Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nak hidup lama jangan makan gula kata Menteri

Posted: 27 Oct 2013 09:05 AM PDT


Biasanya bagi menghalalkan tindakan mereka dan dalam masa yang sama untuk meredakan kemarahan rakyat sambil cuba memperbodohkan rakyat, setiap kenaikkan harga barangan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional akan dilakukan perbandingan dengan negara luar.

Tak kiralah samada perbandingan itu dilakukan secara adil atau tidak, rakyat akan cuba diperbodohkan oleh mereka dengan mengatakan bahawa harga barangan yang dinaikkan itu adalah lebih rendah dari negara luar.

Tetapi berlainan pula dengan pemotongan subsidi sebanyak 34 sen yang menyebabkan harga gula naik lagi 34 sen dalam masa tak sampai lima tahun setelah gula dimonopoli oleh kroni UMNO..

Harganya tidak dibandingkan dengan harga gula diluar negara tetapi dikaitkan dengan faktor kesihatan..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang.

Beliau berkata, ia merupakan tambahan kepada simpton akibat kencing manis, sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan bajet semalam, seperti kabur penglihatan, gangren dan pergantungan kepada mesin dialisis ~ Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin pula tanpa memikirkan apakah perasaan kaum keluarga Allahyarham Ustaz Azizan mengaitakan kematian Allahyarham dengan gula untuk mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen itu.

Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak..


Dan Menteri Kesihatan pula mendakwa kita akan hidup lebih lama tanpa pengambilan gula...

KUALA LUMPUR - Walaupun bunyinya agak klise dan mungkin mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak, tetapi itulah hakikatnya.

Kurangnya pengambilan gula dalam makanan dan minuman mampu memanjangkan jangka hayat seseorang kerana dapat menghindari penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

"Itu yang lebih baik kepada semua, tidak perlu ambil gula, kamu akan hidup lebih lama," katanya pada sidang media selepas selesai ucapan perasmian Seminar Pemeriksaan Perubatan dan X-Ray Fomena untuk pekerja asing di Hotel The Royale Chulan, hari ini.

Subramaniam diminta mengulas berhubung penafiannya terhadap kenyataan perdana menteri sebelum ini bahawa peningkatan jumlah pesakit diabetes yang berada di tahap membimbangkan menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan subsidi gula.

Menurut Najib, jumlah pesakit itu yang seramai 2.6 juta orang amat dikhuatiri.

"(Pengambilan gula berlebihan) adalah tidak baik. Saya sendiri sudah belajar minum teh tanpa gula. Inilah, kita perlu ajar rakyat dengan perkara-perkara yang baik sebab kita kerajaan yang bertanggungjawab," katanya semalam, sehari selepas mengumumkan pemansuhan subsidi bahan itu.

Subramaniam yang kemudiannya diburu wartawan untuk menjelaskan kenyataan Najib itu bagaimanapun menafikan bahawa gula menjadi punca utama peningkatan pesakit diabetes mahupun obesiti di kalangan rakyat di negara ini.

Dalam hujahnya Subramaniam berkata, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.

Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula katanya adalah satu perkara wajar di mana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.

"Harapan kita ialah dengan kenaikan harga ini yang dulu beli gula 1 kilogram sekarang beli setengah kilogram, yang dulu pakai satu sudu sekarang pakai setengah sudu atau langsung tak ada macam saya," ujarnya.

Malah ujar menteri ini lagi, manusia boleh hidup tanpa gula.

"Penyakit kencing manis disebabkan gula, tetapi kita sebagai seorang manusia tak perlu makan gula, kalau tak makan gula, kita mungkin akan hidup lebih lama, jadi oleh itu, daripada asalnya subsidi yang diberikan adalah secara berbudaya iaitu di dalam kaum Melayu ke Cina ke India, kuih kek sudah jadi budaya," katanya.

"... saya tahu gula sahaja bukan punca diabetes, diabetes ada dalam keturunan, cara hidup, perkara ini menyumbang kepada perkara itu, tetapi kalau seseorang itu telah mendapat penyakit kencing manis atau dari segi kesihatan keseluruhannya, mana-mana doktor pun akan bagi nasihat kurangkan makan gula.

"Itu nasihat yang diterima sebagai 'basic medical advise'," jelasnya ~ Sinar Harian

Lepas ni agaknya alasan apa pula yang akan kita dengar??

Ibrahim Ali buat lawak lagi..

Posted: 27 Oct 2013 06:00 AM PDT


Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) tidak akan teragak-agak untuk menyokong DAP jika parti Gerakan terus menyalahkan mereka sebagai punca kemerosotan pengundi kaum Cina.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya memberi amaran kepada Gerakan supaya tidak menjadikan mereka sebagai alat 'punching bag' bagi menutup kelemahan mereka sendiri apabila kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan 13.

"Kalau Gerakan terus jadikan Perkasa 'punching bag', Perkasa takkan segan silu lagi kalau berterusan sampai ke PRU14 kita tak tolak kemungkinan akan isytihar dikawasan Gerakan bertanding, ahli Perkasa takkan bagi sokongan.

"Kalau mereka terus serang dan memperlekehkan kita, kita akan beritahu ahli jangan undi calon Gerakan.

"Ada kawasan yang Gerakan lawan DAP dan terpulang kepada Perkasa kalau nak undi DAP dia akan sokong DAP.

"Kalau DAP menang DAP duduk luar kerajaan jadi tiada masalah buat Perkasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Gerakan kalah sebelum Perkasa ditubuhkan.

Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata, Perkasa ditubuhkan pada tahun September 2008, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada Mac dan ketika itu Gerakan sudah kalah di Pulau Pinang dan banyak kerusi di Kedah sebelum Perkasa ditubuhkan lagi.

Katanya, kekalahan Gerakan (PRU12 dan PRU13) tiada kaitan dengan Perkasa, sebaliknya itu masalah dalam parti yang ahlinya sendiri tak puas hati apatah lagi pengundi kaum Cina.

"Kenapa nak jadikan Perkasa sebagai 'punching bag' kononnya alasan mereka gagal PRU?

"Kena kaji diri sendiri jangan salahkan orang lain.

"Kalau dah tak upaya dapat sokongan Cina lebih baik bubar dan bergabung semula dengan MCA," tegasnya.

Tegasnya, kenyataan Chang itu tidak bertanggungjawab dan tidak perlu 'menjual' nama Perdana Menteri semata-mata hendak meraih sokongan semula.

'PM tak sokong Perkasa?'

"Perdana Menteri ini orang Melayu. Kalau dia kata PM tak sokong Perkasa maknanya PM tak sokong orang-orang Melayu dalam Perkasa.

"Walau dituduh macam-macam kita tetap sokong BN tak kira parti," katanya.

Semalam, Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Yun mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahunya bahawa Presiden Barisan Nasional (BN) itu tidak pernah menyokong politik perkauman yang diperjuangkan Perkasa.

Chang dalam ucapan perasmian Kongres semalam berkata, kerajaan perlu menolak segala bentuk unsur perkauman sempit dan menamakan Perkasa sebagai 'ancaman' keharmonian kaum.

Malah, Najib yang hadir sama dalam ucapan perasmian dilihat seakan turut menyokong pendirian Chang dan menegaskan BN sepatutnya menolak politik perkauman.

~ Free Malaysia Today

Jamil Khir Doakan BN Kalah di Sungai Limau?

Posted: 27 Oct 2013 12:27 AM PDT


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bahawa bapanya Baharom Ramli mahu PAS menang dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

Katanya, bapanya tidak menyatakan sedemikian dan hanya mengaminkan doa ketika kunjungan Mahfuz dan calon PAS Mohd Azam Abd Samat, ke rumah tersebut di Kampung Sedaka, Kedah.

Jamil Khir mendakwa, tindakan pemimpin parti terbabit tidak mengikut adab kerana membaca doa untuk PAS semasa menziarah.

"Itu Mahfuz yang kata, tak ada pun Haji Baharom sebut begitu," katanya yang menyifatkan dakwaan PAS sebagai "mainan politik yang sangat rendah".

Menurutnya, tindakan PAS itu menyebabkan bapanya, 77, yang lumpuh akibat serangan angin ahmar sejak tiga tahun lalu kini dalam keadaan tertekan.

"Bapa saya pun ada sebut dia tertekan dari sudut moral. Bila orang ziarah orang baca doa, dia pun tak tahu apa orang itu hendak sebut dia tolong aminkan saja.

"Bila begitu dia (PAS) kata bapa saya baca doa (untuk PAS) pula... Ada ke pergi rumah orang pi bagi kenyataan media di pintu rumah orang. Adab pun dah tak betul," katanya lagi.

Ditanya lanjut, Jamil Khir bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai keanggotaan bapanya dalam PAS dan hanya menyatakan bahawa ia satu dakwaan Mahfuz.

Harakahdaily pada hari Jumaat lalu melaporkan kenyataan Mahfuz bahawa Baharom, mendoakan agar PAS terus menang di Sungai Limau dan berhasrat untuk bertemu timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu ~ Malaysiakini

..... Yang betulnya akupun tak faham kenapa perkara mengaminkan doa bapa Jamil Khir ini dijadikan modal kempen..

Anaknya ahli politik tapi bapanya walaupun seorang ahli PAS beliau bukanlah seorang ahli politik, jadi janganlah heret dia sama dalam kempen ni, biarlah dia.

Lagipun bapanya pun tak setuju dengan tindakan mempolitikkan 'mengaminkan doa' tu..

Ini sebahagian dari kata-katanya... Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan 'bahan kempen' untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang ditemui Terengganu Today dirumahnya di Ulu Sedaka hari ini, melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya.

Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.

Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.

"Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus," ujarnya yang mengidap penyakit strok sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Baharom yang berusia 77 tahun memberitahu, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga turut melawat beliau pada hari yang sama, tetapi tidaklah pula dihebahkan di mana-mana.

Laporan sepenuhnya sila baca di ( SINI ) kalau malas nak baca lihat video di bawah ni..


Kita janganlah gunakan ayah Jamil Khir tu..kita gunakan Jamil Khir sendiri pula...

Agaknya doa Jamil Khir ini ditujukan kepada siapa?.. Siapa yang mengotakan janji dan siapa pula yang memungkiri janji??


Yang jelas mungkir janji ialah Barisan Nasional sendiri.. sebelum PRU13.. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan BR1M akan ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

Tetapi dalam pembentangan bajetnya baru-baru ini, Presiden UMNO sendiri iaitu Datuk Seri Najib Razak mengumumkan menambah dan meneruskan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 daripada RM500 kepada RM650 bukannya RM1000.

Adakah Jamil Khir mendoakan agar BN kalah dalam PRK Sungai Limau ini??

Pengawal tembak Pegawai Bank beli Kad Pengenalan palsu RM200

Posted: 26 Oct 2013 10:41 PM PDT


Pengawal keselamatan warga asing yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya Rabu lalu dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan hanya ratusan ringgit sahaja.

Kad pengenalan itu dibeli dengan harga antara RM200 hingga RM600 sekali gus membolehkan suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bertugas di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang.

Malah suspek menggunakan kad pengenalan palsu tersebut untuk melakukan jenayah termasuk perbuatan kejam menembak mati Allahyarham Norazita Abu Talib, 37, dari jarak dekat menggunakan senjata pump gun, Rabu lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah belum diketahui.

"Sejauh mana pembabitan suspek yang disifatkan penjenayah berbahaya ini masih disiasat pihak polis. Cuma kita yakin dia mendapat kad pengenalan palsu yang dibeli hanya ratusan ringgit.

"Identiti sebenar suspek juga kita sedang siasat. Jika kad pengenalan palsu itu menggunakan nama Ardi Hamza, mungkin nama sebenarnya lain," kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia namun enggan mendedahkan butiran lanjut di mana suspek membeli kad pengenalan palsu itu.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang Rabu lalu, Norazita maut ditembak di muka sejurus selepas membuka sebuah peti besi berisi wang dan suspek melarikan wang berjumlah RM450,000.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pengawal keselamatan dan isteri suspek, kesemuanya warga Indonesia yang dipercayai bersubahat dengan penjenayah kejam itu semalam.

Sementara itu, carian Mingguan Malaysia di laman myeg.com.my mendapati pengguna kad pengenalan bernombor 770818-12-6721 menggunakan nama Ardi Hamza mempunyai tiga rekod kesalahan jalan raya sejak Mei 2005 sehingga Jun tahun lalu.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mempunyai lesen memandu, menggunakan lesen memandu yang tamat tempoh dan tiada insurans kenderaan.

Semua kesalahan itu dikesan dilakukan di Petaling Jaya, Klang dan Subang Jaya menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran BKE 5506 ~ Utusan

.... Salah siapa???
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...