CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Keputusan Tidak Rasmi Naib Presiden UMNO (Live Update)

Posted: 19 Oct 2013 01:05 AM PDT

Semua maklumat di bawah berdasarkan keputusan tidak rasmi.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi : 23
Datuk Seri Hishammuddin Hussein : 15
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal : 19
Tan Sri Isa Samad : 2
Datuk Mukhriz Mahathir : 10
Datuk Seri Mohd Ali Rustam : 3

3.45 p.m
- Sungai Besar: Zahid, Shafie, Mukhriz
- Maran : Zahid, Shafie, Hisham
- Tanjong : Zahid, Hisham, Mukhriz
- Parit : Zahid (462), Shafie (331) Hisham (228) *[Mukhriz mendapat 227, undi rosak 24]
- Bukit Mertajam : Zahid (219), Shafie (125), Mukhriz (119)
- Nibong Tebal: Zahid, Shafie, Mukhriz
- Sembrong: Zahid, Hisham, Shafie
- Jempol: Shafie, Hisham, Isa Samad
- Teluk Kemang: Isa Samad, Mukhriz, Zahid Hamidi

3.35 p.m
- Lumut : Zahid, Shafie, Hisham
- Bagan Datoh : Zahid, Shafie, Hisham

3.20 p.m
- Air Hitam (Johor) : Hishammuddin, Zahid, Ali Rustam
- TAMBUN :Zahid, Shafie, Mukhriz
- KAMPAR : Zahid, Shafie, Mukhriz
- IPOH BARAT: Zahid, Shafie, Mukhriz

- Maklumat Terbaru – Zahid Hamidi 17, Shafie 15, Hishamuddin 10, Mukhriz 7 
(Bagaimanapun kami tidak mendapat maklumat tersebut dari bahagian mana. Senarai di bawah berdasarkan pengumuman bahagian)

3.00 p.m.
- Raub : Zahid, Shafie, Hisham
- Ledang: Zahid (641 undi), Hishammuddin (508), Shafie (379)
- Tapah: Zahid (400), Shafie (357), Hishammuddin (325)
- Padang Rengas: Zahid (338), Mukhriz (301), Shafie (256)

2.45 p.m.
- BENTONG: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin
- Bukit Bendera – Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ali Rustam
- Cheras – Mukhriz Mahathir , Zahid dan Hishammuddin
- Pagoh – Zahid, Shafie, Hishamuddin
- Batu Gajah – Zahid, Shafie, Ali Rustam

Sumber: MyKmu.Net

[PEMILIHAN NAIB PRESIDEN UMNO] Siapa Yang LAYAK Jadi PM Antara Zahid, Hishamuddin, Shafie, Mukhriz, Ali & Isa

Posted: 18 Oct 2013 05:33 PM PDT


Dalam sejarah kepemimpinan UMNO, jawatan Naib Presiden adalah hierarki ketiga selepas Presiden dan Timbalan Presiden. Justeru, dalam setiap pemilihan, jawatan pelapis itu kerap menjadi tumpuan dan hangat, apatah lagi ia dilihat sebagai batu loncatan untuk menduduki jawatan nombor dua parti.

Pada pemilihan kali ini, enam calon menawarkan diri bersaing merebut jawatan itu dengan penyertaan mengejut Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, 49. Bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad berumur 51 tahun ketika mula menyandang jawatan Naib Presiden pada 1976 dan berusia 56 tahun sebaik menjadi Perdana Menteri pada 1981.

Bagi sesetengah pemerhati, Mukhriz bakal bersaing dengan Khairy Jamaluddin untuk Naib Presiden pada pemilihan 2016.  

Selangkah lebih awal

Namun, Mukhriz selangkah lebih awal daripada Khairy, 37, yang telah mempertahankan jawatan Ketua Pemuda kali ini. Khairy yang kini menteri pernah menewaskan Mukhriz dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda pada 2009. Kedua-duanya dilihat sebagai pemimpin pelapis dalam UMNO memandangkan usia muda mereka.

Jika diamati kenyataan Khairy, beliau sudah membayangkan kemungkinan bertanding jawatan lebih tinggi pada 2016 apabila menyatakan: "Saya berharap perwakilan memberi sokongan kepada saya selama sepenggal lagi bagi meneruskan beberapa misi yang belum terlaksana."

Selain Mukhriz, dua lagi tokoh turut serta iaitu Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam - kedua-duanya berusia 64 tahun.

Mereka bakal mencabar tiga menteri yang menyandang jawatan itu - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 58, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 52, dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, 56.

Dengan ketiadaan pencabar untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, kini tumpuan semestinya menjurus kepada pertandingan untuk Naib Presiden dan ahli UMNO sudah mula membuat perkiraan siapa antara enam tokoh itu menjadi pilihan.

Kehadiran Mukhriz sebagai calon paling muda membuka lembaran baru berbanding empat calon lain kecuali Hishammuddin yang cuma tua tiga tahun daripada Mukhriz. Tetapi, apakah jaminan usia muda untuk menambat hati ahli parti, satu persoalan menarik untuk perbincangan.

Tolak andaian

Sesetengah pihak mengaitkan populariti Mukhriz dengan bapanya tetapi Menteri Besar Kedah itu awal-awal lagi menolak andaian itu.

"Kehadiran saya dalam politik negara bukan bertujuan mewujudkan dinasti bapa, tetapi kerana minat. Malah, saya pernah disekat daripada terbabit dalam politik oleh bapa ketika beliau menjadi Perdana Menteri," katanya.

Namun, kehebatan tiga penyandang tidak boleh dipandang ringan kerana mereka berpengalaman serta mengetuai kementerian penting. Zahid di Kementerian Dalam Negeri; Hishammuddin (Kementerian Pertahanan) dan Shafie (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah).

Begitu juga kehebatan Mohd Ali yang terbukti membawa kemajuan ketika menjadi Ketua Menteri Melaka sehingga negeri Hang Tuah itu kini menjadi antara negeri termaju. Isa pula ahli veteran yang banyak pengalaman dan kini mengetuai FELDA, agensi yang banyak membantu peneroka.

Untuk rekod, antara Naib Presiden yang pernah menjadi Timbalan Presiden ialah Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Dr Mahathir, Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan kini Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara mereka, cuma Tun Hussein, Dr Mahathir, Abdullah dan Najib, berjaya ke puncak dalam parti dan seterusnya menyandang jawatan Perdana Menteri.

Dr Ismail dipilih Tun Razak sebagai timbalannya apabila dilantik Perdana Menteri kedua pada September 1970, tidak sempat ke puncak kerana meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

Tun Razak tidak pernah menduduki jawatan Naib Presiden dan begitu juga Almarhum Tunku Abdul Rahman yang terus menjadi Presiden UMNO kedua, menggantikan Datuk Onn Jaafar pada 1951 dengan meletakkan jawatan Timbalan Pendakwa Raya ketika itu. Tun Razak pula terus ke jawatan Timbalan Presiden (1951-1971) selepas memenanginya dengan menewaskan dua calon lain.

Apa yang pasti, selain calon yang dipilih menepati ciri-ciri UMNO (Agama, Bangsa & Tanah Air), pengundi perlu memilih calon Naib Presiden yang mampu menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti, calon yang mampu mengawal Malaysia, mampu mentadbir semua kaum, tidak lemah tidak lembik, berkarisma, berintegriti, bebas rasuah, bebas skandal sex, rekod perkhidmatan yang cemerlang dan dihormati semua kaum.

Pilihan Celah Gelegar yang tiada sebarang kepentingan atau menjadi proksi kepada mana-mana calon mengikut keutamaan ialah:

1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 58
2. Datuk Seri Mohd Ali Rustam, 64
3. Datuk Mukhriz Mahathir, 49
4. Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 52
5. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, 56
6. Tan Sri Mohd Isa Samad, 64


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...