Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dyana, awek cun yang menggugat!

Posted: 18 May 2014 03:30 PM PDT


Malaysia selalunya dihidangkan dengan paparan ahli politik dalam beberapa keadaan yang jelik dan tidak menyelerakan. Rakyat selalunya tidak tertarik untuk mengenali sosok seseorang ahli politik kerana beberapa faktor.

Mereka ini selalunya berusia pertengahan empat puluhan, sudah beranak-pinak, buncit dan juga mempunyai gaya serta fesyen yang memualkan.

Jarang sekali rakyat Malaysia menegakkan tempat duduk dan membuntangkan mata apabila melihat mana-mana ahli politik muncul ke tengah khalayak, apatah lagi sewaktu pilihanraya. Bagi banyak dari kalangan kita, ahli politik harusnya tua, punya pengalaman luas, duit berbakul-bakul dan sudah penuh lemak perut.

Ini selalunya kita lihat kedapatan di kalangan wanita UMNO, dengan tudung merah, gincu merah tebal dan baju kurung besar yang menyembunyikan tubuh yang kian gempal.

Secara tiba-tiba, budaya ahli politik buruk dan tidak menarik ini digugat sekali lagi dengan hadirnya seorang anak gadis Melayu yang dipertaruhkan DAP sebagai calon pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan.

Sebenarnya ini bukan pertama kali arena politik Malaysia menerima kehadiran 'awek cun' yang mendobrak dan menggawatkan keadaan. Sudah ada ramai 'awek cun' lain yang hadir meramaikan suasana hambar politik negara yang balik-balik berbicara soal rasuah, perkauman sempit dan hal-hal curi lembu.

Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang terpalit dengan skandal lembu juga pernah tewas di tangan seorang 'awek cun' di Lembah Pantai. Nurul Izzah Anwar hampir tidak perlu penat berkempen. Berdiri sahaja di pentas, orang ramai sudah bertepuk tangan dan membetulkan duduk mereka.

Poster kempen Nurul Izzah juga selalunya hilang dalam masa kurang 24 jam; dengan dawai pengikatnya sekali ghaib.

Sama halnya dengan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin. Dengan perawakan yang disebutnya sebagai 'swag', menantu Pak Lah ini menjadi kegilaan ramai anak gadis bertudung merah jambu yang berbondong-bondong isi borang Puteri UMNO.

Khairy turut menghadirkan kelainan ke dalam parti tersebut yang rata-rata dihuni pakcik-pakcik berperut buncit. Perut Khairy tidak begitu kelihatan dan kemas tersembunyi di balik baju batik Jawa yang digayakannya dengan seluar jeans.

Ini semua adalah sebahagian daripada politik baru yang dianjurkan banyak pihak. Politik baru, menggantikan politik lama. Orang baru, menggantikan orang lama. Dan begitulah seterusnya.

Dyana Sofya, anak gadis kelahiran Perak, graduan undang-undang Universiti Teknologi MARA adalah edisi terbaru kepada gelombang politik segar ini. Hatta ada yang berseloroh kononnya sebaik sahaja Dyana diumumkan sebagai calon DAP di Teluk Intan, Menara Condong yang begitu sinonim dengan daerah itu terus berdiri tegak.

Malaysia, untuk seminggu dua ini, akan berada dalam keadaan terkejut dengan hal ini.

Secara amnya kerana :

a) Dyana ini cantik orangnya,
b) dia calon DAP dan
c) dia calon wanita Melayu DAP pertama mahu dihantar ke Parlimen dan
d) Dyana ini cantik betul. Ok, itu tadi dah sebut.

Takkan lah sebab cun sahaja

Tetapi Dyana dijadikan calon DAP bukan hanya kerana dia 'cun'. Sifat 'cun' ini setakat sampai ke kulit muka sahaja. Kalau DAP semata-mata mahu calonkan awek cun, berlambak lagi awek cun ada. Dyana lebih dari sekadar cun, Dyana awek cun menggugat.

Sejak semalam serangan demi serangan terhadap Dyana bertali arus. Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah contohnya menyifatkan Dyana sebagai menggigit tangan yang memberinya peluang, merujuk kepada Dyana si graduan UiTM yang baginya merupakan sebuah institusi bikinan UMNO.

Datuk Shamsul barangkali lupa bahawa UMNO tidak bikin UiTM dengan duit orang Melayu sahaja, tetapi menggunakan cukai yang dibayar rakyat kesemuanya tanpa mengira keturunan dan agama. Barangkali Datuk Shamsul lebih berkenan kalau Dyana ikut tabiat orang UMNO yang tidak gigit tangan tetapi tunduk cium tangan pemimpin, tidak kira apa juga dosa mereka terhadap rakyat.

Dyana lahir daripada sistem UiTM, seperti juga ramai pemimpin muda hari ini yang akhirnya menolak politik perkauman sempit yang cuba diteruskan melalui politik akademia di institusi itu.

Dr Afif Bahardin, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, ahli politik Parti Keadilan Rakyat, juga graduan UiTM. Banyak lagi graduan UiTM yang mengikut serta perjuangan Pakatan Rakyat, tidak bermakna mereka khianat kepada bangsa dan agama.

Produk UiTM yang cemerlang akan memperjuangkan yang benar dan mendukung perjuangan demokrasi, keadilan dan kebenaran. Ini biasa. Yang luarbiasa ialah yang mengikut jejak langkah Ibrahim Ali (juga graduan ITM) yang kini tersekat di barzakh politik.

Dyana adalah produk UiTM yang cemerlang. Bukan sahaja lawa, malah punya kesedaran politik tinggi. Kesedaran politik tinggi ini barang tercicir yang jarang dijumpai di UiTM. Justeru sepatutnya UiTM bangga punya anak yang berani berdepan cabaran dan ditohmah segala bagai atas dasar percayanya kepada dasar keadilan dan kesepakatan, serta menolak politik perkauman.

Melayu dalam DAP yang kecewa dan keluar parti bukan Melayu seperti Dyana Sofya. Itu Melayu lima kupang. Dyana adalah Melayu yang tidak ternilai.

Ya, nah Teluk Intan! Sebutir permata buat kalian. Dyana Sofya; bukan sekadar awek cun. Tetapi awek cun yang menggugat kerusi kerajaan. – Roketkini.com

Ini nasihat dari Dyana Sofya buat Shahrizat Jalil...

Posted: 18 May 2014 09:07 AM PDT


Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini menyelar semula Datuk Seri Shahrizat Jalil, dengan berkata kenyataan memperkecilkan dirinya adalah bukti kegagalan Wanita Umno menaikkan wanita dalam politik.

"Kenyataan ketua Wanita Umno mengenai pencalonan saya sekadar wayang DAP adalah petunjuk kegagalan Wanita Umno menaikkan ahli wanita mereka ke kedudukan barisan kepimpinan dalam partinya dan kerajaan.

"Beliau sepatutnya memuji DAP kerana berani dan ada keinginan politik untuk meletak saya, seorang wanita Melayu muda di kerusi yang secara tradisinya ditandingi wakil Cina daripada Barisan Nasional, tetapi sebaliknya Shahrizat memperkecilkan saya dan DAP.

"Ini adalah sikap negatif yang diturunkan daripada barisan pemimpin wanita BN yang secara terus-terusan merompak peluang wanita untuk memimpin di negara ini," kata Dyana dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Shahrizat melahirkan rasa kasihan kepada Dyana yang dikatakan tidak sedar beliau adalah boneka yang diperguna oleh DAP untuk merampas kuasa.

Tetapi, hari ini Dyana mempertikaikan kenyataan itu dan berkata DAP menghormati wanita dan mengiktiraf wanita perlu memegang jawatan lebih besar dalam kerajaan untuk memberi keseimbangan wakil lelaki dan wanita.

"DAP juga berani mencalonkan semakin ramai calon wanita dalam setiap pilihan raya. Peranan wanita dalam politik tidak sepatut terkongkong dengan peranan tidak penting, menghidang makanan dan minuman kepada pekerja parti dan melawat pengundi di rumah mereka mengagihkan hadiah," katanya.

Dyana berkata, DAP menaikkan calon belia tanpa mengira bangsa dan jantina dalam pilihan raya lalu, dan ini termasuk Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong pada 2008, Zairil Khir Johari, Kasthuri Patto dan Alice Lau pada 2013.

Dyana juga menyangkal dakwaan Shahrizat, Umno yang membawanya di mana beliau berada pada hari ini, dan berkata pujian itu sepatutnya diberikan kepada ibu dan keluarganya.

"Saya minta beliau belajar daripada emak saya yang juga ahli Umno tetapi sudah sedar pencalonan saya oleh DAP adalah kejayaan untuk wanita muda dalam politik, terutama wanita Melayu, yang sudah lama terkebelakang disebabkan struktur tidak fleksibel yang diamalkan Umno.

"Saya terhutang budi kepada keluarga dan emak saya, atas semua kerja keras dan keputusan peribadi yang saya buat sepanjang hidup saya," kata Dyana.

Dyana berkata, jika beliau memilih laluan yang serupa dengan Shahrizat dan tidak menyertai DAP pada 2011, adalah mustahil untuknya memasuki Parlimen sebagai wakil rakyat Teluk Intan dan jika terpilih, beliau bakal menjadi ahli Parlimen termuda dalam Dewan Rakyat.

"Datuk Shahrizat Jalil dan Puteri Umno tidak sepatutnya memperkecilkan kebijaksanaan dan kemampuan saya untuk membezakan BN yang melindungi kepentingan orang kaya dan berkuasa, dengan DAP yang melindungi hak rakyat biasa Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik dan kepercayaan.

"Parti mencalonkan saya kerana saya sangat percaya kepada keadilan yang ideal, peluang sama rata dan pemerintahan yang baik," katanya.

Dyana, yang juga setiausaha politik kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding melawan pemimpin veteran, Datuk Mah Siew Kong daripada BN, seperti diumumkan semalam.

Mah, yang juga presiden Gerakan, menang kerusi Teluk Intan dalam pilihan raya umum pada 1999 dan 2004 tetapi kalah kepada calon DAP M Manogaran dan Seah Leong Peng pada 2008 dan 2013 dengan undi majoriti masing-masing 1,470 dan 7,313.

Kerusi itu kosong selepas Seah meninggal dunia kerana penyakit barah pada 1 Mei menyebabkan pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan yang mempunyai 23,301 pengundi Melayu berdaftar (38.6%), pengundi Cina (25,310, 41.9%) dan India (11,468, 19%).

DAP, yang membentuk satu pertiga daripada pakatan pembangkang, berusaha membuktikan pengkritiknya salah dengan meletakkan lebih ramai calon Melayu dalam pilihan raya umum lalu untuk meluaskan pengaruhnya.

Tetapi, keputusannya untuk meletakkan Dyana mencetus kritikan daripada Umno, termasuk akhbar lidah rasmi parti itu, Utusan Malaysia, yang mendakwa pencalonan Dyana akan mengecewakan dirinya dan tidak bernilai kepada parti itu.

Dyana juga menjadi mangsa kempen berniat jahat yang menunjukkan gambarnya berbaju mandi yang menjolok mata, dan penganalisis berkata tindakan itu adalah usaha untuk menunjukkan beliau bukan seorang Melayu yang "tulen" atau "baik" lapor The Malaysian Insider

Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh turut sokong Dyana sebagai Calon DAP..

Posted: 18 May 2014 06:25 AM PDT


"Saya tetap ahli UMNO, saya tidak akan sekali-kali keluar UMNO, melainkan saya dipecat oleh UMNO," kata Yammy Samat, ibu kepada calon DAP Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh itu berkata, walaupun berlainan parti dengan anaknya, sebagai ibu, beliau wajib menyokong dan membantu Dyana Sofya menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut.

Katanya, dengan memberi dan mencurahkan sokongan kepada calon DAP yang juga anaknya, ia tidak bermakna beliau belot kepada parti, malah UMNO harus faham hati seorang ibu.

"Tidak ada seorang pun ibu di dunia ini mahu melihat anaknya tidak berjaya. Saya mahu anak saya berjaya. Oleh itu, untuk pastikan dia berjaya, saya kena turut memberi sokongan dan membantunya.

"Kalau UMNO menganggap perbuatan saya ini melanggar etika parti, terpulang kepada mereka (UMNO) untuk mengambil tindakan. Yang penting, saya mesti tolong anak saya menang," katanya.


Dyana Sofya, 27, seorang peguam muda dan juga Setiausaha Politik Lim Kit Siang dipilih pucuk pimpinan DAP sebagai menjadi calon Melayu parti itu pada PRK Parlimen Teluk Intan melawan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Menurut Yammy, beliau tidak bersetuju jika dikatakan sebagai pembelot hanya kerana memberi sokongan kepada anaknya yang berlainan parti, kerana jika mengikut kategori belot, dalam UMNO sendiri pun tidak sedikit yang berbuat demikian.

Ditanya, adakah beliau kecewa kerana tidak pernah dipilih sebagai calon oleh parti untuk bertanding pada mana-mana pilihan raya, Yammy berkata: "Saya tak pernah kecewa, kalau saya kecewa dah lama saya keluar UMNO, menyertai DAP. Bukan Dyana yang masuk DAP, saya yang akan masuk DAP dulu.

"Abang saya pun Ketua Cawangan UMNO dan saya adalah antara wanita pertama dilantik oleh UMNO sebagai Setiausaha Wanita Bahagian. Cuma masyarakat atau parti kena ingat, dalam sesebuah negara memerlukan pembangkang.

"Dalam satu keluarga pun akan ada seorang dua pembangkang, tidak ada satu keluarga yang sealiran. Macam setandan pisang…," katanya yang berpendapat sudah sampai masanya parti memberi peluang kepada anak muda untuk menjadi pemimpin.

Kata beliau, zamannya sebagai pemimpin sudah berlalu dan parti wajar memikirkan alternatif yang lebih maju ke hadapan iaitu mengetengahkan anak muda dan memberi peluang kepada mereka menunjukkan kepimpinan.

"Kita yang sudah 'senja' (veteran) ini, jangan masih ada lagi sikap daalam diri hendak berebut jawatan. Bagilah kepada anak muda.

"Ketika peluang ini datang dalam keluarga saya, saya ambil sepenuhnya kesempatan ini. Takkan saya nak buang anak saya kerana parti, lagipun belum tentu parti akan menghargai jasa saya selama ini," katanya.

Jelas Yammy, beliau tidak kisah kalau dicemuh oleh masyarakat dan ahli parti sendiri kerana tindakannya menyokong Dyana Sofya kerana sebagai ibu, sudah pasti impiannya hendak melihat anaknya berjaya lapor MalaysiaGazette

Dyana gigit tangan yang berinya peluang?.. MP BN patut belajar dari pelajar-pelajar UiTM ini...

Posted: 17 May 2014 10:30 PM PDT


Kalau ikut cakap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah ni.. maka tak akan merdeka dan bebaslah negara kita ini dari penjajahan British..

Katanya Dyana Sofya mendapat didikan di UiTM sebuah institusi yang lahir hasil daripada Dasar Ekonomi Baru dan diperjuangkan Umno, malangnya beliau bukan saja tidak bersyukur malah mengigit pula tangan yang memberi beliau peluang belajar.

Mungkin beliau terlupa atau memang tak tahu yang Tengku Abdul Rahman dulu mendapat pendidikan dari British negara yang menjajah tanah air kita.

Jadi Tengku tidak sepatutnya juga  melawan Kerajaan British untuk mendapatkan kemerdekaan negara kerana tindakannya itu bukan saja tidak bersyukur malah mengigit pula tangan yang memberi beliau peluang belajar..

Lagipun dalam kita taat kepada negara tidak semestinya kita taat kepada Kerajaan kerana Kerajaan boleh berubah tetapi negara ini akan tetap kekal sebagai Malaysia..

Dyana gigit tangan yang berinya peluang

SHAH ALAM - "Dyana Sofya mendapat didikan di UiTM sebuah institusi yang lahir hasil daripada Dasar Ekonomi Baru dan diperjuangkan Umno, malangnya beliau bukan saja tidak bersyukur malah mengigit pula tangan yang memberi beliau peluang belajar dan sebagainya sebelum ini."

Demikian respons Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkenaan dengan pencalonan Dyana Sofya sebagai calon DAP Melayu pertama bagi kerusi PRK Teluk Intan.

Shamsul berkata, peletakan Dyana sebagai calon di kerusi tersebut juga, adalah helah DAP dalam meraih undi masyarakat Melayu.

"Saya lihat DAP cuba menunjukan bahawa mereka kononnya adalah parti yang juga mula berjuang untuk menjaga orang Melayu dengan harapan apabila meletakkan calon Melayu ia boleh menarik undi Melayu di Teluk Intan.

"Jadi saya harap pengundi khususnya pengundi Melayu di Teluk Intan tidak terpengaruh kerana ternyata pemimpin Melayu tiada pengaruh atau kuasa untuk melaksanakan atau mempertahan apa juga isu berkaitan Melayu kerana terbukti sebagaimana yang kita lihat sekarang.

"Bagi saya biarpun calon Melayu, hanya cara dan pendekatan DAP saja berubah tetapi falsafah, ideologi DAP tetap sama malah sikap perkauman mereka tetap menebal malah saya lihat lebih daripada sebelum ini.

"Justeru, saya harap kepada pengundi Melayu jangan terpengaruh kononnya DAP telah berubah apabila calon wanita muda Melayu diletakkan sebagai calon mereka," katanya kepada Sinar Harian Online.

Selain itu aku rasa Ahli Parlimen dari UMNO itu patut belajar dari budak-budak UiTM ini.. baca apa pendapat mereka dalam hal ini..

Taat kepada negara tetapi sokong parti hak individu

KUALA LUMPUR: "Taat kepada negara tidak semestinya taat kepada kerajaan"

Itu pendapat anak muda terhadap kritikan beberapa pihak yang menganggap mana-mana individu yang belajar di institusi pengajian tinggi awam tetapi menyertai pembangkang sebagai lupa asal usul dan tidak mengenang budi.

Tinjauan Astro AWANI di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendapati, pelajar-pelajar Melayu di universiti itu tidak menganggap keputusan individu seperti Dyana Sofya itu sebagai satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara.

Sebaliknya mereka berpendirian, memilih mana-mana parti politik itu merupakan pilihan peribadi setiap individu.

Setiap warganegara tidak boleh dipaksa untuk menyokong mana-mana parti politik atau taat kepada pemerintah semata-mata kerana mereka belajar di institusi pengajian tinggi awam.

Anak muda memilih mentaati negara melebihi taat kepada mana-mana parti politik atau kerajaan, tetapi tidak bermaksud mereka lupa jasa pemerintah.

"Saya taat kepada negara bukan kerajaan, tetapi itu tidak bermaksud saya seorang penderhaka atau lupa asal usul, harus ada perbezaan antara negara dan kerajaan.

"Sesebuah kerajaan itu dipilih warganegaranya untuk mentadbir negara, jadi kami anak muda taat kepada negara, kerajaan yang mentadbir kami sokong kalau mereka jujur dan cekap serta mempunyai dasar yang boleh membangunkan negara.

"Sebagai pelajar dan warganegara yang bertanggungjawab, tentunya saya berterima kasih kepada kerajaan kerana peluang yang telah diberikan, jika pihak mana pun menjadi kerajaan, saya akan ucapkan terima kasih kerana menyediakan peluang untuk kami anak muda menuntut ilmu," kata Nu Amalina Azman, 22, pelajar jurusan Komunikasi Massa, UiTM.

Pandangan sama dilontarkan bagi Muhammad Noor Husni Mohd Zaini, 22, yang berpendapat ketaatan kepada negara mengatasi pemerintah.

Katanya, jika anak muda mempunyai pandangan yang tidak selari dengan mereka yang lebih berusia ia tidak membawa maksud mereka tidak lagi menyokong kerajaan.

"Jika anak muda berkata mereka taat kepada negara lebih dari kerajaan tidak bermaksud kami tidak menyokong kerajaan, sokong dan taat itu perlu difahami ia membawa maksud berbeza.

"Saya rasa semua anak muda taat kepada negara biarpun ada antara kami tidak menyokong kerajaan atau parti yang memerintah, kami lahir di sini jadi tentunya kami taat kepada negara, ini negara kami," katanya.

Bagi Munirah Musthafar,22, anak muda akan memberi sokongan kepada kerajaan jika ia jujur, telus dan cekap dalam pentadbiran.

Katanya, tidak ada anak muda yang akan khianat kepada negara biarpun ada antara mereka memberi sokongan kepada pembangkang.

"Kerajaan boleh berubah, sekarang mungkin parti ini yang memerintah, akan datang tidak mustahil pihak lain, tetapi negara tidak berubah, tetap negara yang sama.

"Jadi kami sebagai anak muda akan taat kepada negara, kerajaan yang baik dan jujur akan kami sokong," katanya.

Isu sikap anak muda terhadap kerajaan timbul apabila Dyana Sofya Mohd Daud, lulusan UiTM dinamakan sebagai calon DAP.

Kerana Dyana Sofya lulusan UiTM, maka dia dilabelkan sebagai 'pengkhianat' dan 'lupa asal usul' disebabkan memilih untuk menyertai DAP ~ AstroAwani

Ni satu lagi kenyataan juga dari bekas pelajar UiTM dah jadi ADUN Seberang Jaya dah dia ni..

Bila Utusan lapor Tan Sri Khalid dimaki ahli PKR...

Posted: 17 May 2014 07:00 PM PDT


Apa yang perlu kita tahu ialah Utusan ini ialah media yang dikuasai oleh UMNO dan dikawal oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Sebelum PRU13 lalu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menyeru agar penerbitan ini diboikot kerana banyak laporan yang disiarkannya mengenai ucapan pemimpin PR telah diputar belit..

Walaupun pemimpin PR menggesa agar Utusan diboikot tapi aku peduli apa... aku baca juga dengan tidak membelinya.

Aku tertarik dengan cara Utusan melaporkan tentang Pemilihan PKR 2014 ini.. banyak yang tidak mahu disiarkan oleh media Pro PR disiarkan oleh Utusan.

Cara laporannya disiarkan juga kadang-kadang membayangkan ada pemimpin tertentu di dalam PKR yang seolah0olah disokong oleh pihak mereka dan mereka mahunya menang..

Pihak mereka sedaya upaya menyiarkan berita-berita yang positif sahaja mengenai calon itu dan laporan yang amat negatif mengenai calon yang menentang.

Contoh dalam hal ini ialah laporan mengenai Tan Sri Khalid kononnya telah dimaki oleh ahli PKR Cabang Kuala Selangor..

Ada sebab rupanya... pihak Utusan menyiarkan laporan negatif tentang TS Khalid ketika beliau sedang berada dalam kedudukan positif...

Baca laporan di bawah ni..

Pemilihan PKR: Jumlah undi Khalid atasi Azmin

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 MEI: Pendahulu dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin menjarakkan jumlah kutipan undi yang dipungutnya setakat ini berbanding pesaing terdekat yang juga penyandang jawatan, Mohamed Azmin Ali.

Kiraan undi tidak rasmi semalam menyaksikan Abdul Khalid berjaya memperoleh 12,270 mendahului Azmin dengan kelebihan 92 undi. Mengikut kiraan tidak rasmi, Azmin mengutip 12,178 undian dan diikuti Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dengan 7,988 undi.

Jumlah undian tidak rasmi terkini itu diperoleh selepas dicampur jumlah undi di dua lagi cabang, Pandan dan Kelana Jaya yang selesai dijalankan, kelmarin.

Dua cabang terbabit, Kelana Jaya (Abdul Khalid, 337; Azmin, 260; Saifuddin, 190) dan Pandan (Abdul Khalid, 96; Azmin, 140; Saifuddin, 190 undian).

Keputusan di dua cabang itu juga membolehkan Abdul Khalid terus mendominasi sokongan pengundi akar umbi PKR di Selangor.

Sama seperti yang jangkaan Selangor Kini sebelum ini, di Selangor, Abdul Khalid hanya tewas di Cabang Pandan iaitu kubu kuat calon Naib Presiden, Rafizi Ramli yang juga rakan kempen dalam pasukan 'Masa Depan Bersama' yang turut dianggotai Saifuddin dan Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun, Abdul Khalid dilihat masih belum berada dalam zon selesa apabila keputusan di lima cabang yang tidak dibatalkan di Selangor masih belum diperoleh, manakala 27 cabang lain termasuk 10 daripadanya di Selangor akan mengadakan pengundian semula.

Terdahulu, dalam minggu pertama dan kedua pemilihan menyaksikan Azmin berada dalam kedudukan selesa apabila mendahului pencabarnya dengan kelebihan lebih 3,000 undi.

Bagaimanapun, sebaik sahaja memasuki hari pertama minggu ketiga yang diadakan di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Abdul Khalid mula mengorak langkah mendekatkan diri dan akhirnya memintas Azmin pada hari kedua, minggu ketiga di Selangor lapor Selangorku

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...