Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT! Lagi Cara Cina Dok Tipu Melayu!!

Posted: 17 Oct 2013 06:34 AM PDT



Seorang pelanggan yang telah ditenangkan oleh pengurus cina pasaraya Giant dimana pasaraya ini sememangnya kita ketahui bukan milik Melayu telah mengadakan penipuan.

Kimball Tomato Pure yang diletakkan harga pada asalnya adalah RM3.00 tetapi apabila sistem komputer pembayaran menunjukkan harga RM3.79.

Perkara sebegini sepatutnya dibawa kepada Tribunal For Consumer Claims Malaysia kerana di jabatan itu akan menyediakan peguam khas percuma untuk menuntut ganti rugi.

Jka anda pergi ke jabatan Tribunal ini, keuntungan anda yang akan dapat akan lebih berlipat ganda, dan seterusnya pasaraya Giant bukan milik Melayu ini akan dapat dijatuhkan dengan lebih mudah kerana berita ini akan disiarkan ke dalam berita.

Mengapa perlu bersusah payah untuk membuat aduan kepada pengurusan Giant itu?

Ambil sahaja gambar yang berkaitan bersama resit dan kaut sahaja keuntungan melalui jabatan yang telah kerajaan sediakan. Bila lagi kita mau ajar cauvinis2 ni?

Baca setersunya di AANS SINI
 
McTheory:
Asyik kena tipu saja melayu ni.. kesian betui..

HOT! Mat Sabu dah murtad?

Posted: 17 Oct 2013 01:59 AM PDT


Mc dapat sekeping gambar Mat Sabu sedang baca khutbah Raya. Tertanya-tanya juga Mc masjid mana si Mat Sabu ni baca khutbah, masjid kat Pendang ke, atau kat Satun, Thailand. Sebab hanya dua kawasan tersebut yang mempunyai kelompok syiah yang agak besar.

Tapi mengikut sumber dari kawan, katanya bukan ditempat yang Mc nyatakan tu. Habis tu.. dimana agaknya Mat Sabu ni baca khutbah. Ada orang beritahu, kononnya di Selangor. he he.. kalau Selangor maknanya Mat Sabu ni dah murtad la.

Mat Sabu murtad apa? Murtad syiah laa.. he he he.. Sebab dia baca khutbah untuk ahlus sunnah, maknanya dia bersama kita sekarang ni, bukan bersama syiah lagi.

Mc berdekah-dekah ketawa bila dengar kata-kata kawan yang Mat Sabu ni murtad syiah..

Malah Mat Sabu pun pernah akui, dulu orang kata dia komunis, lepas tu orang kata dia syiah. Masalahnya bukan orang UMNO saja yang kata dia komunis dan syiah. Orang Pas pun kata jugak, sebab memang itulah Mat Sabu.

Tapi sejak pemilihan dalam Pas ni.. nampaknya Mat Sabu dah berubah. Siap boleh baca khutbah tu.. kira ok laa.. he he he..

Untuk kuasa.. syiah pun Mat Sabu sanggup murtadkan tau.

McTheory:
Sabu ohh Sabu.. kelakar la hang ni..

PANAS!! Karier Politik Mat Sabu Bakal Terkubur?

Posted: 16 Oct 2013 08:44 PM PDT



Penghujung Oktober 2013 yang kian dekat dan bulan November yang makin mendatang tentunya membuatkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidur malam tidak lena gara-gara dilanda keresahan mengenangkan jawatan yang disandang belum pasti akan kekal dalam genggaman.

Setakat ini belum ada mana-mana PAS Kawasan yang mencalonkan Mat Sabu untuk mempertahankan jawatannya, hatta Mesyuarat PAS Alor Setar yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS itu beberapa hari lepas pun enggan memberi muka pada Mat Sabu sebaliknya dicalonkan pula Tuan Ibrahim Tuan Man.

Marah benar orang Kedah pada Mat Sabu. Mahu tak marahnya kalau dah salah satu punca kejatuhan PAS di Kedah dan antara penyebab kian jauhnya orang Melayu Islam dari PAS adalah disebabkan mulut lancang Mat Sabu yang mendewakan Mat Indera Komunis.

Tapi kot mana pun akan ada juga yang bakal mencalonkan Mat Sabu, kebanyakkannya nanti bakal datang dari PAS Kawasan yang mana dikuasai oleh golongan liberal, Syiah dan Anwarinas.

Kira-kira sebulan yang lalu, Multaqa Ulama Se-Malaysia yang menghimpunkan pimpinan PAS yang dikategorikan sebagai ulama telah mencapai 8 resolusi penting yang dianggap mampu memperbetulkan semula hala tuju perjuangan parti.

Salah satu dari resolusi itu berkaitan dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS di mana ia diputuskan wajar diisi oleh kalangan pemimpin parti dari kalangan ulama manakala jawatan Naib Presiden disarankan gabungan antara ulama dan professional.

Ini isyarat besar khusus ditujukan pada Mat Sabu, ia bukan kebetulan dan bukannya lagi ilusi tetapi menjelaskan lagi betapa wujud penolakan besar terhadap kepimpinan Mat Sabu.

Seperti kita tahu Mat Sabu bukannya ulama, dia juga bukan ustaz atau ilmuan agama. Malah bukan juga golongan yang memiliki professional yang gah, dia bukan doktor, bukan lawyer, bukan jurutera, bukan pun professor dan bukan juga usahawan berjaya.

Kelebihan Mat Sabu cuma berceramah siang malam, waktu jadi tok wakil asyik berceramah dan bila hilang kerusi pun makin galak berceramah. Jika itu dikatakan professional memanglah hancur jawabnya.

Dengan baki kurang 40 hari sebelum menjelangnya Muktamar PAS Ke-59 bolehlah dianggap ini adalah perhitungan hari-hari terakhir Mat Sabu yang seandainya gagal dimanfaatkan untuk menukar arus penolakan ahli PAS terhadapnya, maka berakhirlah hayat politik Mat Sabu dalam PAS.--SUMBER
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...