Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT!! Pandangan Ahli Parlimen BN Tentang Perlaksanaan #HUDUD!

Posted: 11 Apr 2014 08:18 AM PDT


Mungkin ada sesetengah pihak beranggapan bahawa cadangan pelaksanaan Hudud di negeri taklukan PAS iaitu Kelantan hanya akan dipandang sepi oleh pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN). Walhal perkara yang ingin diketahui oleh semua pihak adalah bagaimana pelaksanaan dan penafsiran Hudud itu dilakukan. Bahkan kerajaan negeri PAS sendiri masih lagi berteka-teki dengan rakyatnya mengenai cadangan pelaksanaan yang acapkali dijaja PAS apabila menjelang musim Pilihanraya Umum (PRU) dan Pilihanraya Kecil (PRK).

Mungkin ada yang terlepas mengikuti perbahasan di Dewan Rakyat mengenai Hudud minggu ini. Saya kongsikan untuk penilaian Pembaca khususnya penyokong PAS, melihat dan mendengar sedikit ucapan perbahasan berkenaan Hudud oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Dato' Seri Reezal Merican di Dewan Rakyat.

Secebis video di bawah ini mungkin akan menghapuskan persepsi kononnya BN tidak setuju dengan Hudud.



Ini penjelasan dan realiti yang sebenar di minda pemimpin UMNO dan BN mengenai Hudud. Apa yang dijaja selama ini oleh PAS kononnya kepimpinan UMNO / BN seumpama musuh dalam selimut Islam yang menolak hukum Allah (Hudud) adalah tidak benar.

Sekali lagi saya tekankan apa yang diperbahaskan oleh Dato' Reezal Merican,

"Tidak siapa pertikaikan hudud. Dari segi hukum, sebagai orang Islam kita kena terima tetapi ia tidak membataskan kita untuk adakan perbahasan tentang kaedah pelaksanaannya. Ia tidak membataskan kita untuk membincangkan tentang penafsirannya", katanya.

Beliau turut memperjelaskan lagi maksud pelaksanaan hudud pada zaman Rasulullah S.A.W. yang mengikut keadaan, tempat dan waktunya. Kaedah pelaksanaan dan penafsiran hudud ini juga perlu turut diberikan perhatian khusus supaya umat Islam memahami hukum Allah dengan lebih baik bahkan turut sama menyokong dasar pelaksanaannya.

Saya yakin dan percaya sekiranya jika Hudud ini diperjelas dan dibentangkan di dalam Dewan Rakyat dan dilaksanakan mengikut syariat Islam yang betul, pasti di peringkat rakyat tidak mengalami sebarang masalah menerimanya.

sumber Rizqeen Hill

HOT!! Cabaran Kepada Pemuda Pas Malaysia BENTANG AUDIT Tabung Lahad Datu!! @DPPMalaysia @AnakSgDerhaka

Posted: 11 Apr 2014 06:12 AM PDT


Masih ingatkah anda kepada peristiwa Lahad Datu ? Saya yakin semua orang masih ingat, dan yang paling kita tidak lupa adalah tindakan Pemuda Pas pada waktu itu mengutip derma atas nama Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu, tetapi wangnya dimasukkan ke dalam akaun Pas. Tidak sepertimana yang dilakukan Media Prima dimana Tabung Wira Lahad Datu yang dikutip mereka dimasukkan ke dalam akaun khusus atas nama berkenaan.

Sekarang telah setahun lebih peristiwa Lahad Datu berlalu, dan seingat saya sehingga kini Pemuda Pas tidak pernah bentang laporan audit kepada orang ramai, berapa jumlah wang yang mereka kutip di dalam akaun Pas berkenaan. Kepada siapa wang tersebut diagihkan, berapa jumlah penerima dan berapa yang diterima oleh penerima ? Kita perlu tahu perkara ini sebab wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun parti Pas, bukannya ke dalam akaun khas atas nama tabung berkenaan.

Masa nak kutip derma bukan main lagi Pemuda Pas boleh hebahkan, iklan sana sini. Mengapa pula selepas kutip liat pula untuk bentang laporan audit ? Bercakap soal islam, kejujuran, keihklasan, penyelewengan, rasuah dan bla…bla…bla…bla bukan main lagi. Tunjuklah kejujuran kau kepada rakyat.

Bab kutip duit laju….bab nak bentang audit bukan main liat….

sumber dari rbfonline

McTheory:
Harap Pemuda Pas bentangkan berapa banyak dapat dan berapa banyak yang dah derma.. teluslah.. korangkan pejuang Islam sebenar kononnya laa.. he he

INFO!! Benarkah Pertanian Punca Berlaku Tanah Runtuh? @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 11 Apr 2014 02:12 AM PDT



Di Malaysia ni, kita agak kurang berlakunya bencana alam. Diantara bencana yang sering berlaku seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.

Tanah runtuh pula merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia.

Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti.

Setiap kali berlaku kejadian tanah runtuh, sektor pertanian sering dikatakan punca dan penyebab utama kejadian hakisan tanah.

Contohnya kadar hakisan tanah kebun sayur kawasan terbuka di Cameron Highlands mencecah 84 tan sehektar setahun meskipun penggunaan tanah untuk aktiviti pertanian di kawasan tersebut hanya sekitar 7.4 hektar.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah proaktif memperkenalkan kempen 'Peliharalah Tanah Kita' satu kempen yang menetapkan garis panduan dalam pembangunan tanah bercerun untuk sektor pertanian. Sambung baca blog YY



Buku panduan versi terbaru yang dilancarkan oleh DS Ismail Sabri di Wisma MOA tempohari bakal mengelakkan persepsi negatif sesetengah pihak yang sering kali menganggap sektor pertanian adalah punca berlakunya hakisan tanah.

Ia juga bagi membuka mata semua orang tentang kaitan tanah runtuh dan pertanian. Ini kerana Malaysia diantara negara yang bakal mengembangkan sektor pertaniannya ke peringkat antarabangsa.

Sudah tentu kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk menjana industri ini. Kalau dari awal tak diterapkan kempen 'Pelihara Tanah Kita' sudah tentu ciri-ciri keselamatan untuk memastikan tidak berlakunya tanah runtuh dapat diatasi.

Kempen 'Peliharalah Tanah Kita' beberapa langkah transformasi terbaru MOA selepas mengadakan 'bilateral meeting' bersama Vietnam ketika kunjungan PM DS Najib Tun Razak tempoh hari.

Berikut adalah gambar gambar sepanjang pelancaran Kempen tersebut.







TERKINI!! KENYATAAN RASMI ZAHID HAMIDI Tentang Isu BOC yang Di Fitnah!! @Zahid_Hamidi

Posted: 11 Apr 2014 01:35 AM PDT





PANASS!! Si Kurang Ajar Hina YDP Agong Semakin Berani dan Melampau!! @PDRMsia @PMOMalaysia @Zahid_Hamidi

Posted: 10 Apr 2014 11:36 PM PDT



Satu laman page yang dikenali sebagai "Page 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek" yang dipercayai telah di HACK oleh individu bernama Amran kini sedang galak menyebarkan berita fitnah dan berkaitan dengan perkauman.

Gambar page dibawah,

https://www.facebook.com/weloveshaberycheek

Jika anda layari page berkenaan admin page terbabit hanya menyiarkan cerita PALSU yang dipercayai untuk mengapi-apikan rakyat Malaysia yang terpedaya dengan page berkenaan. Ada pelbagai cerita perkauman seperti pergaduhan diantara melayu dan india yang direka-reka hingga ada pertengkaran di wall terbabit.

Tapi dalam banyak-banyak posting yang admin gila tu buat, gambar bawah ni menunjukkan dia semakin biadap dan kurang ajar!

Biadap dan kurang ajar!!

Bila dah berani hina Baginda Yang Dipertuan Agung dan Permaisuri sampai macam ni sekali, bermakna admin page ni memang benar-benar kurang ajar dan pihak berkuasa patut mengambil tindakan terhadap dia.

Disebabkan posting kurang ajar tu, pemimpin masyarakat mula buat laporan polis!

Semalam pemimpin masyarakat di Kulim Bandar Baharu telah membuat laporan polis di Balai IPD Bandar Baharu keatas page biadap tersebut.

Laporan sedang dibuat

salinan laporan

Pemimpin masyarakat yang mewakili Pekida, JKKK, UMNO kawasan dan Pejabat Daerah

Laporan polis dilakukan bertujuan untuk pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap admin page terbabit. Kerana mereka tidak mahu manusia yang kurang ajar seperti admin page tu menjadi contoh kepada yang lain untuk bertindak kurang ajar dan tidak menghormati baginda YDP Agong yang kita hormati dan sayangi.

Sehari selepas laporan terbabit, hari ni laa.. admin page tu membuat posting berkenaan laporan polis tersebut,


Laporan polis yang dibuat langsung tak menimbulkan masalah besar terhadap admin biadap tu, malah dia terus menerus menghina baginda YDP Agong dan pihak yang membuat laporan polis terhadapnya.

Dengan harapan setinggi gunung, Mc merayu kepada pihak berkuasa supaya menahan si admin biadap tu. Tak kisah la apa alasan yang dia bagi pun, tapi tindakan yang dia buat tu sudah melampau dan melanggar terma-terma manusia waras.

Mc percaya, bukan Mc sorang yang berharap demikian, malah ramai lagi yang mahu si admin biadap ni ditangkap. Nak juga kami lihat rupanya yang sebenar, sama ada melayu atau berlakon jadi melayu, untuk memporak perandakan rakyat dan negara ni!

McTheory:
Kalau bagi kami cuit sikit dia pun bagus juga.. sikit saja.. tak luak pun.. hehe

PANASS!! Puak Cina Koyak Passport Ni Demo Bersih dan Kutuk PM di UK Dulu!!

Posted: 10 Apr 2014 08:12 PM PDT


Masih ingat peristiwa ketika BERSIH 3.0 dulu? Ada sekumpulan manusia yang mengaku warganegara Malaysia berdemo di Kota London sambil mengutuk kerajaan Malaysia. Sudahla memalukan nama Malaysia, mereka ini juga yang membuat kacau dan mengutuk PM Najib ketika lawatan beliau ke London pada waktu itu.


Memalukan PM diluar negara. Sudah la tak hormat pemimpin negara, dalam majlis yang beliau berucap pun puak-puak gila ni masuk buat kacau.


Mereka ini yang koyak passport Malaysia sebab fikir UK nak terima mereka sebagai warganegara. Kalau UK tak terima, apakah sekarang ni adakah kita perlu terima mereka kembali?

Tiba-tiba muncul berita dibawah,


Sudah tentu berita ini membangkitkan rasa marah rakyat Malaysia terhadap Menteri KDN Zahid Hamidi. Koyak passport Malaysia merupakan satu penghinaan. Mereka sendiri buang diri mereka dari Malaysia, khianat negara sendiri, lepas tu takkan mudah-mudah kita nak terima balik?

Bila dah riuh rendah dalam media sosial tentang perkara ni, barulah terima jawapan dari pejabat menteri KDN.

Sahabat semua, setiausaha politik YB Datuk Zahid baru mengesahkan pada saya berita tu palsu, tiada keistimewaan pada mereka.

Mereka tetap dikenakan proses biasa. Buat masa sekarang mereka hanya diberikan resident pass, tarafnya lebih rendah dari permanent resident.

Berita palsu ini diedarkan oleh pihak yg tak bertanggungjawab. Hindarilah diri kita dari kerja2 keji dan fitnah.

Itu msg yang diterima. 1000 orang tu fitnah, takpa la. Tapi Mc harap kerajaan jangan mudah menerima pengkhianat negara ni. Dorang balik sini pun, bukan tau nak berterima kasih dengan kerajaan. Balik sini buat menambah undi pada Dap saja buat apa?

Bagi IC merah saja, bagi jadi setaraf dengan bangla, indon dan pendatang asing lain. Baru sedar diri, baru ada akai! Baru yang lain akan ambil perkara ni sebagai contoh dan teladan. Kalau Malaysia tak terima dorang, pakat merempat la kat negeri orang.

McTheory:
Mohon mereka jangan diberikan warganegara Malaysia.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...