Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pesawat B737-800 Malaysia Airlines dirempuh Perodua Viva..

Posted: 15 May 2014 07:46 AM PDT


Malaysia Airlines (MAS) menjadualkan semula waktu penerbangan MH740/741 selepas bahagian perut pesawat berkenaan dilanggar sebuah kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pesawat B737-800 itu pada asalnya dijadual berlepas ke Yangon (Penerbangan MH740) pada 10:05 pagi, tetapi berikutan kejadian itu, penumpang dipindahkan ke sebuah pesawat lain yang berlepas pada 10:45 pagi hari sama, kata MAS dalam kenyataan.

Katanya penerbangan pulang (MH741) pula dijadualkan semula untuk berlepas dari Yangon pada 12:30 tengah hari, katanya.


Menurut MAS, pemandu kenderaan yang dimiliki sebuah syarikat vendor yang terlibat dalam kejadian itu segera ditahan.

Pengarah operasi MAS Kapt Izham Ismail berkata para jurutera MAS sedang membuat penilaian tentang kerosakan yang dialami.

"Penilalain awal menunjukkan kejadian itu tidak memberi risiko terhadap struktur pesawat terbabit. Bagaimanapun, pesawat itu tidak dibenarkan terbang untuk membolehkan pemeriksaan rapi dilakukan terhadapnya," kata beliau.

Izham menegaskan bahawa keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan MAS.

Melalui kenyataan itu juga, Malaysia Airlines memohon maaf kepada kesemua penumpang MH740/741 hari ini berikutan kejadian tersebut yang menjejaskan rancangan perjalanan mereka. - Bernama

Gara-gara gagal pujuk Mat Said, Setiausaha Agung UMNO bakal diganti?

Posted: 15 May 2014 02:13 AM PDT


Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dijangka dilantik sebagai Setiausaha Agung Umno yang baru menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut sumber, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman tidak lama lagi.

Sumber itu menambah, ramai ahli Umno kecewa cara Tengku Adnan mengendalikan proses pertukaran menteri besar Terengganu yang menyebabkan beliau perlu digantikan.

Jika beliau pandai berdiplomasi dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, maka dua ADUN, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak keluar dari Umno mengikut jejak langkah ADUN Kijal itu.

Bagaimana pun semalam mereka bertiga kembali semula ke pangkuan Umno yang menyebabkan krisis Umno Terengganu selesai dalam masa 48 jam.

"Tambahan pula Tengku Adnan sibuk dengan tugas sebagai menteri, pengerusi perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya yang menyebabkan beliau tidak dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno," kata sumber itu.

Ali yang tewas dalam PRU lalu kini dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang tidak ada kuasa eksekutif.

"Justru itu jika beliau dilantik sebagai setiausaha agung, beliau dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno," kata sumber itu lagi kepada Free Malaysia Today

Bukan PAS yang offer Mat Said.. tapi Mat Said sendiri yang offer kepada PAS rupanya..

Posted: 14 May 2014 09:36 PM PDT


Semalam segala-galanya berakhir apabila tiga ADUN yang buat onar, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), anak sepupunya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) tak jadi meninggalkan Umno.

Di saat-saat Umno Terengganu sedang nazak, Umno memerlukan mereka bertiga. Tahniah kepada mereka bertiga yang menyokong Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Razif bersetuju menyediakan bas percuma kepada rakyat Sabtu ini di setiap daerah di Terengganu untuk pergi ke rumah Ahmad Said kerana mengenang jasa beliau sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merendahkan diri memohon maaf kepada Ahmad Said kerana menganggap majlis perkahwinan anaknya Sabtu ini sebagai masalah peribadi dan bukannya masalah kerajaan.

Ahmad Said sebagai manusia biasa tidak sempurna bertindak emosional apabila menyentuh soal perkahwinan anaknya.

Malah beliau mengakui anaknya trauma selepas Najib enggan menangguhkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar walaupun beliau tahu kontraknya berakhir pada 9 Mei lalu.

Alasannya beliau memilih tarikh Sultan Terengganu lapang maka majlis itu diadakan pada 17 Mei dan bukannya dia sengaja melengah-lengahkan majlis perkahwinan anaknya.

Ada yang menganggap penangguhan peletakan jawatan itu adalah helah Ahmad Said untuk membeli Exco-Exco yang ada.

Ramalan ini tepat apabila seorang Exco yang enggan menyebut nama mengesahkan kepada FMT bahawa bekas menteri besar itu memang berhasrat membawa beberapa exco ke luar negara selepas 12 Mei.

Apabila info ini diketahui oleh Najib, maka Najib bertegas supaya Ahmad Said tetap meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada hari yang sama.

Sebab itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dihantar ke Kuala Terengganu pada petang yang sama untuk memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Said dan pada malam yang sama diadakan majlis angkat sumpah menteri besar baharu seolah-olah ia diadakan secara tergesa-gesa.

Malah ada sumber yang rapat dengan Ahmad Said berkata bekas menteri besar itu tidak dimaklumkan majlis angkat sumpah itu. Sebab itu Ahmad Said tidak hadiri majlis tersebut.

Sumber yang rapat dengan PAS memberitahu FMT, dua hari sebelum majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu, Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.

Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu.

Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama. Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu.

Dia bertanya jika bekas menteri besar itu boleh dipercayai. Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti.

Katanya, lebih baik buat kerajaan campuran dengan Umno daripada kumpulan Ahmad Said.

Sebab itulah pada malam 13 Mei Ahmad yakin enam orang Exco akan keluar bersamanya.

Sebaliknya dua orang sahaja yang ikut – Ghazali Taib dan Roslee Daud (Bukit Besi). Tiga orang lain menafikan keluar dari Umno iaitu Datuk Mat Jidin Shafie (Permaisuri), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ir Rosli Othman (Kemasik).

Misi Haji Dol gagal sebab itu Ahmad Said kata ada orang PAS melamarnya supaya beliau masuk PAS padahal PAS Terengganu tidak setuju kumpulan Ahmad Said buat kerajaan campuran dengan PAS.

Apabila dua ADUNnya "turn back" iaitu Roslee Daud dan Ghazali Taib, maka Ahmad Said tidak ada pilihan terpaksa kembali menyertai Umno, jika tidak kes SPRM terhadapnya akan diteruskan.

Sumber SPRM memberitahu FMT failnya masih dalam penyiasatan dan berkata ia bukan masa yang sesuai untuk mendakwa Ahmad Said sekarang.

Tetapi apabila beliau "turn back" maka fail itu sudah tentu tidak akan dibuka lagi. Maka pilihan Ahmad kembali ke pangkuan Umno dapat menyelamatkan dirinya.

Mungkin jawatan Duta sedang menanti beliau selepas ini. Tindakan Ahmad Said, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak jadi keluar dari Umno menyebabkan BN kekal memerintah Terengganu dengan BN 17 kerusi dan 15 PAS.

Ahmad Said menyatakan sokongan penuh kepada Ahmad Razif sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baharu.

Semalam penasihat utama Ahmad Said, Datuk Wan Ahmad Wan Muda ditukarkan dari jawatan CEO Terengganu Incorporated ke jawatan "peti sejuk" di pejabat SUK.

Wan Ahmad yang selama ini dianggap sebagai MB Terengganu kedua yang menghuru-harakan pentadbiran Ahmad Said selama enam tahun.

Maka tindakan Setiasaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah adalah tepat lapor Free Malaysia Today

Baru dinamakan sebagai antara Calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya dah jadi mangsa fitnah macai...

Posted: 14 May 2014 05:30 PM PDT


Setiausaha politik pemimpin DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud mungkin diletakkan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan dalam cubaan mengambil hati pengundi Melayu berikutan pendirian keras parti itu menolak hudud.

Dyana antara calon yang sedang dipertimbangkan oleh jawatankuasa pilihan calon parti, kata sumber daripada pimpinan pusat DAP.

Sumber itu turut mengesahkan ahli DAP Hew Kuan Yau, setiausaha politik kepada ketua DAP Perak Nga Kor Ming, Chong Zhe Min serta bekas ADUN Jalong Leong Mee Meng; turut dipertimbangkan.

Calon itu mungkin akan diumumkan Sabtu ini, dua hari sebelum penamaan calon PRK Teluk Intan, kata sumber itu kepada Malaysiakini .

Sementara itu, satu lagi sumber pimpinan pusat berkata jawatankuasa tersebut, yang dianggotai pemangku pengerusi parti, Tan Kok Wai, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Kit Siang sendiri masih belum membuat keputusan berkenaan calon berkenaan.

Kedua-dua Kit Siang dan Tan bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang maklumat berkenaan calon parti itu.

"Saya tiada apa hendak dikatakan," jawab Kit Siang.

Umum mengetahui kebanyakan bekas setiausaha politik Kit Siang telah pun diangkat menjadi wakil rakyat termasuk exco kanan Selangor Datuk Teng Chang Kim, dan Ean Yong Hian Wah; exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow, MP Seputeh Teresa Kok dan MP Batu Kawan Kashturiraani Patto.

Dyana menyertai DAP pada 2012 dan kemudiannya membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.

Beliau diperkenalkan sebagai setiausaha politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU 13.

Ahli politik berusia 27 tahun itu berasal dari Ipoh itu kini beroperasi dari Gelang Patah.

"Ya, memang saya berminat (bertanding di Teluk Intan)," kata Dyana kepada Malaysiakini tetapi mengaku pimpinan parti masih tidak memberitahu beliau mengenai pencalonan.

"Walaupun saya bukan dari Teluk Intan dan dan tidak banyak menghabiskan masa di sana, saya mempunyai kawan dan keluarga di sana,"kata beliau.

Yang menariknya dari empat nama yang dicalonkan di atas... seorang darinya telah menjadi mangsa fitnah macai...

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...