CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


ABBY ABADI TENGKING SUAMI DEPAN ORANG RAMAI? Video Nasihat Ustaz Idrus

Posted: 29 Oct 2013 10:04 PM PDT


TIDAK hanya mencetuskan kontroversi berkaitan isu politik, timbul pula cerita tidak enak mengenai sikap bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.


Berita yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai.

Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas pulang dari majlis anjuran Pas, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini. 


Berdasarkan blog Hambali Abdullah dikhabarkan si Ostazah Pas, Abby Abadi berkata 'U BUAT APA KAT SITU? MASUK DALAM KERETA LAH" sergah beliau kepada suami barunya.

Bagaimanapun, Abby yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba untuk menjatuhkan kredibilitinya.

"Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,"
tegasnya.

Mengulas mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga.

"Cukuplah fitnah-fitnah itu. Hubungan saya dan suami baik-baik saja," ujarnya.

[HAIRIE OTHMAN SUDAH SEDAR & INSAF?] Enggan Terlibat Dalam Aktiviti Pembangkang lagi

Posted: 29 Oct 2013 06:55 PM PDT

Hairie Othman tidak mahu terlibat dengan aktiviti Pakatan Rakyat.
PETALING JAYA: Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat.

Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.

Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek seperti yang dijanjikan selepas PRU itu berakhir.

"Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu," tambahnya.

[ANAK DATUK NAZRI, NADEEM, 'KEKASIH' NORA DANISH] Sindir Peminat, Suruh Kerja Keras Untuk Hidup Senang

Posted: 29 Oct 2013 06:35 PM PDT


Tan Sri Muhyiddin MOHON MAAF Kepada Keluarga Azizan

Posted: 29 Oct 2013 08:12 AM PDT


YAN: Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Selasa memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berhubung kontroversi dakwaan kononnya beliau mempersenda kematian bekas Menteri Besar Kedah itu dengan penyakit kencing manis.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebagai umat Islam beliau memohon maaf sekiranya kenyataannya menyinggung perasaan keluarga Azizan.

"Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga...saya mohon maaf.

"Sebagai seorang Islam, kadang-kadang dalam ucapan pun kalau ada ketelanjuran...awal-awal lagi kita minta maaf.

"Yang penting bermaaf-maafan sesama sendiri. Tujuannya ialah untuk kebaikkan, bukan niat apa-apa yang jahat atau nak ambil kesempatan dalam pilihan raya ini," katanya pada sidang media selepas mengunjungi Madrasah Mazahirul Ulum di Kampung Bukit Choras Dalam di sini.

Muhyiddin mengulas mengenai modal kempen pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mendakwa kononnya beliau sengaja mempersenda Azizan apabila mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula.

Mengulas lanjut mengenai kekeliruan mengenai ucapannya ketika hadir pada satu majlis di Bukit Besar Sabtu lalu, Muhyiddin berkata beliau tidak berniat untuk mencemarkan nama baik Azizan.

"Saya sebutkan tentang bajet, jelaskan tentang subsidi dan sebutkan kita nak jaga kesihatan.
"Tapi bukan tujuan saya untuk cemarkan nama baik Allahyarham atau merendahkan serta memperkecilkan arwah. Kita hormati arwah sebagai pemimpin berjasa. Bukan tujuan begitu (mempersenda)," katanya.

Tambah Muhyiddin, kenyataannya itu sekadar mahu mengambil iktibar mengenai pentingnya menjaga kesihatan.

"Saya tak ada niat jahat, sekadar untuk ambil iktibar dan dijadikan ingatan. Saya harap isu ini tidak dipanjangkan, kalau panjangkan juga mereka akan dilihat tidak memahami soal adab, tertib dan amalan Islam.

"Kita harap mereka tumpu beri penjelasan yang betul tentang apa-apa isu sekalipun kepada pengundi supaya mereka tidak dipesongkan," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...