CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[ISU ALLAH] Jangan Sampai HINA MAHKAMAH, Apatah Lagi HINA ALLAH

Posted: 20 Oct 2013 02:22 AM PDT



KUALA LUMPUR - Inti pati daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes "The Herald" ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam kenyataan hari ini, Abdul Gani berkata selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri berkenaan dalam perkara ini.

"Jabatan Peguam Negara menasihati orang ramai supaya menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah," katanya.

Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap penghakiman pada 14 Oktober yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 31 Disember 2009.

Mahkamah Tinggi itu meluluskan permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (Titular) bagi mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Jan 2009, yang  melarang Titular daripada menggunakan perkataan 'Allah' dalam teks bahasa Melayu majalah The Herald.

Abdul Gani menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah tersebut.

Menurut beliau, dalam perenggan 30 penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membuat keputusan bahawa Al-Kitab dan majalah itu adalah dua penerbitan yang berbeza sama sekali.

"Al-Kitab adalah versi Bible dalam bahasa Melayu bagi kegunaan penganut Kristian di gereja, manakala The Herald merupakan akhbar dalam talian yang boleh diakses oleh pembaca beragama Islam dan bukan Islam," katanya.

"Hakim itu seterusnya menyatakan bahawa oleh itu, kebenaran yang diberi menteri berkenaan bagi percetakan dan penerbitan Al-Kitab, yang mengandungi perkataan 'Allah', tidak boleh diambil kira sama seperti yang merujuk kepada The Herald," kata Abdul Gani.

Beliau berkata Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara memutuskan bahawa perlindungan dari segi perlembagaan yang diberi kepada seseorang dalam mengamalkan agamanya, terhad kepada amalan yang integral dan menjadi bahagian penting bagi sesuatu agama.

"Mahkamah itu memutuskan bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam versi bahasa Melayu The Herald bagi merujuk kepada 'Tuhan', bukan merupakan bahagian integral atau bahagian penting dalam agama Kristian dan oleh itu, tidak mewajarkannya diberi jaminan di sisi perlembagaan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau. 

[LEPAS MENANG KETUA PEMUDA] KJ LAWAN Aaron Aziz Dalam MALAYSIA SHOUT AWARDS pula

Posted: 20 Oct 2013 12:36 AM PDT

Kehangatan acara anugerah hiburan paling hip di Malaysia Shout Awards! semakin terasa. Kini bakal kembali untuk memberi pengiktirafan dan menghargai bakat dan kreativiti yang telah menggegarkan industri hiburan Malaysia.


Pada tahun ini buat pertama kalinya dalam sejarah industri hiburan tanah air seorang ahli politik terkenal Khairy Jamaluddin telah dicalonkan dalam kategori Wired Celebrity Award bersama-sama dengan Aaron aziz, Adibah Noor, Fatimah Abu Bakar/Sharifah Amani/Sharifah Aleya, Sofia Jane dan penyanyi yang mencipta nama di luar negara, Yunalis Zarai.

Khairy Jamaluddin memang dikenali ramai sebagai salah satu figura politik yang sangat aktif di media sosial dan tidak hairan jika pihak Shout Awards 2013 mengambil keputusan untuk memasukkan nama beliau dalam senarai calon.

[PERANGI MALAYSIA] MILITAN SULU, Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

Posted: 19 Oct 2013 11:03 PM PDT

 
Jamalul Kiram III

MANILA: Sultan Jamalul Kiram III dari Filipina yang mendakwa dirinya Sultan Sulu dan melancarkan serangan berdarah terhadap Malaysia di Sabah pada awal tahun ini meninggal dunia akibat kegagalan organ kira-kira pukul 4 pagi Ahad, menurut isterinya, Fatima Kiram.

"Sultan meninggal dunia sebagai seorang yang miskin tetapi mulia," katanya kepada AFP, sambil menambah perjuangan untuk menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah kesultanan akan diteruskan.

"Kata-kata terakhirnya kepada semua saudara dan pengikut-pengikutnya adalah - 'Ia telah pun bermula. Marilah kita teruskannya untuk kebaikan rakyat kita. Jangan meninggalkan orang-orang kita," katanya memetik Jamalul Kiram III sebagai berkata.

Bagaimanapun, beliau berkata ini tidak bermakna keganasan baru akan dicetuskan, sebaliknya keluarganya bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Malaysia.

Suaminya telah menjalani sesi dialisis dua kali seminggu untuk penyakit buah pinggang sebelum kematiannya.

Sementara itu, melalui temuramah anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram di radio tempatan, inquirer.net melaporkan bahawa Jacel berkata bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III telah dimasukkan ke Pusat Jantung Filipina pada Khamis.
Beliau meninggalkan sembilan anak.

Jacel melalui temuramah radio berkata, "Apa yang telah bapa saya telah mulakan, telah ditinggalkan kepada kami untuk disambung...Kami tidak patut menghentikannya. Dia seorang yang baik dan tidak ternilai. Apa yang dia mahukan adalah, pada suatu masa diizinkan Allah bagi menuntut Sabah untuk Filipina...Kamilah orang-orang yang akan menyambungnya," menurut laporan inquirer.net

Pada 9 Februari lalu, kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram III menduduki Kampung Tanduo di Lahad Datu dan berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia dalam pencerobohan selama berminggu-minggu lamanya.

Untuk rekod, sejak para militan Sulu ini mendarat di Sabah, dalam usaha dan kepercayaan mereka untuk menuntut Sabah dari tangan Malaysia bagi pihak Jamalul Kiram III, secara kekerasan, pihak keselamatan Malaysia telah membunuh 62 orang daripada mereka.

Manakala pasukan keselamatan Malaysia kehilangan 10 anggota - lapan anggota polis dan dua tentera.

Gerakan untuk merampas semula Sabah dari Malaysia secara perang gerila ini diketuai oleh adik kepada Jamalul Kiram III, Azzimudie Kiram.

Kematian Jamalul Kiram Tidak Lemahkan Ancaman Keselamatan Di Sabah - Polis 
 
KOTA KINABALU: Kematian Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu dan mengarahkan pencerobohan bersenjata ke atas Sabah pada Februari lalu tidak mungkin dilihat melemahkan ancaman keselamatan yang ditimbulkan oleh militan Sulu ke negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Jamalul berada dalam senarai dikehendaki oleh polis Malaysia kerana peranannya dalam pencerobohan Sulu yang diketuai oleh adiknya, Azzimudie Kiram, ke Kampung Tanduo di Lahad Datu.

"Kami mengesahkan laporan berita mengenai kematiannya. Pada masa ini, kami tidak dapat mengesahkan perkara itu secara rasmi," kata Hamza ketika dihubungi berhubung kematian Jamalul seperti yang diumumkan oleh anak perempuannya pada Ahad.

Beliau berkata pasukan keselamatan Malaysia akan terus berjaga-jaga jika berlaku sebarang pencerobohan oleh kumpulan berkenaan.

Jamalul adalah salah seorang daripada ramai waris Kesultanan Sulu yang kini sudah tidak berfungsi lagi dan menuntut Sabah sebagai tanah nenek moyang mereka.

Anak perempuannya Jacel Kiram, ketika mengumumkan kematian bapanya akibat kegagalan organ berkata bapanya mahu mereka untuk meneruskan kes Sabah.

"Bapa saya berkata, "kamu perlu kuat kerana kita masih mempunyai misi dalam kehidupan, apa yang perlu dikembalikan hendaklah dikembalikan kepada kita," kata Jacel.

Azzimudie yang mengetuai lebih daripada 100 pengikut Jamalul Kiram untuk kepentingan tuntutan mereka di Sabah, hilang tanpa dapat dikesan selepas melarikan diri dari Sabah berikutan kekalahan kepada pasukan keselamatan Malaysia pada Mac, sebulan selepas memasuki ke Kampung Tanduo.

[ISU ALLAH] Dr. Azri Boleh TERBIT BERJUTA Artikel, Tapi Hanya BUANG MASA Jika Tidak Bahas Ikut Peraturan

Posted: 19 Oct 2013 10:19 PM PDT

 

Satu penjelasan yang baik oleh Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim dalam merincikan pandangan Mufti Johor juga dalam meluruskan kekusutan yang tidak henti-henti dilemparkan oleh Dr MAZA dan Ust Wan Ji.

Macam saya jelaskan berkali-kali, Dr MAZA dan Ust Wan Ji dari awal bicara isu kalimah Allah telah salah membingkaikan permasalahan dan cuba menegakkan benang yang basah walaupun diketahui bertimbun-timbun hujjah yang bukan sahaja telah membasahkan malah memutuskan terus benang tersebut.

Mengeluarkan hukum dalam keadaan tasawwur permasalahan tidak jelas.

Keluarlah berjuta artikel nak benarkan tuntutan The Herald seperti Dr MAZA, Ust Wan Ji dan Projek Dialog buat, selagi mana tidak dibahaskan peraturan penterjemahan Bahasa Melayu, ghayr mushtaq lafz al-Jalalah "Allah" yang untranslatable ever, contextualization dan indigenization of Biblical doctrine; selagi itulah kita hanya buang masa layan mereka ini.

-Wan Ahmad Fayhsal

KALIMAH ALLAH: ANTARA MURTAD DAN BERDOSA? ANTARA DATO NOOH DAN MAZA.

Para pembaca yang budiman,

Polimik kalimah Allah mungkin memasuki tahap 'menjuarai sesuatu isu dan menempelak yang lain'.
Ini yang berlaku apabila Dato Nooh Gadut memberi peringatan (http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131016/dn_06/Pertikai-keputusan-boleh-jadi--murtad), lantas disambut oleh bekas mufti, Dato Dr Asri Zainul Abidin (MAZA) berkaitan isu ini (dlm http://my.news.yahoo.com/scholars-counter-infidel-argument-over-allah-084949271.html).

Jadi benarkah dakwaan Dato Nooh bahawa isu ini boleh membawa murtad? Pada saya, kenyataan beliau boleh dilihat dalam dua keadaan:

1. Sekiranya Dato Nooh Gadut mengatakan  ialah seseorang yang menyokong penggunaan oleh Kristian terhadap kalimah Allah boleh jatuh murtad, saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana perbuatannya belum boleh menjatuhkannya murtad. Dalam konteks Malaysia, mungkin jatuh dalam tahap berdosa sahaja. Kenapa berdosa? Sebab kita membuka ruang mereka menggunakan secara tidak tepat dalam Bible mereka, walhal kita sudah menutup ruang ini sebelumnya.

2. Sekiranya Dato Nooh bermaksud bahawa seseorang yang menyokong nama Allah SWT digunakan untuk konsep triniti iaitu untuk  secara syirik dalam konteks triniti, maka boleh jatuh murtad, maka saya menyokong dakwaan ini. Kita tidak menunding jari, sebaliknya kita mengatakan perbuatan anda boleh menyebabkan anda jatuh murtad sebab bersetuju supaya kalimah Allah SWT disyirikkan dengan perkara lain.

Lantas bagaimana pula dakwaan bekas mufti, MAZA yang memberikan beberapa hujah iaitu:

1. Penggunaan Allah SWT telah digunakan sejak ribuan tahun. Jawapannya mudah sahaja iaitu kenyataan ini hanya khusus kepada Kristian Arab bukan Kristian Rome dan lain-lain. Salah fakta MAZA bila menjadikan penggunaan Allah umum kepada semua Kristian.

Cuba semak bahasa asal kalimah tuhan dalam Bible yang bukan berbahasa Arab. Hak untuk menggunakan kalimah Allah kepada tuhan dibenarkan oleh para ulama kepada orang-orang Arab. Bahkan sekarang, orang-orang Kristian Arab pula berpandangan tidak tepat mereka menggunakan perkataan Allah SWT terhadap tuhan mereka. Kamus al-Maurid yang ditulis oleh seorang Kristian, jelas merujuk perkataan Allah kepada tuhan orang-orang Islam.

2. Maza berkata: Kalau begitu, keseluruhan ulama menjadi murtad sebab membenarkan penggunaan Allah kepada orang-orang Kristian? Jawapannya juga mudah, mereka tidak murtad sekiranya berpandangan seperti andaian saya yang pertama dan sememangnya mereka menyatakan pandangan umum sebegitu. Saya kira Dato Nooh yang dimaksudkan 'murtad; ialah sesiapa yang bersetuju supaya disyirikkan kalimah Allah.

Rupanya, para Mufti yang tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah kepada Bible bahasa Melayu telah melaksanakan tanggungjawab ijtihad yang cukup hebat. Menyanggahi taklid kepada ulama Timur Tengah yang telah mengeluarkan hukum berdasarkan konteks dan adat negara dan masyarakat mereka. Apa boleh buat sekiranya MAZA masih mahu bertaklid kepada ulama-ulama Timur Tengah berdasarkan konteks masyarakat Timur Tengah.

Perlu diingat, ketegangan hubungan di Timur tengah antara Muslim dan Kristian telah membawa kepada serangan fizikal dan serangan militan. Kita tidak mahu hubungan sebegini dengan kawan-kawan kita yang beragama Kristian kerana kita mahukan tolenrasi dan menjauhi dendam kesumat. Jauhkan rasa benci masayrakat Islam terhadap masyarakat Kristian. Bahkan ajaran agama langit adalah lebih dekat dengan ajaran Islam.

Tinggal lagi Wan Ji pula memberi beberapa 'tempelakan' terhadap Dato Nooh iaitu:

1. Arahan supaya menerima sembelihan ahli kitab yang menggunakan nama 'Allah'. Ini dalil boleh menggunakan kalimah Allah?

Jawabannya cukup mudah: Larangan terhadap Gereja menggunakan kalimah Allah ialah hanya pada penterjemahan Bible dan penerbitan mereka sebab mereka rangkumkan penggunaan kalimah Allah secara syirik, kepada apa sahaja terjemahan kepada yang bersifat tuhan. Larangan ini tidak termasuk kepada sebarang ucapan untuk memperkatakan tuhan yang Esa. Adalah suatu yang tidak betul apabila Wan Ji menggunakan hujah ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan keesaan Allah untuk menyokong gereja?

Sebenarnya, arahan menerima sembelihan oleh ahli Kitab yang menyebut nama Allah SWT itu adalah dalil yang menunjukkan kalimah Allah SWT hanya untuk Yang Esa. Sekiranya mereka menyembelih menggunakan nama 'Tuhan Anak' atau 'tuhan bapa' atau ruh al-quddus, maka haram memakan sembelihan mereka. Jadi, Allah SWT hendak memberitahu kita bahawa sekiranya mereka menyebut Allah SWT, barulah sembelihan mereka boleh dimakan oleh umat Islam.

Ini juga dalil bahawa Kristian Arab menggunakan beberapa nama nama lain seperti ruh al-quddus dan tuhan Isa (ilah Isa), tuhan bapa. Haram memakan sembelihan mereka jika mereka menggunakan nama-nama tersebut ketika menyembelih binatang sembelihan walaupun ada khilaf ulama yang mengarahkan umat Islam membacakan 'basmalah' apabila menerima sembelihan ahli Kitab.

Perlu diingat, ulama-ulama muktabar masih khilaf membenarkan memakan sembelihan ahli kitab di zaman mutaakhir disebabkan berbeza ajaran ahli Kitab terdahulu berbanding dengan ahli kitab sekarang khususnya ajaran Kristian.

2. Wan Ji pula berkata: Bagaimana pula kalau Mahkamah England melarang penggunaan Isa, adakah umat Islam dilarang menggunakannya.

Jawapannya cukup mudah: Dalam Bible menggunakan perkataan 'Jesus', bukan 'Isa'. Kalau dilarang menggunakan perkataan 'Jesus', kita tidak ada masalah sangat sebab kita mengggunakan nama-nama Arab iaitu 'Isa 'Alahissalam atau Masih'. Sehingga sekarang, kita tak menerima penterjemahan nama-nama Nabi kepada bahasa lain seperti Ibrahim kepada Abraham. Muslim sedunia lebih selesa mengekalkan nama kearaban daripada semuanya diterjemahkan kepada bahasa lain.

Nasihat untuk MAZA dan Wan Ji

Saudara berdua perlu melihat isu ini secara holistik iaitu:

1. Larangan adalah kepada penterjemahan kalimah Allah secara salah dalam penerbitan gereja berbahasa Melayu, seperti Allah Jesus dan lain-lain.

Dalam konteks Negara Malaysia, Allah bukan kalimah yang lazim untuk menunjukkan istilah 'tuhan' kepada bukan Melayu. Hanya Melayu Islam yang menggunakannya untuk menunjukkan tuhan yang disembah. Jadi, apa tujuan mahu digunakan perkataan 'Allah' dalam Bible bahasa Melayu?

2. Kenapa mereka tidak beria-ria menukarkan perkataan Lord dan God kepada Allah dalam Bible bahasa Inggeris? Saya mengharapkan sedikit kebijaksaan saudara berdua memikirkan persoalan ini. Kalau benarpun ini adalah peluang untuk berdakwah kepada masyarakat Kristian, minta mereka mulakan dahulu untuk perjuangkan penggunaannya dalam bahasa Inggeris supaya berjaya. Tetapi, mereka tak guna pun perkataan 'Allah' untuk Bible edisi bahasa Inggeris. Lantas, apa tujuan menggunakannya untuk bahasa Melayu? Saya hanya mahukan sedikit kebijaksanaan saudara berdua dan para penyokong saudara berdua. Kalau Kristian mahu menggunakan dalam semua penerbitan mereka dalam pelbagai bahasa, saya orang pertama yang akan menyokong sebab ini peluang kita berdakwah.

3. Saudara perlu memahami suasana semasa, maksud akhir penggunaan kalimah ini dalam Bible bahasa Melayu. Orang-orang biasa yang tidak mempunyai pendidikan mendalam pun boleh memahami tujuan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. Kita tidak perlu belajar sehingga Phd pun untuk memahami hasrat tersurat ini. Cukuplah, sad al-zari'ah menjadi hujah penting ada isu ini.

Wallahu a'lam. Saya mengharapkan keikhlasan semua pihak menangani isu ini.

Allahu al-musta'an.
Abu al-'Izz


Sumber: MADRASAH 'WAMA TAUFIQI ILLA BILLAHI'

[SELEMBIK-LEMBIK DIA MAMPU KALAHKAN SIKERAS] Hishammuddin BUKTIKAN Dia Masih JANTAN

Posted: 19 Oct 2013 08:36 PM PDT


Hishammuddin menunjukkan dua jari, menandakan nombor calonnya, bersama Timbalan Ketua Umno Bahagian, Abd Ghani Abd Rashid

KUALA LUMPUR - Walaupun dikaitkan dengan persepsi kurang menyenangkan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ternyata berjaya menongkah arus untuk terus mengekalkan kerusi naib presiden Umno.

Pelbagai prasangka buruk yang menyentuh aspek kepimpinannya yang dikatakan kurang tegas dilemparkan akhir-akhir ini, namun perwakilan dilihat tidak termakan dengan perkara itu semasa pemilihan parti semalam.

Beliau mendapat 100 undi untuk terus bergandingan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat 185 undi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (174 undi) untuk penggal 2013-2016.

Penglibatan anggota Parlimen Sembrong tiga penggal berturut-turut itu dalam politik bermula apabila beliau menyertai Umno cawangan Sungai Mati, Johor pada tahun 1989 sebaik tamat pengajian.

Beliau bermula dari peringkat bawah dengan pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian Ledang pada 1993, Ketua Pemuda Bahagian Tenggara (1995) dan anggota jawatankuasa Pemuda pusat bagi penggal 1993-1996.

Kemudian beliau dipilih Ketua Pemuda Umno Johor untuk penggal 1995/1996 dan Naib Ketua Pemuda Umno Pusat bagi penggal 1996-1998, sebelum memangku jawatan Ketua Pemuda Umno pusat pada 1998.

Pada pemilihan parti 2004, Hishammuddin menang jawatan Ketua Pemuda Umno pusat tanpa bertanding sebelum menang kerusi naib presiden Umno pada pemilihan 2009.

Kariernya di dalam pentadbiran kerajaan pusat bermula pada 1995 apabila dilantik Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau juga menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada 1997, Menteri Belia dan Sukan (1999), Menteri Pelajaran (2004-2009) dan seterusnya Menteri Dalam Negeri pada tahun 2009 sebelum dilantik Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan selepas pilihan raya umum ke-13 Mei tahun ini.

Hishammuddin yang lahir pada 5 Ogos 1961 di Kuala Lumpur, mendirikan rumah tangga dengan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah pada 1986 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, Farris Hussein, Kyra Arianna dan Fahd Hussein.

Anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan cucu kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas Umno, Hishammuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah St John's Kuala Lumpur, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Cheltenhem Boys College di United Kingdom.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di University of Wales, United Kingdom sebelum meneruskan ke peringkat ijazah Sarjana Undang-Undang di London School of Economics, United Kingdom.

Selepas tamat pengajian, beliau memulakan karier pertamanya sebagai peguam. - Bernama

[AKAR UMBI ATAU PRESIDEN YANG PILIH] Persamaan Mukhriz Mahathir dan Nabila AF - Hasbullah Awang Chik

Posted: 19 Oct 2013 06:28 PM PDT


Semasa bertemu dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam yang mengungkapkan potensi anaknya sekadar 50% atau kurang daripada itu bagi merebut jawatan naib presiden Umno, teringat saya akan seorang pelajar Akademi Fantasia (AF), Nur Nabila Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Nabila AF.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah kaitan di antara seorang bintang AF dengan Datuk Mukhriz Mahathir.

Saya pada mulanya tidaklah berniat untuk menulis tetapi melihat iklan di televisyen dan membaca The Malaysian Insider pagi ini, membuat saya tersenyum sendiri dan melihat persamaan itu makin dekat.

Bagi peminat setia program AF, pastinya mereka tahu bagaimana cabaran Nabila mengharungi minggu-minggu panjang dalam program itu yang tidak sunyi daripada kritikan tenaga pengajar, pengkritik dan yang paling penting peminat setia program itu yang tidak henti-henti mahukan Nabila tersingkir.

Itu kisah Nabila dan saya sekadar pemerhati, tidaklah terlalu arif untuk menghakimi persembahan Nabila, kerana masa untuk menonton televisyen pun sudah berkurangan yang hanya mungkin sempat melihat siaran ulangannya sahaja.

Berbalik kepada perkaitan Nabila dan Mukhriz, teringat saya beberapa episod sebelum ini, apabila ibu Nabila sendiri yang tidak meletakkan harapan tinggi untuk anaknya malah mengaku tidak mengundi untuk Nabila.

Itulah juga yang sering dilontarkan pengkritiknya, Roslan Aziz senada dengan ibu Nabila yang seakan tidak sabar atau tidak tahan berkata: "Saya setuju. Kalau tak boleh, jangan paksa diri.

Ungkapan itu seakan sama situasinya dengan apa yang dilontarkan Dr Mahathir semalam yang tidak meletakkan harapan tinggi kepada anaknya itu.

Katanya, Mukhriz bukanlah calon yang mendapat restu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan menurutnya, calon yang mendapat restu presiden sahaja yang akan dipilih menjadi pemimpin dalam pasukannya.

"Berdasarkan sejarah Umno sendiri, perwakilan akan memilih calon mengikut kehendak presiden dan semasa saya menjadi Perdana Menteri dahulu, calon yang menentang saya akan kalah.

"Ini terbukti keputusan pemilihan sayap Umno baru-baru ini apabila calon yang mendapat restu presiden berjaya memenangi jawatan yang ditandinginya," kata perdana menteri yang cukup dikenali dengan dasar pandang ke timurnya itu.

Dalam suasana sebegini, saya tidak melihat sedikit tanda putus asa pun sepanjang menemui Mukhriz dalam tempoh berkempen, malah tutur katanya yang teratur membuatkan saya melihat tiada sebab mengapa Menteri Besar Kedah ini tidak diangkat sebagai salah seorang naib presiden dalam parti Melayu terbesar itu.

Apa nak buat. Restu presiden dan saya pun bukanlah perwakilan Umno.

Teringat saya pada pertemuan bersama Mukhriz di waktu majlis memperkenalkan calon pemilihan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Sorakan gemuruh yang diterimanya amat luar biasa dan bingit jugalah telinga dibuatnya.

Selepas majlis itu, beliau sibuk bersalam-salaman dan ramai yang mengambil peluang untuk bergambar dengan anak Dr Mahathir ini.

Tertanya-tanya saya di dalam hati, apakah yang menyebabkan perwakilan tertarik dengan Mukhriz ini? Adakah disebabkan hidungnya, matanya, ayahnya atau kredibiliti pemimpin ini sendiri?

Dalam kesibukannya itu, dapat juga saya menemui Mukhriz secara dekat dan bertanya tentang peluangnya dalam pemilihan parti kali ini.

Katanya, kemenangannya penting sebelum berputih mata melihat Umno tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau menyifatkan Umno sudah tidak mempunyai banyak masa dan keputusan beberapa pilihan raya sebelum ini jelas menunjukkan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Jika saya lewat mengambil keputusan untuk bertanding, silap-silap PRU14 kita dah kecundang. Umno sudah tiada masa. Kita telah lihat senario PRU12 dan PRU13, apa agaknya keputusan PRU14 nanti?

"Kalau kita masih tidak berasa cemas dan hendak tunggu 10 ke 15 tahun lagi, kita terimalah padahnya," katanya.

Pandangannya itu berani dan jauh ke depan meskipun beliau melihat tiga penyandang jawatan naib presiden bukan calang-calang juga orangnya yang masing-masing mempunyai profil tersendiri, seperti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan kekuatan sokongan di Sabah yang telah banyak menyumbang dalam PRU13 lalu.

Itu dia serba sedikit yang suka untuk saya kaitkan di antara Mukhriz dan Nabila AF.

Dua individu yang tidak mengenal erti putus asa dan terus berjuang biar pun halangan berliku menanti di hadapan jalan.

Walau apa jua keputusannya nanti, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada dua individu ini semoga berjaya dalam arena politik dan seni nyanyian tanah air. - 19 Oktober, 2013.

NORA DANISH akan berkahwin Dengan BAD BOY Anak Menteri DATUK SERI NAZRI, NADEEM?

Posted: 19 Oct 2013 06:03 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish yang kini berkawan rapat dengan anak seorang menteri iaitu Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri memberitahu belum lagi membincangkan soal perkahwinan.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31,berkata, dia masih memerlukan masa untuk bersedia menjadi isteri yang baik.

"Saya akui dia adalah lelaki paling rapat namun buat masa ini kami tidak lagi membincangkan soal perkahwinan.

"Saya lebih berhati-hati berdasarkan pengalaman lalu yang mana saya juga ada silap dan kekurangan yang perlu diperbaiki bagi menjadi isteri yang baik," katanya kepada mStar Online pada sidang media teater Bahayanya Wanita, di Istana Budaya, Jumaat.

Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikatakan semakin intim.

Ketika ditanya tentang gelaran bad boy yang sering dilabelkan kepada lelaki tersebut, Nora berkata, Nadeem mempunyai sifat dan kebaikan lain yang orang lain tidak tahu.

"Saya tidak pernah menilai dia melalui masa lalunya, pada saya semua manusia di dunia ini tiada yang sempurna.

"Siapalah saya untuk menilai orang lain, namun daripada apa yang saya lihat, dia seorang yang pemurah, baik hati dan ikhlas yang mana orang yang tidak mengenalinya tidak tahu," katanya.

Bercakap tentang status hubungan tersebut, Nora berkata, dia lebih senang dikatakan berkawan rapat berbanding hubungan pasangan kekasih.

"Susah untuk menyatakan hubungan kami, biarlah orang menganggapnya sebagai kawan rapat sahaja," katanya.

[TERKINI] Keputusan RASMI Naib Presiden UMNO, Zahid (185) Shafie (174) Hisham (100) Mukhriz (91) Ali (7) Isa (7)

Posted: 19 Oct 2013 12:02 PM PDT


Keputusan Rasmi Pemilihan Naib Presiden UMNO:

i.   Zahid Hamidi - 185
ii.  Shafie Apdal - 174
iii. Hishammuddin Hussein - 100
iv.  Mukhriz Mahathir - 91
v.   Ali Rustam - 7
vi.  Isa Samad - 7


KUALA LUMPUR 20 Okt. - Ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika mengumumkannya dalam sidang akhbar pukul 1.40 pagi ini berkata, setelah 188 daripada 191 bahagian disahkan kiraan undi, Ahmad Zahid memperoleh 185 undi manakala Mohd. Shafie mendapat 174 undi dan Hishammuddin, 100 undi.

Pesaing terdekat, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula mendapat 91 undi.

Walaupun kalah dalam pemilihan mengikut sistem "electoral college", namun Mukhriz mengatasi Hishammuddin dari segi undi popular. Beliau mendapat 55,290 undi manakala Hishammuddin 54,829 undi.

Terdapat tiga bahagian di mana Hishammuddin dan Mukhriz terikat, iaitu Bahagian Baling, Keningau dan Semporna, tetapi disebabkan perbezaan 9 undi, tiada undian semula dibuat.

Dua lagi calon, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing sekadar mendapat tujuh undi

[SHAHIDAN ANAK BERANAK TAWAN ARAU] Shahidan Kassim, Isteri, Adik 'Dominasi' Umno Arau

Posted: 19 Oct 2013 10:42 AM PDT




PETALING JAYA: Umno Arau kini didominasi oleh keluarga bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menewaskan Jafperi dengan pertanding satu lawan satu apabila beliau memperoleh 478 undi manakala Jafperi 206 undi.

Adik Shahidan, Datuk Ismail Kassim memenangi jawatan Ketua Timbalan Umno Arau, menewaskan senator Khalid Ahmad, yang merupakan setiausaha politik kepada Menteri Besar Perlis.

Minggu lepas, isteri Shahidan, Datin Seri Shamsiah Md Yassin menewaskan penyandang Ketua Wanita Umno Arau, Datuk Mastika Junaidah Hussin.

Ketika berita ini ditulis, nasib Menteri Besar Perlis, Azlan Man masih belum diketahui melibatkan persaingan tiga penjuru dengan Ahli Parlimen Kangar, Shaharuddin Ismail dan Timbalan Ketua Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh untuk jawatan Ketua Bahagian Kangar.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Perlis, Datuk Abdul Azib Saad berkata, keputusan mengambil masa setakat tengah malam Sabtu.

Keputusan MAJLIS TERTINGGI UMNO Setakat 12 Tengah Malam

Posted: 19 Oct 2013 10:07 AM PDT


KUALA LUMPUR: Berikut adalah keputusan tidak rasmi jumlah undi yang diterima 25 calon teratas kerusi Majlis Tertinggi Umno setakat 12 tengah malam Sabtu, berdasarkan papan carta Pusat Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed : 82
2. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : 80
3. Datuk Seri Idris Jusoh : 80 undi
4. Datuk Seri Jamil Khir Baharom : 79
5. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek : 79
6. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim : 79
7. Datuk Seri Idris Haron : 77
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan : 77
9. Datuk Hasan Malek : 72
10. Datuk Razali Ibrahim : 69
11. Datuk Seri Shahidan Kassim : 69
12. Datuk Seri Mohamad Hasan : 68
13. Datuk Seri Mahdzir Khalid : 67
14. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis : 67
15. Datuk Tajuddin Abdul Rahman : 63
16. Tan Sri Annuar Musa : 62
17. Datuk Seri Azalina Othman Said : 59
18. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin : 58
19. Datuk Shamsul Anuar Nasarah : 57
20. Dr Mohd Puad Zarkashi : 55
21. Datuk Abd Latiff Ahmad : 54
22. Datuk Bung Moktar Radin : 43
23. Datuk Ab Aziz Kaprawi : 43
24. Datuk Reezal Merican Naina Merican : 42
25. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin : 41
- BERNAMA

Hishammuddin Menang TIPIS? 1.00AM - Zahid (185), Shafie (174), Hisham (100), Mukhriz (91), Ali (7), Isa (7)

Posted: 19 Oct 2013 11:01 AM PDT

Dari kiri, Hishammuddin, Zahid dan Shafie berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno.

KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kekal sebagai Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti pada Sabtu.

Setakat pukul 11 malam, Hishammuddin secara tidak rasmi memperoleh 92 undi mendahului pencabar terdekatnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir with 77.

Kiraan setakat 10 malam menunjukkan Zahid memperoleh 153 undi, diikuti Shafie (142), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (84), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (67), Tan Sri Mohd Ali Rustam (8) dan Tan Sri Isa Samad (7).

Ahmad Zahid berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota parti di peringkat akar umbi dan bahagian Bagan Datoh di atas kepercayaan terhadapnya untuk kembali menjadi Naib Presiden Umno.

"Saya berterima kasih kepada semua jentera, teman-teman saya yang banyak membantu saya dan para perwakilan yang meletakkan saya membarisi kepimpinan Umno," katanya dalam satu kenyataan selepas beliau secara tidak rasmi mempertahankan jawatan naib presiden parti.

Shafie berkata, beliau berasa rendah diri di atas sokongan kuat yang diterima, sambil menambah bahawa Umno perlu maju dalam membantu presiden dan timbalan presiden parti dalam menghadapi cabaran akan datang.

"Ia juga penting bahawa apapun yang dihadapi dalam pemilihan, kita semua bersatu, mengekalkan perpaduan supaya Umno lebih kukuh daripada sebelum ini," katanya.

Beberapa bahagian yang mengundi Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah Gerik, Beruas, Paya Besar, Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Tapah, Batu Gajah dan Bukit Bendera.

Manakala Shafie yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperoleh undi dari bahagian Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah dan Batu Gajah.

Sementara itu, seorang lagi penyandang naib presiden iaitu Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memperoleh 73 undi dengan sebahagian undinya dari bahagian Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tapah, Cheras dan Bukit Bendera.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berada di tempat keempat dengan 57 undi.
Dua lagi calon naib presiden iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad masing-masing berada jauh di belakang dalam merebut jawatan itu.

Dua jawatan tertingi yang dimenangi tanpa bertanding adalah Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengekalkan jawatan sebagai presiden manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden.

Penyandang jawatan naib presiden ialah Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Shafie.

Berikut keputusan tidak rasmi.

Pengerusi Tetap:

1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
 
    Timbalan Pengerusi Tetap:
    1. Datuk Mohamad Aziz =158
    2. Ahmad Fariz Abdullah = 0
    3. Datuk Abd Rahman Palil =25


    Presiden:

    1. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

    Timbalan Presiden:

    1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)


    Naib Presiden:

    1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi = 185
    2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal = 174
    3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein =100
    4. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir =91
    5. Datuk Seri Mohd Ali Rustam = 7
    6. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad =7


   Majlis Tertinggi:

    1. Datuk Seri Shahidan Kassim = 48
    2. Datuk Shamsul Anuar Nasarah = 40
    3. Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir = 1
    4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob = 55
    5. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin = 26
    6. Tan Sri Annuar Musa = 42
    7. Datuk Zahidi Zainul Abidin = 12
    8. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan = 28
    9. Datuk Misri Barham = 0
    10. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin = 36
    12. Datuk Musa Sheikh Fadzir = 21
    13. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek = 55
    14. Datuk Ab Aziz Kaprawi = 28
    15. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim = 54
    16. Datuk Seri Mustapa Mohamed = 57
    17. Datuk Sohaimi Shahadan = 24
    18. Datuk Seri Idris Jusoh = 55
    19. Datuk Mahdzir Khalid 51
    20. Datuk Razali Ibrahim = 47
    21. Dr Mohd Puad Zarkashi = 38
    22. Datuk Halimah Mohamed Sadique = 24
    23. Yusoff Ishak = 2
    24. Mohd Ariff Abdul Aziz = 0
    25. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis = 42
    26. Datuk Mokhtar Radin = 27
    27. Datuk Ab Wahab Ibrahim = 0
    28. Zawawi Othman = 3
    29. Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah = 15
    30. Datuk Rosni Zahari = 15
    31. Datuk Seri Jamil Khir Baharom = 55
    32. Datuk Abd Rahman Dahalan = 53
    33. Datuk Abd Latiff Ahmad = 38
    34. Razali Husain = 1
    35. Datuk Dr Norraesah Mohamad = 24
    36. Datuk Seri Azalina Othman Said = 41
    37. Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman = 2
    38. Datuk Md Alwi Che Ahmad = 16
    39. Datuk Azman Shah Omar Shah = 4
    40. Datuk Seri Mohamad Hasan = 46
    41. Datuk Tajuddin Abdul Rahman = 44
    42. Datuk Maznah Abdul Hamid = 8
    43. Datuk Hamidah Osman = 4
    44. Datuk Hassan Malek = 48
    45. Mohd Sazili Shahibi
    46. Abd Zarin Mohd Yasin = 1
    47. Datuk Mohamad Satim Diman = 17
    48. Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed = 1
    49. Datuk Idris Haron = 53
    50. Datuk Mohd Zain Ismail = 0
    51. Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad = 17
    52. Datuk Nur Jazlan Mohamed = 12
    53. Datuk Nasir Safar = 5
    54. Azlan Man = 18
    55. Dr Zubir Harun = 2
    56. Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman = 7
    57. Mohsin Yusoff = 0
    58. Datuk Saifuddin Abdullah = 10
    59. Datuk Ishak Ismail = 2
    60. Tun Faisal Ismail Aziz = 6
    61. Tan Sri A. Rahim Tamby Chik = 11
    62. Datuk Ahmad Jaafar = 2
    63. Datuk Reezal Merican Naina Merican = 27
    64. Sapin @Sairin Karano @Karno = 2
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...