CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[PATUNG 'KAKI USTAZ'] 'Siapa yang kurang ajaq tu wahai PAS?

Posted: 02 Nov 2013 09:05 PM PDT

Kelihatan patung yang tidak berkaki digantung ditepi jalan Sungai Limau sempena kempen Pilihanraya Kecil N20 Dun Sungai Limau, Kedah.
KURANG ajaq, atau sebutlah apa sahaja... biadab, terhina, terkutuk, melampau - semuanya paling sesuai untuk menceritakan hal satu perbuatan keji dalam kempen PRK Dun Sungai Limau ini.

Ya, mungkin ramai sudah tahu perbuatan terkutuk itu ialah meletakkan di tempat-tempat awam patung bahagian pinggang ke bawah dengan sebelah kaki terpotong (kudung) dengan
tulisan 'KAKI USTAZ'.

Amat mudah untuk difahami bahawa sindiran itu dikaitkan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, seorang tokoh pemimpin yang amat disanjungi oleh kawan dan lawan
yang meninggal dunia pada 26 September lalu, antara lain bersabit komplikasi diabetes yang sebelum itu menjadi sebab kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.

Baru-baru ini, tercetus kontroversi ketika kempen PRK Dun Sungai Limau apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa terlepas cakap mengaitkan penyakit yang dihidapi Azizan ketika mengulas isu kenaikan harga gula selepas kerajaan menarik balik subsidi harga bahan pemanis itu.

Susulan itu, anak Azizan, Mohamad Rafi'iy, 32, menuntut Muhyiddin meminta maaf kerana dikatakan menyentuh sensitiviti keluarganya yang masih bersedih atas pemergian bekas Menteri Besar Kedah itu.

Muhyiddin kemudian, dalam satu reaksi yang boleh disifatkan sebagai agak dramatik menyambut gesaan itu dengan meminta maaf kepada keluarga Azizan sebagaimana yang dituntut.

Permintaan maaf Muhyiddin langsung diterima Puan Sri Faekah Syeikh Hamzah, balu Azizan yang langsung mendedahkan bahawa hubungan baik antara Allahyarham dengan Timbalan Perdana Menteri sudah lama, sejak 1960an lagi iaitu ketika kedua-duanya belum aktif sebagai ahli politik sepenuh masa.

Malah kata Faekah, dalam berkawan, Azizan sentiasa mengetepikan perbezaan politik menyebabkan beliau diterima baik rakan-rakan dari pelbagai latar belakang.

Namun, amat malang sekali, dalam keadaan kempen PRK sudah cuba dimurnikan oleh sifat saling menghormati dan maaf memaafi antara Muhyiddin dengan keluarga Azizan, ia dicemari pula oleh perbuatan tidak bertanggungjawab menggunakan patung berkaki kudung ini.

Setakat ini, tidak pula diketahui siapa atau pihak mana yang menjadi dalang tindak tanduk celaka ini!
Apa yang jelas, pihak Pas dan BN sudah saling tuduh menuduh, 'hang kata aku, aku kata hang!'.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil KhirBaharom yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai, semalam sudahpun membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sebenarnya, tuduh menuduh ini tidak lain, tidak bukan hanya menurut sentimen kepartian masing-masing. Orang Pas sudah pasti menuduh orang BN yang melakukannya manakala
orang BN pula akan menuduh orang Pas sendiri dengan tujuan untuk memfitnah mereka (orang BN) supaya dibenci oleh pengundi pada saat-saat akhir menjelang hari mengundi
esok.

Hatta, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, Johor malah di mana-mana sahaja di seluruh dunia, pun tanpa mencongak dosa pahala masing-masing, mudah sahaja menekan huruf-huruf pada papan kekunci untuk menulis 'ini kerja orang Umno' atau 'ini kerja orang Pas' ataupun 'ini kerja orang PKR' ketika membicarakan hal itu.

Tidak percaya, tengoklah pada komen-komen berkaitan kejadian itu sama ada di Facebook atau blog. Dalam kalangan yang menuding itu, siapa yang sebenarnya menyaksikan
pertuduhan mereka?

Inilah masalahnya, dan inilah sebab dan natijah yang dikehendaki oleh pihak yang melakukannya. Mereka sudah pasti orang yang tidak takut dosa dan tergamak melakukan perbuatan
sehina itu asal sahaja matlamat mereka tercapai.

Sekarang, BN dengan Pas sudah saling tuduh menuduh. Kalaulah BN yang melakukannya, apakah mereka tidak mampu untuk menimbang bagaimana perbuatan yang semacam itu mudah sahaja akan makan diri mereka sendiri kerana Azizan amat disayangi oleh orang Sungai Limau yang sudah lima penggal mengundi Allahyarham sejak 1995.

Menyakitkan hati keluarga Azizan yang begitu ramai di Sungai Limau terang-terangan adalah perbutan bunuh diri bagi BN! Ada satu laporan bahawa ketika pemerintahannya sebagai MB, populariti Azizan adalah melebihi parti Pas sendiri!

Manakala jika mahu dituduh jentera Pas pula, adalah tidak logik, tidak munasabah malah tidak mungkin untuk mereka tergamak melakukan perbuatan yang seumpama itu terhadap
pemimpin mereka sendiri yang cukup mereka sanjungi sekalipun alasan yang memungkinkannya, untuk memfitnah BN supaya pengundi membenci BN!

Lalu, jika kedua-duanya bukan, siapa? Ya, ada kemungkinan ini kerja pihak ketiga yang mahu melaga-lagakan dua pihak tatkala kedua-duanya sedang berada di zon yang sangat
sensitif.


Siapa mereka? Sama-sama kita fikirkan dan simpan dalam hati. Jangan kita luahkan kerana ini hanya kemungkinan. Sebabnya, kita sendiri bukan saksi. Kita hanya boleh mendoakan
supaya ALLAH menginsafkan mereka yang berkenaan.

[VIDEO] Penjelasan Ustaz Kazim BUAT PENGIKUT PAS TERSEDAR

Posted: 02 Nov 2013 08:59 AM PDT


[PRK SG. LIMAU] Patung 'KAKI USTAZ' Perbuatan PROVOKASI - Zahid Hamidi

Posted: 02 Nov 2013 08:26 AM PDT


YAN - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perang saraf dan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu pada saat-saat akhir kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau tidak akan berjaya mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

"Sungai Limau adalah satu kawasan yang tenteram. Saya lihat pasukan polis yang ada di sini lebih daripada mencukupi dan kita tempatkan mereka semata-mata untuk menjaga kepentingan rakyat.

"Kita harap di saat akhir ini kedua-dua pihak tidak melakukan provokasi dalam berbagai-bagai bentuk,"
katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Pusat Khidmat Komuniti Rela Dulang Besar, dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Datuk Mustafa Ibrahim, anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dun Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi Lazim. 

Ahmad Zahid berkata, demikian bagi mengulas mengenai patung-patung provokasi yang digantung berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN.

Difahamkan patung dari paras pinggang ke bawah dengan sebelah kaki dipotong serta tertera perkataan 'kaki ustaz', seolah-olah menggambarkan keadaan bekas wakil rakyat Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini menjalani pembedahan memotong kaki akibat penyakit kencing manis.


Ahmad Zahid berkata, polis sedang menyiasat mengenai perkara itu dan tindakan akan dikenakan terhadap pihak yang melakukan perbuatan itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, tindakan pembangkang memperbesarkan isu remeh-temeh seharusnya tidak dijadikan sebagai kaedah untuk meraih undi penduduk Sungai Limau.

"Saya fikir jangan gunakan pendekatan yang sebegitu walaupun ia dinamakan taktik politik...memberikan sesuatu yang baik tidak mengapa, tetapi memburukkan dengan cara penghinaan saya rasa tidak baik dan seharusnya dielakkan," katanya.

Mengulas mengenai perjalanan kempen pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, Ahmad Zahid berkata: "Pada hemat saya kempen BN melebihi jumlah kempen Pas. Semangat hijrah itu saya nampak dan perubahan itu saya yakin adalah kerana perubahan gelombang yang berlaku di negeri Kedah".

Pada pilihan raya kecil Dun Sungai Limau Isnin ini, Ahmad Sohaimi ditentang calon Pas Mohd Azam Abd Samat.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...