Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT! Penipuan Azam Samat dah terbongkar! #PrkSgLimau

Posted: 03 Nov 2013 07:23 AM PST


Mula-mula dulu depa dok sebar gambar Azam dengan Allahyarham Ustaz.. dari blog hingga ke masjid-masjid. Kononnya itu untuk membuktikan si Azam ni 'rapat' dengan Allahyarham Ustaz. Ya laa.. masa mula-mula jadi calon dulu, depa dok kata si Azam ni rapat sangat dengan Allahyarham Ustaz, rupanya dia lagi rapat dengan musuh ketat Allahyarham Ustaz si Phahrolrazi tu.

Kemudian Utusan Malaysia pun keluarkan kisah


Bila dah kantoi si Azam ni memang sah dua pupu kepada Phahrolrazi dan mereka juga satu team di Pas Jerai untuk menekan Allahyarham Ustaz semasa menjadi Menteri Besar Kedah dahulu, Pas lagi galak keluarkan gambar calon depa bersama Allahyarham Ustaz dalam blog, dan perbanyakan risalah gambar Azam dan Allahyarham Ustaz dikampung-kampung dan masjid sekitar Sungai Limau.

Sedang mereka asyik menjadikan gambar Azam dan Allahyarham Ustaz sebagai modal utama kempen di Sungai Limau. Tiba-tiba,


Bekas editor Sinar Harian mendedahkan bahawa gambar yang digunakan oleh Pas semasa kempen mereka adalah palsu dan dibuat semata-mata untuk berkempen dan menumpang populariti Allahyarham Ustaz.

Bila penipuan mereka terbongkar, malah akar umbi Pas di Sungai Limau sendiri sudah mula mempersoalkan kesahihan gambar tersebut, kemudian Pas Kedah pun mengeluarkan kenyataannya.

Untuk sambung baca klik SINI


Tapi Pas macam biasa la, salah depa walaupun mengaku, depa tetap tuding jari pada pihak ketiga. Akhirnya syarikat yang print dan design risalah pulak yang mereka persalahkan. Sedangkan semua diantara kita tahu, syarikat design hanya mengikut design yang 'tuan punya' tetapkan, ataupun hanya men'cetak' bila tuan punya risalah mempersetujui design yang dibuat oleh syarikat terbabit.

Berdasarkan keadaan tersebut, sudah pasti gambar yang disebarkan itu sememangnya dirancang lebih awal dari pihak Pas. Penafian yang dibuat hanyalah untuk memutar cerita dan menidakkan kesalahan pada diri mereka kepada orang lain.

Esok penduduk Sungai Limau sudah hendak mengundi, dari awal hari berkempen, hinggalah sekarang, tak pernah pula Mc tengok gambar si Azam tu bersama Allahyarham Ustaz. Kalau ada pun gambar program. Kalau nak tengok gambar program, dengan sesiapa pun boleh ambil gambar, sebab Allahyarham Ustaz dulu MB Kedah.

Cabaran untuk keluarkan gambar peribadi diantara Azam bersama Allahyarham Ustaz, tidak disambut oleh pihak Pas. Sedangkan dalam kenyataan media semasa menafikan gambar palsu tu, Pas kata mereka ada banyak gambar Azam bersama Allahyarham Ustaz.

Tetapi hingga ke hari ini, Mc tak nampak satu pun gambar. Apakah benar si Azam ni anak didik Allahyarham Ustaz? Atau hanya pinjam nama Allahyarham Ustaz, untuk menang pilihanraya semata?

Jawapan tu sebenarnya sudah kita tahu, apabila cabaran untuk keluarkan gambar peribadi Azam bersama Allahyarham Ustaz tidak disambut, malah gambar palsu pulak yang diberi. Kalau benda tu betui, takkanlah susah sangat nak keluarkan gambar betul.

Nampak sangat calon Pas kaki menipu! Belum jadi YB dah pandai nak menipu, macam ni orang Sungai Limau nak pilih? Tak payah la, pilih yang terbaik, jangan menyesal lagi. Dah lama dah bawah Pas, bila lagi nak tukar? Berhijrah la kita kepada yang lebih baik!



McTheory:
Undi tu rahsia, ahli Pas pun boleh pangkah BN.. cuba la bila lagi..

HOT! Dosa-dosa Pas Terhadap Allahyarham Ustaz Azizan! #PrkSgLimau

Posted: 03 Nov 2013 12:35 AM PDT


Pas menghantar calon fake superimposenya untuk mengantikan tempat Allahyarham Ustaz pada PRK Sungai Limau. Jika difikir secara waras, Pas tak patut bertanding pun di Sungai Limau atas dosa-dosa yang pernah parti itu lakukan pada Allahyarham Ustaz pada masa-masa akhir pemerintahan Allahyarham di Kedah.

Tekanan yang Pas Pusat berikan pada Allahyarham Ustaz sesungguhnya maha dahsyat! Malah tidak menyokong Allahyarham sebagai seorang Pesuruhjaya negeri yang juga Menteri Besar Kedah.


Video Perancangan Phahrolrazi Jatuhkan Allahyarham Ustaz dan Azam tu dua pupu Phahrolrazi.


Orang Sungai Limau nak ka dua pupu Phahrolrazi jadi wakil hangpa di Sungai Limau ni?

PANASS! Guru Kerajaan Jadi Tukang Kempen Pas Dalam Sekolah dan Kampung! #PrkSgLimau

Posted: 02 Nov 2013 06:19 PM PDT



Memang menyedihkan apabila kepercayaan diberikan kerajaan untuk mendidik anak bangsa, rupa-rupanya dibalas dengan pengkhianatan seorang warga pendidik di Kampung Bukit Choras, Kota Sarang Semut yang menjalankan gerakan menghasut penduduk dan pemuda setempat bagi membenci kerajaan.


Gerakan tersebut didedahkan sendiri beberapa pemuda setempat yang saya temui, apabila mereka mengakui bahawa segala bahan bercetak membenci kerajaan itu disebarkan oleh guru terbabit. Malah saya turut difahamkan guru tersebut berperanan sebagai dalang kepada beberapa tindakan agresif Pemuda PAS setempat, selain menjadikan rumahnya sebagai markas pengkaderan PAS di kampung tersebut.

Seandainya penjawat awam yang diamanahkan untuk mendidik anak boleh bangsa menyalahgunakan kedudukannya dengan menghasut rakyat memusuhi kerajaan, saya khuatir lebih ramai sebenarnya pengkhianat kini sedang bersembunyi dalam agensi dan pejabat kerajaan.

Sebagai penjawat awam, guru tersebut perlu menyedari bahawa beliau tidak boleh terlibat secara langsung dalam sebarang usaha untuk menghasut dan mengajak orang ramai membenci kerajaan. Tindakan guru tersebut boleh diibaratkan seperti susu diberi, tuba yang dibalas.

Selain guru terbabit, turut dikesan 10 lagi nama golongan pendidik di Kampung Bukit Choras yang turut menyokong pembangkang.

Dalam Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau, Unit Peti Undi (UPU) Bukit Choras dianggap sebagai peti simpanan PAS kerana mempunyai penyokong parti itu yang besar, selain gerakan PAS di dalam kawasan tersebut dianggap radikal berbanding kawasan-kawasan lain dalam DUN Sungai Limau.

Pihak kami sedang mengenal pasti guru-guru yang cuba mengkhianati amanah yang diberikan. Jika mereka terus berbuat demikian, kami tak teragak-agak untuk melaporkan kepada kementerian pelajaran.

McTheory:
perlu ambil tindakan segara, kalau tidak ia akan menjadi semakin teruk!

INFO! Kopiah Pun Jadi Isu Ke? #PrkSgLImau

Posted: 02 Nov 2013 07:37 PM PDT





Semalam,wartawan Harakah mengkritik Calon BN bagi DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi memakai kopiah putih kononnya meniru cara pemakaian orang PAS yang sinonim dengan cara berkenaan. Laporan berkenaan jelas menunjukkan bahawa hanya ahli PAS dan calon PAS sahaja yang layak memakai kopiah putih memandangkan mereka adalah bertaraf ulamak.

PAS juga mempersoalkan tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memakai kopiah putih ketika menunaikan solat di beberapa buah masjid sekitar Sungai Limau baru-baru ini.

Kritikan dan pertikaian ini menampakkan sikap kurang ilmu pengarang Harakahdaily. Jika pengarang tersebut biasa dengan kehidupan masyarakat kampung di Kedah, pemakaian kopiah putih melangkaui batas politik. Adalah biasa orang UMNO dan pemimpin UMNO memakai kopiah putih dalam majlis-majlis masyarakat di kampung.

Pemimpin UMNO seprti Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Othman Abdul (Ahli Parlimen Pendang), malah Tun Dr Mahathir Mohamad turut memakai kopiah putih dalam program-program di kawasannnya ketika menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu. Cuma pemimpin UMNO tidak memakai kopiah putih untuk menjual imej agama yang dicipta dan dirangka oleh Pas sejak dahulu.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga sekali sekala memakai kopiah putih mengikut keperluan majlis. Anehnya pengarang Harakahdaily ini bukan sahaja bebal malah malas melakukan penyelidikan.

Di dalam Islam, tidak pernah ada hadis atau suruhan yang menyatakan orang-orang PAS atau pemimpin PAS sahaja yang boleh memakai kopiah putih. Malah, di dalam Al-Quran juga tidak termaktub seperti peraturan PAS ini.

Nampaknya, PAS mewujudkan satu lagi fahaman di mana kopiah putih hanya layak dipakai oleh orang PAS sahaja. Dan, UMNO dan BN, sepertinya hanya boleh memakai songkok sahaja.

Apa-apa pun, kopiah putih tidak melambangkan keperibadian mulia dan keimanan yang tinggi dalam diri seseorang itu hingga layak diangkat tinggi martabatnya yang membezakan dengan orang Islam lain yang tidak berkopiah atau hanya bersongkok. Itu yang PAS perlu tahu.

Untuk pengarang Harakahdaily, berhentilah menjadi budak-budak cybertroopers, jagalah martabat seorang pengarang.-Di petik dari Mykmu.net
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...