Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT!! Tragis Bila Phahrolrazi 'Plan' Hantar Orang Tawan Sungai Limau!! #PrkSgLimau

Posted: 26 Oct 2013 06:12 AM PDT


Kesian la kat orang Sungai Limau bila terpaksa memilih untuk menyokong calon yang ada pertalian darah dengan musuh ketat Allahyarham Ustaz Azizan sendiri.

Sedangkan masa Allahyarham Azizan hidup, musuh ketatnya si Phahrolrazi yang banyak kutuk, caci maki dan buat macam-macam cara untuk jatuhkan Allahyarham Azizan.

Ada orang yang pertikaikan hubungan diantara Phahrolrazi dan calon Pas si Azam. Sedangkan hubungan mereka disahkan sendiri oleh Phahrolrazi. Datuk kepada si Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk kepada Phahrol, Aziz Pendang merupakan dua beradik.

Malah mereka merupakan ahli keluarga yang agak rapat.

Walaupun ada kenyataan daripada isteri Allahyarham Ustaz Azizan yang menyatakan Azam ada 'bau-bau bacang' dengan Allahyarham Ustaz Azizan, tetapi hubungan diantara Azam dan Phahrol lebih rapat malah Azam dikatakan berada di 'Team Phahrol' semasa Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Kalau nak ikutkan hubungan keluarga dengan Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suhaimi bekas Ketua Bahagian UMNO Jerai juga sepupu Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suraya Yaacob, Exco Wanita Kedah, juga dua pupu dengan Allahyarham Ustaz Azizan. Malah dulu Allahyarham Ustaz Azizan pernah menjadi ahli UMNO dan mempunyai saudara mara dalam UMNO yang cukup ramai.

Jadi apa sangat la nak dihairankan jika si Azam ada bau-bau bacang dengan Allahyarham Ustaz.

Cuma apa yang menjadi fokus kita sekarang, si Azam ni 'budak kepada Phahrolrazi' yang dihantar untuk menawan Sungai Limau dari sekutu Allahyarham Ustaz Azizan. Jika 'plan' Phahrol ni berjaya, bermakna, kawasan kubu kuat Allahyarham Ustaz Azizan sudah berjaya ditawan oleh 'Team Phahrol' dengan mengunakan proxy mereka iaitu Azam Samat.


Apakah penduduk Sungai Limau mahu 'budak' Phahrol ni menjadi Yang Berhormat dikawasan kubu kuat mereka?

McTheory:
Jangan sampai sesal kemudian..

HOT! Petugas Pas ditangkap Kerana Turunkan Bendera UMNO!! #PrkSgLimau

Posted: 26 Oct 2013 03:34 AM PDT


hiasan semata

 Sebentar tadi polis telah menangkap 4 petugas Pas di Dulang Besar kerana menurunkan bendera UMNO. Kejadian berlaku apabila 4 petugas tersebut mungkin tersalah faham atau ada niat lain dengan menurunkan bendera terbabit.


4 Petugas Pas yang telah ditangkap dibawa ke Balai Polis Yan untuk disoal siasat.

Dalam pilihanraya, menurunkan bendera parti lawan adalah kesalahan. Kalau nak pacak bendera Pas berlori pun kami tak kisah. Tapi jangan dok gatai tangan bawa turun bendera orang lain.

Busuk perut sungguh laa..

McTheory:
Buat kerja cara Islam boleh?

HOT!! Isteri Allahyarham Ustaz Azizan Pun Sokong Calon BN! #PrkSgLimau

Posted: 25 Oct 2013 07:43 PM PDT


Bila Pas sibuk heboh dengan video kononnya Ayahanda pada Dato Jamil Khir merestui calon Pas. Mereka tak tahu bahawa calon BN yang dibawa oleh Dato Mukhriz telah mendapat restu daripada Isteri Allahyarham Ustaz Azizan pada malam pengumuman calon.

Pendekatan yang dibawa oleh BN ketika membuat kunjungan hormat ke rumah balu bekas menteri besar, Toh Puan Faekah Sheikh Hamzah di Alor Setar pada malam selepas pengumuman calon BN untuk PRK Dun Sungai Limau amat berbeza dengan Pas..

YAB Menteri Besar dan calon BN PRK Sg Limau, Ahmad Sohaimi serta beberapa orang lain pergi ke rumah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak untuk memperkenalkan calon kita kepada isterinya.

BN lakukan ini sebagai menghormati Allahyarham dan kawasan Sungai Limau yang diwakilinya selama lima penggal. YAB MB, calon dan beberapa orang lain berbual hampir dua jam di rumah Toh Puan Faekah, namun tiada siapa pun yang tahu," katanya.

BN merahsiakan perkara itu kerana ianya adalah urusan peribadi BN dan tidak mahu ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.Tiada siapa pun yang tahu. Hari ini baru saya beritahu anda semua. Tiada gambar atau berita mengenainya di dalam surat khabar atau internet sebelum ini atau hingga hari ini," katanya.

Andaikata kalau Pas la yang dapat buat semua ni, sudah tentu awal-awal lagi satu dunia mereka dah hebohkan. BN tak politikan perkara yang baik walaupun ianya menguntungan. Tetapi bila dah sampai tahap ni, terpaksalah kita dedah demi maruah parti dan calon kita.


PANASS!! Video Nurul Izzah Merepek Merapu!! #PrkSglimau

Posted: 25 Oct 2013 12:24 PM PDT


Apa la si Nurul Izzah ni dok merepek. Polis Bukit Aman apa sampai 8000 lebih. Takkan satu jabatan polis boleh sampai 8000 orang anggota kot. Relevan la sikit, kerja nak memfitnah saja Nurul Izzah ni.

Cuba tengok video kat bawah,



Inilah cakap-cakap manusia durjana yang tak boleh pakai! Kerjanya asyik fitnah dan maki hamun Kerajaan BN. Ada bukti ka SPR bawah masuk pengudi? Atau main sedap mulut saja cakap?

Tak habis-habis dengan fitnah yang menyusahkan orang. Apa depa ni anak beranak memang suka fitnah ka?

Bapak sama, anak pun serupa..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...