orang minta undur elok-elok hang tak mau undur.. kan dah tersungkur...


Kan dulu depa dah kata.. cukup-cukuplah buat harta tu.. bagilah peluang kat kami muka-muka baru ni pulak....

Itulah.. orang tua-tua dah kata.. orang tamak selalu rugi.. kan dah rugi...

Ada kuasa nak gantung orang ikut suka, sekarang kuasa dah tak ada.. rasakanlah!

Dan tak lupa juga diucapkan takziah buat Dr. Mazlan Ismail yang menentang Anwar Ibrahim dalam PRU13 yang turut bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian tu..

Dengan ucapan.. blah la lu.. dan pertanyaan awat tak bertanding dalam pemilihan PAS?.. kan ramai ahli PAS yang undi Dr. masa PRU13 hari tu... terutama sekali di DUN Permatang Pasir tu..

Buat yang menang tu.. jalankanlah tugas sebaik-baiknya.. cantaslah apa yang patut.. bukan cantas tapi kalau boleh cabut terus biar dia tak tumbuh dah...

Gambar-gambar datangnya dari SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...