Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anwar Ibrahim nak menyusah kroni UMNO pulakdah...

Posted: 21 Oct 2013 02:46 AM PDT


Rasanya tak perlu diulas panjang lebar mengenai siapa sebenarnya meraih keuntungan dari program PLKN ini..

Baik dari penyediaan tapak Kem, menyediakan kemudahan untuk Kem, membekalkan pakaian dan juga membekalkan makanan kebanyakkan tender dikatakan diperolehi oleh kroni-kroni UMNO..

Kroni-kroni yang dimaksudkan disini ialah pemimpin-pemimpin UMNO dan sahabat-sahabat mereka bukannya macai-macai UMNO..

Malah ada tesis PhD dari University of Hull dengan tajuk "The United Malays National Organization (UMNO) 1981-1991 : a study of the mechanics of a changing political culture" yang mendedahkan PLKN ini diwujudkan oleh Najib untuk kepentingan kroni-kroni UMNO..

Tesis tersebut boleh dilihat di ( SINI ) dan jangan terkejut dengan apa yang didedahkan dalam tesis itu..

Cadangan Anwar Ibrahim ini tak mungkin diterima pakai oleh Najib, kerana ianya bakal menyusahkan kroni-kroni mereka...

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) hari ini meminta kerajaan memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana gagal mencapai objektifnya. 
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PLKN tidak berhasil untuk memupuk kesatuan kaum dan jati diri di kalangan pelatih selain menelan belanja yang terlalu tinggi. 
"Kalau kita lihat belanja untuk program PLKN menelan belanja tahunan sehingga RM 800 juta iaitu belanja yang lebih besar daripada perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan(KBS) iaitu RM 700 juta yang juga mempunyai matlamat yang sama. 
"Program ini juga telah menyebabkan sebanyak 22 kematian semenjak penubuhannya dan bilangan kes pelatih hamil dan bersalin sewaktu di dalam program. 
"Oleh itu program ini patut dikaji semula sehingga satu kajian menyeluruh dibuat oleh Parliamentary Select Committee (PSC)," katanya ketika pembentangan Pra Belanjawan PR di bangunan Parlimen hari ini. 
PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di pusat latihannya di seluruh Malaysia bagi yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah pada peringkat SPM atau berumur 17 tahun. 
PLKN mula diperkenalkan pada tahun 2004 selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003 ~ Sinar Harian

Patutlah kurang ajar semacam saja.. Twitter Malindo Air kena godam rupanya..

Posted: 20 Oct 2013 11:49 PM PDT


Pagi tadi kecoh juga dilaman mikro Twitter, bilamana ramai individu yang ingin menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Malindo Air mendakwa soalan mereka dijawab dengan kasar oleh Perkhidmatan Pelanggan syarikat terbabit.

Ada pelanggan yang mengadu bahawa balasan tweet yang diterima mereka sejak 24jam yang lalu amat tidak memuaskan dan cara pihak Malindo Air membalas juga agak kasar, tidak seperti selalu.

Perkara ini kemudiannya telah dilaporkan oleh MSN Malaysia


Poor customer service from Malindo Air? 

If you were to read the replies from Malindo Air's Official Twitter account as above, you'd be devastated to read the replies to their customers.

It all took place this morning (21 October 2013).

Check out the chronology of the Twitter "feud":

Twitter user Alice tweeted, "@alicelky: Tried to use Malindo web check in but couldn't check in. Why? Is it because I bought the promo fare? :(".

She then received a reply from another Twitter user who replied saying, "@yeobeeyin: @alicelky hehe, don't be surprised. Malindo doesn't have web check-in. I just took their flights."

Malindo Air then replied, "@Malindo_Air: @yeobeeyin Hello .. are you sure Malindo do not have web check in? @alicelky" and boy, did this spark anger amongst Twitter users and customers of Malindo Air.

@xiaohang89: @Malindo_Air i think malindo should sack the personnel who replied in this manner. what a reply!!

@Malindo_Air: @xiaohang89 and then hire you as the CEO?

@VelvetVintage: Dear @Malindo_Air, should you need a social media strategist, please contact me. I am willing to enhance your customer service experience.

@Malindo_Air: @VelvetVintage I think I would trust you better with cakes than computers.

‏@suetmei: @Malindo_Air how bout you tell us whether do you really have web check in? it's your job or ours to be well informed? @yeobeeyin @alicelky

@Malindo_Air: @suetmei not our job to force feed you with information, news of our web check in has been on the web and media, tak nampak ke?

In order to uncover the truth behind it all, we at MSN Malaysia called their customer service hotline to inquire if that was indeed Malindo Air's Official Twitter account.

The customer service representative was extremely polite from the beginning of the call, and despite his uncertainty, he provided their HQ contact number.

We then called the number and spoke to the Marketing department.

The first point of contact was somehow uncertain, but proceeded kindly in directing me to a senior who's more familiar on this matter and she confirmed that their Twitter account is indeed hacked!

They just discovered as much this morning and are currently working on the matter at hand, so no hard feelings everyone! .


Kenapa Kementerian Pendidikan bayar RM268.5 juta kepada tiga perunding untuk mentor 4 jam sebulan?

Posted: 20 Oct 2013 08:56 PM PDT


DAP mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan melantik tiga perunding luar negara berjumlah RM268.5 juta bagi tempoh tiga tahun untuk meningkatkan bilangan guru bahasa Inggeris tempatan sedangkan terdapat cara yang lebih murah untuk menangani masalah itu.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari (gambar), berkata Kementerian Pendidikan melantik British Council, Kumpulan Pendidikan Brighton dan Kumpulan SMR HR untuk menyediakan 360 mentor dari 2011 hingga 2013.

"Bayaran RM20 juta kepada McKinsey yang dihebohkan sebelum ini bukan pengakhiran cerita tetapi jawapan yang saya terima oleh Kementerian Pendidikan melalui jawapan di Parlimen mendedahkan maklumat itu iaitu 7,500 guru bahasa Inggeris dari 1,800 sekolah dilatih bagi tujuan tersebut.

"Jika dibahagikan RM270 juta kepada 360 mentor, seorang mentor mampu memperoleh RM21,000 sebulan tetapi malangnya maklum balas diterima daripada guru yang menyertai program tersebut, pengajaran hanya tiga ke empat jam sebulan.

"Bagaimana seseorang guru itu mampu menguasai bahasa Inggeris jika latihan diberikan hanya sedikit kepada mereka. Malah, jika RM270,000 itu dibahagi kepada 7,500 guru yang mengambil kursus itu, maka kosnya mencukupi bagi menampung pengajian di universiti tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata, kos mengikuti pengajian bahasa Inggeris di Universiti Wawasan hanya memerlukan RM24,000 setahun yang merupakan dua pertiga daripada kos program Kementerian Pendidikan itu.

Katanya, kos mengikuti kursus diploma Pengajaran Bahasa Inggeris kepada Khalayak Lain (TESOL) selama enam bulan juga hanya memerlukan RM4,500 di kolej swasta tempatan.

"Apa juga penjelasan yang diberikan Kementerian Pendidikan, jumlah wang yang dibelanjakan kepada 360 mentor sepanjang tempoh tiga tahun adalah satu jumlah tidak munasabah.

"Usaha Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kualiti guru bahasa Inggeris itu dialu-alukan tetapi jika terdapat kaedah dan pilihan lain lebih baik, mengapa perlu melantik perunding yang bayarannya terlalu tinggi," katanya.

~ The Malaysian Insider
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...