CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


MEMALUKAN, HJ AMIRUDDIN DEDAH GAMBAR ADI PUTRA DALAM TANDAS!

Posted: 30 Mar 2014 01:39 AM PDT


Pihak polis sebelum ini telah mengklasifikasikan kes skandal Adi Putra ini sebagai NO FUTHER ACTION pada disember tahun 2013. Namun, Hj Amiruddin yang telah bercerai dengan Nooraida berkeras mahu membangkitkan semula kes berkenaan dan dibawakan ke mahkamah demi menegakkan keadilan untuk dirinya yang didakwa oleh masyarakat kononnya dia tidak pandai menjaga isteri.

Terbaru, Hj Amiruddin memuatnaik sekeping gambar selfie Adi Putra yang hanya mengenakan tuala di bilik air di laman Instagram miliknya.



"Yes my X salad tapi the other tai mengaku" comment Hj Amiruddin dal am gambar terse but.

Motif tidak dapat dikenalpasti, barangkali masih berang dengan keadilan yang tidak menyebelahi dirinya. 

Menurut Tengok TV Online, bukti-bukti bergambar seperti itu sepatutnya didedahkan semasa awal kes. Namun Hj Amiruddin dan Nooraida yang ketika itu masih berstatuskan suami isteri hanya mendedahkan salinan rakaman sms di antara Nooraida dan sms yang kononnya dari Adi Putra.

Menurut forumer forum CARI pula, gambar topless Adi Putra ini sudah tersebar dari dulu lagi. Bermakna ia bukanlah gambar terbaru. 

Sekali lagi timbul persoalan di sini, apakah motif Hj Amiruddin yang sebenarnya?MYMEDIAHUBONLINE

Sumber: TengokTvOnline

( HUDUD) Siapa Patut Bentang Di Parlimen, Kerajaan Pusat Minta PAS Bentang.

Posted: 29 Mar 2014 09:15 PM PDT



Hari ini orang ramai, puak, macai, dan penyokong fanatik masing-masing berhujah apabila ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr. Asyraf Wajdi menggesa PAS membentang draf undang-undang hudud di Parlimen. 

Masing-masing tolak menolak dan mempertikaikan siapa yang patut membentangkan di Parlimen.

Antara hujah yang berpendapat PAS tidak perlu dipertanggungjawabkan untuk membawa usul:

1. Kerajaan Pusat selaku pihak yang berkuasa sepatutnya membentangnya di Parlimen.

2. PAS pernah dihalang oleh Dr. Mahathir sebelum Ini apabila ingin laksana hudud, jadi pasti perkara sama berulang.

3. Usul persendirian pasti akan ditolak oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat atas alasan 'tidak perlu disegerakan'.

4. Pelaksanaan hudud diwajibkan kepada semua pemerintah bukan Kerajaan Pas Kelantan sahaja.

Manakala hujah yang meminta agar PAS membentangkan di Parlimen ialah:

1. Sudah berpuluh-puluh tahun Pas menggunakan modal hudud untuk meraih undi, malah hinggakan disuatu masa dahulu mereka sanggup mengkafirkan sesama Islam kerana kononnya tidak menyokong hudud.

2. Inilah masa yang sesuai PAS membuktikan kejujuran mereka memperjuangkan pelaksanaan hudud, walaupun semua rakyat tahu DAP pasti menghalang dan Buku Jingga Pakatan Rakyat langsung tidak menyebut tentang hudud.

3. PAS perlu buktikan mereka bukan pengecut, bukan penjilat DAP dan bukan parti yang sangat lemah dalam PR.

4. PAS hanya bermain politik jika enggan kerana mereka pihak yang percaya hudud perlu dilaksanakan sekarang tanpa meneliti kesediaan dan penerimaan rakyat. Walaupun rakyat tahu PAS hanya mempergunakan Islam demi politik. Mereka tidak pernah menasihatkan Kerajaan PKR Selangor untuk melaksanakan hudud.

Apapun hujah dan alasan, bagi sesiapapun yang sangat-sangat menginginkan sesuatu, bila mendapat peluang pasti akan diambil serta merta.

Jika peluang sudah berada didepan mata, dan kita hanya melihat sahaja, maka jelaslah minat kita terhadap peluang itu tidaklah setinggi yang kita hebohkan.

Pas diminta bentang draf hudud di Parlimen

GEORGETOWN - Pemimpin Pas digesa membentangkan draf undang-undang hudud untuk dibentangkan di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang- undang Islam di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, untuk tujuan tersebut, Pas boleh menggunakan draf undang-undang Kelantan dan Terengganu untuk diperhalusi dan dibahaskan.

"Kita boleh tengok sama ada mereka (pembangkang) benar- benar mahu melaksanakannya atau sekadar menjadikan sebagai modal politik menjelang pilihan raya," katanya selepas merasmikan Program Jejak Menara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Universiti Sains Malaysia di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa sekiranya Kelantan bersedia laksanakan hukum hudud,  Kerajaan Pusat juga bersedia bersama-sama, tetapi perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Asyraf berkata, Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno tidak pernah menolak usaha memperkasakan undang-undang berteraskan Islam termasuk pelaksanaan hudud malahan bersedia memainkan peranan aktif.

"Kerajaan sentiasa peka keperluan melaksanakan undang-undang berteraskan Islam malah komitmen itu dinyatakan dengan tegas serta diulangi Jamil Khir di parlimen baru- baru ini.

"Kenyataan beliau (Jamil Khir) amat jelas bahawa kerajaan tidak pernah menolak hukum hudud sebagai hukuman ALLAH. Cuma dari pelaksanaannya ia memerlukan sokongan semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik," katanya.

Beliau berkata ahli parlimen beragama Islam perlu bersatu untuk memikirkan cara hudud direalisasikan.

Sehubungan itu, katanya, semua Ahli Parlimen beragama Islam perlu bersatu untuk menyokong langkah berkenaan dan mengetepikan perbezaan fahaman politik agar syiar dan undang- undang Islam dapat dilaksanakan di negara ini.



(USA INTIP Pak Lah?) Nama Pak Lah teratas, diawasi ejen keselamatan Amerika, lapor akhbar Jerman

Posted: 29 Mar 2014 06:52 PM PDT


Dokumen rahsia yang didedahkan oleh media Jerman, Der Spiegel menunjukkan nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada di atas sekali dalam senarai yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Amerika Syarikat.

Senarai itu dikumpulkan pada 2009 dan mengandungi 122 nama pemimpin dunia, bermula dengan Abdullah dan berakhir dengan bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko kerana ia disusun mengikut abjad.

Pemimpin lain termasuklah Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad.

Menurut akhbar itu, dokumen itu tidak memberikan maklumat yang cukup untuk menentukan bentuk pengawasan, manakala NSA pula tidak memberikan sebarang komen mengenainya.

Laporan Spiegel yang disiarkan pada Sabtu menyatakan bekas ejen CIA, Edward Snowden adalah sumber kepada dokumen rahsia tersebut.

Menurut Snowden, hanya 12 nama yang dikongsikan dengan Spiegel, termasuk Merkel, dan pada tahun lalu, telefon bimbit pemimpin Jerman itu turut dirakam oleh NSA.

Akhbar itu juga melaporkan, agensi keselamatan British, Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ)  menceroboh masuk firma internet Jerman dan arahan mahkamah diperolehi oleh NSA untuk mengintip Jerman.

Pendedahan baharu ini dibuat selepas kira-kira sebulan Putrajaya memanggil diplomat Amerika dan Australia di Kuala Lumpur atas dakwaan  terlibat dengan rangkaian perisikan yang diketuai Amerika di Asia, termasuk China dan Indonesia.

Berdasarkan pendedahan Snowden, laporan meluas dibuat menyatakan Kedutaan Australia di Asia  digunakan untuk merakam panggilan telefon dan data.

Sebelum ini, Der Spiegel menyiarkan peta bertarikh Ogos 2010, yang menunjukkan kehadiran 90 kemudahan perisikan elektronik di seluruh dunia, termasuk di Kedutaan Amerika di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.

Snowden mendakwa, Singapura membantu aktiviti perisikan ini, dengan menggambarkan negeri itu sebagai pihak ketiga yang utama memberikan laluan kepada sistem komunikasi Malaysia.

Snowden adalah pusat kepada pendedahan 200,000 dokumen yang menunjukkan pencerobohan Amerika ke seluruh dunia, antaranya menunjukkan Washington menjalankan stesen pengawasan di kedutaannya di Kuala Lumpur bagi merakam dan mengawasi telefon dan rangkaian komunikasi. – TMI, 30 Mac, 2014.

#MH370) Pasangan Philip Wood percaya pesawat TIDAK TERHEMPAS

Posted: 29 Mar 2014 06:00 PM PDT


SHAH ALAM – Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.

Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

"Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

"Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas," katanya.

Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.

Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama 'Finding Philip Wood'.

"Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

"Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami," katanya.-SH

[#MH370] RTM minta maaf, pamer tulisan "Pesawat MH370 Sah Dirampas" di TV2

Posted: 29 Mar 2014 08:12 AM PDT


Kecoh semalam apabila siaran TV2 memaparkan berita terkini yang amat menggemparkan penonton yang melihatnya.

Pada pukul 12.05 a.m ketika tayangan Telemovie bersiaran, TV2 telah memaparkan apa yang dikenali sebagai "rerayap" mengenai insiden MH370 dengan mesej "PESAWAT MH370 SAH DIRAMPAS".



Walaupun tidak ramai yang menyedari perkara itu, sekeping gambar "Screen Capture" yang dimuatnaik ke dalam media sosial telah menjadi viral dan rata-rata terkejut dengan pengumuman itu.

Namun, baru sahaja beberapa jam lalu pihak RTM melalui Facebook Rasmi TV2 memohon maaf terhadap kesilapan siaran itu. Mereka juga turut mengatakan satu siasatan dalaman sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kecuaian yang berlaku.

Semoga pihak RTM lebih berhati-hati berikutan perkara ini amat sensitif dan ditakuti kesilapan dan kecuaian seperti itu akan diambil dan dipergunakan oleh Media Antarabangsa untuk menimbulkan persepsi negatif kepada negara kita!

Sumber: tengoktvonline

DEMI POLITIK, AGAMA BOLEH TOLAK TEPI ?

Posted: 29 Mar 2014 06:38 AM PDT

Terdetik di hati saya pada hari ini untuk menulis berkaitan dengan politik Malaysia pada masa kini. Lebih tepat lagi, berkenaan dengan penyokong parti politik itu sendiri.
Untuk makluman anda, saya hanya menulis artikel berkaitan dengan Islam dan Sains sahaja di The Patriots ini. Dan saya bukanlah orang yang minat atau terpengaruh dengan arus politik Malaysia masa kini. Dalam kata mudah, saya bukanlah peminat politik Malaysia. Saya bukan penyokong UMNO, PAS, PKR, MCA, DAP, MIC dan lain-lain lagi. Namun, apabila melihat perkembangan politik masa kini lebih cenderung kearah yang lebih agresif, saya cuba untuk melakukan sesuatu yang saya mampu, iaitu dengan menulis.
Sebagai orang yang tidak begitu taksub dalam perihal politik, saya boleh dikatakan sebagai orang tengah atau neutral. Dan jika anda juga sama seperti saya, anda boleh melihat baik dan buruk setiap pihak yang terlibat.
- - - - -
Pertama sekali, berkaitan dengan isu SIAPA BENAR SIAPA SALAH. Fitrah manusia, untuk melakukan seseuatu kesalahan dalam bidang yang diceburinya. Ini tidak terkecuali apabila berkaitan dengan pemimpin pujaan masing-masing. Untuk makluman anda semua, PEMIMPIN ANDA BUKANLAH MAKSUM. Mereka tidak lari daripada melakukan kesalahan. Tidak kira dari segi perbuatan, pertuturan, perilaku, dan lain-lain lagi. Ada yang tersilap memberikan contoh sehinggakan isu Kangkung diperhebohkan di laman media sosial. Ada yang tersilap perbuatan sehingga isu Takasimaso dicanang di media sosial.
Tetapi pernah tak anda fikir, mengapa apabila ianya melibatkan pemimpin pujaan anda, anda hanya melihat beliau dari segi positif sahaja, dan tolak bulat-bulat kesalahan yang dilakukannya? Dan mengapa anda hanya dapat melihat keburukan pihak lawan dan buta terhadap kebaikan yang dilakukannya?
Adakah ianya dinilai melalui pengalaman? Kefahaman? Atau sekadar kebencian dan dendam? Kenapa anda tidak boleh menilai seseorang tanpa bersifat prejudis?
- - - - -
Isu yang kedua berkaitan dengan HORMAT-MENGHORMATI. Mengapa politik Malaysia sekarang sangat popular dengan perkataan MACAI? Mengapa? Adakah ini cara yang diajar oleh parti politik anda? Untuk menggelarkan seseorang yang berlawanan parti dengan nama-nama yang hina? Adakah ini yang anda contohi daripada pemimpin-pemimpin parti anda?
Adakah ini yang dituntut didalam parti anda yang kononnya ingin menegakkan Islam? Adakah ini yang dituntut didalam parti anda yang kononnya ingin memperkasakan Bangsa Melayu dan Bumiputra? Menghina seseorang yang tidak sehaluan dengan anda? Inikah yang diajar dalam Islam? Inikah yang ditunjukkan didalam adab Melayu?
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. berdebat dengan penuh semangat, penuh ghairah, penuh tekad tentang sesuatu isu. Namun mereka masih boleh berkelakuan seperti saudara sejati apabila berada diluar perbincangan isu tersebut. Inilah sifat yang kita perlukan, persaudaraan yang kukuh diantara setiap satu umat Islam di Malaysia. Bukan dengan menghina, memaki, mengherdik orang Islam yang lain.
Dari Anas r.a. bahwa Nabi SAW bersabda, "Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri" (Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)
- - - - -
Dan isu yang ketiga, isu FITNAH. Sudah jelas Islam melarang umatnya melakukan fitnah kerana ia boleh menjejaskan asas persaudaraan umat Islam itu sendiri. Mengapa perlu melakukan fitnah hanya untuk menjatuhkan pihak lain? Mengapa perlu mengamalkan fitnah dengan alasan ingin menegakkan kebenaran?
Nak tegakkan Islam, tapi guna modal fitnah?
Nak bangkitkan Melayu, tapi guna modal fitnah?
Mana prinsip anda?
Mana etika anda?
Mana moral anda?
Dan yang lebih penting, MANA IMAN ANDA?
Adakah jika berkaitan dengan isu politik, agama boleh tolak tepi? Boleh berfitnah, atas alasan berpolitik?
Banyak lagi isu yang perlu diketengahkan disini, tapi cukup sekadar ini isu yang saya ingin tegur. Nak jadi penyokong setia parti politik anda tak salah. Tapi jangan sampai adab, tatasusila, agama semua anda tolak tepi. Nak tegakkan agama Islam menggunakan kejahilan, sampai bila?
- - - - -
Terus terang saya katakan, kesemua nasihat dan teguran ini tidak akan dapat menembusi lapisan kedegilan yang ada dalam pemikiran anda. Ini kerana semua berkaitan anda, pemimpin anda, dan parti politik anda adalah BENAR. Dan pihak lawan semuanya SALAH. Ini pemikiran yang saya gelar, pemikiran bodoh tuli.
Buka minda anda, ambil masa untuk fikir semula kebaikan setiap individu yang bergelar pemimpin. Cari cara yang berkesan dalam menggabungkan dan mengharmonikan Melayu dan Islam. Dan kenalpasti siapa MUSUH DALAM SELIMUT YANG SEBENAR-BENARNYA !
Saya pasti akan ada komen dibawah yang berbunyi seperti berikut:
"Alah, admin setakat jadi keyboard warrior boleh la". Untuk pengetahuan anda, hujung mata pena lebih tajam dari hujung pedang. Sekurang-kurangnya saya menjadi keyboard warrior yang membimbing orang lain kearah penyatuan. Bukan kearah kebencian dan pepecahan ummah.
-AC-
Sumber: The Patriots

( Hari Keluarga - Pertandingan Sukaneka) Anwar Lawan Azizah

Posted: 29 Mar 2014 05:54 AM PDT


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencabar isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah pada pemilihan parti akan datang.

Ramai yang tergelak sakan melihat gelagat parti kroni ini. Tidak ubah seperti acara sukaneka di perjumpaan Hari Keluarga tahunan Syarikat Biskut Anwarinas Sdn Bhd.

Suatu ketika dahulu kalimah Kronisma diratib oleh puak ni siang dan malam seolah-olah merekalah yang paling baik di dunia ini.

Sejak ditubuhkan Kilang Biskut Anwarinas Sdn Bhd, kalimah kronisma sudah tidak tersebut lagi dibibir palsu si pembohong bangsa.

Sungguh mudah menipu rakyat yang jujur mempertahankan batang tubuh beliau kerana kononnya dizalimi.

Hinggakan mahkamah dituduhnya tidak adil, polis tidak adil, kerajaan tidak tidak adil, SPR tidak adil,  semua tidak adil. Hanya mereka yang terbaik di dunia ini.

Itulah cerita sebuah sandiwara dunia.

Untuk jawatan Timbalan Presiden pula, Mohamed Azmin Ali akan dicabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Naib Presiden, Tian Chua, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandran dan S Murali.

(#MH370) Inmarsat: Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami

Posted: 29 Mar 2014 03:58 AM PDT


Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan dikalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.

"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.

Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi.

Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.

-Malaysiakini



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...