Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anwar dan Wan Azizah kemalangan..

Posted: 13 May 2014 08:46 AM PDT


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri telah terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.

Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

"Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor,"

 Kedua-dua, Anwar dan Azizah akan pulang ke rumah malam ini selepas mendapatkan rawatan, katanya.



ADUN Bukit Besi sudah 'U Turn'...

Posted: 13 May 2014 07:10 AM PDT


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan salah seorang daripada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Terengganu yang sudah menjadi wakil rakyat bebas kembali kepada parti tu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu bagaimanapun tidak menamakan Adun yang kembali menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu itu.

"Kedudukan terkini Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2," katanya.

Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu.

Awal pagi ini, Adun Bukit Besi, Roslee Daud menyertai Ahmad dan Ghazali untuk keluar dari Umno.

Spekulasi mengatakan Roslee merupakan Adun yang kembali menyertai kerajaan BN Terengganu lapor The Malaysian Insider

Sementara itu Malaysian Gazette mendedahkan siapa ADUN yang sudah buat 'U Turn' itu..

ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee. Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2). 

Kah.. kah.. kah... tak ada pendirian langsung!!.. tapi biasanya yang jadi pemimpin UMNO ni susah nak melompat keluar sebab 'kabel'.. lompat keluar putuslah 'kabel'.

Putus 'kabel'.. kuranglah income....

Betul kata A Kadir Jassin.. Politikus tukar keputusan bila kena harganya...

Barisan Nasional Terengganu akhirnya 'Runtuh', ADUN Bukit Besi pula keluar UMNO..

Posted: 12 May 2014 07:49 PM PDT


Barisan Nasional (BN) kini hanya tinggal 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu selepas seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan parti itu.

Roslee bertindak keluar Umno pagi ini menyertai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib untuk menjadi Adun Bebas.

"Saya sudah melihat surat keluar Umno daripada Adun Bukit Besi itu," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Tindakan Roslee menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kini menguasai majoriti kerusi DUN iaitu sebanyak 15 kerusi berbanding BN yang kini hanya tinggal 14 kerusi.

Syed Azman yang juga Adun Batu Burok berkata, PAS mempertimbangkan untuk membuat permohonan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi memanggil sidang DUN tergempar berikutan menteri besar Terengganu yang ada sekarang tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.

"Kita sedang menimbangkan pilihan itu," katanya. Ahmad sebelum ini berkata lebih ramai lagi Adun Umno akan meninggalkan Umno dan menjadi Adun Bebas.

Sehingga kini, hanya dua membuat membuat pengumuman rasmi meninggalkan Umno bersama beliau.

Namun, pada majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu baharu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman malam tadi, enam Adun termasuk Ahmad tidak menyertai majlis itu.

Mereka termasuk Adun Ajil dan Adun Bukit Besi yang sudah mengumumkan tindakan meninggalkan Umno.

Tiga lagi Adun yang tidak hadir ke majlis itu ialah Adun Kemasik, Rosli Othman; Adun Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Adun Pengkalan Berangan, Abdul Latif Awang lapor The Malaysian Insider

Laporan Ahmad Said dan Ghazali Taib keluar UMNO sila baca di SINI 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...