CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


PERISIKAN RUSSIA: "PESAWAT #MH370 DIRAMPAS, BUKANNYA TERHEMPAS!"

Posted: 10 Apr 2014 01:22 AM PDT


Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.

Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat dengan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu;

"Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,".

Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya.

Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.

Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.

Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia. – MyNewsHub


Link Daily Star: They're alive! MH370 passengers were hijacked and taken to Afghan says Russia's FSB

(HARI MENGHALAU) Hanipa jadi mangsa kedua selepas Azmin dihalau keluar Dewan Rakyat

Posted: 10 Apr 2014 12:48 AM PDT


Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin (gambar) hari ini menjadi mangsa kedua diarahkan keluar dari Dewan Rakyat setelah Yang Dipertua Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyangka beliau mahu mempertahankan Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali.

Hanipa berkata persoalan AirAsia menjadi isu penting negara setelah syarikat penerbangan itu enggan berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 9 Mei ini.

"Saya mahu membawa usul 22(1) yang mengundang persoalan penting namun baru nak menyebutnya sudah dihalau keluar dari Dewan.

"Ini adalah salah laku Yang Dipertua kerana apabila seseorang ahli parlimen itu bangun, Yang Dipertua perlu menghentikan urusan lain dan benarkan aturan mesyuarat," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Azmin dihalau keluar dari Dewan Rakyat kerana berkeras mahu usulnya yang membincangkan perilaku hakim dibahaskan walaupun ke pukul 12 pagi sekali pun.

Yang Dipertua berkata usul daripada pihak kerajaan perlu diberi perhatian berbanding usul yang dibawa secara persendirian. – 10 April, 2014.

( TIDAK KAFIRKAH PKR) Hudud: PKR, DAP bantah keras

Posted: 09 Apr 2014 06:03 PM PDT


KUALA LUMPUR 9 April - Pas berterusan ditentang rakan sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang berhubung hasrat parti itu untuk mengemukakan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Ketika Kerajaan Pusat dan UMNO menyatakan sokongan kepada hasrat Pas itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula memberi peringatan keras bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.

Malah Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, secara terang-terangan berkata, DAP selaku parti kedua terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan Pas.

"Hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan," katanya sebagaimana dipetik dari The Malay Mail Online hari ini.

Tony Pua adalah pemimpin kanan kedua DAP yang tampil menentang hasrat Pas selepas bekas Pengerusi, Karpal Singh lantang mengingatkan Parlimen minggu lalu agar jangan membenarkan usul berkenaan diluluskan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu, rang undang-undang persendirian akan dibentang di Parlimen bagi mendapat kebenaran untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PKR, N. Surendran, juga senada dengan DAP apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan yang jelas tentang hudud pada tahun 2011.

"Ketiga-tiga pihak secara terbuka mengumumkan bahawa tidak akan melaksanakan hudud kecuali mendapat persetujuan semua pihak dalam pakatan. Tidak ada kata sepakat tentang hal itu," katanya.

( KAFIR BERSATU) MCA Sepakat Tolak Hudud PAS

Posted: 09 Apr 2014 06:41 AM PDT


KUALA LUMPUR: MCA akan menolak Rang Undang-Undang persendirian yang akan dibawa oleh PAS bertujuan membuka jalan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kesemua tujuh Ahli Parlimen parti itu akan berada di Dewan Rakyat pada Rabu jika PAS membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan bagi tujuan berkenaan.

"Undi kami adalah undi suara hati," kata beliau sambil menegaskan bahawa MCA mendukung Perlembagaan Persekutuan dan menolak apa-apa yang bertentangan dengannya.

Wee juga menegaskan bahawa memandangkan RUU berkenaan bukan dibentangkan oleh Kerajaan maka MCA tidak diwajibkan untuk menyokongnya.

Selain itu beliau turut mencabar Ahli Parlimen bukan Islam dari DAP dan PKR  terutamanya Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng secara terbuka menyatakan pendirian mereka mengenai Rang Undang-undang tersebut.

Lim adalah penasihat DAP dan Guan Eng adalah setiausaha agungnya manakala kebanyakan daripada 38 Ahli Parlimen DAP adalah bukan Islam.

"Malah DAP dan PKR yang menjadi sekutu PAS juga harus bertanggungjawab terhadap percubaan parti Islam itu membentangkan RUU berkenaan," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...