Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ahmad Said dan ADUN Ajil keluar UMNO!!

Posted: 12 May 2014 10:16 AM PDT


Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.


Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.


Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas lapor Astro Awani


... Sekarang 15 BN, 15 PR, 2 Bebas... adakah MB Terengganu yang baru YAB Razif akan mencatat sejarah sebagai MB paling pendek tempoh perkhidmatannya dalam dunia?.. bersamalah kita nantikannya..

Khabar angin juga telah tersebar mengatakan sekurang-kurangnya 4 lagi ADUN UMNO/BN Terengganu akan menurut jejak Mat Said dan Ghazali Taib..

Nampaknya apa yang Najib telah lakukan di Perak pada tahun 2008 kini berulang di Terengganu.. padan muka hang Najib...

Lepas ni kita tunggu Perak lah pulak... tapi adakah Najib masih berani memaksa MB Perak meletak jawatan setelah apa yang berlaku ini??

Sah! Ahmad Said letak jawatan MB Terengganu

Posted: 12 May 2014 03:38 AM PDT


Datuk Seri Ahmad Said hari ini meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ahmad Said dipercayai menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu hari ini, sementara penggantinya dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu malam ini. 

Tengku Adnan yang mengesahkan mengenai perletakan jawatan Ahmad Said itu berkata, beliau berada di negeri itu untuk mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Terengganu berhubung perkara tersebut.

"Memang Ahmad Said meletak jawatan. Beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ADUN akur dengan keputusan Presiden parti," katanya di sini hari ini lapor Utusan

Sementara itu The Star Online menamakan ADUN Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dijangka dilantik sebagai MB yang baru..

Terengganu to have new MB, swearing in tonight, says Ku Nan 
KUALA TERENGGANU: Terengganu Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Said has stepped down and his successor will be sworn-in on Monday night, said Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 
The Barisan secretary-general said that the swearing-in ceremony is expected to take place after 8pm Monday night at the Istana Syarqiyyah here. 
Tengku Adnan did not name Ahmad Said's successor, but Seberang Takir assemblyman Datuk Abdul Razif Abdul Rahman has been widely tipped to assume the post. 
Ahmad Said, a two-term Terengganu MB, was said to have handed his resignation letter to the Sultan of Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin on Monday. 
This confirms speculation that Ahmad Said would be replaced, following a supposed agreement with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak that he would stay on for only a year after Barisan almost lost the state in the 13th general election last year. 
Najib had allegedly given Ahmad a one-year grace period after the elections because he wanted the Terengganu leader to have a "soft landing". 
Barisan won 17 state assembly seats against Pakatan Rakyat's 15, and managed to win half of the eight Parliamentary seats in the state. 
Abdul Razif, 49, is also a state executive councillor for Science and Technology, Environment, Energy, Green Technology and Water.

Hairan jugak aku.. bila dikhabarkan MB Selangor nak ditukarkan, riuh rendah macai mengutuk PKR/PR.. tapi bila MB Terengganu ni ditukar semua buat tak nampak pulak..

Calon Bebas DUN Bukit Gelugor dakwa disabotaj oleh pihak yang tergugat dengan kehadirannya..

Posted: 12 May 2014 01:21 AM PDT


Dua calon Bebas yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor akhirnya berputih mata apabila hasrat mereka itu tidak kesampaian.

Kelewatan menyerahkan borang pencalonan, gagal mengemukakan wang deposit RM10,000 dan masalah pencadang yang tidak muncul antara punca kedua-duanya gagal menjadi calon pada PRK yang akan berlangsung 25 Mei ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pencalonan Lim Chee Khoon dari parti baharu, Penang Front Party (PFP) ditolak kerana lewat menyerahkan borang pencalonannya.

Malah, Lim juga tidak menyerahkan wang deposit sebanyak RM10,000 seperti mana syarat untuk setiap calon yang bertanding.

"Dia datang untuk serah borang tetapi sudah melebihi tempoh masa ditetapkan. Dia juga tidak menyediakan wang deposit untuk melayakkannya bertanding," kata Abdul Aziz.

Selain itu, seorang lagi calon Bebas, Mohd Yacoob Mohd Noor, 25 pula tidak dapat bertanding kerana pencadangnya tidak muncul di pusat penamaan calon seperti dijanjikan.

Mohd Yacoob yang menguruskan rangkaian inap desa di Pulau Pinang sebelum ini mengesahkan kesediaan untuk bertanding kerusi P51.

Pada Pilihan Raya Umun (PRK-13), Mohd Yacoob hanya memperoleh 141 undi dalam pertembungan tiga penjuru di Dewan Umdangan Negeri (DUN) Sungai Pinang yang dimenangi calon DAP, Lim Siew Khim dengan 12,354 undi manakala calon Barisan Nasional, Looi Swee Cheang mendapat 7,647 undi.

Mengulas mengenai peraturan kempen, Abdul Aziz berkata, hanya parti yang bertanding sahaja dibenarkan untuk berkempen menggunakan bendera parti.

"Jangan ada bendera PKR dan PAS untuk tujuan kempen, hanya bendera calon yang bertanding dibenarkan. Bagi calon bebas, mereka perlu menggunakan simbol Bunga Raya dan Kuda yang ditetapkan oleh SPR," katanya.

Ketika ditanya sekiranya terdapat laporan ada calon yang didapati melanggar peraturan kempen, Abdul Aziz berkata perkara itu akan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan terperinci.

Katanya, calon yang bertanding diberikan tempoh berkempen selama 11 hari yang akan tamat tengah malam 24 Mei ini lapor mStar

Sementara itu Lidah Rasmi UMNO melaporkan Mohd Yacoob mendakwa beliau disabotaj oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin rasa tergugat sekiranya beliau bertanding..

Saya disabotaj - Mohd. Yaacob 
PULAU PINANG 12 Mei - Ahli perniagaan, Mohd. Yacoob Mohd. Noor, 26, yang sebelum ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas merebut kerusi Parlimen Bukit Gelugor dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) mendakwa disabotaj penyokong sendiri sehingga gagal menghantar borang pencalonan. 
Katanya, beliau kecewa selepas individu yang sepatutnya menjadi pencadang dan penyokongnya ketika penamaan calon bagi PRK berkenaan di Dewan Sri Pinang, di sini pagi ini, bertindak menghilangkan diri serta gagal dihubungi. 
"Kali terakhir saya berhubung dengan mereka adalah pada pukul 7 pagi ini dan mereka meyakinkan saya akan tiba di pusat penamaam calon seperti yang dijanjikan. 
"Namun, mereka tidak muncul dan sehingga kini saya tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Perkara ini jelas merupakan tindakan sabotaj oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin rasa tergugat sekiranya saya bertanding," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kah..kah..kah... siapalah yang rasa tergugat tu??

Tak sedar diri betoi dia ni.. dulu dapat 141 undi pun dah berlagak.. entah siapalah nak sabotaj dia tu..

Mohamed Nabi Bux sedih dituduh sebagai Ahli UMNO... kemuka bukti Ahli PAS

Posted: 11 May 2014 10:50 PM PDT


Bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, terkilan dengan sikap sesetengah pimpinan Pas yang berdolak-dalik mengenai isu keahliannya.

Beliau tidak berkecil hati jika Pas tidak membenarkannya bertanding atas tiket parti itu tetapi tidak wajar menuduhnya sebagai ahli Umno.

"Jika tak mahu saya bertanding atas tiket Pas, beritahu saya secara terus terang. Saya tidak akan berkecil hati. Tapi janganlah menuduh saya bukan ahli Pas sebaliknya tuduh pula saya ahli Umno.

"Saya ada bukti, malah semasa saya ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri tempoh hari, saya ada bawa bersama sijil keahlian Pas. Jadi, bagaimana boleh timbul saya ahli Umno," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, mungkin ada pihak beranggapannya sebagai ahli Umno kerana ada ahli parti itu yang mengikutkan pada hari berkenaan.

"Mungkin yang ikut saya hari itu orang Umno, tapi saya tak kenal, itu bukan masalah saya. Saya bersumpah, sehingga hari ini, saya masih ahli Pas yang sah," tegasnya.

Beliau turut bersedih apabila pemimpin tertinggi Pas sendiri menuduhnya bukan ahlinya sedangkan menyertai parti itu sejak 1998.

"Mungkin ahli Pas di negeri ini tidak kenal saya tetapi saya yakin, pemimpin tertinggi kenal saya. Saya masih tidak berubah wajah. Jika masih ada yang ragu-ragu lagi, mereka boleh rujuk kepada Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan.

"Saya sangat terkilan dan dukacita dengan pemimpin tertinggi Pas yang sanggup memfitnah ahli sendiri semata-mata mahu menjaga hati beberapa orang pemimpin DAP. Saya tidak kisah jika mereka tidak mahu bantu saya, tetapi jangan tuduh saya macam-macam," katanya.

Sebelum ini, Mohamed Nabi Bux menawarkan diri untuk bertanding dalam PRK Bukit Gelugor atas tiket Pas selepas mendaftar sebagai calon di pejabat SPR, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, beliau mengakui belum meminta kebenaran dari pemimpin Pas Pusat berhubung perkara itu.

Mengenai dakwaan itu, Mohamed Nabi Bux mencabar pemimpin Pas supaya membuktikan tindakannya yang ingin bertanding di PRK Bukit Gelugor itu melanggar mana-mana peraturan perlembagaan Pas. 

"Saya cabar kepada pemimpin yang tuduh saya, tunjukkan bukti yang saya ada melanggar mana-mana peraturan parti setelah saya daftar sebagai calon untuk bertanding.

Sijil keahlian Pas yang dibawa Mohamed Nabi Bux

"Terus terang saya katakan, jika bukan saya ahli Pas, mengapa ada tiga ahli Pas yang sudi bantu saya membayar deposit calon tempoh hari? Malah, ada seorang ahli Pas dari Kedah sudi bantu saya buat poster untuk berkempen. Mustahil mereka ahli Pas mahu bantu saya jika benar saya orang Umno," katanya lapor Sinar Harian

Pertandingan empat penjuru di Bukit Gelugor

Posted: 11 May 2014 08:45 PM PDT


Seorang calon Bebas, Abu Bakar Sidek Mohd Zan membuat kejutan apabila hadir ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor hari ini.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang bermula pada jam 9 pagi tadi di Dewan Sri Pinang ditutup pukul 10 pagi tadi.

DAP meletakkan Ramkarpal Singh, 38 tahun, anak ketiga mendiang Karpal Singh, sebagai calon untuk mengekalkan kerusi parlimen itu.


Beliau dicabar, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan ahli PAS Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar.

Pencalonan seorang lagi calon Bebas, Lim Chee Khoon ditolak. MCA yang sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN), memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor manakala 21 Mei untuk pengundian awal.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu. Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Karpal mengalahkan calon BN, Teh Beng Yeam dengan majoriti 42,706 undi ~ Astroawani
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...