Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ahmad Said kata PAS offer nak kekalkan dia sebagai MB.. boleh percaya ke?

Posted: 14 May 2014 08:01 AM PDT


Dedah Mat Said dalam satu sidang media petang tadi, kononnya PAS datang kata nak kekalkan dia sebagai Menteri Besar tetapi dia tak nak..

Boleh percayake apa yang didedahkan oleh bekas MB yang tak ada prinsip ni?..

Yalah.. tak sampai 24 jam boleh tukar pendirian.. takkanlah boleh dianggap punya prinsip..

Bagi aku kenyataannya ini hanyalah satu kenyataan untuk memperbodohkan macai-macai dengan menunjukkan seolah-olah beliau sangat setia kepada UMNO..

Hakikatnya kalau setia apa saja yang terjadi atau dilakukan kepadanya beliau tidak akan sekali-kali mengumumkan keluar dari UMNO..

Malangnya hanya kerana kenduri anaknya tak boleh dibuat di kediaman rasmi MB Terengganu, beliau merajuk terus umum keluar UMNO...

KIJAL: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau bukan pengkhianat kepada UMNO, sebaliknya tetap sayang dengan parti.

Malah, katanya, beliau menolak tawaran PAS untuk kekal berkuasa jika menubuh kerajaan negeri bersama parti itu.

"PAS datang kata nak kekalkan saya sebagai Menteri Besar tetapi saya tak nak," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, sebentar tadi.

Ahmad berkata, perasaan sayang kepada UMNO yang membuatkan beliau kembali ke pangkuan UMNO.

Katanya, sebab itulah juga beliau mengumumkan hanya tiga ADUN UMNO bertindak keluar parti menjadi wakil Bebas biarpun bilangannya lebih daripada itu.

"Sebab itu saya kata tiga walaupun ada lebih daripada itu. Kalau kita kata empat atau lima, sudah tentu PAS sudah tubuh kerajaan," katanya lapor Berita Harian

Ahmad Said juga sudah 'U Turn' .. masuk UMNO semula..

Posted: 14 May 2014 03:08 AM PDT


Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan keputusannya keluar daripada Umno, dalam satu pertemuan di Putrajaya, hari ini.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata dalam pertemuan itu, Ahmad turut menarik balik surat keluar daripada Umno, serta peletakan jawatannya di dalam parti. 

Ahmad, yang juga Adun Kijal, turut berjanji dengan perdana menteri untuk menyokong penuh pucuk pimpinan negeri diterajui Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, kata Mohd Jidin kepada Bernama ketika dihubungi menerusi telefon di sini hari ini.

Beliau berkata, Adun Ajil Ghazali Taib, yang sebelum ini turut mengambil keputusan keluar daripada parti, memohon maaf kepada Najib, dan menarik balik surat itu.

Mohd Jidin berkata, Ahmad dan Ghazali melahirkan rasa kesal mereka ekoran tindakan secara terburu-buru itu.

"Sehubungan itu, kita 17 Adun (BN) telah bersepakat untuk terus memimpin negeri Terengganu tanpa ada masalah.

"Yang lepas biarlah lepas. Jangan kita ambil kisah lagi. Kita perlu terus bersatu demi perpaduan parti kita," kata Mohd Jidin.

Awal pagi semalam, Ahmad dan Ghazali mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Pada Isnin lalu, Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif, yang juga Adun Seberang Takir, mengambil alih jawatan itu daripada beliau. - Bernama

MH370 : Akhirnya Najib akui dirinya tersalah langkah...

Posted: 13 May 2014 11:06 PM PDT


Akhirnya Najib akui beliau telah tersilap langkah dalam mengendalikan operasi pencarian MH370.

Malangnya kerana dinasihat oleh penasihat-penasihat yang kurang bijak dalam hal ini hampir RM200Juta telah dibazirkan...

Empat minggu kos misi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu,dilaporkan menelan belanja RM161.29 juta.

Kos mencari MH370 sudah melebihi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah US$50 juta (RM163.98).

Kos perbelanjaan tinggi ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi pula.

Menurut The Sydney Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas berjumlah US$510,400 (RM1.67 juta) sehari.

Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah US$352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari.

Apabila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah US$9.28 juta (RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi.

Laporan yang sama turut berkata bahawa pihak Amerika Syarikat (AS) sudah berbelanja sebanyak US$3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka.

Tentera AS turut berbelanja sebanyak US$3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam pesawat MH370.

Vietnam pula sudah berbelanja US$8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka. 

Akhbar berkenaan melaporkan kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak US$5000 (RM16397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi US$1.16 juta (RM3.8 juta).

Jumlah boleh mencecah US$49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana ia melibatkan 26 negara.

Akhirnya...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui tersalah langkah dalam pencarian pesawat MH370 dan menggesa negara lain mengambil pengajaran daripada insiden itu. 
Katanya, kesilapan itu berlaku walaupun Malaysia melakukan yang terbaik dalam "keadaan hampir mustahil" dalam menggembleng usaha 26 negara dalam misi itu. 
"Dalam beberapa hari pertama pesawat itu hilang, kami terlalu menumpukan kepada cubaan mencari pesawat dan tidak mengutamakan aspek komunikasi. 
"Pengendali trafik udara juga mengambil masa empat jam untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat," kata Najib. 
Perdana menteri berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan di Wall Street Journal semalam lapor Malaysiakini

Ahmad Said dedahkan sebab sebenar beliau keluar UMNO (Video Inside)

Posted: 13 May 2014 05:30 PM PDT


Isunya bukanlah besar manapun... malah langsung tak melibatkan kepentingan rakyat walaupun mereka kononnya berpegang kepada moto 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Ianya hanyalah krisis peribadi antara Mat Said dan Najib sahaja punca Mat Said istihar keluar UMNO tapi sokong UMNO.. tah apa apa tah..

Katanya, tindakan Najib 'mamaksanya' meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar keterlaluan kerana menganggu majlis perkahwinan anak perempuanya yang dirancang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar itu.

"Kalau saya sahaja tak apa. Ini melibatkan anak saya. Kalau saya sahaja saya boleh tahan, tapi ini melibatkan anak saya," kata Ahmad Said.

Ahnad Said akan mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya di kediaman rasmi Menteri Besar di Kemaman s17 Mei depan.


"Saya minta tangguh sehingga selesai majlis, itu sahaja. Sebagai orang tua takkan dia tak faham? Saya cakap anak saya nak kahwin minnggu depan, takkan tak boleh bincang?

"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri. Kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)

Namun katanya, majlis itu terganggu kerana tindakan Perdana Menteri menggesa menyegerakan pertukaran Menteri Besar negeri itu.


Rasanya kalau Najib lantik dia sebagai Duta ke Antartika sejuk baliklah tu...

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...