CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(#MH370) Dua isyarat 'pulse' yang dikesan berterusan selama dua jam 20 minit diikuti isyarat kedua selama 13 minit memberi harapan baru

Posted: 07 Apr 2014 02:07 AM PDT


PERTH: Dua isyarat 'pulse' yang dikesan berterusan selama dua jam 20 minit diikuti isyarat kedua berlanjutan selama 13 minit memberi harapan baru dalam usaha mencari kotak hitam di Lautan Hindi.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston mengesahkan, isyarat 'pulse' dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield semalam agak konsisten dengan kotak hitam yang dicari pasukan misi mencari dan menyelamat.

"Kapal Ocean Shield dapat mengesan isyarat pertama selama dua jam dan 20 minit sebelum terputus hubungan. Namun ia berpatah balik dan cuba mencari semula isyarat itu.

"Ia berjaya mengesannya buat kali kedua selama kira-kira 13 minit. Pada kali ini, dua 'ping' berlainan dapat didengar dan ini konsisten dengan isyarat daripada perakam data penerbangan dan perakan kokpit," katanya pada sidang media di sini, pagi tadi.

Menurutnya, isyarat itu dikesan alat pengesan kotak hitam atau 'Towed Pinger Locator' pada kedalaman Lautan Hindi kira-kira 4,500 meter.


"Ia adalah petunjuk yang memberi harapan baru," katanya.

Kapal Ocean Shield akan terus berada di kawasan penemuan isyarat itu dalam tempoh 24 jam bagi meneruskan pencarian.

Beliau memberitahu, kejayaan terbaru itu adalah hasil pakar dari Malaysia yang berjaya mengecilkan kawasan pencarian MH370.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan isyarat itu memandangkan Ocean Shield masih lagi menyiasat lokasi sebenar sumber isyarat itu, kata Houston.

Katanya, terdapat beberapa langkah sebelum isyarat ini dapat disahkan.

"Pertama, lokasi tepat perlu ditentukan. Selepas itu Ocean Shield boleh menggunakan pesawat Bluefin 21 untuk mencuba mencari serpihan di dasar laut.

Pengesahan ini hanya boleh dibuat dalam masa beberapa hari, katanya.

Sebelum ini, agensi berita rasmi China, Xinhua juga melaporkan isyarat dikesan kapal China ketika menjalankan operasi mencari, Sabtu lalu.

Kapal perang Haixun1 mengesan isyarat itu di lokasi sekitar 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur iatu kira-kira 600 kilomter dari Ocean Shield.

Xinhua juga melaporkan beberapa objek terapung berwarna putih dikesan pesawat di kawasan pencarian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

[DOSA BESAR PAS KAFIRKAN UMNO BELUM DIAMPUN] Bukti Minit Mesyuarat UMNO SOKONG HUDUD

Posted: 07 Apr 2014 01:33 AM PDT







Anak Cemerlang SPM, Rozita Che Wan Bakal Hadiah BMW X6

Posted: 06 Apr 2014 08:40 PM PDT


Semua sudah sedia maklum yang anak kepada Rozita Che Wan, Ammar Effendy telah berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru baru ini dengan memperoleh 8A dan pastinya ini sesuatu yang harus dibanggakan oleh selebriti itu.

Dalam satu temubual bersama media baru baru ini, Rozita Che Wan mendedahkan yang anaknya itu mengimpikan sebuah kereta sport sebagai hadiah berjaya dalam SPM dan isteri kepada Zain Saidin itu nampaknya mahu merealisaikan impian anaknya.

Rozita Che Wan memberitahu yang beliau ingin menghadiahkan sebuah BMW X6 yang menjadi keinginan anak lelaki kesayangannya itu namun perlu menunggu kerana beliau mahu selesaikan urusan membeli kereta untuk dirinya sendiri terlebih dahulu.

Rozita Che Wan dan suami merancang untuk membeli sebuah kereta baru yang lebih besar memandangkan beliau kini sedang hamil dan ahli keluarga akan bertambah. Bertuahnya menjadi anak Rozita Che Wan.

Rakyat Malaysia kena TEMBAK di Danok

Posted: 06 Apr 2014 05:26 PM PDT


Danok (Selatan Thailand): Seorang rakyat Malaysia parah ditembak dalam pergaduhan di sebuah pub di pekan sempadan ini, selepas mangsa dikatakan mencabul seorang wanita warga Thailand di premis itu, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu ketika mangsa berusia 30-an mengunjungi premis berkenaan untuk berhibur bersama beberapa rakan yang juga warga Malaysia.

Ganggu pengunjung

Sumber Konsulat Malaysia di Songkhla memberitahu, mangsa yang mabuk dikatakan mengganggu beberapa pengunjung serta pekerja pub berkenaan, sebelum tiba-tiba meraba...

-BH

(CULIK PELANCONG CHINA) Kumpulan penculik HUBUNGI keluarga pelancong

Posted: 06 Apr 2014 05:50 AM PDT


KOTA KINABALU - Kumpulan penculik yang menceroboh dan melarikan seorang pelancong China di sebuah resort atas air, Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, telah pun menghubungi keluarga wanita itu Jumaat lepas.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek mengesahkan perkara itu namun tiada sebarang tuntutan yang dibuat setakat ini.

"Keluarga mangsa itu sendiri telah diberi peluang bercakap dengan mangsa culik berkenaan melalui telefon. Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan sihat dan selamat," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak ESSCOM akan melancarkan operasi pemeriksaan ke atas chalet di pusat peranginan sekitar Semporna dalam masa terdekat bagi memastikan tiada pekerja asing di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone).

Mohammad berkata Esscom, yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menambah kekuatan aset di Semporna bagi mengawal keadaan di kawasan itu.

"Kita akan menambah sebanyak kira-kira 30 peratus kekuatan aset kita yang membabitkan semua agensi dan digerakkan di perairan kawasan Semporna namun kita tidak mengabaikan soal keselamatan di kawasan lain di Esszone," katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 10.30 malam Rabu lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menceroboh resort berkenaan dan melarikan Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai serta seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40.

Pada Jumaat lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilapor berkatapolis menahan empat individu, termasuk tiga wanita, bagi membantu siasatan kes penculikan itu.

Pulau Pinang : Bas rentung nyaris ragut 57 nyawa

Posted: 06 Apr 2014 04:28 AM PDT


Georgetown: Seramai 57 penumpang bas ekspres Plusliner berdepan detik cemas apabila kenderaan itu mengalami masalah teknikal lalu terbakar dalam satu kejadian di Jalan Simpang Ampat Tasik menghala ke Junjung, Seberang Prai Selatan (SPS), di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila pihak bomba menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran dipercayai berlaku di bahagian enjin bas lalu merebak ke bahagian atas bas sebelum bas bertindak berhenti di tepi jalan bagi menyelamatkan nyawa penumpang bas yang ada.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.12 petang dan sepasukan pegawai dari Balai Bomba Nibong Tebal yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Safi @ Roslan Abdullah bersama tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian api berjaya dipadamkan oleh pemandu bas dengan menggunakan alat pemadam api dan air disamping dibantu anggota bomba sukarela dari Valdor, Permatang Tinggi, Taman Merak Jaya, Jawi serta Balai Bomba Sukarela dari Kulim, Kedah yang tiba dilokasi kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan nilai kerugian serta punca kebakaran masih lagi disiasat untuk mengenalpasti punca kebakaran," katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...