Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hudud dijadikan alasan MCA untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor..

Posted: 10 May 2014 02:26 AM PDT


Beberapa jam selepas DAP mengumumkan Ramkarpal Singh sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding kerusi itu.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan dilaporkan dalam SMS Sin Chew Daily sebagai berkata MCA tidak akan bertanding dalam PRK tersebut kerana mahu memberi tumpuan kepada isu hudud.

Akhbar itu melaporkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden di Ipoh hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam nahas jalan raya bulan lalu.

Anak ketiga, Ramkarpal, telah dipilih oleh DAP untuk mempertahankan kerusi itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon MCA Teh Beng Yeam tewas di tangan Karpal dengan majoriti besar sebanyak 42,778 undi lapor Malaysiakini

Utusan akui ramai pemimpin UMNO tak sedar diri..

Posted: 10 May 2014 12:00 AM PDT


Sempena ulang tahun penubuhan Umno ke-68, akhbar Utusan Malaysia hari ini mengatakan masih ramai lagi pemimpin parti itu 'tidak sedar diri' apabila sering bertelagah sesama sendiri sehingga menimbulkan rasa muak rakyat kepada parti itu.

Melalui ruangan rencana akhbar milik Umno itu,Pengarang Zulkiflee Bakar berkata, perbuatan berebut jawatan dan bertelagah sesama sendiri masih wujud sehingga melemahkan Umno dalam pilihan raya.

"Sehingga ke hari ini, masih ramai pemimpin dan ahli Umno di peringkat cawangan, bahgaian mahupun negeri bertelagah sesama sendiri.

"Sama ada Umno akan terus kukuh dan unggul seperti mana dihasratkan oleh Najib, bergantung kepada sejauh manakah pemimpin dan ahli Umno bersedia bermuhasabah dan melakukan pembaharuan demi memastikan parti itu terus relevan pada setiap zaman," katanya dalam ruangan komentar merujuk kepada hasrat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Umno harus mengakui persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU14) ke-14 sangat mencabar dan perlu dilakukan dari sekarang.

Zulkiflee berkata, Umno perlu memastikan tiada konflik dalaman yang diakuinya sering menjadi duri dalam daging kepada usaha parti Melayu terbesar itu.

Selain itu, akhbar itu mendakwa Umno menempah tempat di kuburan politik jika terus leka bernostalgia dengan jasa pemimpin terdahulu tanpa menyedari senario politik kini semakin berubah dan pemikiran rakyat semakin berkembang.

Katanya, Umno masih mencanangkan kejayaannya memperoleh 89 kerusi Parlimen semasa PRU13 lalu sekali gus mendakwa parti itu masih relevan dalam kalangan orang Melayu.

Namun tidak menyedari hakikatnya jumlah kerusi tersebut masih memaksa Umno meminta bantuan komponen Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan.

"Malah apa yang perlu difahami Umno juga gagal mempertahankan beberapa kerusi sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang secara tradisinya milik parti tersebut.

"Mungkin jika kerusi tersebut tidak terlepas ke tangan pembangkang, Umno mungkin sudah menawan Selangor dan BN boleh memerintah dalam kedudukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Situasi itu tidak berlaku kerana dalam kalangan pemimpin dan ahli Umno masih tidak berubah sikap biarpun mereka mengetahui betapa gigih pucuk pimpinan parti berusaha memastikan Umno diterima rakyat," katanya lapor The Malaysian Insider

Ahli UMNO rupanya yang nak bertanding di Bukit Gelugor tu.. bukan PAS..

Posted: 09 May 2014 10:09 PM PDT


Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, yang ditemui pemberita selepas mengambil borang pencalonan di pejabat SPR di sini, juga berkata akan mendapatkan kebenaran berbuat demikian daripada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor malaysiakini.

"Saya akan merayu dengan Presiden (Abdul Hadi) untuk bertanding dan saya ingat Presiden tidak ada halangan. "Sekiranya tidak beri (kebenaran) akan bertanding atas tiket Bebas," katanya.

Sebelum ini dua individu lain turut menyatakan hasrat bertanding dalam PRK tersebut iaitu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan pengurus beberapa inap desa Mohd Yacoob Mohd Noor.

Namun semakan lanjut mendapati bahawa Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar bukan seorang ahli PAS, tetapi adalah seorang AHLI UMNO yang berdaftar dengan nombor keahlian UMNO 027003600.

Lihat di bawah:


Ha..ha... kalau tak bodoh tu bukannya macai UMNO... nak bohongpun agak-agaklaa...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...