Bagaimana Buat Duit Gaya “Startup”?

Menurut wikipedia, startup adalah merupakan sebuah syarikat baru yang ditubuhkan di dalam fasa kajian pasaran dan juga pembangunan produk. Ianya bertujuan untuk mencari sebuah idea yang boleh dikembangkan menjadi sebuah perniagaan yang berskala besar.


Antara syarikat-syarikat startup yang berjaya adalah seperti instagram, whats app, dropbox, evernote dan banyak lagi.


Namun begitu, masih ramai yang kurang faham bagaimana sesebuah startup dijalankan. Infografik yang dihasilkan oleh funderandfounders.com dibawah, menjelaskan bagaimana sesebuah startup company dihasilkan dari mula sehinggalah kepada penyenaraian awam di bursa saham.

tumblr_mslq643Fph1s6bw99o1_1280

Secara ringkasnya, berikut adalah langkah-langkah bagaimana membuat duit dengan menubuhkan syarikat startup.

  1. Cari produk yang popular tetapi kurang sempurna
  2. Beli dan analisa produk tersebut
  3. Cara apa-apa yang masih boleh diperbaiki pada produk tersebut
  4. Buat satu prototaip

  5. Tunjukkan prototaip tersebut kepada 100 orang
  6. Ubahsuai prototaip tersebut sehingga ada orang yang berminat untuk membuat tempahan

  7. Cari pengasas bersama yang mampu membantu anda membina prototaip tersebut dengan lebih sempurna.
  8. Bahagikan saham 50% kepada pengasas bersama
  9. Cari orang yang banyak duit untuk melabur.
  10. Berikan pelabur tersebut 10% saham syarikat
  11. Hasilkan produk sebenar

  12. Jual produk tersebut kepada 1 juta orang
  13. Dapatkan lebih banyak duit
  14. Senaraikan syarikat anda di bursa saham
  15. Anda, pengasas bersama dan pelabur akan buat duit yang sangat banyak dengan menjual saham-saham anda.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...