House PK

House PK


GEMPAR BERAPI! PAS KANTOI SEBAR RISALAH FITNAH DI SG LIMAU - RUGI TAK BACA

Posted: 28 Oct 2013 01:09 AM PDT

Adoyai PAS apa bebal sangat ni? Demi nak tunjuk si calon PAS tu amat akrab dengan arwah Azizan maka telah dilakukan satu gambar photoshop dan bend ani kantoi akibat gambar yang digunapakai tu pernah keluar kat Sinar Harian.

Meh kita baca dulu:

Hari ni satu Malaysia kecoh apabila akhbar Sinar Harian berjaya kantoikan penipuan tak ingat PAS terhadap pengundi di Dun Sg Limau.

Cubaan PAS untuk memperdayakan pengundi di kawasan tersebut terkantoi apabila sekeping gambar yang dimuatkan dalam risalah-risalah kempen PAS untuk menunjukkan kemesraan diantara calon PAS dengan Arwah Ustaz Azizan ternyata palsu dan bukan gambar sebenar.


Gambar asal memaparkan Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhammad Mat Yakim bersama Ketua Biro Utara, Mohd Idros Mohd Ali bertemu Azizan di pejabatnya pada 25 Mei 2011.

Namun, gambar Muhamad Mat Yakim diganti dengan gambar calon PAS Mohd Azam Abd Samat menggunakan teknik superimpose.
Gambar Asal
Gambar Auta
Dan apa yang lebih menarik sebentar tadi, dalam sidang akhbar yang yang dibuat oleh PAS, mereka tidak mahu mengaku dengan kesalahan mereka sendiri dan cuba untuk menyalahkan pereka grafik yang membuat risalah tersebut kerana mengubahsuai (superimpose) gambar calonnya bertemu dengan Ustaz Azizan.

Pelikkan..Bukankah risalah yang dibuat perlu disemak terlebih dahulu sebelum dihantar untuk dicetak. Jadi siapakah pemipin PAS yang bertanggungjawab memeriksa dan memberi kelulusan sebelum risalah itu dicetak?????
PAS hari ini menyalahkan pereka grafik yang mengubahsuai (superimpose) gambar calonnya bertemu dengan almarhum Tan Seri Azizan Abdul Razak di pejabat beliau seperti dimuatkan dalam risalah kempen mereka sebelum ini.

Menurut anggota Dewan Undangan Negeri Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, pihaknya tidak ada niat untuk "mengada-adakan sesuatu yang tidak ada" dan akan menyiasat perkara itu dengan pereka grafik yang mereka risalah itu.

"Saya akan siasat dan kita bertanggungjawab untuk memperbetulkan perkara ini," katanya yang bertindak sebagai pengarah operasi PAS untuk pilihan raya kecil Sungai Limau.
Pasal nak cover penipuan yang terkantoi..Terpaksalah mereka menipu lagi untuk menutup penipuan yang lepas..Dalam sidang media yang dibuat oleh jurucakap Mahfuz sebentar tadi....

Tambahnya lagi, PAS sendiri sebenarnya ada banyak gambar calon mereka bersama Azizan dan tidak perlu berbuat demikian untuk mengelirukan penduduk Sungai Limau.
Sehingga kini EP tak nampak pun satu gambar asli, tulen dan original kecuali yang palsu yang menunjukkan kemesraan diantara calon PAS dengan arwah Ustaz Azizan seperti yang diwar-warkan oleh jentera pilihanraya PAS di DUN Sg Limau. Kesiankan!!!

Macam mana kita nak percaya bahawa gambar yang dikeluarkan oleh PAS selepas ini merupakan gambar yang asli dan bukannya palsu??

Kalau ada la gambar tersebut..EP rasa dah lama mereka akan jaja gambar ini..Betul tak???

Jijikkan cara permainan politik PAS.. Sanggup menipu rakyat dan memperalatkan pengaruh arwah Ustaz Azizan hanya untuk mendapat sokongan rakyat. EP harap pengundi di DUN Sg Limau dapat buka mata dan menilai keikhlasan PAS untuk membela rakyat...

House PK: Ini aku copy dari Empayar Pemuda, hangpa tengok la PAS ni, makin lama makin haramai jadinya, aku suka nak tengok UMNO dan PAS bersatu, sungguh tapi kalau perangai depa makin bangkai macam ni, carilah ahli PAS yang betul-betul berjuang ikhlas kerana Allah saja la, persoalannya sekarang ada lagi ke?

Wahai penduduk Sg Limau, sudah-sudah la tu. Kasi BN Menang ini kali lah! 

PRK SG LIMAU! APAKAH RAKYAT SG LIMAU SUDAH LUPA KEKEJAMAN PHAROLRAZI?

Posted: 27 Oct 2013 08:00 PM PDT


Ketika konspirasi menggulingkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak daripada jawatan Pesuruhjaya PAS dan Menteri Besar Kedah, Phahrolrazi Zawawi merupakan pemain utama.

Mahfuz Omar melihat ruang yang lebih besar memandangkan dia adalah Naib Presiden dan bijak mengambil kesempatan. Phahrolrazi Zawawi dalam buruannya untuk menjadi Menteri Besar Kedah, telah bersekongkol dengan Mahfuz Omar.

Maka, terjadilah peristiwa Phahrolrazi Zawawi bersama-sama beberapa orang Exco cuba memulaukan upacara angkat sumpah terima tugas pada Februari 2012 lalu. Suasana politik di Kedah pada ketika itu menjadi kecoh. Bukan kerana kecoh tersebut disebabkan oleh UMNO tetapi disebabkan oleh para pemimpin PAS Kedah sendiri.

Pada masa itulah Mahfuz Omar menggunakan kedudukannya sebagai Naib Presiden untuk mewujudkan JAWATANKUASA PEMANDU yang cuba merampas kuasa Menteri Besar Kedah untuk diserahkan kepadanya. Azizan bagaimanapun, berkeras dan bertegas dengan keputusannya, enggan berundur dan terus mengekalkan jawatannya.

Tidak lama kemudian, Azizan mulai menjadikan hospital sebagai rumah keduanya. Lebih banyak bekas Menteri Besar itu berada di hospital berbanding di pejabat. Phahrolrazi masih cuba untuk bersikap sabar dan menunggu pada saat-saat akhir sebelum merampas kedudukan Azizan. Bagaimanapun, Mahfuz tidak menunggu lama.

Sebaik-baik sahaja Tan Sri Azizan dimasukkan ke hospital selepas keputusan PRU13 diumumkan kerana jangkitan pada kedua-dua belah kakinya, Mahfuz serta-merta melancarkan serangan mengejut. Kedudukannya selaku Naib Presiden, memudahkannya untuk merampas jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Kejayaan Mahfuz menyebabkan Phahrolrazi terkulat-kulat dan menggigit jari. Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau telah meletakkan Mahfuz Omar sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya PAS. Manakala Phahrolrazi pula hanya diberikan tugas yang hanya untuk membuktikan bahawa perlantikan Mahfuz ke jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah adalah tepat.

Keputusan PAS Pusat itu menimbulkan perasaan tidak puas hati Phahrolrazi. Lebih mengecewakannya lagi ialah apabila dia hanya dilantik untuk 'menjaga' PDM Dulang Besar dan Dulang Kecil yang merupakan antara kubu UMNO-BN di Sungai Limau.

Petikan dari Kedahan69ers SINI 

Tambahan analisa: 

Mahfuz menjangka dia akan digugurkan perwakilan PAS dari jawatan Naib Presiden kalah dalam pemilihan bulan November ini.

Sejak digelarkan sebagai Pak Lawak Mr Bean, didedahkan dia tak tahu jawi, dan bekas pekerja angkat beg di airport Bayan Lepas, dia tahu banyak calun Naib yang lebih berkalibar berbanding dengan dirinya yang hanya tahu cabar-cabar, pusing cakap dan buat cerita, dan menggejek-nggejek lawan saja.

Dengan memotong Phahrolrazi untuk ambilalih jawatan pesuruhjaya PAS, Mahfuz dapat mengekalkan dirinya releven. Phahrolrazi ingat dia masih releven dengan calun PAS adalah kaum kerabatnya tapi dia tak sedar Mahfuz yang hanya SRP lebih cerdik dalam hal permainan kuasa.

Phahrolrazi baru sedar dia dah dilalaikan dengan calun saudara maranya dan dimainkan sebaik menyedari Mahfuz dan Amiruddin yang ke depan dan dia hanya jaga PDM.

Pasti Mahfuz akan guna alasan Phahrol tak boleh menyerlah sangat kerana ramai keluarga Azizan di Sg Limau.

PRK SG LIMAU! HARAMI PUNYA CALON PAS KAKI PENIPU - MESTI BACA

Posted: 27 Oct 2013 05:00 PM PDT

Zul Yahya punya pembohong memang kelas ler!!!

Ini ler tahap pemimpin PAS. Sudahlah agama pun dikelentong, bab segini pun nak dikelentong juga!

Punyalah kemaruk nak memenangkan calon dari PAS, Zul Yahya yang sebelum ini bertugas di Wisma Darul Aman dan lebih dikenali sebagai PENULIS UPAHAN, terpaksa menggunakan kelebihannya yang tersendiri.

Bayangkanlah... hanya dengan sepucuk surat bertarikh tiga hari sebelum ini, kononnya ditulis oleh calon PAS, Azam Samad yang dipanggil OSTAT, jentolak dan jentera penggelak JKR sudah datang untuk memperbaiki jalan-jalanraya di Sungai Limau. Punyalah hebatnya OSTAT punya aura, sampaikan Allahyarham Tan Sri Azizan yang pegang kawasan Sungai Limau selama lima penggal berturut-turut pun tidak mampu mengatasinya.

Para pendokong dan penyokong PAS tentu sekali akan percaya dengan GELEMBONG dan penipuan SI PENIPU bernama Zul Yahya yang menyamarkan diri dengan menyerkup kepala dengan kopiah putih. Tentu sekali ia juga akan menjadi modal untuk berkempen oleh jentera PAS yang sekarang ini sedang ketandusan idea untuk berkempen.

Hakikatnya, surat yang dihantar kepada JKR Negeri untuk menurap dan membaiki jalanraya di sekitar Sungai Limau sebenarnya dihantar oleh UPEN dan ICU Negeri dalam tempoh yang sudah tentu jauh lebih lama berbanding tiga hari. Dan penurapan tersebut tidak ada kena-mengena dengan kempen pilihanraya sebaliknya memberikan kemudahan memandangkan jumlah populasi sementara di Sungai Limau meningkat berkali-kali ganda.

Kalau 25 tahun, jalan sukar diturap, bagaimana pula dengan hanya 3 hari, jentera-jentera JKR boleh datang menyerbu Sungai Limau?

Melainkan, orang lain punya kerja, orang lain yang claim kredit... dalam kes ini, Zul Yahya cuba mendapatkan kredit untuk calon PAS!!!!

Sumber: The Flying Kick

PRK SG LIMAU UPDATES - BN PUNYA SUSU PAS DAPAT NAMA!

Posted: 27 Oct 2013 03:20 AM PDT

Inilah orang kata lumbu punya susu sapi dapat nama! Korang tengok benih padi ni kerajaan bagi tapi masih ada yang buta hati dan sokong PAS baghal ni.

Belajar la untuk bersyukur tuan-tuan. Tak serik lagi ke masih bawah pemerintahan PAS dulu wahai rakyat di Sg Limau?

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...