CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(JDT vs PERAK) Penyokong MERUSUH, Empat DITAHAN Polis, Anggota FRU Turut CEDERA

Posted: 15 Apr 2014 02:31 PM PDT


Ipoh: Empat penyokong Perak ditahan polis kerana merusuh dengan membaling batu, suar, mercun dan pelbagai objek ke dalam padang serta penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini malam tadi.

Kekecohan itu turut mengakibatkan jurgambar NSTP Supian Ahmad dan beberapa penyokong JDT turut cedera akibat dibaling objek keras termasuk batu.


Harian Metro yang turut berada di Stadium Perak difahamkan, dua anggota polis termasuk FRU turut cedera pada mata dan kepala akibat dibaling batu oleh penyokong terbabit.

Kekecohan dikatakan mula tercetus di bahagian tempat duduk penyokong pelawat apabila sebahagian besar penyokong tuan rumah menyerbu dan membaling pelbagai objek.

Supian yang sedang merakamkan kekecohan itu turut menjadi mangsa apabila secara tiba-tiba dibaling batu oleh penyokong Perak mengakibatkan kecederaan ringan dan terpaksa diberi rawatan pasukan perubatan.


Situasi semakin tegang menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak yang semakin tidak terkawal.

Menjelang tengah malam ini, FRU mula menggunakan gas pemedih mata dan jentera menyembur air ke arah kumpulan penyokong Perak yang enggan bersurai manakala empat penyokong turut ditahan.


Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berada di stadium untuk memantau keadaan mengesahkan tangkapan penyokong Perak terbabit.

Keadaan mula reda apabila penyokong JDT diiring polis keluar dari stadium hingga menaiki bas mereka sebelum kenderaan polis turut mengiring mereka ke plaza tol Lebuhraya Utara Selatan.

Kekecohan malam ini bagaikan mendapat petanda awal apabila dua bas yang membawa pasukan dan penyokong JD disembur dengan cat bertulis 'This is Ipoh', pagi semalam.

Kedua-dua kenderaan itu yang diparkir di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel tempat pasukan pelawat menginap di Ipoh.

WARDINA KRITIK USTAZ DON DANIYAL SECARA TERBUKA DI FACEBOOK

Posted: 15 Apr 2014 07:44 AM PDT


Wardina Safiyyah, hari ini menyeru para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri telah menyebarkan maklumat tanpa rujukan.

Wardina sebelum itu ada berkongsi kompilasi video KOMPILASI HADIS PALSU & PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang pengguna Facebook yang bernama Nur Puteri Dayana dengan menulis ayat berikut:

"Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama'..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don't need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran"

"Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam"

Perkongsian Wardina ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang menyokong dan ada yang menghentam tindakan beliau yang menegur Ustaz Don secara terbuka, dan Wardina telah memberi respon berikutnya:

"We have a right to ask…. We SHOULD ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya musykil dengan jawapan ustaz..bolehkah ustaz terangkan lagi… ?"

"Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi saw. Dan Nabi membenarkan…. Saya sering merujuk ayat ini dalam Surah Al Baqarah ayat 260.. dimana Nabi Allah Ibrahim as sendiri bertanya.. bertanya kepada Allah….Nabi bertanya kepada Allah? Tidakkah Nabi percaya??? untuk apa? Kerana dengan bertanya kita mencari jawapan..supaya? Supaya hati menjadi lebih tenang… Surah Al Baqarah:260″

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)"

"Bertanyalah. Dan para ustaz jawablah persoalan kami ini. Bukalah minda kami. Jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut Quran dan Sunnah Nabi SAW"

http://mymediahubonline.blogspot.com/

Doktrin KAFIR DAP Semai Kebencian Pelajar Sekolah

Posted: 15 Apr 2014 04:10 AM PDT

Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris dijadikan medium Pertandingan Syarahan bertajuk "Kalau Saya Menjadi Perdana Menteri" 

Sebelum ini kita sering mendengar tentang cemuhan yang di lemparkan oleh pihak pembangkang terhadap agensi Biro Tata Negara (BTN) kononnya kerajaan Barisan Nasional menggunakan agensi ini untuk melakukan doktrin bersifat rasis.

Malah ianya di labelkan sebagai enjin UMNO untuk merekrut ahli-ahlinya membenci kaum cina.

Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.BTN dalam siri program yang di jalankan sebenarnya menekankan tentang semangat perpaduan sesamai rakyat Malaysia selain daripada mendidik peserta tentang perlunya kerjasama semua kaum bagi memperkuatkan negara.

Namun kini segala-galanya seolah-olah tertuding kepada diri pembangkang sendiri apabila berita tentang satu program melibatkan penyertaan kanak-kanak di lihat lebih kepada kepentingan politik kepartian.

Menurut sumber satu iklan yang dikeluarkan untuk program pertandingan syarahan yang akan di adakan pada 27 April 2014 bertempat di Kompleks My Mall Lutong menjadikan burung UBAH sebagai piala rebutannya.

Bukankah UBAH itu merupakan maskot DAP ? Kenapa dalam hal dan penganjuran melibatkan kanak-kanak seperti ini pengaruh politik cuba di semai ? 

Tidak lain dan tidak bukan inilah doktrin terbaru DAP terhadap generasi baru , mereka sedang menyemai rasa benci terhadap anak-anak ini supaya satu hari nanti mereka punya generasi pelapis.

Habis rosak minda kanak-kanak semuanya hendak di politikkan, pasal pendidikan pun mahu serapkan minda kanak-kanak sokong DAP pada masa akan datang.sumber 



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...