Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


INFO! 7 Tanda Taubat Kita Di terima Allah SWT..

Posted: 14 Oct 2013 08:03 AM PDT


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dirahmati sekalian. Setiap manusia di dalam dunia ini sudah semestinya tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Cuma yang membezakannya adalah besar mana kesilapan dan kesalahan tersebut. Namun berapa ramai yang sedar akan perkara ini dan berapa ramai pula yang pernah bertaubat kepada Nya? Hari ni Mc nak share 7 tanda taubat seseorang diterima Allah SWT. In Shaa Allah semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.

7 Tanda Taubat Seseorang Diterima Allah

Tanda pertama adalah selepas bertaubat, kita akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Firman Allah SWT: "Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar." (Surah Taha, ayat 82)

Yang kedua adalah hatinya selalu dihiasi rasa takut kepada Allah SWT, tidak pernah berpisah dengan-Nya siang dan malam sehingga ia mendengar malaikat berbicara pada ketika mencabut nyawanya seperti firman

Allah SWT yang bermaksud: "Jangan kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang dijanjikan Allah kepadamu." (Surah Fussilat, ayat 30)

Yang ketiga pula adalah selalu menyesal kepada Allah SWT, penyesalan yang datangnya dari lubuk hati, menghadap Allah SWT dengan rasa malu, takut dan hina.

Yang keempat, merasa dan menyedari buruknya perbuatan dosa dan bahayanya.

Imam Ibn Qayyim memaparkan bahayanya perbuatan dosa dalam kitabnya Ad-Da' wa Ad-Dawa' dan al-Fawa'id.

Antara bahaya itu ialah menyempitkan hati, wajah menjadi suram, urusan menjadi sulit, malas beribadat, dibenci oleh ramai manusia, badan menjadi lemah, terbiasa melakukan perbuatan dosa, hilangnya rasa malu, berkurangnya nikmat hidup, hidup sengsara, mati su'ul khatimah dan mendapat seksa di akhirat.

Kelima, menjauhi dan meninggalkan kawan-kawan yang berperangai buruk kerana seseorang akan selalu mengikuti kebiasaan temannya. Allah SWT mengingatkan akibat berkawan dengan mereka.

Firman Allah SWT: "Dan Allah ingin menerima taubatmu, sedangkan orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran)." (Surah an-Nisa', ayat 27)

Justeru, berhati-hatilah dengan kawan-kawan yang berperangai buruk, berpalinglah dari mereka dan ikutilah selalu jalan orang soleh. Ibn Atha'illah berkata: "Janganlah kamu berteman dengan seseorang yang keadaannya tidak membuatmu terdorong untuk berbuat baik dan ucapannya tidak membimbingmu menuju Allah."

Tanda keenam pula adalah tidak menganggap remeh dosa-dosa kecil seperti melihat perempuan yang bukan mahram dan bersalaman dengannya. Bilal bin Sa'ad berkata: "Jangan kamu melihat kecilnya dosa yang kamu lakukan tetapi lihatlah pada besarnya yang kamu langgar perintah-Nya."

Dan yang ketujuh adalah melenyapkan segala sesuatu yang menjadi sebab berlakunya maksiat seperti majalah lucah dan sebagainya. Jika tanda-tanda itu ada dalam diri saudara, Insya Allah taubat saudara diterima Allah SWT.


Sumber

HOT! Gambar Pejuang Kalimah Allah.. Keputusan Mahkamah? #KalimahAllah

Posted: 13 Oct 2013 07:36 PM PDT



Gambar pejuang 'Kalimah Allah' dihadapan mahkaman, menanti keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah.










Alhamdulillah Mc diberitahu mahkamah menetapkan keputusan bahawa 'Kalimah Allah' kekal hak milik eksklusif umat Islam Malaysia. Maka pihak kristian tidak dibenarkan mengunakan hak eksklusif tersebut.

Alhamdullilah.. takbir..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...