Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


TAHNIAH! Akhir UIAM Berjaya Di Tawan!! #PRKampus

Posted: 02 Nov 2013 06:11 AM PDT



Official result of IIUM SRC Election 2013/2014:
Pro-M 8
Pro-U 10

Lari sikit dari isu PRK Sungai Limau. Mc nak update pasal Pilihanraya juga, tapi pilihanraya kampus. Terkejut bila Mc mendapat tahu UIAM berjaya ditawan oleh pro Universiti (Aspirasi)

Cerita ni Mc ambil dari blog Keris7Lok,

Alhamdulillah. Nampaknya setelah sekian lama sejak tahun 1997 akhirnya detik sejarah berlaku buat julung julung kalinya Pro Universiti berjaya 'mandi' kan puak pro-m yang memang pro pembangkang.

Namun begitu masih ada pihak yang cuba untuk memanipulasi dan menutup kekalahan pihak WUFI dengan menggunakan media arus pembangkang. Keris yakin pasti puak WUFI rasa tergugat dan membuktikan UIA bukan kebal untuk calon Pro-Universiti.

Ramai tanya kenapa UIA menang. Di sini Keris nak menjelaskan keputusan rasmi PRK UIAM adalah kiraan Kampus Gombak sahaja. Sama juga UiTM ada 14 kampus tp yg mewakili keputusan PRK adalah UiTM Shah Alam. Malaysiakini & Harakah spin yang WUFI menang, sebenarnya mereka kalah atas sebab kita tidak mengira cawangan.

Detik bersejarah ini membuktikan bahawa pengaruh pembangkang yang super merapu sudah mula merosot. Erti kata lain mereka yang tidak berminat dengan politik luar WUFI sudah mula menunjukkan tanda protes mereka kepada Pro-Monyet.

Siapa sangka setelah 17 tahun WUFI memegang tampu kuasa, kini mereka dalam keadaan terdesak setelah kalah yang tidak mereka sangka. Kata kubu kuat yang tidak boeh ditembusi namun mereka akhirnya tewas.



Kepada harakah sila berhenti sebarkan maklumat palsu yang mengelirukan kepada siapa yang membaca. Lain Kalilah untuk WUFI dan Dah Kalah-Kalah lah!

HOT! Propaganda PKR Hina Allahyarham Ustaz Azizan!! #PrkSgLimau

Posted: 02 Nov 2013 02:47 AM PDT


Mana punya mangkuk buat black ops ni? Kalau nak bagi orang marah pun agak-agak la. Apa kesan yang dapat daripada buh kaki patung kemudian letak nama 'kaki ustaz'?

Apa maksud yang cuba depa sampaikan? Takdak orang nak buat kerja gila macam ni kecuali jentera propaganda PKR. Kononnya bagi meraih simpati daripada rakyat Sg Limau, apabila PKR mengambil alih tugas utk mengepalai kempen PRK DUN Sg Limau, terus terpacul replika kaki yang kudung sebelah diletakkan di Kg Gelam dan beberapa buah tempat lagi kononnya dibuat oleh BN bagi menghina arwah Tan Sri Azizan Razak..

Sebenarnya..ini adalah perbuatan JENTERA PROPAGANDA PKR sendiri..PKR memang terkenal dengan tipu helah yang jahat macam ni..BN tak penah buat benda macam ni..ini adalah taktik murahan bagi meraih simpati. Rakyat Sungai Limau bukannya BODOH dan LEKEH untuk diperdayakan dengan taktik murahan sebegini..PR sudah terdesak ketika ini apabila statistik terkini menunjukkan CALON PAS berkemungkinan besar akan tewas dgn majoriti yang kecil pada PRK N20 Sg Limau ini..

Kepada rakyat Sungai Limau khususnya keluarga, saudara mara dan penyokong-penyokong Allahyarham Tan Sri Azizan Razak lihatlah dengan mata kepala hangpa sendiri, bagaimana org yang hangpa sayangi telah dihina dan diperlakukan dengan sedemikian rupa oleh JENTERA PROPAGANDA PKR, rakyat Sungai Limau WAJIB bangkit untuk pertahankan maruah Allahyarham Tan Sri Azizan Razak pada PRK DUN Sungai Limau dengan membuat undi protes kepada PAS dengan memberi undi kepada calon BN hari isnin ini.

EKSKLUSIF! Video Ini Bukti Bahawa Azam Samat Pengkhianat Pas! #PrkSgLimau

Posted: 01 Nov 2013 10:04 PM PDT


Takmau cakap banyak ramai yang dok nafikan hubungan calon Pas si Azam ni dengan Phahrolrazi.

Kita bagi cepat faham, dan diselitkan dengan fakta. 


Harap Sahabat Semua Dapat Sebarkan Video Ini!!

McTheory:
Kita dedah siapa Azam Samat ni..

HOT! Pas Derhaka Titah Sultan di Sungai Limau! #PrkSgLimau

Posted: 01 Nov 2013 07:37 PM PDT

Masjid Pas?? Bila Pas buat masjid?

Semalam Mc ada terbaca tentang penyalahgunaan masjid oleh puak Pas, di FB Wan Suhaijie. Walaupun dah berapa kali di titah oleh YDP Agong supaya masjid tidak dijadikan medan politik namun, ada segelintir puak hijau ni degil dan melawan titah.

PAS mempamerkan sikap kurang ajaq dan menderhaka kepada titah Sultan Kedah apabila memperalatkan mimbar masjid..

Dalam khutbah solat jumaat di masjid Sg Dedap semalam, .khatib jemputan yang merupakan macai PAS tidak menggunakan teks khutbah jumaat yg disediakan oleh Majlis Agama Islam Kedah MAIK, sebaliknya menggunakan teks ucapan sendiri yang jelas lagi terang merupakan teks ucapan politik kepartian yang menghasut para jemaah dengan politik kebencian yang melampau..

Malah..paling melampau apabila khatib turut menambah doa kemenangan buat calon pas bagi N20 DUN Sungai Limau, serta memfitnah BN kononnya zalim dan jahat..jelas PAS sudah terdesak apabila mendapati statistik terkini menunjukkan yang rakyat DUN Sungai Limau sudah mahu HIJRAH kepada BN pada PRK kali ini..jadi..sebab itu PAS tidak teragak-agak untuk menderhaka kepada titah Sultan Kedah agar institusi masjid tidak dijadikan medan politik kepartian yang menghasut dan mahu memecahbelahkan ahli kariah..

Harap MAIK dapat mengambil tindakan tegas kepada khatib jemputan yang kurang ajaq ini kerana beliau sudah menderhaka, rakyat Sungai Limau WAJIB menolak parti yang sanggup menderhaka kepada Sultan Kedah. Dulu arwah Tan Sri Azizan Razak dulu merupakan antara orang yang rapat dengan Sultan Kedah..beliau tidak pernah menderhaka sampai ke tahap mcm ini.

Hanya orang seperti Phahrolrazi saja yang suka menderhaka. Sahlah darah penderhaka itu masih terserap dalam calon Pas, hingga ada penyokong Pas yang bertindak mengunakan masjid sebagai pentas meraih sokongan.

McTheory:
Masa untuk orang Sungai Limau berubah! #BeraniHijrah
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...