CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[PAS YANG RESAH atau PENGUNDI YANG KELIRU] Bunting BN didakwa PAS kelirukan pengundi

Posted: 01 Nov 2013 08:27 AM PDT


Bunting BN yang menggunakan gambar Dr Ahmad Sohaimi (kiri) dan Mukhriz (kanan) didakwa Pas mengelirukan pengundi di Dun Sungai Limau.

Pengumuman Datuk Mukhriz untuk menjadikan DUN Sungai Limau sebagai DUN Angkat Menteri Besar Kedah itu jika BN menang dalam Pilihanraya Kecil kali ini dilihat amat meresahkan pihak PAS.

"Ini satu kebiasaan. Saya juga adalah ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) angkat bagi beberapa DUN yang kalah (pada Pilihan Raya Umum ke-13) dahulu.

"Tetapi apa yang saya cadangkan di sini, sekiranya kita menang di DUN Sungai Limau, rakyat di sini bukan sahaja dapat calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

"Tetapi di belakangnya ada saya sendiri... yang akan memberi perhatian istimewa," katanya selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Matang Buloh, malam tadi.

Apakah kesannya apabila Menteri Besar menjadikan DUN Sungai Limau sebagai DUN angkat? Sudah pasti pengundi akan mendapat faedah yang besar apabila perhatian khusus diberikan oleh MB.

Sudah pasti jauh berbeza dari segi kemajuan yang bakal dinikmati berbanding dengan kemampuan yang boleh dilaksanakan oleh calon Pas.

Pengundi boleh memilih untuk mendapat kemajuan atau melopong.

Bunting BN didakwa PAS kelirukan pengundi

YAN - Pas Kedah mendakwa bunting yang digunakan BN untuk memperkenalkan calon parti itu bagi PRK Dun Sungai Limau mengelirukan.

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu berlaku kerana pengundi Dun Sungai Limau mungkin terpengaruh atau tertipu kononnya yang bertanding itu adalah Datuk Mukhriz Mahathir, yang merupakan Menteri Besar Kedah, bukan calon BN.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan siapa 'calon BN' yang bertanding di Dun Sungai Limau.

"Saya nak SPR beri penjelasan siapakah yang bertanding, adakah Mukhriz ataupun Dr Ahmad Sohami Lazim?

"Apakah untuk mendapatkan populariti kononnya seolah-olah Mukhriz lebih popular berbanding calon BN yang tidak popular. Jadi, untuk menawan hati dan pemikiran pengundi-pengundi, maka digunakan gambar Mukhriz seolah-olah calon yang bertanding di Dun Sungai Limau adalah Mukhriz," katanya.

Sementara itu, SPR menegaskan tiada halangan bagi mana-mana parti politik untuk meletakkan gambar pemimpin parti selain dari gambar calon yang bertanding.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perkara tersebut sudahpun dijelaskan, dibincangkan dan dipersetujui pada PRU13 dengan semua parti politik yang bertanding.

"Dasar SPR benarkan gambar pemimpin seperti PM, MB, pemimpin utama Pas seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Hadi Awang (Presiden Pas).

"Saya harap Datuk Mahfuz tidak perlu bangkitkan isu ini. Tiada yang mengelirukan. Pas boleh letak gambar pemimpin mereka, gambar Datuk Mahfuz pun boleh," katanya.

Piala Malaysia: Paluan 20 gendang iringi The Red Warriors

Posted: 01 Nov 2013 06:37 AM PDT

HARUN Ali (tengah) bersama pasukan gendangnya bersedia mengamatkan Stadium Shah Alam pada malam perlawanan akhir Piala Malaysia , Ahad ini, ketika ditemui di Kota Bharu hari ini.- UTUSAN

KOTA BHARU 1 Nov. - Sebanyak 20 Gendang Cina akan dipalu di Stadium Shah Alam bagi meniup semangat pemain The Red Warriors pada perlawanan akhir Kelantan menentang Pahang, Ahad ini.

Menurut Ketua Kumpulan Gendang Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Harun Ali, pemalu gendang akan berlepas ke Shah Alam malam esok menaiki beberapa buah kereta dan van, untuk turut berkonvoi dengan 15 buah bas kelab penyokong.

"Kami akan menjadi 'pemain' ke-12 pasukan Kelantan dengan paluan gendang dan sorakan yang akan menggegarkan Stadium Shah Alam.

"Lagu Yuh Ayuh dan Gomo Kelate Gomo akan dinyanyikan sepenuh hati dengan diiringi paluan gendang kelab kami dan saya harap Piala Malaysia sekali lagi dibawa pulang ke Kelantan tahun ini," katanya ketika ditemui menjalani latihan paluan gendang di sini hari ini.

Harun, 46, berkata kelab itu dianggotai 20 pemalu gendang yang akan membuat kelainan pada tahun ini dengan mewarnakan kepala mereka merah, warna tema bendera Kelantan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...