Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ibrahim Ali yakin PAS kalah teruk di DUN Sungai Limau..

Posted: 29 Oct 2013 08:45 AM PDT


Perkasa yakin PAS akan kalah dalam PRK Sungai Limau pada 4 November ini kerana orang Melayu makin meluat dengan politik PAS.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, faktor utama PAS akan kelah kerana orang Melayu makin meluat dengan politik PAS.

Katanya, Islam hancur dalam perjuangan polirik PAS. "PAS berdolak-dalik dalam banyak isu yang melibatkan kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera," katanya kepada 

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas menambah PAS betul-betul menjadi terompah DAP.

Ibrahim mendakwa politik PAS mengejar habuan dunia dan Islam dijadikan perkakas. "Faktor kedua PAS akan kalah kerana pengundi luar DUN Sungai Limau tidak akan balik mengundi," dakwanya.

Katanya, tidak memberi apa-apa makna jika mereka balik mengundi. "Jika mereka balik, undi PAS dan PAS menang, tidak ada apa-apa untung kerana ia tidak merubah kerajaan negeri yang dikuasai BN dan kawasan kekal mnudur," tegasnya.

Beliau meramalkan pengundi luar tidak akan balik kerana buang masa untuk mengundi PAS yang tidak beri apa-apa faedah.

Katanya,maka BN akan menang di DUN Sungai Limau. "Pada pendapat saya, inilah yang sepatutnya berlaku," kata beliau.

Tambahnya lagi PAS perlu disuntik untuk sembuh dari penyakit kronik politik ~ Free Malaysia Today

..... Kah.. kah.. kah.. main belasah ikut suka dia saja.. fakta langsung tak ada.. nasib baiklah ada Ibrahim Ali dalam politik Malaysia ni, kalau tidak seriuslah kita sepanjang masa..

Bukan kerana faktor kesihatan harga gula terpaksa dinaikkan.. tapi ini sebabnya.. bacalah!..

Posted: 29 Oct 2013 04:41 AM PDT


Agak pelik kali ini dan ramai juga yang tertanya-tanya mengapa dalam hal menaikkan harga gula Perdana Menteri dan juga lain-lain Menteri langsung tidak membandingkan harga yang dinaikkan itu dengan harga-harga di luar negara..

Biasanya mereka akan menggunakan alasan standard mereka iaitu 'Harga barangan tersebut adalah jauh lebih murah dari harga dinegara luar'.. tetapi tidak dalam hal gula ini..

Semua mereka memberikan alasan dengan mengaitkannya dengan faktor kesihatan hingga menyebabkan Perdana Menteri sendiri kelihatan seperti penjual ubat seks dipasar malam..

Mereka sepatutnya boleh menggunakan alasan standard mereka dalam hal ini kerana ianya adalah satu fakta bahawa selain Thailand kebanyakkan negara di Asean menjual gula pada harga yang lebih tinggi dari apa yang terjual di Malaysia iaitu RM2.84 setiap kilogram.

Di negara Thailand setiap Kilogram dijual pada harga RM2.39, di Cambodia RM3.04, Myanmar juga RM3.04, Vietnam RM2.88 setiap Kilo, Indonesia RM3.44, Singapore RM4.08 dan Philippines ialah RM4.17 bagi setiap Kilo.

The Nation

Jika alasan itu digunakan sudah pasti mereka tidak ditertawakan oleh rakyat kebanyakkan..

Bagaimanapun sebab sebenar gula dinaikkan sebanyak 34 sen terdedah jua... kerajaan sebenarnya telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi..

Jadi sekali lagi kerana kesilapan mereka rakyat terpaksa menanggung beban akibat kesilapan mereka itu.. Adilkah?

Laporan berkaitan...

Kerajaan beli gula mahal punca subsidi dipotong, kata DAP  
Pengurangan subsidi gula sebanyak 35 sen setiap kilogram yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2014 adalah disebabkan kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi, kata DAP. 
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs berbanding harga pada ketika itu, US$23.42. 
"Saya telah mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan ketika itu kerana kerajaan membeli gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran. 
"Perbezaan harga kontrak melebihi 10% daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun. Saya juga pada masa itu telah menyarankan kepada kerajaan bahawa laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi. 
"Tetapi, perkara ini tidak dihiraukan oleh kerajaan malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir membidas dengan berkata harga gula mentah dunia dijangka terus meningkat pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 
Pua berkata sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu. 
Katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana telah membuat keputusan tidak wajar dan menyusahkan rakyat Malaysia. 
"Ismail pada Januari tahun lalu bersikap angkuh apabila berkata 'biar saya ingatkan kamu bahawa kerajaan adalah bijak' kerana menandatangani perjanjian tiga tahun tersebut. Namun ia membuktikan keputusan tersebut adalah salah dan amat merugikan Malaysia. 
"Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula. 
"Punca kenaikan harga gula disebabkan kerajaan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. 
"Kerajaan perlu mengaku kesalahan yang dilakukan dengan menyiasat punca gula mentah diimport dengan harga lebih mahal dan mengumumkan dasar pemulihan yang akan dilaksanakan agar perkara yang menambahkan beban rakyat tidak akan diulangi pada masa hadapan," katanya ~ The Malaysian Insider

Sebab Jabatan Perdana Menteri diperuntukkan RM16.5Billion akhirnya terdedah!!

Posted: 29 Oct 2013 12:03 AM PDT


Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming hari ini menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan merupakan satu lagi contoh pembaziran yang masih tidak dapat ditangani.

Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan telah dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) memperoleh bayaran sebanyak RM49,000.


Menurut beliau, gaji terlalu tinggi itu melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara telah menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Dalam jawapan Parlimen saya pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500, gaji bulanannya kira-kira sebanyak RM69,000. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan).

"Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai gaji bulanan RM23, 577," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, tadi.

Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162 ribu dan bonus sebanyak RM60 ribu.

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30 ribu dan elaun kereta bulanan sebanyak RM5,000.

Disamping itu, kakitangan di JPM, dimana kebanyakkannya berkontrak sahaja turut dibayar lebih tinggi daripada penjawat awam.

"Sebagai contoh, seorang pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam memiliki gaji maksimum sebanyak RM49 ribu sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam mempunyai gaji maksimum sebanyak RM31,600 sebulan.

"Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 mempunyai gaji maksimum bernilai RM21 ribu sebulan," ujarnya.

Agensi-agensi lain dibawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera.

Pada masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

"Jika Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya hidup dengan peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST, beliau sendiri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya.

"Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau telah melonjak sebanyak 13 peratus daripada tahun lalu, berbanding 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion.

Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya telah menerima salah satu peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion dibawah Bajet 2014.

~ Roketkini

Tembak Pegawai Bank: Lima lagi ditahan bersama Kad Pengenalan palsu..

Posted: 28 Oct 2013 08:18 PM PDT


Lima lagi lelaki ditahan berhubung dengan kes bunuh Pegawai Bank oleh Pengawal Keselamatan baru-baru ini, kesemua mereka adalah warga asing yang berumur antara 30 hingga 50 tahun.

Dan kesemua mereka juga dilaporkan memiliki Kad Pengenalan palsu, mereka telah ditahan oleh pihak Polis dalam satu serbuan di Subang Jaya, Ahad lalu..

Sebelum itu kita baca dulu apa tindakan pihak Polis mengenai maklumat tentang Facebook suspek yang tersebar baru-baru ini..

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Facebook dipercayai milik suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, 37, pada 23 Oktober lalu, mula dikesan pengunjung laman sosial itu. 
Laman Facebook itu menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela dan setiap gambar lelaki yang dipercayai pemilik laman tersebut mirip dengan gambar suspek bernama Ardi Hamza yang didedahkan polis, baru-baru ini. 
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika dihubungi berkata, polis akan menyiasat akaun laman sosial itu dari semua sudut bagi mengumpul maklumat. 
Berdasarkan pemantauan pada Facebook berkenaan, didapati pemilik akaun tersebut berasal dari Indonesia ekoran setiap perkataan digunakan dalam loghat negara itu. 
Sebelum ini, polis turut mendedahkan suspek berkemungkinan berasal dari Sulawesi, Indonesia. 
Pemiliknya pula kali terakhir mengemas kini status pada 21 Oktober lalu iaitu dua hari sebelum pembunuhan Norazita. 
Dalam status itu, suspek menulis: Jum Blik kampung kita... mat mlam all (jom balik kampung... selamat malam semua). 
Sementara itu, berdasarkan pemantauan di Facebook berlainan iaitu milik seorang wanita bernama Nurul AyuRahmadani, dipercayai isteri suspek, lelaki tersebut mungkin bapa kepada seorang anak. 
Perkara itu berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik memaparkan lelaki tersebut sedang mendukung anaknya. 
Malah, terdapat gambar yang menunjukkan lelaki itu memakai seragam pengawal keselamatan lengkap memegang senjata api jenis pump gun dan dipercayai sedang bertugas di sebuah bank di dalam negara ~ Lidah Rasmi UMNO

Ini laporan mengenai lima ditahan itu...

PETALING JAYA: Five more men – all with fake MyKads – have been arrested in connection with the killing of a bank officer last week by a guard, Selangor deputy police chief Deputy Comm Datuk Abdul Rahim Jaafar said. 
The men, all foreigners aged between 30 and 50, were detained on Sunday following raids in Subang Jaya. 
DCP Abdul Rahim said the latest arrests brought the total number of those detained over the case to 10 people, adding that it was alarming as most of them had fake MyKads. 
Those arrested are the suspect's family members and friends. We believe they are Indonesians. We will investigate how they obtained the fake MyKads," he said. 
Police, said DCP Abdul Rahim, were also monitoring a Facebook page, purportedly belonging to the suspect. 
According to the information displayed on the page, the Facebook owner, a man believed to be the suspect, lives in Petaling Jaya and works in an international courier company. 
As at 2pm yesterday, the Facebook page link had been shared over 100 times ~ The Star

Siapa yang mengeluarkan Kad Pengenalan palsu itu hingga menyebabkan seorang Ibu terbunuh meninggalkan dua anak ini?..

Semoga selepas ini keluarga mereka pula yang menanggung padah akibat perbuatan menggadai kedaulatan negara oleh mereka ini hendakNya...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...