Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Di Sungai Limau.. Ahmad Maslan Buat Lawak, Wanita UMNO pulak tiru Muslimat..

Posted: 31 Oct 2013 09:43 PM PDT


Masuk akal atau tidak itu bukan isu.. asal dia yakin janji-janji yang ditaburnya itu akan menggembirakan hati pengundi, dia bedal sajalah tanpa memikirkan apakah rasionalnya janjinya itu selain dari menguntungkan kroni..

Di DUN Sungai Limau semalam dalam satu ceramah BN yang dilaporkan telah dihadiri oleh hampir 30,000 orang, Ahmad Maslan telah berjanji untuk membina sebuah Komplek Imigeresen di kawasan DUN tersebut.


Selain pembinaan komplek imigeresen, Ahmad Maslan juga menjanjikan sebuah pejabat pos untuk kemudahan penduduk Sungai Limau mengepos kad-kad raya... lapor Jeebond di SINI

Sementara itu pula bagi meraih undi, Wanita-wanita UMNO telah dilaporkan oleh Free Malaysia Today berpakaian seperti Muslimat PAS dipercayai bagi mengelirukan pengundi..


YAN: PRK Sungai Limau yang paling pelik dalam sejarah PRK. Kalau dahulu perayu undi BN memakai songkok bagi lelaki manakala bertudung biasa bagi wanita tetapi dalam PRK Sungai Limau, Wanita Umno sanggup bertudung labuh dan berjubah seperi muslimat PAS.

Ini yang mengelirukan para pengundi Sungai Limau apabila mereka dikunjungi oleh perayu wanita BN. Mereka ingatkan perayu wanita PAS yang datang ke rumah mereka.

Menurut Pengarah Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, BN sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan impian mereka tercapai.

Katanya, ada di kalangan jentera wanita Umno yang sanggup bertudung labuh dan berjubah manakala jentera lelaki pula berkopiah ketika menjalankan kempen di kawasan pengundi PAS.

"Umno BN kelihatan sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau dan sanggup melakukan apa sahaja taktik," tegasnya.

Beliau yang berada di Dun Sungai Limau sejak sebelum hari penamaan calon berkata, BN juga sanggup menipu pengundi dengan menggunakan kononnya aruah Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak memberi amanat kepada mereka supaya merampas Sungai Limau.

Amanat tersebut kata beliau digunakan oleh BN untuk menyakinkan pengundi khususnya di kawasan PAS supaya mengundi BN pada 4 November nanti.

"Penipuan ini dilakukan ketika mereka berkempen dari rumah ke rumah," tegasnya.

Selain itu tambah beliau, Umno-BN juga berusaha menempatkan keluarga angkat daripada kalangan orang Umno di rumah pengundi PAS sekaligus memberi peruntukkan bertujuan mendapat sokongan.

Ini merupakan satu cara politik kotor dan tidak bertanggungjawab dengan menggunakan kesusahan rakyat sebagai modal penting untuk terus berkuasa, tegasnya.

Tambah beliau, pelbagai bantuan segera yang bersifat one off diperuntukkan bagi mengelabui mata dan hati rakyat.

Beliau menegaskan, taktik kotor BN itu jauh berbeza dengan PAS yang bersandarkan politik damai iaitu menerangkan serta membimbing rakyat untuk mengenali sikap sebenar Umno BN.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...