CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Aslinda buat laporan polis isu foto aksi doggie di Petronas

Posted: 31 Mar 2014 10:12 PM PDT


Sekeping foto aksi doggie antara Nuraslinda Binti Afrizal dan kekasih hatinya di sebuah stesen minyak petronas telah menjadi viral di laman sosial sejak minggu lalu.

Penyebaran foto tersebut menyebabkan akaun twitter @aslinda_pit yang dikatakan milik Nuraslinda telah digantung serta-merta oleh pihak twitter.


Hari ini, satu laporan polis yang dibuat oleh Nuraslinda mula tersebar di internet. Isi kandungan laporan itu menjelaskan akaun twitter @aslinda_pit adalah palsu dan mendakwa dilakukan oleh skandal wanita kekasihnya, Yusnani binti Sidurman.

Menurut wanita berusia 21 tahun itu, tujuan laporan polis dibuat ialah bagi menghenti dan menyekat pemilik akaun twitter palsu tersebut daripada terus menyebarkan foto-foto lucahnya dengan teman lelaki. - mymediahubonline

[#MH370] “Selamat malam Malaysia tiga tujuh kosong”, perbualan terakhir ATC dan kokpit

Posted: 31 Mar 2014 09:36 AM PDT


"Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong" adalah perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara (ATC) dan kokpit pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata Kementerian Pengangkutan malam ini.
Menurut kenyataan kementerian perbualan itu dirakamkan pada jam 1.19 pagi 8 Mac.
Kementerian Pengangkutan berkata pihak berkuasa masih menjalankan penyiasatan forensik untuk menentukan sama ada perkataan terakhir yang dirakamkan dari kokpit itu diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan persoalan yang dibangkitkan semasa sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berhubung komunikasi terakhir antara kokpit dan pengawal trafik udara.
Kenyataan itu menyebut Hishammuddin juga telah mengarahkan pasukan penyiasatan supaya mengeluarkan transkrip penuh itu, yang akan diberikan semasa taklimat kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370.
MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.
Susulan analisis data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, firma telekomunikasi satelit UK Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK merumuskan bahawa Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth, Australia.
Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat Boeing 777-200 itu "berakhir di selatan Lautan Hindi". 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...