Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Chegubard kutuk Azmin dalam Facebook..

Posted: 14 Apr 2014 06:56 AM PDT


Ketua Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin menyambung 'perkelahiannya' dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan beberapa status dalam Facebook yang ditulisnya hari ini.

Melalui posting di laman Facebook, Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, menulis terdapat seorang individu yang bersedia mencabar jawatan Presiden PKR dalam pemilihan kali ini, namun tidak meneruskan hasratnya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bertanding bagi jawatan itu.

"Dia dah isi siap borang pun untuk tanding lawan Presiden tetapi semua hasrat terbatal sebab Anwar Ibrahim tanding … dia yakin untuk lawan Kak Wan tapi belum berani lawan Anwar Ibrahim," kata Chegubard melalui statusnya tengah hari tadi.


Beberapa pengguna Facebook turut meninggalkan komen dengan ada yang meneka siapa individu yang dimaksudkan tersebut namun ada juga yang terus menamakan Azmin sebagai orang yang dimaksudkan.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ahmad Halimi SAMM telah meninggalkan komen yang berbunyi "Tuan Hj Joe….Hahahahaaa siapa lagi jika bukan si Azmin Ali..kelakar boleh masuk pentas maharaja lawak."

Chegubard bagaimanapun tidak mengiyakan dakwaan tersebut. Beberapa jam kemudian, Chegubard memuatnaik pula gambar Azmin dalam satu sidang media yang disiarkan TV3 malam semalam

"Teringat TV3 yang kempen untuk Nasharudin Mat Isa untuk pertahan jawatan Timbalan Presiden PAS…. tapi takpe kita kena terus sangka baik….," katanya lagi.


Beberapa pengguna Facebook lain turut mendakwa Azmin menggunakan TV3 untuk berkempen, namun ada juga sesetengah pengguna yang menasihatkan Badrul dan pengguna lain untuk berhenti mengkritik Azmin.

" Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat ku sekalian, saya bukan nak membodek dan bukan pulak jadi macai Azmin. Satu persolan nak tanya kepada sahabat-sahabt sekalian, kenapa sekarang ini timbul nak benci membenci di antara kita. khususnya Azmin.Saya tidak faham langsung sikap perjuangan kita.Cuba flash back bermula pada tahun 1998. Siapa yg berani ke depan,siapa yg mengajak kita semua bereformasi, siapa yg mula mencetuskan dan menjadikan kita sedar betapa teruknya kerjaan BN. adakah kita ingat?. Pleaselah bro n sis stop it and lets us fight gentlemently. Yang berjasa harus di kenang. Tiada Anwar tiada Azmin. Tiada Azmin tiada Anwar. INGAT INGAT INGAT. Sedikit kita buat silap atau silap langkah maka terkubur lah PKR," komen dari pengguna yang menggunakan nama Yusop Mohd Amin.

Komen Yusop itu dibalas Chegubard dengan berkata "Yusop Mohd Amin wah tiada Azmin tiada Anwar. ..ngam!," lapor Free Malaysia Today


Kah.. kah.. kah.. kena sebijik-sebijik atas kepala dia..

Berita dari DUN Selangor yang tak akan disiar oleh TV3 mahupun Utusan...

Posted: 14 Apr 2014 04:10 AM PDT


Gaji baru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipotong 51.54 peratus bersamaan RM15,074.85 selepas dikemaskini.

Perkara itu diumumkan Abdul Khalid sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.

"Melalui enakmen pembekalan 2014-2013 yang telah diluluskan November 2013, sejumlah RM1,731,966,477 telah diperuntukkan bagi perbelanjaan perkhidmatan negeri 2014.

"Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang telah bersetuju pemotongan gaji MB, Speaker, Ahli MMKN, Timbalan Speaker didepositkan dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.


Dalam keputusan Dun sebelum ini, gaji asal Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 dinaikkan kepada RM29,250.

Namun kenaikan itu dikritik hebat pelbagai pihak. Melalui keputusan MMKN, gaji dan elaun itu dipotong RM15,074.85 (51.54 peratus) menjadikan gaji kemaskini Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 (sama dengan gaji asal).

Sementara itu, ahli MMKN, Speaker dan Timbalan Speaker turut dipotong antara 23.81 peratus hingga 33.34 peratus.

Namun tiada pemotongan dibuat terhadap gaji atau elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Difahamkan pemotongan itu telah bermula sejak Januari lalu lapor Sinar Harian

MH370 : Tompok minyak dikesan dekat kawasan isyarat 'ping'

Posted: 14 Apr 2014 12:47 AM PDT


Ketua Pusat Penyelaras Agensi Bersama Angus Houston mengesahkan bahawa satu tompokan minyak ditemui pada kedudukan 5.5km dari tempat isyarat bunyi dikesan sebelum ini.

Bercakap dalam satu sidang media, Houston berkata sebanyak 2 liter sampel minyak tersebut berjaya dikumpul, namun ujian ke atasnya mungkin mengambil masa beberapa hari kerana perlu dibawa ke tanah besar. 

Katanya, operasi juga akan diteruskan dengan menggunakan kenderaan bawah air Bluefin-21 untuk mengesan kawasan dasar laut.

Setiap misi menggunakan alat tersebut akan mengambil masa 23 jam – dua jam untuk sampai ke dasar, 16 jam untuk menjalankan tugasnya, dua jam lagi untuk timbul ke permukaan dan empat jam untuk memuat turun dan menganalisis data.

Misi pertama meliputi kawasan 40 kilometer persegi.

Sistem sonar pada alat berkenaan mampu mengimbas peta dasar laut dalam bentuk 3D dan mungkin membantu mengenalpasti serpihan pesawat.

Katanya mereka perlu mendapatkan bukti visual sebelum mengesahkan lokasi tempat terakhir pesawat MH370 lapor Malaysiakini

Harga gas asli naik mulai bulan depan!

Posted: 13 Apr 2014 10:33 PM PDT


Petronas telah memaklumkan kepada pengusaha keluli bahawa harga bekalan gas asli akan dinaikkan mulai bulan depan sekali gus memberi tekanan kepada industri berat negara ini.

Sin Chew Daily melaporkan kenaikan harga gas asli juga dikhuatiri akan membawa gelombang inflasi ke negara ini.

Timbalan Presiden Persatuan Keluli Malaysia, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, pasaran gas asli dimonopoli oleh Petronas dan bahan api itu pada ketika ini djual dengan RM18.35 setiap MMBTU tetapi akan dinaikkan sebanyak RM1.50 mulai bulan depan.

Katanya, harga tersebut akan dinaikkan setiap enam bulan dan akan berterusan selama tiga tahun. 

Menurut Yin Huah lagi, Petronas telah menolak bantahan daripada pihak pengusaha dan langkah terbaru tersebut dijangka meletakkan industri keluli dalam keadaan `musim sejuk'.

Katanya, tiga pengeluar keluli utama yang menggunakan gas asli ialah Perwaja, Huntsman Tioxide dan The Lion Group di mana mereka menggunakan 30 juta MMBTU setiap tahun.

"Kenaikan harga akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat sebanyak RM200 juta," katanya lapor MalaysiaGazette

Survey kata 54% rakyat Malaysia tak percaya kenyataan Najib mengenai MH370..

Posted: 13 Apr 2014 07:54 PM PDT


Lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan kajian bulan lalu percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370, menurut satu kajian terbaru oleh The Malaysian Insider.

Daripada 1,029 responden dalam kajian yang dijalankan Merdeka Center itu, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam memberi maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. 

Dalam respon kepada soalan sama ada mereka menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat, 26% berkata kerajaan jujur manakala 20% tidak pasti.

Sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS)hilang pada 8 Mac, dakwaan ini dibuat beberapa kali oleh ahli keluarga daripada China bagi 229 penumpang dalam pesawat Boeing 777-200ER itu.

Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.Sekali lagi, responden kaum Cina hampir sebulat suara tidak memberi komen yang positif terhadap kerajaan persekutuan yang dipimpin BN.

Angka tinjauan menunjukkan sedikit majoriti daripada responden India dan Melayu juga mempercayai Putrajaya menyembunyikan maklumat.Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan MH370.

Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.

Berhubung prestasi menteri Malaysia dalam menangani krisis MH370, 21% daripada responden berkata mereka sangat tidak berpuas hati manakala 19% sangat berpuas hati.

Walaupun Putrajaya menerima pelbagai kritikan daripada pihak tempatan dan antarabangsa sejak krisis MH370 itu, 51% responden berkata mereka yakin terhadap kerajaan.

Bagaimanapun, 45% responden berkata mereka hilang keyakinan terhadap Putrajaya selepas krisis MH370.Responden turut ditanya sama ada prestasi Putrajaya dalam menangani krisis MH370 yang menyebabkan mereka lebih/kurang yakin terhadap kerajaan.

Beberapa hari selepas kehilangan MH370, Kementerian Luar China menggesa Malaysia mempercepatkan siasatan dan menyediakan maklumat yang lebih tepat.Bagaimanapun, kritikan China terhadap penyiasatan Malaysia berhubung MH370 juga turut melepaskan keburukan tentang nasionalisme.

Kemarahan terhadap pengendalian penyiasatan Malaysia meletus di media sosial China, dan juga di jalanan dengan demonstrasi di luar Kedutaan Malaysia di Beijing.

Agensi Berita Xinhua milik kerajaan mereka mengatakan adalah sesuatu " yang tidak boleh dimaafkan " terhadap kekurangan kapasiti, usaha atau ketelusan di pihak Putrajaya."Orang Malaysia" menjadi perkataan popular bagi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan ketidakpercayaan; penyanyi Cina-Malaysia turut dikecam di internet.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, ahli keluarga dan saudara mara di Beijing tersentak.

Berdukacita dan marah tentang apa yang mereka namakan sebagai tempoh dua minggu yang penuh dengan "pembohongan dan maklumat mengelirukan " selepas MH370 hilang, ahli keluarga berarak ke kedutaan Malaysia.

Mereka membawa sepanduk dengan perkataan "Malaysia Airlines, anda berhutang penjelasan kepada kami", "kerajaan Malaysia rasuah" dan "Mama, pulanglah".

Satu lagi perbalahan adalah laporan CNN pada Khamis yang memetik seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia sebagai berkata tentera udara melancarkan pencarian jam 8 pagi pada 8 Mac tidak lama selepas MH370 dilaporkan hilang.

Kedua-dua, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia menafikan laporan itu. Bagaimanapun, CNN berkata ia berpegang kepada laporan itu lapor The Malaysian Insider

Saya bukan pak turut Anwar kata TS Khalid..

Posted: 13 Apr 2014 05:30 PM PDT


Semalam di Sunway Convention Centre, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya aku turut hadir dalam satu sesi Wawancara Bersama YAB Tan Sri Khalid Ibrahim atas jemputan seorang wakilnya.

Aku nampak apa yang berbeza antara TS Khalid jika dibandingkan dengan lain-lain yang dilantik oleh ahli sebagai pemimpin dalam PKR.. dia ada keyakinan diri..

Ketika ada yang terpaksa berkata hatta berbohong kepada ahli-ahli PKR yang lain kononnya dirinya diminta oleh Anwar atau Wan Azizah untuk menerajui Cabang.. berbeza pula dengan TS Khalid ini..

Beliau tidak langsung menggunakan nama DS Anwar Ibrahim atau DS Wan Azizah Wan Ismail untuk meraih sokongan dari ahli-ahli PKR tapi dia menawarkan apa yang boleh disumbangkannya kepada parti..

Tegasnya bukan semua cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima bulat-bulat.. atau dalam lain ayat beliau bukanlah 'Pak Turut' kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim..

 "Ada cadangan Anwar yang saya boleh terima dan ada juga cadangan dia yang saya dengar tapi tak terima," katanya.

Menurutnya, tindakan itu bukan satu kesalahan atau kebiadaban tetapi menunjukkan sikap seorang pemimpin yang boleh menerima cadangan dan kritikan.

Bagaimanapun, beliau beranggapan Ketua Umum PKR itu adalah seorang pemimpin yang sangat cekap dalam berpolitik.

"Saya juga nak menyumbang pengalaman saya dan apa yang saya lakukan di Selangor untuk parti. Itu yang saya mahu dan rasa boleh jadi gandingan dengan Anwar dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Siapa saja jadi Presiden PKR, saya tiada masalah sebab kami boleh bergandingan. Walaupun saya rapat dengan Anwar tetapi saya tak dengar cakap Anwar 100 peratus walaupun dia nampak seolah-olah saya sedang mendengar," katanya.

Menurutnya, PKR perlu melakukan pembaharuan supaya boleh bersaing dengan kerajaan persekutuan.

"Dalam kepimpinan kita mesti ada orang yang boleh berbincang dan bukan jadi pak turut saja. Saya rasa, Anwar perlu ada rakan-rakan seperti itu dan kita mesti ada keseimbangan untuk mentadbir.

"Saya ada pengalaman mentadbir, pengurusan harta dan tenaga manusia manakala Anwar pula cekap dalam politik. Keseimbangan ini boleh membantu kita tawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Jadi buat ahli-ahli PKR semua.. kita pilihlah yang terbaik antara yang terbaik..

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...