Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pemuda UMNO Wilayah pula mengganas dihadapan Ibu Pejabat DAP .. (Video Inside)

Posted: 22 May 2014 02:20 AM PDT


Kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibupejabat DAP di Kuala Lumpur dan mengancam untuk membakar bangunan itu.

Bagaimanapun, mereka telah dihalang oleh anggota polis yang berada di tempat kejadian. Mereka juga membawa kain rentang, yang antara lain berbunyi, RSN Rayer "anak haram" dan "tolol". 

Satu lagi kain rentang berbunyi, 'Jangan biar celaka bertukar menjadi malapetaka. Adun DAP biadap'.


Bantahan itu juga menyaksikan sebuah papan tanda besar DAP dirobohkan.



Kemarahan itu juga dinyatakan dalam memorandum yang dibawa mereka atas nama Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Memorandum itu antaranya mendesak DAP mengenakan tindakan disiplin kepada Rayer dan jika tidak, ia menggambarkan DAP bersetuju dan bersekongkol dengan kenyataannya itu.


Ia juga, memetik memorandum itu, bermaksud DAP sebuah parti yang mengamalkan amalan rasis dan cauvanis.


Laporan dari Malaysiakini

Bekas Ahli Parlimen mana dari Melaka yang skandal dengan bini orang ni?

Posted: 21 May 2014 11:30 PM PDT


Bekas Ahli Parlimen dari Melaka bergelar Datuk didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa di negara ini.

Difahamkan hubungan terlarang itu bermula sejak lebih setahun lalu dan berterusan sehingga wanita berkenaan mendirikan rumah tangga dengan pegawai kanan terbabit pada November 2013.

Wanita berusia 44 tahun itu yang turut terlibat dalam politik, dikatakan 'diikat' Datuk berkenaan dengan pelbagai kemewahan seperti duit mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan, selain turut dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz.

Menurut sumber, perbuatan curang wanita itu yang juga seorang pemilik sebuah syarikat pembekal, berjaya dihidu suaminya selepas hampir sebulan mereka berkahwin.

Menurutnya, isteri pegawai terbabit kerap menyimpan telefon bimbit dan tidak membenarkan suaminya menyentuh, melihat sebarang mesej atau menjawab panggilan.

"Tindak-tanduk wanita itu semakin hari semakin mencurigakan dan seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Apabila ditanya, dia akan beri pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti bimbang maklumat atau rahsia sulit berkaitan politik terdedah.

"Isterinya kerap 'outstation' ke Melaka kononnya ada mesyuarat atau urusan politik. Sepanjang berada di sana, wanita itu langsung tidak menjawab panggilan," katanya.

Sumber berkata, perbuatan wanita itu terbongkar selepas suaminya ternampak mesej melalui aplikasi 'WhatsApp' antara isterinya dan Datuk terbabit pada 27 Januari lalu ketika ke pusat beli-belah di Ampang lapor Sinar Harian

Ahli Parlimen BN tampil pertahan perbezaan politik Dyana Sofya dan ibunya..

Posted: 21 May 2014 09:05 PM PDT


Veteran UMNO Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempertahankan calon DAP bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud yang memilih laluan dan perjuangan politik berbeza daripada ibu bapanya.

Menurutnya, pendirian peguam muda berusia 27 tahun itu untuk berjuang bersama-sama DAP meskipun dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga UMNO bukanlah sesuatu yang pelik pada ketika ini.

"Keadaan ketika ini lebih terbuka di mana tidak perlu terperanjat jika di dalam satu keluarga terdapat pandangan politik yang berbeza sama seperti saya dengan adik-beradik saya," kata anggota Parlimen Johor Bahru itu hari ini.

Adik beliau, Khalid Samad merupakan pemimpin tinggi Pas dan anggota Parlimen Shah Alam.

Katanya, beliau dan Khalid membesar dan melanjutkan pengajian pada tempoh yang berbeza, seterusnya menyebabkan mereka mempunyai pandangan berbeza apabila menyentuh tentang politik tanah air.

"Oleh itu, ia bukanlah satu isu yang besar apabila Dyana memilih untuk bersama-sama DAP manakala kedua-dua ibu bapa berada di dalam UMNO," kata Shahrir.

Ibu Dyana, Yammy Samat merupakan bekas setiausaha UMNO Bahagian Ipoh Barat.

Mengenai pertembungan di antara Dyana dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong pada pilihan raya kecil itu, Shahrir tetapi menaruh keyakinan BN mempunyai peluang untuk merampas kembali kerusi itu.

Beliau turut mempertahankan pemilihan Siew Keong dan berkata, beliau bukanlah calon "kitar semula". 

"Ini bukan soal recycle tetapi BN tidak mempunyai pilihan lain, tambahan pula beliau (Siew Keong) mempunyai pengalaman berkhidmat di Parlimen berkenaan serta kedudukannya sebagai Presiden Gerakan," katanya.

Siew Keong pernah menjadi wakil rakyat di kerusi Parlimen itu pada 1999-2008 ~ MalaysiaGazette

Pemuda Umno Tidak Wajar Rempuh Sidang Dun kata Khairy

Posted: 21 May 2014 05:30 PM PDT


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyokong tindakan pemuda Melayu mengadakan bantahan bagi menuntut permohonan maaf Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer yang melabelkan UMNO sebagai celaka dalam persidangan DUN, semalam.

Bagaiamanapun, beliau kesal dengan tindakan ahli sayap UMNO itu merempuh masuk ke dalam bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, semalam.

"Saya dah beritahu mereka supaya tidak merempuh masuk dewan... cubaan memasuki dewan adalah salah. Mereka sepatutnya melakukan bantahan di luar.

"Saya dah bercakap dengan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Jasmin Noordin tadi dan saya sudah minta laporan daripada beliau berhubung perkara itu," katanya pada sidang media selepas mengadakan Program Turun Padang di Pasar Malam Menara Jam Condong, di sini, malam tadi lapor Berita Harian

Ini adalah ucapan RSN Rayer yang menjadi kontroversi itu...


Versi Facebook sila lihat disini.. http://on.fb.me/1jsNyTW

Sementara itu Bernama melaporkan..

GEORGETOWN - Adun Seri Delima, RSN Rayer berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya yang dikeluarkan terhadap pemimpin Umno sebelum ini.

Rayer berkata, kenyataan itu dikeluarkan ketika sidang Dun dan hanya merujuk kepada pemimpin-pemimpin parti itu, oleh itu ia harus diselesaikan dalam Dun.

"Setiap orang Adun mempunyai kebebasan untuk berucap dalam persidangan Dun, jadi dalam hal ini saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan saya tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, wakil rakyat BN Dun Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat terhadap pemimpin Umno ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid dalam sidang akhbar petang ini, berkata 10 Adun BN akan minta ketetapan melalui Dun supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua anggota Umno. - Bernama

Antara beruang panda, berwang dan pandai

Posted: 21 May 2014 03:30 PM PDT


Selamat datang diucapkan kepada Fuwa dan Fengyi pasangan beruang panda yang baru tiba hari ini ke Malaysia dari negara China.

Semoga selesa tinggal di Malaysia bagi menghabiskan percutian selama 10 tahun atas perjanjian pinjaman antara Malaysia dan China sebagai lambang keutuhan persahabatan selama 40 tahun. Begitulah yang dilaporkan.

Bagi kehadiran dua ekor Fuwa dan Fengyi ini secara disedari atau tidak oleh seluruh rakyat Malaysia, keduanya jelas akan membaham duit rakyat sebanyak puluhan juta ringgit.

Manakan tidak, dalam laporan dinyatakan bahawa rumah bagi pasangan panda ini sahaja menelan RM25 juta dan di atas tanah seluas 1.6 hektar (empat ekar)! Di mana dengan keluasan ini, kita boleh membina 40 buah bagi rumah semi-D atau sebanyak 60 buah rumah kos rendah!

Itu belum lagi dikira kos perjanjian yang menelan RM3 juta setahun selama 10 tahun yang mesti dibayar oleh Zoo Negara kepada China seperti mana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012. Tambahan kos lain ialah kos penjagaan yang dijangka menelan belanja kira-kira 1.5 juta setahun.

Sekiranya panda tersebut melahirkan anak, maka Zoo Negara sekali lagi mesti membayar sebanyak RM2 juta kepada China dan setelah dua tahun, anak tersebut mestilah diserahkan kembali kepada China.

Keseluruhan bagi 10 tahun kos pembiayaan panda ini ialah sebanyak RM70 juta jika mereka mandul. RM72 juta jika beranak dan jika sekiranya tanah itu bernilai RM250,000 seekar, maka jumlah keseluruhan pasangan panda itu dan seekor anaknya ialah RM73 juta. Satu jumlah yang sangat besar bagi perjanjian membawa binatang tinggal, makan dan beseronok-seronok di "rumah" kita.

Sekiranya diberikan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) jumlah wang sebanyak itu, berkemungkinanan rakyat Kuala Terengganu terselamat daripada kenaikan cukai pintu.

Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Dan perlu diingat semua kos ini anda semua yang bayarkan. Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan GST, tarif elektrik, harga petrol dan lain-lain lagi. Faham?

Saya juga bukan pakar binatang, tetapi sepanjang puluhan tahun saya tinggal di Malaysia, saya tidak pernah tahu yang Malaysia mempunyai panda yang tinggal secara semula jadi di habitatnya di Malaysia ini.

Jadi untuk apakah penyelidikan yang hendak dijalankan? Kenapakah tidak sahaja dibiarkan pakar-pakar binatang dari China yang menguruskan panda-panda itu? Dan sememangnya di situlah tempat mereka.

Fikirkan kembali kenyataan dari World Wildlife Fund (WWF) yang mencadangkan agar peruntukan sebesar itu lebih bagus disalurkan kepada usaha-usaha menyelamatkan binatang-binatang yang diancam kepupusan di Malaysia ini sendiri seperti harimau, badak Sumatera, penyu dan lain-lain lagi. Adakah akan kita mendapat peribahasa baru "Panda di China disusukan..."?

Saya juga tidak mengetahui sangat apakah maksud kedatangan beruang panda yang dibawa itu jika ingin saya kaitkan kepada kemiskinan dan kesempitan hidup rakyat serta masalah gejala sosial, atau akan membantu mendekatkan masyarakat yang semakin jauh daripada agama.

Apakah ini mungkin cara penyelesaian terbaru bagi mengurangkan semua masalah negara tadi oleh kerajaan, saya tidak tahu?

Tapi yang pasti hal ini tidak pernah dilakukan orang, dan ianya tiada dinyatakan dalam tujuan pinjaman panda ini.

Sedarkah anda semua, kehadiran beruang panda ini akan menjadikan sekumpulan manusia berwang kerana mereka cukup pandai dalam mencari peluang menambahkan wang mereka.

Apa yang terjadi, nasib yang menimpa rakyat, tidak diendahkan. Buktinya dengan kenaikan harga petrol, harga barang-barang dapur, tarif elektrik dan lain-lain lagi selepas PRU.

Sepatutnyalah rakyat bangun menyatakan sikap dengan pembaziran, penyelewengan, penipuan dan pemerasan ini. Ditambah dengan masalah kehidupan, gejala sosialnya, tekanan kerja, hambatan material dan pertambahan kejadian jenayah. Semestinya kita bersama-sama menghentikannya.

Kepada penyokong-penyokong Umno-BN, saya nasihatkan agar menjadilah pandai sebagaimana panda ini. Kerana walaupun panda ini tidak menyokong Umno-BN tapi mereka adalah beruang yang berwang dan ada nilai dirinya sehinggakan puluhan juta ringgit dikhaskan untuk mereka sebagaimana nasib gajah di Kenyir sedikit masa dahulu yang makannya sahaja mencecah ribuan ringgit sebulan, jauh lebih baik daripada penyokong Umno yang saban masa tidak cukup wang dan mudah dipermainkan oleh pimpinan mereka dengan gula-gula BR1M, KR1M, TR1M dan tetap merayu ihsan kepada pimpinan mereka.

Wallahua'lam.


~ MOHD NOR HAMZAH
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...