Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


TERKINI! Keputusan Tak Rasmi Untuk Bahagian di Kedah! #PemilihanUMNO

Posted: 19 Oct 2013 05:09 AM PDT

 
Bahagian Kedah yang telah diketahui Keputusannya

Bahagian Langkawi

1- Mukhriz Mahathir 555
2- Zahid Hamidi 547
3- Shafie Apdal 448

Kulim Bandar Baharu

1- Mukhriz Mahathir 433
2- Shafie Apdal 387
3- Zahid Hamidi 386

Padang Terap

1- Mukhriz Mahathir711
2- Zahid Hamidi  707
3- Shafie Apdal  499


Tidak rasmi: Jerlun pilih Mukhriz, Zahid, Shafie

Tidak rasmi: Merbok, Langkawi pilih Zahid, Shafie, Mukhriz

Mc diberitahu Penyandang Ketua Bahagian Sungai Petani YB Datuk Ali Yahya Kalah kepada Mejar Rahim.

Mejar Rahim Ketua Bahagian Baru Sungai Petani!

TERKINI! Update Total Keputusan Tak Rasmi Naib Presiden Sehingga Kini!! #PemilihanUMNO

Posted: 19 Oct 2013 04:11 AM PDT


Mc takkan update berapa bahagian yang menang.. Mc terus Update TOTAL keseluruhan.. hinggalah tamat pengiraan bahagian

Tidak Rasmi/Naib Presiden (6.30 ptg): Zahid (104 undi), Shafie (94), Hishammuddin (57), Mukhriz (47), Ali (6), Isa (6)

Untuk melihat senarai bahagian klik link SINI

TERKINI!! Lagi Update Keputusan Tak Rasmi Bahagian Untuk Naib Presiden!! #PemilihanUMNO

Posted: 19 Oct 2013 02:58 AM PDT


Keputusan Tak Rasmi Naib Presiden di beberapa bahagian! Nampaknya keputusan masih sengit.. cuma, Mc terkejut dengan perwakilan UMNO yang tak mahu perubahan dilakukan. Terkilan!

Tidak Rasmi Keputusan Naib Presiden (5.45 ptg): Zahid Hamidi (69 bahagian), Shafie Apdal (62), Hishammuddin (39), Mukhriz (32), Ali Rustam (4), Isa Samad (4)

UPDATE

Pulai

1- Zahid
2- Shafie
3- Hisham

Jasin

1- Zahid
2- Shafie
3- Mukhriz

Bera

1- Zahid
2- Shafie
3- Hisham

Tanah Merah

1- Zahid
2- Shafie
3- Hisham

Bachok

1- Zahid,
2- Shafie
3- Mukhriz

Temerloh

1- Zahid
2- Hisham
3- Shafie

Paya Besar

1- Zahid
2- Hisham
3- Shafie

PJ Selatan

1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafie

Kubang Kerian

1- Zahid
2- Shafie
3- Mukhriz

Parit Buntar

1- Zahid
2- Shafie
3- Hisham

Bayan Baru

1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafie

Gerik

1- Zahid
2- Hisham
3- Shafie

Beruas

1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafie

Kuala Kangsar

1- Zahid
2- Shafei
3- Isa

Ketereh

1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz

Gua Musang

1- Zahid
2- Shafei
3- Isa

Pasir Salak

1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz

Tampin

1- Zahid
2- Shafei
3- Isa

Lumut

1- Zahid
2- Shafie
3- Hisham

Bagan Datoh

1- Zahid
2- Shafie
3- Hisham

Ipoh Barat

1- Zahid
2- Shafie
3- Mukhriz

Lembah Pantai

1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham

Kuala Selangor

1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham

Kota Kinabalu

1- Zahid
2- Mukhriz
3- Hisham

Batu Kawan

1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz

Puchong

1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz


Tebrau

1- Mukhriz
2- Hisham
3- Zahid

Subang

1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz

Ampang

1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafei

Tambun

1- Zahid
2- Shafei
3-Mukhriz

Batu Gajah

1- Zahid
2-Shafei
3- Ali

Cheras

1- Zahid
2- Mukhriz
3- Hisham

Padangan Rengas

1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafei

Teluk Kemang

1- Isa
2- Zahid
3- Mukhriz

Raub

1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham

Nibong Tebal

1- Shafei
2- Zahid
3- Mukhriz

Pagoh

1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham


Bukit Bendera

1- Zahid
2- Ali
3- Hisham

Maran

1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham


Tanjung

1- Zahid
2- Mukhriz
3- Hisham

Ayer Hitam

1- Hisham
2- Zahid
3- Shafei

Sembrong

1- Hisham
2- Zahid
3- Shafei

Jempol

1- Shafei
2-Hisham
3- Isa

Nibong Tebal

1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz

Parit

1- Zahid 462
2- Shafei 331
3- Hisham 228
4- Mukhriz 227 (boleh bantahan buat kiraan semula ni)

Bentong

1- Shafei
2- Zahid
3- Hisham

Ledang

1- Zahid
2- Hisham
3- Shafei

Sungai Besar

1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz

Akan diupdate kelak.. dari masa kesemasa..

Mana bahagian Kedah ni? Lambat ehh kira...

TERKINI! Update! Keputusan Tak Rasmi Naib Presiden di beberapa Bahagian UMNO! #PemilihanUMNO

Posted: 19 Oct 2013 12:28 AM PDT


Keputusan Tak Rasmi Naib Presiden di beberapa bahagian!

Tambun

1- Zahid
2- Shafei
3-Mukhriz

Batu Gajah

1- Zahid
2-Shafei
3- Ali

Cheras

1- Zahid
2- Mukhriz
3- Hisham

Padangan Rengas

1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafei

Teluk Kemang

1- Isa
2- Zahid
3- Mukhriz

Raub

1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham

Nibong Tebal

1- Shafei
2- Zahid
3- Mukhriz

Pagoh

1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham


Bukit Bendera

1- Zahid
2- Ali
3- Hisham

Maran

1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham


Tanjung

1- Zahid
2- Mukhriz
3- Hisham

Ayer Hitam

1- Hisham
2- Zahid
3- Shafei

Sembrong

1- Hisham
2- Zahid
3- Shafei

Jempol

1- Shafei
2-Hisham
3- Isa

Nibong Tebal

1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz

Parit

1- Zahid 462
2- Shafei 331
3- Hisham 228
4- Mukhriz 227 (boleh bantahan buat kiraan semula ni)

Bentong

1- Shafei
2- Zahid
3- Hisham

Ledang

1- Zahid
2- Hisham
3- Shafei

Sungai Besar

1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz


Akan diupdate kelak.. dari masa kesemasa..

Mana bahagian Kedah ni?

HOT! Lagi Fitnah Terhadap Dato Mukhriz Dikatakan Tak Layak Bertanding!! #PemilihanUMNO

Posted: 18 Oct 2013 09:14 PM PDT


Makin teruk fitnah sekarang ni, Dato Mukhriz dikatakan tidak layak bertanding atas alasan kononnya berkempen mengunakan wang. Bukan saja mesej ini tersebar di facebook malah di sms dan twitter juga.

Siapa la yang busuk hati buat perkara terkutuk ni. Untuk pengetahuan pembaca petikan FB diatas bukan dari akaun rasmi Tan Sri Muhyiddin. Itu adalah akaun 'Palsu' yang mengunakan nama TS Muhyiddin.

Minta perwakilan jangan terpadaya dengan segala tohmahan yang diberikan. Dato Mukhriz layak bertanding dan pihak yang memfitnahnya sudah pun memohon maaf.

Tolong sebarkan perkara ini.. penjelasan perwakilan..

Gambar Dato Mukhriz menunaikan tanggung jawabnya sebagai perwakilan di Jerlun sebentar tadi..

HOT! Ada Ketua Bahagian di Kedah Tak Suka Dato Mukhriz? #PemilihanUMNO

Posted: 18 Oct 2013 05:37 PM PDT

Ini adalah 'Cai' Pokok Sena..

Pada pembaca yang tak faham apa itu 'Cai'. Cai bermaksud 'Tips' dari mana-mana kumpulan yang mahu orang-orangnya dipilih atau orang yang disokongnya dipilih. Semua bahagian keluarkan tips ini yang lebih dikenali sebagai Cai untuk memudahkan perwakilan mengisi siapa yang layak kedalam borang undian nanti.

Bila kita sebut Kedah, sudah tentu kita tahu bahawa Dato Mukhriz Mahathir bertanding Naib Presiden UMNO. Sebagai Menteri Besar Kedah dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, adalah wajib setiap bahagian di Kedah 'menyarankan' dan memasukkan nama beliau dalam Cai dibahagian tersebut.

Itu adalah kebiasaan, mestilah bahagian di Kedah menyokong beliau. Namun adalah pelik apabila ada bahagian yang tidak memasukkan nama beliau sebagai calon Naib Presiden yang wajib dipilih!! Pada pemulaan Cai dikeluarkan memang ada nombor 05 sebagai pilihan. Tapi selepas tengah malam keluar pulak Cai baru yang tiada nombor 05 untuk Naib Presiden!

Kenapa agaknya?

Gambar diatas adalah Cai yang tiada nombor 05 dalam senarai Naib Presiden. Malah Cai tersebut Mc difahamkan, dibuat oleh kumpulan Ketua Bahagian Pokok Sena sendiri. Mat Lebai Sudin, kenapa agaknya bahagian Pokok Sena menolak Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri sendiri?

Sudahlah dalam rekod, Pokok Sena antara Bahagian yang mempunyai masalah dalaman paling banyak. Kali ni Pokok Sena juga mengkhianati ketua mereka sendiri.

Apakah Ketua Bahagian Pokok Sena mempunyai masalah dengan Dato Mukhriz? Hanya dia saja yang boleh jawab. Tapi bagi Mc, Lebai Sudin tidak layak untuk menjadi Ketua Bahagian Pokok Sena lagi. Kalau ada orang Pokok Sena nak angkat lagi dia ni jadi Ketua Bahagian, memang 'tut' betul la.


Tranformasikan Pokok Sena!! Tolak Lebai Sudin dari jawatan Ketua Bahagian!! 

McTheory:
Selagi Mat LESU ni ada.. selagi tu laa.. Pokok Sena tak berubah!

PANASS!! Betul ke Mukhriz Sebar Duit Pada Perwakilan? #PemilihanUMNO

Posted: 18 Oct 2013 02:31 PM PDT


Dato Mukhriz difitnah pada saat-saat akhir, malam pada hari pengundian tersebut. Kononnya dilaporkan Dato Mukhriz memberi wang kepada perwakilan.

Jahanam punya berita!


Kalau mengikut apa yang TMI tulis, kononnya orang Dato Mukhriz akan turun ke bahagian dan memberi wang hadiah kepada perwakilan bahagian yang terpilih. Kononnya itu kempen terakhir cara Dato Mukhriz mahu menjadi Naib Presiden UMNO. Tapi betul ke dakwaan tersebut?

Baca jawapan balas dari Dato Mukhriz sendiri,


Apa macam dah puas hati? Satu-satunya calon Naib Presiden yang bersih sebersih-bersihnya. Calon lain yang Mc taknak cerita apa-apa, tapi Dato Mukhriz memang clean n clear!

Cerita ni dah tentu fitnah, kita tunggu sama ada TMI nak tarik berita, atau TMI akan biar ia disaman oleh Dato Mukhriz.

McTheory:
Berani jamin TMI akan tarik berita.. nama pun fitnah!

INFO! Senarai Pimpinan Tertinggi UMNO yang Perlu Kita Pilih!! #PemilihanUMNO

Posted: 18 Oct 2013 12:08 PM PDT

Setelah berbincang dengan sahabat yang lain dan membuat kajian yang mendalam. Mc membuat keputusan mengeluarkan list kepimpinan UMNO yang akan membawa perubahan besar dalam parti. Minta pembaca blog boleh mempertimbangkan senarai ini.


Gabungan muka lama dan baru yang akan membuat perubahan besar dalam UMNO. Mari sama-sama kita menuntut perubahan dalam meremajakan UMNO..

INFO! Kisah Benar, 7 Kali Naik Haji Tapi Tak Dapat Tengok Kaabah!

Posted: 18 Oct 2013 08:37 AM PDT



Kepada sahabat-sahabat sebelum pergi ke Mekah, mari kita ambik iktibar dulu ye.. Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material,mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.


Ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".

Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu, lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam.

Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya. Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya.

Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.

Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan didekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka'bah. Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.

Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap. Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.Hasan tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka'bah.

Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya.

Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesohlehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya. Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.

Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah.

Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. "Anda harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah...

Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya. "Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu. "Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut.. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.

"Disana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka."

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah. ....." betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting. Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas.

Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi."Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?" tanya ulama terperanjat. "Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada tinggi."Lalu apa lagi yang Anda kerjakan? "tanya ulama itu lagi sedikit kesal.

"Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati." "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama. "Ya, tapi saya memandikan orang mati karana ada kerja sama dengan tukang sihir." "Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."

"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam.

Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah.

"Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak dapat bantu anda. Saya angkat tangan".Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji. Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."

Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di Mesir.

Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu... "Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?". tanya ulama itu.

Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.

Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat. Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang.

Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur.. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir.

Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya," Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". . kata orang itu.Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan.Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.

Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.

Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT. - Sumber MyEmail

PANASS!! Betui Ka Mahpuz Omaq Ni Kawan Baik Dengan Allahyarham Ustaz Azizan..

Posted: 18 Oct 2013 06:12 AM PDT


Terkejut dan agak lawak pula bila baca kenyataan dari Mahpuz Omaq ni. Sejak bila la dia kawan dengan Allahyarham Azizan. Dulu si Mahpuz ni la yang sering dok hentam Allahyarham Azizan bila ada peluang. Rakan separti tu, bukannya parti lain. Tu pun dok hentam lumat.

Lanie bila Allahyarham Azizan dah takdak, dan si Mahpuz pun cuba nak cari sokongan dari kumpulan Allahyarham Azizan di Kedah. Tiba-tiba buat statement kawan la pulak. lawakk aihh..


Semua ni bukan apa, nak cari sokongan di Sungai Limau la. Orang Pas kena ingat, Allahyarham Azizan dulu, bukan UMNO yang buat kat dia teruk-teruk, tapi orang Pas sendiri. Macam-macam depa penaya dia, sampai susah hati, sakit jantung masuk keluar hospital berapa kali.

Tambahan lagi masa dekat PRU, arahan dari dia pun orang dah buat tak reti. Sampaikan senarai calon yang dia pilih untuk Kedah pun ada 'kutu' yang berani langgar dan bantah di pusat. Belum lagi yang hantar sms dan call maki-maki Allahyarham, lagi la belambak.

Siapa yang buat sidang media suruh pesuruhjaya Pas letak jawatan? Siapa yang buat demo suruh MB Kedah dulu letak jawatan? Orang UMNO ka? Kami UMNO hanya mengkritik cara pentadbiran dan dasar yang kerajaan Pas buat dulu. Tak pernah pula kami doakan Allahyarham Azizan mati seperti mana orang Pas sendiri buat.

Tiba-tiba lanie, si Mahpuz kata dia kawan baik? Gila babi ka apa ni?

McTheory:
Mahpuz ni mereng dah kot..

INFO! Pemilihan UMNO Lebih Teruk Daripada Pemilihan Dap? #PemilihanUMNO #CecDap

Posted: 18 Oct 2013 02:12 AM PDT



Puak Pakatan sibuk dok kutuk dan perli pemilihan UMNO yang berlangsung dalam minggu ni. Apa pemilihan Pkr dan Dap bagus sangat ke?

Mc tertarik nak siarkan petikan dari blog The Dap Insiders,

Pemilihan semula CEC hujung minggu lepas membuatkan Dinasti Lim dan Dinasti Singh semakin pening kepala. Semuanya kerana kehadiran Jenice Lee sebagai perwakilan dan turut membuang undi.

Rakyat Malaysia telah mengetahui Jenice Lee dipecat daripada DAP semasa GE 13, April 2013. Tiba-tiba Jenice hadir membuang undi untuk memilih CEC minggu lepas. Gambar-gambar kehadiran Jenice termasuk gambar Jenice sedang memasukkan kertas undi CEC ke dalam kotak disebarkan dengan meluas di internet.

Penyebaran gambar-gambar itu membuatkan orang ramai yakin bahawa pemilihan CEC tidak dilakukan dengan betul dan tindakan ROS selama ini betul. Warga internet mempersoalkan bagaimana orang yang telah dipecat boleh hadir sebagai perwakilan ?

Dinasti Lim dan Dinasti Singh mengeluarkan arahan kepada semua ahli CEC supaya jangan mengulas perkara itu jika ditanya oleh pemberita atau sesiapa sahaja. Ini bagi mengelakkan bahana besar melanda DAP.

Kehadiran Jenice sebagai perwakilan adalah mengikut peraturan kerana pemecatannya sebelum ini tidak sah akibat CEC yang ada pada waktu itu tidak diiktiraf. Sebab itu beliau masih kekal sebagai perwakilan.

Jika ada mana-mana ahli CEC yang menjelaskan sebab kehadiran Jenice sebagai perwakilan ianya akan mengesahkan CEC sebelum ini tidak diiktiraf. Itu akan menyusahkan Dinasti Lim. Mereka mengambil tindakan mendiamkan perkara itu sebaliknya mengalihkan isu dengan menyerang ROS untuk menunjukkan mereka tidak bersalah dan mengelirukan rakyat. Sebab itu dalam tempoh seminggu ini Lim Guan Eng, Tony Pua dan Karpal Singh terus menyerang ROS. Rakyat Malaysia sekarang patut tahu bahawa bapak pembohong dan pembelit.

Dalam masa yang sama mereka juga sedang susah hati kerana kredibiliti mereka teruk tercalar di kalangan golongan intelek dan ahli perniagaan cina. Kecelaruan pemilihan CEC turut dirasai oleh Kerajaan Penang kerana ahli perniagaan mula berkira-kira untuk melabur modal di sana akibat dari kedudukan Lim Guan Eng yang tidak stabil.

Apa yang saya beritahu di bawah ini mungkin sukar untuk anda semua percayai. Namun saya boleh mempercayainya dengan mudah kerana saya telah lama bergaul dengan golongan ini. Cakap di depan lain dan lain perbuatan di belakang adalah perkara lumrah dalam DAP. Mereka bercakap pasal rasuah dan intergriti di depan rakyat namun di belakang ramai yang tidak tahu bahawa DAP sebuah parti yang kuat rasuah.

Tahukah anda bahawa kini DAP sedang berusaha untuk mengharamkan parti mereka sendiri ?

Sukar untuk percaya kan ?

Namun itulah hakikat yang berlaku sekarang selepas pemilihan semula CEC minggu lepas.

McTheory:
Kata orang teruk, depa lagi la dasat!!

HOT! UMNO Hanya Untuk Orang Tak Pandai? #PemilihanUMNO

Posted: 17 Oct 2013 11:38 PM PDT


Dah lama Mc bersuara mengenai pendaftaran baru ahli UMNO. Ramai yang komplen kata susah sangat nak daftar UMNO ni..

Betul ke?

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyarankan agar proses pendaftaran anggota baharu parti itu dipermudah memandangkan ada yang mendakwa proses sedia ada agak sukar.

"Proses mendaftarkan anggota masih dibelenggu dengan macam-macam masalah. Saya terima rungutan golongan profesional muda yang sudahpun berminat untuk menyertai Umno, tetapi ada yang kata pada saya sudah tiga hingga empat kali hantar borang, tapi borang hilang.

"Saya faham masalah ini sebab saya juga dulu jadi mangsa kepada masalah seperti ini dan yang merugikan kita ialah mereka ini begitu terbuka diterima oleh parti-parti pembangkang," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Sepetang Bersama Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata seharusnya proses pendaftaran anggota baharu tidak wajar dirumitkan sejajar dengan konsep Umno sebagai sebuah parti yang inklusif.

Betul kata calon Naib Presiden kita ni. Jangan la rumitkan pendaftaran, just check kewarganegaraan, pernah jadi ahli parti lain tak, pernah kena tindakan disiplin atau pernah dibuang parti ke tak, rasanya dah cukup kot.

Bagi la peluang profesional muda masuk ke dalam parti. Ada sesetengah bahagian, depa takut profesional masuk, sebab takut nanti nak lawan depa pulak. Tu yang macam-macam alasan depa bagi supaya ahli baru profesional tak boleh daftar.

Depa macam tak suka pula orang bijak pandai masuk dalam UMNO ni. Apa UMNO untuk orang yang tak pandai kah? Atau ada sebab lain?

Sebenarnya macam-macam alasan ada, saja Mc malas nak tulis, buat malu kat orang bukan parti baca. Tapi itulah sebenarnya yang terjadi dalam UMNO ni. Semangat kepartian hampir pudar, tapi semangat keJAWATANan dan semangat nak KAYAkan diri yang lebih.

Oklah.. daripada Mc mengarut lebih jauh, lebih baik kita teliti dan fikirkan saranan dari Dato Mukhriz tuu.. ok.


McTheory:
Makin tekanan dengan orang dalam UMNO lanie..

HOT! Ada Tangan Ghaib Bakal Ganggu Mukhriz Jadi Naib Presiden? #PemilihanUMNO

Posted: 17 Oct 2013 08:31 PM PDT


Semakin hari semakin dekat masa yang dinanti-nanti, apakah ada perubahan pada UMNO. Atau UMNO akan tetap berada ditakuk lama. Sistem baru pemilihan akar umbi yang cuba ditampilkan oleh pengurusan atasan parti kalau dilihat atas kertas, semuanya elok, tiada cacat cela.

Tapi bila dilaksanakan, masih ada sangkut sana-sini. Pengurusan yang tidak terlatih, pekerja yang menguruskan agak terbatas dan kurang malah masih banyak kelemahannya. Mungkin sistem ini dilaksanakan buat kali pertama, tapi itu bukan alasan untuk menutup segala kegagalan.

Paling menakutkan apabila skrin kiraan di PWTC selalu OFF dan ON sesuka-hati. Setiap kali OFF akan bertukar kiraan di papan tersebut. Membuat orang luar terfikir, siapakah yang mengawal papan kiraan tu? Apakah boleh terjadinya magic atau tangan jahat untuk mengubah keputusan.

Sebab baru-baru ni Mc ada dengar arahan kononnya dari atasan yang mahu salah seorang penyandang Naib Presiden sekarang dipilih untuk kekalkan. Biar betul? Siapa yang bagi arahan macam tu?

Kalau nak bagi arahan, baik bertanding 2 kerusi Naib Presiden saja, yang satu tu simpan kat dia terus, betul tak?

Itu yang Mc risau, takut ada permainan magic dalam kiraan nanti. Lihat, apa yang terjadi pada keputusan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, yang sampai sekarang masih tidak mendapat keputusan.

Itu baru sayap, belum lagi peringkat tertinggi seperti Naib Presiden ni. Malah persaingan jawatan Naib Presiden makin lama makin sengit. Hinggakan takut orang baru seperti Mukhriz Mahathir akan dimain-mainkan begitu saja.

Mc mengikuti kempen Naib Presiden, tak payah cerita la bab-bab bagi upah. Hampir kesemuanya ada. Macam mana JK Pemantau buat kerja pun taktau la. Tapi bukan itu yang Mc risaukan, cuma takut permainan atasan yang mahu individu tertentu menang.


Sebelum ini pun ada cerita yang mahu Mukhriz Mahathir tumpukan kepada kerja sebagai menteri besar sahaja. Kononnya kata mereka Mukhriz masih baru dan tak layak untuk jawatan Naib Presiden.

Walaupun umum tahu akar umbi mahukan Mukhriz, malah gelombang Mukhriz sukar ditahan. Hinggakan setiap negeri yang beliau turun penuh sambutan dan sorakan terhadap beliau.

Disebabkan sambutan sebegitulah, beliau membuatkan penyandang Naib Presiden lain risau. Lebih-lebih lagi, Naib Presiden yang tidak mencapai kuota KPI. Atas lebih senang dipanggil tak buat kerja.

Oleh itu, mari semua para penyokong berani berubah terus mengundi Naib Presiden No. 05 dan berdoa semoga, tiada perkara 'magic' berlaku semasa keputusan Naib Presiden kelak.

Sama-sama kita usaha.. dan doa, senjata paling utama.

McTheory:
Ubah UMNO dengan berani berubah..

INFO! List Pemimpin UMNO Peringkat Tertinggi Yang Patut Kita Pilih! #PemilihanUMNO

Posted: 17 Oct 2013 10:43 AM PDT



Semua orang keluarkan list atau 'chai' masing-masing menunjukan pilihan mereka. Bagi pembaca blog Kedah Ke KL.. Mc ada chai khas untuk anda. Tengok chai ni, dan salin bulat-bulat nanti ok. Ini memang pemimpin yang terbaik dan akan merubah UMNO menjadi lebih baik untuk masa depan kita.


Presiden 

No. 01 Datuk Seri Najib Razak
  
Timbalan Presiden 

No. 01 Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

No. 05 Dato Paduka Mukhriz Mahathir
No. 01 Dato Seri Zahid Hamidi
No. 03 Datuk Seri Shafei Apdal


Majlis Tertinggi: (25 Jawatan Dipilih)

No. 01 - Datuk Seri Shahidan Kassim

No. 02 - Datuk Shamsul Anuar Nasarah

No. 04 - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

No. 05 - Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

No. 10 - Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin

No. 12 - Musa Bin Hj Sheikh Fadzil

No. 13 - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

No. 15 - Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

No. 16 - Datuk Seri Mustapa Mohamed

No. 17 - Datuk Sohaimi Shahadan

No. 18 - Datuk Seri Idris Jusoh

No. 19 - Dato Seri Mahazir Khalid

No. 20 - Datuk Razali Ibrahim

No. 31 - Datuk Seri Jamil Khir Baharom

No. 32 - Datuk Abd Rahman Dahalan

No. 36 - Datuk Seri Azalina Othman Said

No. 40 - Datuk Seri Mohamad Hasan

No. 44 - Datuk Hasan Malik

No. 47 - Datuk Satim Diman

No. 49 - Datuk Idris Haron

No. 51 - Wan Mohammad Khairil Anuar

No. 55 - Zubir bin harun

No. 60 - Tun Faisal Ismail Aziz

No. 63 - Datuk Reezal Merican Naina Merican


McTheory:
Gabungan orang lama dan baru.. kena bagi MT daripada bukan menteri juga..kalau tak siapa nak buat kerja jika menteri sibuk kan??
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...