CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Kes tembak: Siasat dakwaan polis disogok

Posted: 31 Oct 2013 07:16 PM PDT


SHAH ALAM - Polis akan menyiasat dakwaan sebuah laman blog yang menyiarkan gambar serta perbualan dipetik dari laman Facebook milik seorang lelaki dikenali sebagai 'Mahesa Birawa' yang dipercayai rakan suspek utama menembak mati seorang pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya Sentral 2 pada 23 Oktober lalu.       
                                         
Berdasarkan artikel blog tersebut, kandungan perbualan menyentuh bayaran yang dibuat oleh lelaki terbabit kepada anggota polis di Shah Alam untuk tujuan mendapatkan perlindungan.

Difahamkan, wang berjumlah RM100 dibayar setiap bulan oleh lelaki berkenaan kepada polis di Shah Alam bagi 'menjaganya' sepanjang berada di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat berhubung perkara itu (anggota menerima sogokan).

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu kesahihan maklumat itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Menurutnya, polis menerima banyak maklumat termasuk berbentuk tohmahan serta tuduhan sepanjang tempoh siasatan dijalankan terhadap kes tembak mati Norazita.

"Jika perkara itu wujud, kita akan panggil mereka yang terlibat untuk membuat laporan polis termasuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya selepas Taklimat Kawalan Keselamatan dan Lalu Lintas Piala Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.

Sumber: Sinar Harian

Siapa KJ untuk menilai mutu kerja penjawat awam? KJ insulting 1,400,000 civil servants

Posted: 31 Oct 2013 10:37 AM PDT

KJ insulting 1,400,000 civil servants

Khairy Jamaluddin seems to believe that Malaysia's 1.4 million-strong civil servants do not have enough ability nor "quality" to get the job done.

KJ believes that the fat salaries paid by the Prime Minister to a whole slew of con-sultants is wholly justified. He says that it is very necessary for these fat-salaried con-sultants to be brought in to "improve [the] public service".

He argued "you want certain quality, pay" (see his tweet below).


Since the PM as well as Khairy's Youth Ministry are willing to pay for staff (such as KJ's Press Secretary Regina Lee) whom they want but who are not civil servants, their decision implies that the con-sultants meet a "certain quality" which cannot be found among the existing pool of civil servants. 
  





She's simply the best
Better than all the rest …



A Pemandu con-sultant (senior manager) —  equivalent to a Grade 54 civil servant — has a maximum salary of RM21,000 a month. The annual income of a Pemandu senior manager is a quarter of a million ringgit.

So how much does Pemandu senior analyst Farah Intan (photo above) get paid? She is in charge of monitoring the performance of the police, btw.



Siapa KJ untuk menilai mutu kerja penjawat awam?

Suatu soalan telah diutarakan oleh Syed Akbar Ali, presiden Blog House Malaysia:

"Can you tell me what KJ did for a living before becoming a Minister? Or how KJ  earned an income?"
Jawapan: Urm, dia pernah kerja sebagai Pegawai Khas kepada bapa mentua Sleepy Dollah di pejabat Tingkat 4.

Baru-baru ini, KJ berkata wajar untuk para konsultan dibayar upah lumayan serta harus mereka digaji untuk membuat kerja-kerja jabatan kerajaan.

Ini mahupun sebelum pentadbiran Najib mengambil alih tampuk pemerintahan, para penjawat awam sudah lama menggalas tanggungjawab, contohnya Unit Perancangan Ekonomi (EPU) telahpun wujud sejak zaman Tunku lagi.

Atas dasar mahu "mutu tinggi" tersebut yang diuar-uarkan Team-Najib, maka KJ memutus untuk menggaji seorang Dapster untuk menjadi Setiausaha Akhbarnya. Menteri Belia dan Sukan itu menilai prestasi kerja Regina Lee (bff-best friend forever Hannah Yeoh) adalah cukup memuaskan.

Lagipun Regina sudah ada mempunyai CV cemerlang pujian "Wow, terribly impressed!" yang dicurahkan kepadanya oleh naib presiden MCA Gan Ping Sieu 

Belia Umno dipandang sepi KJ 

Selepas Regina, kita tunggu Kementerian Belia dan Sukan membuka pintunya kepada pelatih-pelatih evangelista Tony Pua nanti.

Bukankah Pak Menteri Ketua Pemuda Umno itu membayangkan orang yang sediakala berkhidmat dengan kerajaan sememangnya tidak cukup bermutu?

Lagipun Pegawai Khas yang diambil si KJ itupun begitu mudah memaki-hamun orang yang tidak setaraf (sama kelas) dengan evangelista sebagai "dumb fuck".

 Kereta WTG1499 pastinya bukan milik KJ.
Kerana Kereta Khairy besar dan berplet nombor 'KJ 10 Q'.



Sumber: http://helenang.wordpress.com

Pengawal keselamatan Bersenjata Api ROMPAK Kedai Emas Yang Dijaganya, Nak Tunggu Berapa Kes lagi, Baru Nak Semak Semua Guard Bersenjata

Posted: 31 Oct 2013 07:10 AM PDT


KUALA LUMPUR - "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". Itulah yang terjadi kepada pemilik sebuah kedai emas di pusat beli-belah KL Festival, Setapak di sini apabila pengawal keselamatan yang diupah menyamun kedai itu hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisoner Khairy Ahrasa berkata dalam kejadian 9 pagi itu, suspek yang lengkap beruniform bertindak mengacukan senjata api kepada empat pekerja premis berkenaan sebelum melarikan satu dulang berisi kira-kira 100 utas rantai leher.

Beliau berkata kejadian yang mengambil masa kira-kira lima minit itu terjadi semasa pekerja premis berkenaan sedang melakukan kerja menyusun atur barang kemas sebelum suspek datang dan mengarahkan pekerja tersebut menyerahkan dulang berisi barang kemas.

"Polis sedang menyiasat sama ada pengawal keselamatan tersebut melarikan diri dengan motosikal ataupun ada rakannya yang sudah menunggu di luar pusat membeli-belah itu.

"Kita akan teliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terlebih dahulu," katanya kepada pemberita.

Khairy berkata polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan suspek yang berusia 26 tahun dan dipercayai berasal dari Sabah.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati suspek baru bertugas sebagai pengawal keselamatan di premis itu selama sebulan.

Pihak polis sedang menyiasat latar belakang suspek serta rekodnya sebagai pengawal keselamatan dan sama ada dia mempunyai rekod jenayah lampau, katanya.

"Kita akan semak dengan syarikat keselamatan yang mengupah suspek bekerja dan kita akan siasat senjata api yang digunakan suspek sama ada milik dia ataupun dibekalkan oleh syarikat keselamatan," katanya.

Kes itu berlaku susulan kejadian seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang pegawai wanita sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu dan melarikan wang RM450,000.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...