CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(KHALIMAH ALLAH)Allahuakbar, Kita Menang. Pas KALAH dan Kristian KALAH

Posted: 13 Oct 2013 08:58 PM PDT


1. ‪#‎NamaSuciAllah‬ bukannya perkara asas dlm kepercayaan Kristian, tp adalah asas kpd agama Islam.

2. Pihak hakim tidak faham kedegilan ("adamant") pihak Kristian dalam keinginan utk mempertahankan jg utk mengguna #NamaSuciAllah.

 3. Selepas ini, jika pihak kafir Kristian masih tak bersetuju, boleh bawa ke Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 30 hari.

'We are not satisfied. This is not doing justice to the christians. This is an erosion of minority rights. We will appeal to the high court. We have not given up hope. -Father Lawrence Andrew, priest and editor of The Herald

Nampak gaya mereka takkan berdiam diri dengankeputusan ini. Perjuangan belum berakhir. Mereka masih ingin menuntut penggunaan nama suci Allah.

Ayuh umat Islam..terus bertahan di benteng-benteng pertahanan agama yang kita cintai ini!





[PAS JAHAT] Kenyataan TERBARU Presiden PAS benarkan bukan Islam guna kalimah Allah tidak wajar dan Tidak Bertanggungjawab

Posted: 13 Oct 2013 05:06 PM PDT

Kami menyeru kepada seluruh umat Islam, ayuh bersama kita turun ke mahkamah hari ini untuk mendengarkan keputusan kes Kalimah Allah di Mahkamah.

Ini isu AKIDAH UMAT. Ini isu KITA SEMUA. Ini melibatkan MASA DEPAN ISLAM. Ini melibatkan MASA DEPAN ANAK CUCU KITA.

Mari beramai-ramai kita turun ke Putrajaya hari ini.
BUKTIKAN KITA PEDULI! 

Sumber: www.selangorku.com/?p=35876
BANGI, 13 Okt – "Kenyataan terbaru Presiden PAS yang mengatakan kalimah Allah boleh dipakai oleh bukan Islam amat tidak wajar kerana penghakiman sedang berjalan.

"Perkara ini boleh mempengaruhi penghakiman dan memberi kelebihan kepada pihak penentang Islam," demikian tegas Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya dalam satu kenyataan pagi ini.

Katanya, kenyataan ini juga bercanggah dengan keputusan Majlis Syura PAS dan pendirian Timbalan Musryidul Am PAS Tuan Guru Harun Din.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dengan syarat ia tidak boleh ditafsirkan dengan tuhan yang lain.

Tegas Tuan Haji Aminuddin, penggunaan kalimah ini tidak harus dilihat dari aspek pemakaiannya sahaja tetapi implikasi yang akan timbul terhadap kemulian agama Islam dan kesucian kalimah tersebut.

"Jika kebenaran ini dibuat oleh pihak mahkamah maka ia amat sukar utk membendung penyalahgunaannya di masa-masa hadapan.

"Apa yang berlaku di Indonesia harus menjadi pengajaran di sini di mana kalimah Allah ini telah disalahgunakan di gereja-gereja," katanya lagi.

Selain itu, katanya ISMA memandang berat kenyataan Tuan Guru Haji Hadi kerana berpandangan isu ini dilihat sebagai strategi puak Kristian untuk menyebarkan fahaman mereka kepada umat Islam di negara ini.

"Tuan Guru Haji Hadi harus lebih peka dengan suasana yang ada bukan dibiarkan dimanipulasi oleh pihak-pihak lain yang ada kepentingan politik," tambah beliau.

[PEMIMPIN UMNO YANG DIPILIH] 3 SOALAN: Layakkah Kamu Memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air

Posted: 13 Oct 2013 04:04 PM PDT


Ramai yang melontarkan idea tentang perlunya proses meremajakan UMNO. UMNO dilihat sudah tua. Maka untuk meremajakan UMNO, orang tua dalam UMNO perlu beri laluan kepada orang muda untuk menerajui parti, manakala orang tua atau orang lama perlu mengundur diri. Apakah ini satu perkara yang perlu dilakukan oleh UMNO?

Isu sekarang bukan orang muda atau orang tua. Isunya bukan orang lama atau orang baru. Isu yang paling penting adalah bagaimana UMNO boleh terus relevan menjadi parti pilihan rakyat. Bagaimana UMNO boleh terus menjadi parti yang dominan dalam pemerintahan negara.

Dan yang lebih penting, bagaimana UMNO boleh terus dipilih oleh Allah SWT; untuk terus memerintah Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. Ini kerana, hakikatnya bukan rakyat yang pilih. Allah yang pilih. Rakyat hanya asbab. Yang memenangkan adalah Allah, dan mengalahkan adalah Allah.

Teras atau dasar UMNO yang pertama dan utama adalah Alif iaitu Agama. Kemudian baru Bangsa dan diikuti oleh Tanah Air.

Ini jelas diterjemahkan pada bendera UMNO. Di tengah-tengah bendera UMNO ada keris. Dan keris itu berwarna hijau. Keris bermakna Melayu. Hijau bermakna Islam. Maka roh perjuangan sejak dahulu adalah agama Islam. Dan inilah yang telah menjadi asas kepada kesatuan dan persatuan bangsa Melayu.

Soalan 1: SEJAUH MANAKAH PERJUANGAN KAMU TERHADAP ISLAM?

Bagi menjamin kelangsungan keberadaan UMNO, nilai dan roh agama dalam UMNO perlu diperkasakan .

Jika kita melihat kepada trend Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan PRU-13; Rakyat amat dahagakan agama. Jika UMNO ingin bertahan dan terus diberi mandat dengan majoriti yang besar pada PRU-14 nanti, UMNO perlu memastikan paksi perjuangannya adalah agama.

Hasan Al-Bana mengatakan, kamu tidak akan dapat melahirkan sebuah negara Islam. Selagi kamu tidak melahirkan individu-individu yang benar-benar Islam.

Meminjam roh dan semangat daripada kata-kata itu, maka UMNO perlu melahirkan ahli dan barisan kepimpinan yang berjiwa agama. Yang faham bahawa mereka adalah warga akhirat dan bukan warga dunia. Yang insaf bahawa UMNO bukan matlamat. Matlamat akhir adalah redha Allah. Yang sedar UMNO hanya alat. Alat untuk membina akhirat.

Barisan kepimpinan yang faham bahawa Islam tempatnya bukan pada dinding , tembok dan kertas. Islam bukan terletak pada bangunan, acara sambutan dan perarakan semata-mata. Islam bukan hanya terletak pada membaca doa pada awal dan akhir majlis. Islam letaknya pada diri. Yang diterjemah dalam setiap gerak dan tindak. Hinggalah lahirlah 'al-Quran' yang bergerak.

Barisan kepimpinan yang sedar bahawa matlamat hidupnya di dunia adalah ibadah dan dakwah; dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Kepekaan terhadap persoalan dosa, pahala, halal dan haram menjadi tinggi. Iman dan takwa menjadi subur. Penghayatan solat sebagai tiang agama menjadi agenda hidup. Solat sunat, puasa sunat, bangun malam, bacaan Quran, zikir, istigfar dan selawat menjadi KPI diri. Imarah Masjid menjadi budaya. Sedekah, beramal jariah, wakaf dan berinfaq harta tidak dilupa. Orang tua dihormati. Orang muda disayangi. Ulama dimuliakan. Fakir miskin dan anak yatim disantuni.

Barisan kepimpinan yang menjadikan matlamat akhir hidupnya adalah untuk dapat bersama dengan Rasulullah SAW dan para Sahabat RA di akhirat nanti; Dan akhirnya dapat bertemu dengan Allah di dalam syurga.

Wahai barisan Pimpinan UMNO peringkat Tertinggi, peringkat negeri dan peringkat Bahagian, Adakah kamu tergolong dalam kumpulan yang mempunyai syarat kelayakan ini?

Soalan 2: BERANIKAN KAMU MEMPERJUANGAN BANGSAMU WALAU KAMU DIHINA?

UMNO amat memerlukan seorang yang tidak apologetik dan secara terbuka berani memperjuangkan hak serta kepentingan orang Melayu. "UMNO adalah sebuah parti untuk orang Melayu, kita perlu pemimpin yang secara terbuka dan berani memperkata dan memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu, kita tidak boleh ada pemimpin yang apologetik" komen salah seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

"Kita tidak pernah mengambil hak orang lain tetapi kita kena bantu orang Melayu,"

UMNO tidak memerlukan barisan Pimpinan yang oportunis mengejar jawatan sebagai jambatan untuk mencapai matlamat diri sendiri. Apabila UMNO diasak oleh musuh-musuh politik dari dalam dan luar negara, mereka takut untuk ke depan dan takut untuk bersuara.

Umpamanya, apabila ada pemimpin Cina mahu istilah bumiputera hendaklah dibuang. Ini bukan perkara kecil dan ia membawa erti yang sama seperti mana yang pernah dibangkitkan oleh bekas pemimpin Cina, yang menafikan Melayu sebagai pribumi. Mereka bukan sahaja mempertikai dari segi istilah sebaliknya mempunyai matlamat untuk membuang hak-hak kita sebagai bumiputera.

Kenyataan ini datang daripada parti komponen, bukan daripada luar Barisan Nasional (BN). Tetapi mana dia suara pemimpin UMNO? Kononnya takut nanti Cina berasa kecil hati. Bila kecil hati, kita takut mereka tak undi kita.

Kita takut tak dapat undi orang Cina. Sebab itu, orang Cina kata atau buat apa pun yang boleh menggugat kewibawaan dan keutuhan perjuangan UMNO, kita mendiamkan diri dan tidak mampu untuk bertindak balas.

Apabila suara-suara memperjuangkan Melayu dalam UMNO tidak lagi lantang, maka orang Melayu terpaksa bersuara melalui saluran lain seperti NGO.

Wahai barisan Pimpinan UMNO peringkat Tertinggi, peringkat negeri dan peringkat Bahagian, sejauh mana keberanian kamu memperjuangkan bangsamu?

Soalan 3: BERANIKAN KAMU MEMPERJUANGKAN TANAH AIR MU MELEBIHI KEPENTINGAN DIRI?

Pemimpin yang mempunyai patriotisma adalah pemimpin yang komited untuk membina negara dengan jujur dan tidak melakukan sesuatu yang meruntuhkan negaranya. Pemimpin seperti ini tidak akan melakukan kerja rasuah serta menggunakan kedudukan mereka untuk mengaut kepentingan peribadi dan sanggup memecah belahkan rakyat yang dahagakan perpaduan.

Yang terbaik dan terunggul sekali ialah pemimpin yang tidak mahu negara berpecah kerana mereka dan sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan yang mereka sandang setelah gagal mentadbir rakyat dan negara dengan baik. Ini lah ciri patriotisma yang tertinggi nilainya.

Nilai ini bukan sahaja sepatutnya ada pada mereka yang sedang berkuasa yang mahu meletakkan jawatan. Ia juga terbabit dengan pemimpin yang ingin mendapatkan jawatan itu. Apabila seseorang itu telah terpalit dengan isu moral peribadi mereka juga tidak sepatutnya menawarkan diri untuk menjadi pemimpin negara.

Mereka yang telah dipersepsikan oleh rakyat sebagai pemimpin yang tidak bermoral juga sepatutnya berkorban dengan membatalkan niat untuk menjadi pemimpin utama negara kerana mereka juga akan membawa negara kepada kehancuran. Justeru pemimpin-pemimpin seperti ini juga boleh menunjukkan semangat patriotisma mereka dengan membatalkan sahaja niat untuk mengambil alih kepimpinan negara.

KEDAULATAN NEGARA pastinya menjadi keutamaan setiap individu daripada kita, tetapi memijak kedaulatan negara tanpa sedar melalui perbuatan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan bakal menghancurkan negara.

Wahai barisan Pimpinan UMNO peringkat Tertinggi, peringkat negeri dan peringkat Bahagian, sejauh mana keberanian kamu memperjuangkan tanah air mu?

UMNO Perlukan Pemimpin yang Berjuang untuk Agama, Bangsa, dan Tanah Air

Jika 3 kriteria asas pun kamu telah gagal melepasinya, maka jelaslah bahawa pemilihan kamu itu amat mengecewakan dan bakal menghancurkan UMNO jika kamu tidak mahu berubah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun parti orang Melayu itu dilihat menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 namun hakikatnya orang Melayu 'terpaksa' menyokong UMNO kerana khuatir dengan penguasaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

"Mereka amat takut kalau Anwar menang bersama DAP. Maka, akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali. Seburuk-buruk UMNO, ia masih berbau Melayu dan masih memelihara kepentingan Melayu. Oleh itu tiada pilihan bagi mereka jika tidak sokong UMNO," katanya.

Dr. Mahathir berkata, atas dasar itu, dalam pilihan raya umum akan datang, UMNO tidak boleh mengharapkan realiti keadaan sedemikian berterusan.

"Jika UMNO tidak bersihkan dirinya daripada rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang melupakan asal-usul dan sebabnya ia ditubuhkan.

"Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh daripada matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain. Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan selama-lamanya," tegasnya.

"Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri," katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan kembali perjuangan asal UMNO yang tidak meletakkan kepentingan diri atau niat untuk menjadi pembesar dengan upah lumayan.

"Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak disokong seperti dahulu. Kenapa? Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

"UMNO sekarang dilihat berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk mengkayakan diri, untuk sagu hati dan untuk poket sendiri," katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...