Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT!! PR Punca Orang Gila Nak Bunuh PM @NajibRazak @PDRMsia

Posted: 06 Apr 2014 07:43 AM PDT


Awat la ramai sangat orang gila dalam Malaysia sekarang ni? Sejak wujudnya Pakatan Rakyat, kegilaan orang nak melawan pemimpin ni makin ketara, tambahan pulak ubat untuk merawat sakit gila macam ni dah takdak, iaitu ISA kalau ada tentu mereka ni takkan berani dok cakap yang bukan-bukan.

 Dah terpaksa nak cari pulak siapa mangkuk yang dok cakap bukan-bukan ni. Kalau tak ambil tindakan, nanti makin ramai pulak yang kena penyakit gila macam ni.

Patut kerajaan tubuh balik ISA.. itu ubat nak kawal orang gila macam depa ni.






INFO! Bateri Kotak Hitam Hanya Akan Tamat Pada Jun 2014? #PrayForMH370

Posted: 06 Apr 2014 06:12 AM PDT



Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya memberitahu bahawa bateri kotak hitam pada pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi akan tamat pada Jun 2014, bukan pada 2012.

Jauhari berkata, bateri kotak hitam pesawat MH370 itu diganti mengikut jadual dan penukaran seterusnya pada Jun 2014.

"Apa yang telah dimaklumkan kepada kami, kami mengesahkan bahawa program penyelenggaraan telah digantikan pada sebelum bateri tersebut mencapai tamat tempoh.

"Kita juga tahu bahawa bateri ini akan digantikan pada Jun 2014," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai kehilangan pesawat MH370, di PWTC, hari ini.

Sebelum ini terdapat kenyataan media menyatakan bahawa bateri kotak hitam pesawat MH370 telah tamat pada 2012.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengankutan, Datuk Seri Hishammudin Hussein juga turut mengumumkan tiga jawatankuasa baru ditubuhkan bagi memantapkan usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Lautan Hindi.

"Tiga jawatankuasa ini terbahagi kepada tiga iaitu udara yang bertanggungjawab untuk melihat dari segi aspek penyelenggaraan, rekod, struktur dan sistem. Manakala kumpulan kedua ialah Operasi yang ditugaskan memeriksa perakam suara penerbangan, operasi dan metrologi.

"Kumpulan terakhir adalah perubatan dan kemanusiaan bertanggungjawab untuk menyiasat isu berhubung psikolgi, ferfologi dan faktor kelangsungan hidup," ujarnya. - RakyatNews

INFO!! Malaysia Taknak Import Beras Lagi? @IsmailSabri60 @Tunfaisal #DSIS

Posted: 06 Apr 2014 02:12 AM PDT


Benarkah Malaysia mampu menampung permintaan beras dalam negara hanya dengan tanaman sendiri? Mampukah kita menampung jumlah permintaan yang semakin meningkat berikutan penambahan jumlah penduduk Malaysia?

Kita dengar apa kata menteri yang berkaitan,

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan optimis sasaran untuk meningkatkan pengeluaran beras negara mampu dicapai dengan pelaksanaan beberapa program penanaman padi.

Pada masa ini sebanyak 30 peratus keperluan beras negara masih ditampung menerusi import, dan Vietnam merupakan negara pengeksport beras terbesar ke Malaysia, iaitu sebanyak 658,120 tan metrik beras dengan nilai RM812 juta pada tahun lepas, katanya.

Beliau berkata demikian kepada kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat selepas menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama dalam bidang pertanian dan industri asas tani dengan rakan sejawatnya, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam, Cao Duc Phat.

Majlis menandatangani itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan rasmi ke Vietnam selama tiga hari sejak Khamis, serta Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung.

Memorandum itu membabitkan kerjasama secara menyeluruh dalam bidang pertanian merangkumi sektor perikanan dan penternakan selain pertukaran teknologi dan teknik pertanian serta pembangunan sumber manusia antara Malaysia dan Vietnam.

Ismail Sabri berkata Malaysia berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran beras negara bagi menghapuskan kebergantungan negara kepada import menjelang tahun 2020.

"Walaupun kita ke arah sara diri (mengeluarkan beras untuk kegunaan sendiri sepenuhnya) tetapi dari segi import beras tidak menunjukkan pengurangan, misalnya pada 2012 jumlah import beras kita adalah 983,000 metrik tan tetapi pada 2013 meningkat kepada 1.1 juta metrik tan.

"Ini satu trend yang tidak memberangsangkan kerana sepatutnya jika kita ke arah sara diri kita mesti ada penurunan setiap tahun dari segi import beras ini," katanya .

Beliau berkata walau bagaimanapun dengan pelaksanaan program berkaitan penanaman padi, selain menggalakkan petani menjalankan penanaman secara efisen diharapkan dapat mengurangkan pengimportan beras dari luar negara.

Katanya, selain itu kementerian itu telah memperkenalkan benih padi yang lebih bermutu tinggi untuk diusahakan petani, serta mencari kaedah mengurangkan kerugian petani selepas penuaian.
Kadang-kadang kerjasama bukan hanya import eksport, tetapi ia juga dari segi kajian dan teknologi asas tani. Mungkin Vietnam ada baja atau cara untuk mempercepatkan penanaman padi dan kuantiti dari jumlah padi tu juga menjadi lebih banyak.

Kerajaan sentiasa mencari jalan untuk membantu petani dan pesawah menjadi lebih maju supaya pengeluaran sentiasa bertambah. Bila pengeluaran bertambah, sudah tentu ekonomi kendiri pesawah juga meningkat. Dengan penyelarasan harga beras diseluruh negara rm1200 setan ia banyak membantu pesawah dari dibuli orang tengah.

Dibawah gambar-gambar penjanjian MOU diantara Malaysia dan Vietnam.



Perjanjian MOU kerjasama diantara Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia yang diwakili oleh Dato Sri Ismail Sabri dengan Kerajaan Vietnam, sambil disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

McTheory:
Semoga plan Tok Sabri berjalan lancar.. aminn..

INFO! Kapal Pencari #MH370 China Kesan Bunyi 'Ping'? #PrayForMH370

Posted: 05 Apr 2014 11:12 PM PDT


Sebuah kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua.

Sebuah syarikat pengeluar 'pinger' memberitahu CNN, frekuensi itu adalah isyarat yang standard daripada kotak hitam atau secara khusus perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan.

"Frekuensi itu sama," kata Anish Patel, presiden syarikat Dukane Seacom kepada CNN.

Penemuan terbaru ini bagaimanapun belum disahkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama di Perth yang menyelaraskan gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines itu di selatan Lautan Hindi.

Pakar bagaimanapun mengingatkan isyarat itu mungkin boleh jadi datang daripada benda lain selain daripada pesawat.

Menurut laporan AFP, carian kapal Cina Haixun 01 mengesan denyutan berkenaan kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.

"Denyutan yang dikesan oleh Haixun 01 masih belum dikenal pasti lagi," kata Pusat Maritim Mencari dan Menyelamat China dalam akaun microblog mereka.

Menteri Pertahanan Australia David Johnston berkata beliau tidak menerima laporan mengenai isyarat berkenaan dan memberi amaran ia mungkin bukan dari pesawat MH370.

"Ini bukan kali pertama kita mempunyai sesuatu yang kemudian menjadi sesuatu yang mengecewakan," katanya kepada televisyen ABC.

"Saya hanya akan menunggu (Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama) Angus (Houston) dan pasukan beliau dan pasukan saya untuk tampil ke hadapan dengan sesuatu yang positif kerana ini adalah tugas yang sangat sukar."

Perkembangan ini menyusul selepas 29 hari pesawat Boeing 777-200 itu hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beberapa jam sebelum laporan Xinhua itu terbit mengumumkan pembentukan tiga jawatankuasa kabinet untuk menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.

HOT!! Sekitar Gambar-Gambar Menarik di #MalamCintaRasul #BalingBerselawat #SelawatPerdana @Azeezputra @DSJamilKhir

Posted: 05 Apr 2014 08:12 PM PDT



Semalam berlangsungnya Malam Cinta Allah dan Rasul di daerah Baling. Program ini dibuat betul-betul ditengah Pekan, Dataran Baling sebelah KFC. Ternyata program keagamaan sebegini amatlah disambut baik oleh orang Kedah, khususnya orang Baling.

Para urusetia sedang menyiapkan majlis dengan hamparan sejadah

Orang pukul 6.30 orang Baling dah memenuhi ruang dataran

Bersedia menunggu waktu maghrib

Menunaikan solat maghrib


Tazkirah dari Ustaz Fathul Bari

Selesai tazkirah dan solat Isyak maka bermulalah selawat keatas nabi junjungan kita. Walaupun hujan, namun hadirin muslimin dan muslimat langsung tak berganjak dari tapak Dataran Baling. Malah jika petang tadi hadirin yang hadir disekitar 10 ribu orang, jumlah tersebut menjadi dua kali ganda hingga memenuhi disetiap pelusuk Pekan Baling.







Alhamdullilah segalanya berjalan lancar, Habib Al Zainal Abidin juga sempat bercerita kisah-kisah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya.

Turut hadir semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Jamil Khir, Ahli Parlimen Baling Dato Azeez Rahim, YB Harun Adun Kupang dan Ketua Pemuda Baling Hj Md Noor.

Bergema qasidah di Pekan Baling semalam, tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan menyambutnya dengan penuh rasa syukur.

Tahniah orang Baling kerana bijak memilih yang mana satu program untuk rohani, dengan program yang pentingkan diri.

Sedangkan ada program yang kononnya 'HIMPUNAN DERITA' untuk rakyat hanya bermain dibibir saja. Mulut jerit rakyat derita, tapi tangan dok kutip derma kat rakyat yang dikatakan derita. Kalaulah ada otak, tentu pemimpin Pakatan tak buat sedemikian rupa.


Sampai sini saja, malas nak cerita panjang. Perkara ajaib didunia, bila orang kaya kutip derma pada orang susah? ha ha ha..

McTheory:
Apa pun rakyat Baling terbaikk..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...