Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Bank..

Posted: 23 Oct 2013 09:03 AM PDT


Seorang pegawai bank mati di tempat kejadian setelah ditembak oleh seorang pengawal keselamatan yang berkerja di bank yang sama tempat beliau berkerja, di Subang Jaya.

Mangsa, Norazita Abu Talib, dikatakan telah ditembak di kepala semasa membuka pintu bilik kebal ketika beliau didakwa ditembak oleh pengawal keselamatan yang bersenjata.

Pengawal keselamatan terbabit yang turut bersama dengannya ketika membuka peti besi di bank itu berjaya melarikan diri dengan sejumlah wang tunai.

Guard kills bank officer with shot to head

PETALING JAYA: A bank in Subang Jaya was robbed and its operations officer shot in the head by a security guard stationed at the bank, killing her instantly.

Bank officer Norazita Abu Talib, 37, a mother of two children, was opening the door to a safe with a colleague in the bank along Jalan USJ Sentral 2 at around 6.18pm Wednesday when the suspect shot her in the face with a pump gun.

The man then forced the other terrified staff member to load a bag with cash from the safe.

He then made his escape on a motorcycle with a yet-unknown amount of cash.

Selangor deputy police chief Deputy Comm Datuk Abdul Rahim Jaafar said the suspect was the only male staff member among the five stationed at the bank.

"According to the security firm he was meant to be a replacement guard and had worked in another bank next to the crime scene.

"He had been employed by the firm for about a year," he said.

However, he raised concerns over facts of the suspect's identity.

"Checks on his I.C. reveal that it was a fake. We are going to look into this more and find out how he was employed with a fake I.C," he said, adding that cops were also investigating the CCTV footage of the bank and nearby shops.

"I advise the public to be cautious as the man is still on the loose and is armed. I urge anyone with information on him to come forward," he said.

Subang Jaya deputy OCPD Supt Tan Ah Chua revealed that the suspect was identified as Ardi Hamza (770818-12-6721) from Tawau, Sabah.

The case is being investigated under Section 302 of the Penal Code ~ The Star

Kat atas tu gambar suspek dari CCTV, ni gambar MyKad dia..


Akhirnya mereka dapat idea untuk halalkan pembaziran RM1.6 juta yang dibayar kepada artis K-pop..

Posted: 23 Oct 2013 07:23 AM PDT


Akhirnya mereka berjaya juga mendapat idea bagaimana untuk menghalalkan pembaziran RM1.6 juta wang rakyat yang dibayar kepada artis K-pop setelah berusaha sedaya upaya..

Namun begitu ianya tetap berpaksi kepada 'Rakyat itu bodoh dan mudah diperbodohkan sepertimana kebanyakkan ahli UMNO'...


Atas dasar setiakawan atau boleh juga dikatakan 'You help me, I help you...' Menteri Belia dan Sukan, yang baru Khairy Jamaluddin dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO berkata..

... Perbelanjaan sebanyak RM1.6 juta untuk membiayai kos konsert K-Pop pada Hari Belia Negara 2012 adalah sebagai suntikan modal untuk menjana pulangan ekonomi yang lebih besar kepada rakyat dan negara.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu terbukti apabila pulangan ekonomi yang diperoleh peniaga dan pembekal pada sepanjang majlis yang dihadiri seramai 2.4 juta pengunjung itu dianggarkan bernilai RM24 juta.

"Keputusan mengadakan konsert K-Pop dibuat secara kolektif dan melalui sebuah jawatankuasa. Selain itu, perkara ini juga telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri memandangkan trend K-Pop merupakan antara tarikan belia pada masa itu dan mampu menarik kehadiran golongan tersebut yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

"Selain itu, kita hendaklah melihat pulangan ekonomi yang diperoleh sepanjang Hari Belia Negara 2012 berlangsung di mana anggaran pengunjung yang hadir adalah seramai 2.4 juta orang dan jika kita lihat secara kasar seorang pengunjung berbelanja sebanyak RM10, maka dianggarkan hampir RM24 juta yang dibelanjakan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Khairy menjelaskan bahawa Unit Pemasaran dan Penajaan Hari Belia Negara 2012 telah mendekati beberapa syarikat korporat dalam usaha mendapatkan penajaan bagi konsert berkenaan.

Katanya, walaupun pada mulanya terdapat pengesahan secara lisan, namun pihak kementerian tidak boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya syarikat-syarikat tersebut menarik diri pada saat-saat akhir kerana penajaan diberikan atas dasar tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Pihak kementerian tidak ingin menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini kerana ia merupakan program kerajaan dalam menghargai dan mengiktiraf sumbangan golongan belia kepada negara," katanya.

Dalam pada itu, Tony pada sidang akhbar menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat yang mungkir janji untuk menaja bayaran RM1.6 juta bagi persembahan K-Pop semasa sambutan Hari Belia Negara 2012.

Menurut beliau, pelanggaran janji seperti itu boleh dikenakan tindakan di mahkamah kerana perkara persetujuan itu boleh dianggap sebuah perjanjian.

"Saya berharap menteri membawa perkara ini ke mahkamah atau kita boleh anggap bahawa perkara itu hanya satu alasan untuk menyalahkan satu syarikat tidak dikenali," katanya.

Kalau benarlah pembaziran sebanyak RM1.6 juta untuk membiayai kos konsert K-Pop pada Hari Belia Negara 2012 adalah sebagai suntikan modal untuk menjana pulangan ekonomi yang lebih besar kepada rakyat dan negara.. buatlah setiap minggu atau setiap bulan..

Kah.. kah.. kah..

80 rumah hanyut, dua maut di Cameron Highlands akibat air empangan dilepaskan.. (Gambar dari tempat kejadian)

Posted: 23 Oct 2013 01:18 AM PDT


Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.

Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuantan hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.

"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

"Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.

"Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi itu," katanya.





Lagi gambar sila lihat di SINI

BN Menang Rakyat Senang?.. Kepala Hotak Hang!!!

Posted: 22 Oct 2013 09:49 PM PDT

Benarlah bagai dikata.. adalah mudah untuk memperbodohkan penyokong yang sememangnya bodoh.. contohnya adalah gambar di atas.

Antara sepanduk yang dibawa oleh penyokong UMNO/BN semasa penamaan calon bagi PRK Sungai Limau tadi, beberapa sepanduk terpapar dengan ayat 'BN Menang, Rakyat senang'..


Bodohnya mereka ialah mereka masih tidak sedar semenjak dari selepas PRU13 lalu, setelah BN berjaya mengekalkan kuasanya lebih banyak agenda yang menyusahkan rakyat telah dilaksanakan gara-gara kegagalan Najib mentadbir ekonomi negara dengan baik.

Bermula dengan kenaikkan beberapa barangan asas hinggalah kepada kenaikkan harga petrol kini ekonomi rakyat akan terbeban lagi dengan GST pula..

Menteri Ayam sudah tidak berani memberi jaminan bahawa harga barang tidak akan naik..

Menteri perdagangan dalam negeri Datuk Hasan Malek berkata kerajaan tidak dapat memberi jaminan bahawa harga barangan keperluan pengguna tidak akan naik mendadak selepas pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).  
"Tiada apa-apa jaminan di dunia ini... Buat masa ini, kita hanya boleh berdoa untuk kesan yang baik," katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.  
Katanya spekulasi mengenai pelaksanaan GST itu tidak sepatutnya timbul sebelum Bajet 2014 dibentangkan ~ Malaysiakini

Implikasi GST kepada rakyat...

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua , berkata cadangan pelaksanaan GST perlu ditolak kerana cukai dikurangkan kepada mereka yang layak sebaliknya mengenakan cukai kepada mereka yang memperoleh pendapatan tidak mencukupi untuk membayar cukai. 
"Jika GST dilaksanakan, golongan berpendapatan rendah akan terbeban dua kali ganda dalam pembayaran cukai kerana mereka yang terpaksa menanggung pengurangan cukai pendapatan oleh golongan berpendapatan tinggi. 
"Sebagai contoh, individu yang berpendapatan RM1,000 akan membelanjakan penuh gaji mereka tanpa wang simpanan dan perbelanjaan mereka dikenakan GST sebanyak 5%. 
Tetapi individu berpendapatan RM20,000 sebulan, mereka mungkin membelanjakan RM12,000 sebulan dan selebihnya diperuntukkan untuk simpanan dan pelaburan. 
"Golongan yang berpendapatan tinggi itu dikenakan 5% GST iaitu hanya RM600 daripada RM12,000 yang dibelanjakan tadi. Ini bermakna mereka hanya dikenakan cukai sebanyak 3%. Dengan kaedah ini, kerajaan menidakkan tanggungjawabnya dalam memberikan keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang adil dan saksama," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang mempersoalkan hanya 15% mereka yang bekerja di Malaysia dikenakan cukai kerana menurutnya mengapa 85% lagi tidak membayar cukai sedangkan negara menikmati pembangunan ekonomi yang pesat. 
Pua berkata, mengapa kegagalan urus tadbir kerajaan dalam menguruskan cukai dibebankan kepada rakyat yang memperoleh pendapatan kurang RM2,500 sebulan. 
"Hutang kerajaan kini meningkat kepada RM546 bilion selain liabiliti luar jangka yang mencecah RM150 bilion. Dengan angka tersebut, kerajaan dilihat gagal dalam memastikan dana kerajaan diguna dan dilaburkan dengan sebaiknya," katanya. 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu berkata, kerajaan tidak harus mengurangkan subsidi secara drastik dalam pembentangan Bajet 2014 kerana menurutnya mekanisme itu tidak akan berkesan jika kerajaan terus boros dalam berbelanja. 
Beliau berkata, kerajaan seharusnya menambah pendapatan daripada segi cukai dan pelaburan berbanding terus berbelanja secara berlebihan. 
Katanya, kerajaan perlu mengambil iktibar dari kemuflisan Grece di mana sebelumnya negara itu berbelanja seperti prinsip negara kaya dengan memberikan gaji yang tinggi tetapi mereka tidak mampu yang seterusnya memaksa Greece untuk memohon pinjaman. 
Ketika ditanya adakah sekarang masa yang sesuai bagi Malaysia untuk melaksanakan GST, Dr Mahathir berkata, ia tidak bergantung kepada masa asalkan pelaksanaannya dilakukan secara berperingkat. 
Beliau berkata, cukai kepada rakyat juga tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana ia akan menekan rakyat. 
Katanya, cukai yang dinaikkan sedikit demi sedikit tidak akan terlalu membebankan rakyat malah mereka akan terbiasa dengannya ~ The Malaysian Insider

BN Menang Rakyat senang??.. Kepala hotak hang!

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...