Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mohamed Nabi Bux yakin menang di Bukit Gelugor..

Posted: 19 May 2014 09:49 AM PDT


Keyakinannya ini berdasarkan faktor kononnya 70 peratus pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor dikatakan memberikan sokongan kepadanya...

Kalau berdasarkan reaksi yang baik yang diterimanya semasa berkempen dijadikan sebagai asas culaannya itu.. maka malanglah dia..

Sebabnya reaksi yang baik belum boleh dijadikan sebab beliau akan disokong..

Sebelum PRU13 dulupun Najib dan BN nampak seperti disokong oleh warga Pulau Pinang tapi sebenarnya tidak disokongpun... kecuali oleh macai-macai...

Calon Bebas pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar yakin akan mendapat sehingga 70 peratus undi di kawasan berkenaan.

Mohamed Nabi Bux, 63, berkata beliau bukan sahaja mendapat sokongan daripada orang Melayu di Parlimen Bukit Gelugor malah kaum lain juga memberi maklum balas yang baik sepanjang siri kempennya sejak penamaan calon pada Isnin lepas.

"Sokongan dan maklum balas yang diterima sangat baik dan boleh dikatakan setiap tempat yang saya pergi berkempen memberi reaksi yang baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasar Malam Kampung Melayu, Air Itam di sini hari ini.

Ditanya mengapa beliau begitu yakin akan menang, Mohamed Nabi Bux berkata ia berdasarkan manifestonya dan sepanjang berkempen beliau tidak pernah menabur janji.

PRK Parlimen Bukit Gelugor Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mohamed Nabi Bux dan Ramkarpal Singh Deo (DAP) serta calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan seorang lagi calon bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan. - Bernama

Ibu sokong Dyana: Muhyiddin tak kisah.. hanya macai yang gelabah..

Posted: 19 May 2014 05:24 AM PDT


Barisan Nasional, BN, tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan kepada ahlinya, Yammy Samat iaitu ibu kepada calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kerana membantu anaknya itu dalam kempen pilihan raya tersebut.

Yammy Samat adalah ahli UMNO dan pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh dari 1976 hingga 1980. 

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa parti itu tidak berminat untuk mengambil tindakan terhadap Yammy kerana itu adalah haknya sebagai seorang ibu

"Itu adalah hak individu dan ianya tidak menjejaskan ibu bapa mana-mana calon yang bertanding disini," katanya kepada pemberita sejurus selepas pengumuman calon PRK Teluk Intan disini pagi tadi.

Sebelum ini, Yammy menegaskan bahawa beliau akan membantu anaknya itu dalam berkempen dan sokongan serta bantuannya itu tidak lebih hanyalah semata-mata kerana beliau adalah ibu kepada Dyana Sofya.

Beliau turut menyerahkan kepada UMNO jika hendak mengambil tindakan terhadapnya.

Beliau dipetik sebagai berkata ""Saya menyokong anak, bukan parti... saya sama sekali tidak akan keluar daripada parti Umno. Saya sebagai ibu, bagaimanakah anda jika berada dalam keadaan saya...saya akan temankan dia sepanjang kempen ini,".

Terdapat desakan daripada NGO veteran UMNO yang mahukan parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung NGO tersebut, Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti dan tiada gunaya parti itu menyimpan ahli yang secara teranga-terangan menjejaskan kredibilit dan menghina parti lapor Astroawani

Video penyokong BN mengganas semasa Penamaan Calon Teluk Intan tersebar!! Saksikan!

Posted: 19 May 2014 02:32 AM PDT


Jadi benarlah bagai dikata.. Pilihanraya Kecil baik di kawasan mana sekalipun diadakan jika UMNO/BN tidak meletakkan calonnya untuk bertanding pasti aman pilihanraya itu..

Contoh yang terbaru ialah semasa penamaan calon bagi Bukit Gelugor baru-baru ini, UMNO/BN tidak meletakkan calon mereka, jadi suasana penamaan calon itu aman saja..

Berbeza dengan apa yang berlaku di penamaan calon Teluk Intan ini.. Polis pun depa nak lawan.. samseng sungguh!

TELUK INTAN 19 Mei - Satu kekecohan telah berlaku di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah diarahkan tidak keluar dari kawasan yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.  
Kejadian berlaku apabila berlaku sedikit perselisihan faham selepas selesai perarakan bersama calon BN Parlimen Teluk Intan menyebabkan berlakunya pertelingkahan sehingga tidak terkawal.  
Pihak polis dikatakan cuba bertindak menolak lantas mengasari Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman sehingga menyebabkan para penyokong BN memarahi para petugas polis berkenaan.

Insiden dilihat semakin di luar kawalan apabila penyokong BN menyerang pihak polis sehingga berlaku pergaduhan di antara kedua-dua pihak.  
Bagaimanapun, pergaduhan berjaya dileraikan sejurus pihak polis menerangkan situasi sebenar yang berlaku lapor RakyatNews 


Ini video berkenaan...

   

 Kalau RakyatNews dah removed, video versi Facebook sila lihat di SINI

Veteran UMNO dah meroyan.. mahu Ibu Dyana dipecat sebab sokong anaknya..

Posted: 19 May 2014 12:53 AM PDT


Di negara kita ini perbezaan ideologi politik dikalangan ahli keluarga seperti abang dan adik adalah satu perkara biasa...

Antara yang merupakan satu keluarga tapi berlainan ideologi politik ialah MP PAS Khalid Samad dan MP Johor Bharu, Shahril Samad dari UMNO..

Dalam DAP, YB Teng Chang Khim dan Teng Chang Yeow Pengerusi GERAKAN Penang, manakala PKR, Saifuddin Nasution dan abangnya Shahlan Ismail Bekas S/U Najib..

Dan yang paling popular ialah, pasangan adik beradik.. YB Azmin Ali dan Ummi Hafida Ali dari UMNO..

Jadi apa masaalahnya jika Ibu Dyana dari UMNO menyokong anaknya dari DAP sebagai calon hingga NGO Veteran UMNO mahu beliau dipecat?

Sedangkan menurut Ibu Dyana Sofea yang juga Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh, walaupun berlainan parti dengan anaknya, sebagai ibu, beliau wajib menyokong dan membantu Dyana Sofya menang dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan ini.

Katanya, dengan memberi dan mencurahkan sokongan kepada calon DAP yang juga anaknya, ia tidak bermakna beliau belot kepada parti, malah UMNO harus faham hati seorang ibu.

"Tidak ada seorang pun ibu di dunia ini mahu melihat anaknya tidak berjaya. Saya mahu anak saya berjaya. Oleh itu, untuk pastikan dia berjaya, saya kena turut memberi sokongan dan membantunya. 

"Saya tetap ahli UMNO, saya tidak akan sekali-kali keluar UMNO, melainkan saya dipecat oleh UMNO," kata Yammy Samat, ibu kepada calon DAP Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sepenuhnya sila baca di SINI

Naluri seorang Ibu terserlah disitu.. Puan Yammy mengutamakan kepentingan anaknya jauh lebih hadapan dari kepentingan dirinya hingga merelakan dirinya dipecat dari UMNO..

NGO Veteran Umno mendesak parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.  
Setuausaha agung NGO tersebut Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti, lapor akhbar Berita Harian. 

"Kalau beliau (Yammy) masih ahli Umno, maka tindakan untuk kempen calon bukan daripada parti BN adalah menyalahi tata etika parti, sama ada dia keluar parti atau pun Umno mesti pecat dia.  
"Tiada guna simpan ahli sepertinya kalau beliau sendiri terang-terangan menjejaskan kredibiliti dan menghina parti.  
"Sebelum terlambat, Veteran Umno mendesak Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor segera memecat Yammy daripada Umno," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Katanya, NGO tersebut tidak mempersoalkan sentimen Yaamy sebagai ibu, namun anggota Umno itu harus keluar parti sekiranya benar-benar mahu berkorban untuk Dyana lapor Malaysiakini


Asasnya negara kita mengamalkan sistem demokrasi .. jadi kenapa pula anak seorang ahli UMNO perlu kekal menyokong UMNO?

Dyana Sofya hanya ditentang oleh lelaki 'handsome' di Teluk Intan.. ( Video Inside)

Posted: 18 May 2014 08:46 PM PDT


Menarik kali ni.. hanya satu lawan satu di PRK Teluk Intan kali ini.. tiada calon bebas yang muncul..

Malah Raja Bomoh 1Malaysia yang dilaporkan berhasrat untuk bertanding juga tidak muncul di pusat penamaan calon..

Sebelum ini telah dilaporkan Raja Bomoh 1Malaysia itu telah mendakwa ramai yang menemuinya meminta beliau turut bertanding malah ramai yang menawarkan diri untuk menjadi jenteranya..

Laporannya sila baca di SINI

Mungkin tak ada sesiapapun yang sudi untuk membazirkan duit mereka untuk menaja beliau kot..

Oleh itu dalam PRK Teluk Intan kali ini kita akan menyaksikan pertembungan antara seorang awk cun dari DAP dan seorang lelaki 'handsome' dari BN..

Lelaki 'handsome' tu bukan aku yang gelarkan.. tapi Muhyiddin dan tuan punya badan sendiri.. videonya sila lihat di SINI

BN diwakili Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong manakala DAP diwakili setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud...

Laporan berkaitan..

Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan persaingan dua penjuru melibatkan calon dari BN dan DAP.

Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka iaitu calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Proses penamaan calon yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini, ditutup pada 10 pagi tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad dijangka mengumumkan calon yang layak bertanding tidak lama lagi. - Bernama

 

MH370: Alamak! Hishamuddin Kantoi lagilah pulak..

Posted: 18 May 2014 05:30 PM PDT


Pada awal bulan ini, ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan Malaysia membeli data asal yang belum diproses daripada INMARSAT supaya data itu dapat dikongsi dan diakses secara global bagi membolehkan ia dianalisis oleh pakar-pakar penerbangan.

Bagaimanapun pada 15 Mei lalu... Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa data asal pesawat MH370 yang diminta oleh ahli keluarga penumpang serta anak kapal pesawat malang yang hilang itu hanya boleh didedahkan oleh pihak syarikat satelit UK INMARSAT.

Demikian penjelasan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa ditemui pemberita pada sidang media di Hotel Royale Chulan di sini, pada Khamis.

"Data asal itu tidak ada bersama pihak MAS, Malaysia, ataupun Australia. Ia berada bersama pihak INMARSAT dan hanya INMARSAT boleh mendedahkan data tersebut," kata Hishammuddin.

Tapi... malang buat Hishamuddin.. apa yang didakwanya itu telah dinafikan oleh pihak IMMARSAT sendiri, menurut naib presiden INMARSAT Chris McLaughlin dalam satu temubual dengan saluran berita CNN ..

"Kami telah kongsikan segala maklumat yang kami ada dan bagaimana atau bila maklumat tersebut didedahkan terpulang kepada pihak penyiasat,"

KUALA LUMPUR: Syarikat satelit INMARSAT yang terlibat dalam memberi petunjuk laluan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 menafikan dakwaan kerajaan Malaysia bahawa ia tidak menyerahkan data asal yang diperolehinya kepada pihak penyiasat.

Firma dari United Kingdom itu berkata semua data asal telah diserahkan kepada pihak berkuasa sejak awal lagi.

"Kami telah kongsikan segala maklumat yang kami ada dan bagaimana atau bila maklumat tersebut didedahkan terpulang kepada pihak penyiasat," kata naib presiden INMARSAT Chris McLaughlin dalam satu temubual dengan saluran berita CNN.

INMARSAT mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa data asal pesawat tersebut masih berada dalam tangan Inmarsat.

"Data asal itu tidak ada bersama pihak , Malaysia, Australia ataupun Malaysia Airlines. Ia berada bersama pihak INMARSAT dan hanya INMARSAT boleh mendedahkan data tersebut," kata Hishammuddin pada sidang media hari Khamis.

INMARSAT adalah syarikat yang bertanggungjawab mengenal pasti kedudukan akhir MH370 berdasarkan 'ping' elektronik ringkas daripada pesawat tersebut.

Data yang diperolehi menunjukkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Kami amat yakin terhadap analisis data ini yang juga telah dikaji oleh pasukan penyiasat rasmi," tambah INMARSAT.

Pada awal bulan ini, ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan Malaysia mendapatkan data asal yang belum diproses daripada INMARSAT supaya data itu dapat dikongsi dan diakses secara global bagi membolehkan ia dianalisis oleh pakar-pakar penerbangan ~ Astroawani

Hmmm.. dah lebih dari 70 hari.. kenyataannya msih bercanggah-canggah lagi.. bila rakyat tak percaya apa yang disebutnya dalam sidang media, nak marah pulak...

Apa sebenarnya yang cuba hendak disorok oleh Kerajaan Malaysia dalam hal ini, hinggakan Tun Mahathir sendiri mula mempersoalkannya dalam entri terbaharu kolum Chedet.cc,

Bekas Perdana Menteri itu menulis, Malaysia Airlines (MAS) dan Malaysia bukan pihak yang patut dipersalahkan ekoran kehilangan pesawat MH370, tetapi 'seseorang sedang menyembunyikan sesuatu.'

Ini kerana, dalam kes ini, beliau berkata, apa yang naik pasti akan turun.

"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas.

"Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," katanya merujuk kepada kehilangan pesawat berkenaan Dr Mahathir merujuk kepada pesawat MH370 yang kini sudah lebih dua bulan hilang.

Menurut Mahathir, terdapat peranan pihak tertentu dalam kehilangan tersebut dan adalah membuang masa mencari serpihan pesawat atau minyak yang tumpah atau 'ping' daripada kotak hitam.

"Ia nampaknya bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.

"Pesawat ini ada di satu tempat, boleh jadi bukan lagi dengan logo MAS pada badannya," tulis perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat itu.

Justeru, beliau menuntut Boeing menjelaskan apa yang dinamakan sebagai 'sistem pendaratan auto anti keganasan'.

"Saya tidak boleh bayangkan pilot mendaratkan pesawat ini di lautan yang bergelora dan tenggelam secara senyap bersama pesawat itu," katanya...

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...