Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT! 4 Penyandang Ketua Bahagian di Kedah, Tewas!! #PemilihanUmno

Posted: 19 Oct 2013 06:51 PM PDT



Dalam kekecohan pemilihan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi. Hingga Mc sendiri lupa nak update berita dari Kedah. Nampaknya dalam pemilihan kali ini, sistem yang digunakan hanya bawa perubahan pada bahagian. Mungkin ada sebab perwakilan bahagian menukar pucuk pimpinannya.

Di Kedah ada 4 Bahagian, Penyandang Ketua Bahagian di tukar oleh perwakilan bahagian sendiri. Maknanya 4 Bahagian ada Ketua Bahagian Baru!

Bahagian yang dimaksudkan ialah Pokok Sena, Jerai, Kuala Kedah dan Sungai Petani. 

Pokok Sena, Lebai Sudin kalah kepada Said Ali dan seluruh jenteranya tewas teruk. Di Jerai, Dato Suhaimi kalah kepada Menteri Agama kita Datuk Jamil Khir, di Kuala Kedah Datuk Latt Shariman juga kalah kepada Datuk Abdullah Hasnan, keadaan yang sama juga terjadi pada bahagian Sungai Petani, apabila Datuk Ali Yahya tewas kepada calon underdog Mejar Rahim.

Nampaknya transformasi untuk meremajakan UMNO hanya berlaku di bahagian-bahagian. Walaupun ada Ketua Bahagian yang tewas tu patut diberi peluang kedua untuk buktikan bahawa beliau masih boleh bekerja.

Tapi akar umbi bahagian berkenaan sudah buat keputusan. Terima saja dengan penuh redha.
Yang kalah jangan sedih, yang menang pula selamat bekerja, terimalah amanah ini dengan keikhlasan dan sebagai ketua yang memimpin untuk menuju kejayaan pada PRU ke 14.

Cuma keputusan bahagian Pokok Sena tu, memang sepatutnya!! hehe..

McTheory:
Masa pemilihan dah tamat, mari rapatkansaf semula..


INFO! Penyandang Naib Presiden Kekal, Cara Baru Untuk Meremajakan UMNO? #PemilihanUMNO

Posted: 19 Oct 2013 12:10 PM PDT


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengekalkan gandingan mereka sebagai naib presiden Umno untuk penggal 2013-2016.

Keputusan boleh tengok dibawah,


Mc agak sedih dan terkilan apabila Dato Mukhriz gagal mendapat tempat ke kerusi Naib Presiden. Nampaknya slogan nak meremajakan UMNO tu hanya slogan semata-mata, tak pun dipraktikan oleh perwakilan.

Nak cakap banyak pun tak guna, kalah dah kalah. Akur saja pada keputusan, namun kata orang biar kalah bermaruah, jangan menang sebab bermewah! Betul?

McTheory:
Nak pi cium keris satt.. adeh laa..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...