Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Selesai kehilangan MH370 dalam satu saat?.. Ni jawapan Anwar buat Najib..

Posted: 16 Apr 2014 12:39 AM PDT


Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak kerana memanipulasi kenyataannya boleh menyelesaikan insiden MH370 dalam masa sesaat.

Ketua pembangkang itu mengecam Najib yang cepat menjawab isu tersebut tetapi tidak pula pantas bertindak dalam menangani insiden kehilangan MH370.

"Najib tidak jawab isu yang timbul dalam kehilangan MH370, tapi beliau boleh pula cepat jawab mengenai sesaat ini," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR, pagi ini.

Sepanjang kehilangan MH370, Najib tidak menjawab sebarang soalan dalam sidang media dan menyerahkan tanggungjawab kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Anwar sebaliknya menafikan mengeluarkan kenyataan akan menyelesaikan insiden kehilangan MH370 dalam tempoh sesaat sekiranya menjadi perdana menteri.

"Najib putar belit kenyataan, menipu dengan menyalah tafsir kenyataan saya," kata Anwar.

Anwar berkata, teks asal yang diterjemahkan daripada bahasa Cina tersebut berbeza sama sekali dengan yang ditulis oleh media.

"Dalam teks asal bahasa Cina itu, saya kata akan ambil satu saat untuk pastikan penguatkuasaan yang perlu dilakukan untuk jamin keselamatan negara," katanya lapor The Malaysian Insider

Rakaman CCTV cubaan ragut terhadap Teresa Kok tersebar!!

Posted: 15 Apr 2014 08:46 PM PDT


Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi mangsa terbaru jenayah apabila cuba diragut berhampiran kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur, oleh dua lelaki bermotosikal.

Dalam kejadian di Taman Rainbow itu, suspek cuba meragut rantai leher tetapi setelah Teresa menjerit, dia melarikan diri tanpa berjaya mendapatkannya.

Mangsa dan dua anak saudaranya berumur 11 dan lima tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Teresa membuat laporan polis di balai polis Sentul pada tengah hari semalam.

Menurut polis, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak berkuasa menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil menyalurkannya.

Polis juga berkata akan menambah kekerapan rondaan dan tindakan pencegahan di sekitar kawasan berkenaan lapor Malaysiakini di SINI

Berikut adalah rakaman CCTV sewaktu kejadian..


DUA suspek yang cuba meragut Teresa Kok bertindak melarikan diri apabila ahli Parlimen Seputeh itu menjerit meminta bantuan dalam kejadian pukul 7 petang Ahad lalu di Taman Rainbow, Jalan Ipoh di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, ketika kejadian itu Teresa sedang bersiar-siar bersama dua anak saudaranya masing-masing berusia 11 dan 5 tahun sebelum didatangi dua suspek berbangsa india yang menunggang motorsikal.

Kedua-dua suspek itu cuba meragut rantai emas yang dipakai beliau, namun cubaan tersebut gagal selepas Teresa yang terperanjat dan terjatuh cuba melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan orang ramai.

Suspek yang panik dengan tindakan Teresa tersebut melarikan diri dengan motorsikal.

Beliau dan kedua-dua anak saudaranya tidak mengalami sebarang kecederaan. Teresa bagaimanapun hanya membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada tengah hari tadi.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak polis menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menyalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan.

Pihak polis juga menambah kekerapan rondaan di sekitar kawasan berkenaaan lapor Malaysiagazeete

Rafizi jelaskan kenapa Reformasi 2.0 digerakkan..

Posted: 15 Apr 2014 06:23 PM PDT


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli amat jelas mengenai mesej utama yang dibawa dalam kempen Reformasi 2.0 terbaru parti itu, iaitu untuk menendang keluar kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi meperbaiki institusi Malaysia.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau berharap untuk melakukan provokasi kepada generasi muda dalam mempersoalkan kebebasan kehakiman dan salah guna undang-undang supaya mereka boleh membangunkan komitmen terhadap keadilan dan reformasi sosial.

"Mereka tidak faham, dorongan untuk menewaskan BN sebenarnya bukan mengenai kuasa. Ia mengenai membaiki institusi dan apa yang perlu sejak dari awal," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Beliau berharap seruan lantangnya itu jelas kedengaran menerusi buku terbarunya, Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah? Yang dilancarkan minggu lalu.

Rafizi berkata, buku itu tidak berniat untuk mencipta semula gerakan Reformasi pada 1988 yang wujud selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kerajaan dan sabitan liwat pertama, hingga menyebabkan bekas timbalan perdana menteri itu dipenjara enam tahun.

"Generasi saya faham apa yang berlaku pada 1988 tetapi generasi lebih muda, yang kini berusia awal 20-an, tidak tahu. Apa yang mereka tahu ialah Anwar PKR dan ketua pembangkang yang ingin mengambil alih Putrajaya," kata ahli politik berusia 37 tahun itu.

Menjelaskan mengenai bukut itu, Rafizi berkata, ia bertujuan membangkitkan kesedaran di kalangan belia, terutama Melayu berumur antara 18 hingga 25, mengenai pentingnya menyelematkan kebebasan kehakiman yang didakwanya sudah "dicekik".

Katanya, buku itu memberi penjelasan kepada generasi muda ia bukan hanya isu harian, tetapi ia sebenarnya lebih daripada itu.

"Ia mengenai menyelamatkan institusi penting yang akan menafikan keadilan, kesaksamaan dalam cara lebih berakar umbi berbanding barang naik.

"Bila mereka faham perkara ini, komitmen mereka terhadap keadilan dan refromasi politik akan lebih kuat berbanding hanya terhadap parti politik," katanya.

Rafizi berkata, terdapat perbezaan reaksi yang jelas susulan perbicaraan liwat pertama Anwar dengan kes terbaru di Mahkamah Rayuan.

Sabitan liwat pertama menyebabkan gelombang kejutan dan marah yang besar terhadap BN dan ia membawa fokus kepada peranan kehakiman dan integriti, katanya.

Beliau berkata, dalam perbicaraan terbaru iaitu 15 tahun kemudian, masyarakat sudah lama menerima ada kekurangan dalam proses mahkamah dan integriti kehakiman dicurigai.

"Maka, walaupun manipulasi yang berlaku sama teruk dengan perbicaraan pertama, tidak ada reaksi awam yang sebenar atau kesedaran mengenai apa yang terjadi dengan perbicaraan terkini.

"Jadi, untuk masyarakat memahami apa yang berlaku, buku itu akan memfokuskan semula mengenai kebebasan kehakiman dan bagaimana kedaulatan undang-undang disalah guna terhadap pembangkang politik," katanya.

Anwar dipenjarakan lima tahun selepas Mahkamah Rayuan pada bulan lalu menarik semula keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Saiful, 28, mendakwa Anwar meliwatnya pada 2008, tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dan bersumpah dengan Al-Quran beliau bercakap benar.

Kesannya, Anwar – yang kini sedang memfailkan rayuan terhadap keputusan itu – berdepan risiko kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan beliau juga tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat yang dilantik hilang kelayakan jika didenda melebihi RM2,000 atau penjara melebihi setahun.

Selain Anwar, pakatan pembangkang juga menuduh BN menggunakan undang-undang sedia ada untuk mengenakan pemimpin mereka.

Karpal Singh, yang meletak jawatan sebagai pengerusi DAP mungkin kehilangan kerusi Parlimen Bukit Gelugor selepas didapati bersalah atas dakwaan hasutan kerana membuat kenyataan berhubung isu penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan Perak pada Februari, 2009. Karpal didendak RM4,000.

Rafizi juga dalam bahaya kemungkinan hilang kerusi Parlimen Pandan selepas didakwa melanggar undang-undang perbankan pada 1 Ogos tahun lalu kerana mendedahkan dokumen perbankan sulit National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Syarikat itu mendapat perhatian kerana terbabit dalam isu penternakan lembu bernilai RM250 juta yang ada kaitan dengan keluarga bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Rafizi berdepan hukuman denda maksimum RM3 juta dan penjara sehingga tiga tahun, jika disabitkan bersalah.

Karpal dan Anwar kini memfailkan rayuan terhadap hukuman mereka.

Rafizi berkata, penghasilan semula fakta kes Anwar dalam buku setebal 80 halaman itu, ia membolehkan orang ramai memahami selepas 16 tahun, tidak banyak yang berubah.

"Itu sebabnya kami namakan ia Reformasi 2.0, kerana isu yang kami perjuangkan hari ini – kedaulatan undang-undang, integriti kehakiman, salah guna kuasa polis – adalah isu yang sama diperjuangkan pada 1998," katanya.

Buku itu yang diterjemahkan ke bahasa Tamil, dijual pada harga RM5 sebuah di roadshow Reformasi 2.0. Ia boleh diperolehi secara online di www.kempenrakyat.com dengan harga RM10, termasuk caj pos.

Ada cadangan untuk buku itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan Cina.

Sehingga kini, kira-kira 10,000 naskhah dijual. Anggaran 30,000 salinan lagi dijangka dijual pada penghujung roadshow Reformasi pada 20 April ini di Lembah Pantai.

Setakat ini, maklum balas mengenai buku itu positif, dengan ramai yang menyatakan ia ringkas, padat dan berdasarkan fakta lapor The Malaysian Insider di SINI

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...