CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[AUTA PAS GUNA SUPERIMPOSE] Sinar Harian Anggap PAS Guna Taktik DESPERADO Pakai Foto Wartawan Mereka

Posted: 27 Oct 2013 06:28 PM PDT

Mohd Idros menunjukkan risalah yang disebarkan pada kempen PRK Dun Sungai Limau.

PENEMUAN risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang telah diubah suai dianggap sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi.

Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.


Fakta

FAKTA

Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.

Auta
AUTA

Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.

Abby Abadi Diselar Tuduh Umno Punca Artis Abaikan Islam, Kalau Nak Solat, Pihak Produksi Tidak Halang

Posted: 27 Oct 2013 06:05 PM PDT


PETALING JAYA: Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi menyelar kenyataan pelakon dan penyanyi Abby Abadi yang menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, Abby tidak sepatutnya mengaitkan dan menyalahkan parti politik sebagai penyebab gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

"Soal agama adalah hak individu dan ia langsung tiada kena mengena dengan parti politik dan setiap umat Islam tidak kira sama ada mereka artis atau golongan biasa perlu tahu tanggungjawab kepada agama dan bukannya menuding jari kepada pihak lain.

"Politik tidak boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan ibadat ataupun tidak dan saya tidak faham mengapa politik disalahkan dalam konteks artis tidak mengamalkan ajaran agama Islam dalam ceramah yang dia sampaikan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Dalam ceramah di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada malam Sabtu lalu, Abby menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.
 
Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Dalam pada itu, Zed Zaidi turut mempertikaikan perjuangan Abby dalam parti Pas yang dilihat tidak ikhlas dan hanya bersuara apabila berceramah untuk membantu parti tersebut ketika pilihan raya.

Jelas Zed, ceramah yang disampaikan oleh Abby hanya mencari kesalahan orang lain selain menabur fitnah sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Saya tidak faham dengan sikapnya kerana secara terang-terangan dia bukannya memperjuangkan Islam tetapi hanya untuk kepentingan politik dan jelas dia isu yang dia bangkitkan ternyata tidak masuk akal.

"Ia bersifat kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini?

"Abby hanya muncul dan lantang bersuara hanya pada ceramah-ceramah untuk membantu calon pilihan raya parti itu dan bukannya memperjuangkan Islam," jelasnya.

Sementara itu, pelakon Naszriah Ngasri memberitahu sepanjang terlibat sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang dia tidak melihat parti komponen BN itu menyesatkan dunia hiburan sebaliknya parti itu sentiasa menegakkan syiar Islam dikalangan ahli-ahlinya.

Kata Naszriah atau lebih mesra dengan sapaan Anne, Umno juga sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan.

"Sebagai rakan artis saya menghormati kenyataan Abby dan menganggap itu kenyataan peribadinya sendiri. Pada saya dosa dan pahala tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana parti dan ia mengenai diri masing-masing dan bukan ditentukan oleh orang lain.

"Amal ibadah, pahala dan dosa adalah tanggungjawab semua umat Islam dan bukan tanggungjawab parti secara khususnya," katanya.

Tambah Anne sepanjang bergelar artis, dia belum pernah melihat pihak produksi melarang atau tidak membenarkan artis atau pun krew untuk bersolat.

"Pada waktu penggambaran kita memang ada waktu rehat sebelah tengah hari, petang dan malam cuma terpulanglah kepada artis itu mahu atau tidak untuk melakukan solat.

"Bagi saya hendak solat atau pun tidak solat itu bergantung kepada individu tersebut," katanya.

[KHALID vs AZMIN] Desas-Desus MB Selangor BAKAL DIGANTI Azman Ali

Posted: 27 Oct 2013 07:21 AM PDT


SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak desas-desus bahawa jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor bakal diambil alih oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

Malah beliau menyifatkan desas-desus itu sebagai 'asam garam dalam dunia politik'.

"Tidak mengapa... saya tidak terganggu dengan segala khabar angin ini. I sangat realistik kerana saya dari sektor korporat dan apa yang penting ialah berkhidmat untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Our Environment Our Health' di sini Ahad.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Ahad melaporkan wujudnya desas-desus bahawa Mohamed Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid selepas beberapa pihak dalam PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Menteri Besar itu.

Abdul Khalid turut dikritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang menyifatkan Menteri Besar Selangor itu sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik.

Mengulas kritikan itu, Abdul Khalid berkata sebagai pemimpin, beliau harus berhati-hati dan berdisiplin dalam menggunakan segala sumber yang ada bagi memastikan pentadbiran di Selangor berjalan lancar.

"Sebab itu saya ingin berkongsi pengalaman saya yang terhad dalam bidang korporat untuk diterjemah ke dalam operasi negeri.

"Apapun saya berpendapat orang ramai harus mengkritik dan kita harus benarkan kritikan kerana dari kritikan itu, kita akan belajar untuk jadi lebih baik," katanya.

Menyentuh tindakan beberapa pihak dalam PKR yang dikatakan membuka akaun khas di laman sosial bagi mengkritik kepimpinan dan 'membunuh' karakter beliau, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak boleh dihalang kerana dalam kemajuan teknologi masa kini, masyarakat bebas mengutarakan pendapat masing-masing.

"Tidak mengapalah... baik dan buruknya perkara ini ialah kita sekarang lebih terbuka memandangkan kita ada Facebook dan Twitter, dan perkara ini sama di negara lain juga. Kita tidak boleh halang tetapi akhirnya nanti masyarakat yang akan putuskan mana baik dan buruk," katanya

[TAKTIK JAHAT TMI BERTERUSAN] The Malaysian Insider MINTA MAAF kepada KHAZANAH Pula

Posted: 27 Oct 2013 05:18 AM PDT


Sebelum ini portal propembangkan itu telah menfitnah Mukhriz dan Tun Mahathir dan telah memohon maaf kemudiannya.

Taktik jahat (FITNAH, DAMAGE DONE, KEMUDIAN MINTA MAAF) itu bagi mengelak protal jahat itu daripada di saman oleh mereka yang difitnah. Ulasan sebelum ini (Sila Klik)

Hari ini, portal jahat itu sekali lagi meminta maaf kepada Khazanah pula setelah fitnah disebarkan.

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Portal berita propembangkang, The Malaysian Insider hari ini memohon maaf kepada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atas penyiaran berita tidak benar mengenai syarikat milik kerajaan (GLC) itu pada Khamis lalu.

Dalam permohonan maaf yang disiarkan menerusi portal itu,The Malaysian Insider berkata:
"The Malaysian Insider ingin meminta maaf kepada Khazanah Nasional Berhad berhubung artikel Parliament's bipartisan oversight panel probes Khazanah's costly ventures dan PAC siasat perbelanjaan melampau Khazanah yang disiarkan tanpa verifikasi Khazanah Nasional Berhad pada 24 Oktober 2013, dalam portal berita itu.

"Ia melaporkan bahawa Ketua Audit Negara telah menghantar surat kepada Khazanah Nasional Berhad berkaitan operasi dan pelaburannya.

"Ini adalah tidak benar dan The Malaysian Insider memohon maaf atas kesilapan itu."

Pada 19 Oktober lalu, The Malaysian Insider menyiarkan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berikutan artikel yang tidak benar, mendakwa calon Naib Presiden UMNO itu terlibat politik wang.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...