Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video serangan keatas Pejabat DAP Kuantan oleh sekumpulan NGO tersebar!!

Posted: 23 May 2014 08:17 AM PDT


Selepas ibu pejabat DAP semalam, pejabat parti itu di Kuantan pula hari ini menjadi sasaran serangan sekumpulan individu.

Identiti mereka setakat ini belum jelas tetapi berdasarkan kain rentang yang dipamer dan jaketnya menggambarkan kumpulan itu aktivis NGO dan anggota Pemuda Umno Bentong.


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata telah mengarahkan anggota sayap kanan parti itu untuk bertenang.

Memakai kain ikat kepada mereka, mereka mengibarkan bendera Pahang dan membawa plakad dan kain rentang menyifatkan DAP sebagai "rasict" (sic) dan "celaka".

Antara kain rentang dikesan juga bertulis: Jangan bermain dengan api, orang Melayu jangan dicabar".

Berdasarkan video yang dimuat naik, kelihatan seorang lelaki meluru ke arah pintu pejabat dan menendangnya ala kung fu.


Kelihatan juga seorang lelaki menggunakan kayu untuk memukul papan tanda DAP.

Saksi kejadian Kamarul Hatta Mohamed Ali berkata, perhimpunan jam 3 petang itu disertai pemimpin Pemuda Umno Indera Mahkota.

Kamarul berkata, protes itu "agak ganas" dan kira-kira 20 biji telur dibaling lapor Malaysiakini

Ni videonya..

Dyana Sofya dedahkan sebab beliau tidak sertai UMNO..

Posted: 23 May 2014 02:13 AM PDT


"Saya bukan tidak pernah untuk mendekati Umno, tetapi apabila saya sertai program mereka, acap kali tarikan parti tersebut tidak sampai kepada saya," demikian respon calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud ketika ditanya tentang Umno.

Dyana berkata, sejak di zaman universiti lagi beliau aktif menyertai program yang dianjurkan oleh Umno di universiti.

"Saya sering berkongsi-kongsi idea bersama rakan-rakan ketika menyertai program yang Umno jalankan.

"Namun saya rasa Umno tidak sesuai dengan jiwa saya," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian di Pusat Operasi Utama DAP, di sini, hari ini.

Sementara itu ketika disoal mengenai bagaimana beliau boleh tertarik untuk menyertai DAP, gadis manis ini berkata, program minum petang bersama pemimpin parti itu membuatkan beliau jatuh hati kepada parti berkenaan.

"Saya mula mengenali DAP secara dekat sejak pertemuan dengan setpol Penasihat DAP Lim Kit Siang yang ketika itu YB Zairil Khir Johari.

"Sejak itu, saya sering bertukar-tukar pandangan dengan pemimpinnya. Bermula dari pertemuan itu, saya semakin dekat dengan DAP sehinggalah sekarang," katanya.

Nama Dyana turut dikaitkan dengan parti terbesar itu berikutan beliau lahir dalam keluarga yang menyokong Umno sejak sekian lama.

Ibu Dyana, Yammy Samat sebelum ini menjawab kekecewaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila calon DAP Teluk Intan merupakan keluarga menyokong perjuangan parti berkenaan dengan berkata," saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz tapi bila besar, dia jadi Marina".

PRK Teluk Intan bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dyana dengan Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional.

Pada PRU13, Mah tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi. PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya itu 1 Mei lalu akibat kanser.

Cemburu kehadiran Panda punca pemuda UMNO mengganas?

Posted: 22 May 2014 11:30 PM PDT


Mungkin inilah antara faktor yang menyebabkan UMNO terpaksa 'recycle' pemimpin-pemimpin yang ada, nak harapkan pelapis atau pemimpin muda majoritinya berperangai macam yang ada sekarang ni..

Dari utara sampai ke selatan sama saja.. banyak yang nak menjadi jaguh tanpa menyelidik dulu contohnya yang berlaku di Pulau Pinang..

Yang ditujukan sebagai 'celaka' itu ialah beberapa pemimpin UMNO tapi yang terasa tu macai-macai kat bawah pulak sebabnya fakta dah diputar belit..

Insiden kecoh macam ni bukannya baru pertama kali terjadi tapi dah berpuluh kali.. jadi betullah kata Ku Nan ini pemuda UMNO tidak beretika..

Tapi ada juga yang mempersoalkan adakah tindakan mereka ini kerana cemburu dengan kehadiran panda?

Hujahnya semua kekecohan yang berlaku ini, berlaku setelah Panda tiba ke Malaysia.

Panda tiba 21 Mei jam 7.53 pagi.. kekecohan yang pertama tercetus di DUN Pulau Pinanng sekitar jam 2.30 petang.. insiden yang kedua pula berlaku pada 22 Mei di depan Ibu Pejabat DAP..

Mereka dikatakan cuba untuk menarik perhatian Najib saja.. maklumlah Panda itu diberikan tempat tinggal berharga RM25Juta ada air-cond lagi atas tanah seluas 1.6 hektar..

Datang ke Malaysia pula dengan penerbangan sewa khas, makan pula sekurang-kurangnya RM1.5 Juta setahun..

Lagi pasal panda tu bacalah kat SINI

Mereka pula hanya dibantu oleh Najib melalui BR1M bernilai RM650 satu tahun, tinggal pula di flat yang berharga RM25K.. tanah cuma ada dalam pasu bunga saja.. nampak sangat Najib lebih menghargai Panda dari mereka..

Mungkin ke?... wallahualam... he..he..

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu penjelasan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan susulan daripada perbuatan mencetuskan kekecohan di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, semalam.

Setiausaha Agung Umno itu berkata, tindakan Pemuda Umno itu jelas tidak beretika dan tindakan tegas akan diambil.  
"Kami akan tanya kepada mereka kenapa mereka lakukan perkara yang tidak beretika itu. Kita mahukan negara yang aman.  
"Bagi saya sesiapa yang mengadakan protes, negara ini mempunyai undang-undang, biar polis uruskan," katanya ketika ditemui pemberita di Bilik Operasi Gerakan di Teluk Intan, hari ini.  
Semalam, media melaporkan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengancam untuk membakar ibu pejabat DAP jika ada wakil rakyatnya menghina Umno sekali lagi.  
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii memberi amaran kepada DAP penghinaan seterusnya akan mengundang padah, lapor Malaysiakini.  
Kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibu pejabat DAP Kuala Lumpur kerana membantah kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Seri Delima, RSN Rayer yang berkata "Umno celaka".  
Tengku Adnan berkata, Umno juga tidak akan membiarkan sayap Pemuda terlepas daripada tindakan disiplin parti jika jelas mereka melanggar Perlembagaan Umno.  
"Jika melanggar peraturan parti, sudah tentu kami akan ambil tindakan. Saya tidak tahu (kejadian itu) kerana saya di luar kawasan.  
"Kita serah kepada polis. Jika Pemuda Umno buat kesilapan, biar polis ambil tindakan," katanya.

Bagaimanapun, menteri Wilayah Persekutuan itu tidak meletakkan kesalahan 100% kepada Pemuda Umno tetapi individu yang mencetuskan ketegangan itu.  
Katanya, pembangkang menggunakan peluang sebagai wakil rakyat untuk berkata sesuka hati apabila berhujah di dalam Dewan Undangan Negeri.  
"Kita faham puak pembangkang akan gunakan imunitinya di dalam Dewan. Dia akan cakap apa benda dia hendak cakap.  
"Biar dia nak cakap, kita tahu mereka ini bukannya siuman. Fikiran mereka tidak stabil. Biarkan apa yang mereka mahu lakukan," katanya.  
Tengku Adnan berkata, apa yang penting adalah penilaian rakyat terhadap kejadian itu kerana selama ini yang sering membuat onar adalah pembangkang.  
Katanya, sebagai parti pemerintah, apa yang menjadi kepentingan adalah berkhidmat kepada rakyat dan memberikan fokus kepada kempen pilihan raya kecil yang sedang berlangsung.  
"Kami tak kisah. Nak panggil apa, panggillah. Asalkan rakyat tahu kami sebuah parti yang akan melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan membantu rakyat.  
"Yang melakukannya adalah pembangkang. Mereka pergi ke jalanan. Menghasut rakyat. Ini kerja pembangkang bukannya kerajaan," katanya.  
Sementara itu, pada sidang media pagi ini, Gerakan turut mengecam tindakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan tersebut kerana mencemarkan nama baik Barisan Nasional.
Naib Presiden parti, Dr Dominic Lau, berkata perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada polis bagi membolehkan siasatan lebih terperinci dilakukan ~ The Malaysian Insider

Isu Cermin Gelap: Ini Jawapan dari JPJ

Posted: 22 May 2014 08:16 PM PDT


Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada aduan tuan berhubung "JPJ HARUS MESRA PENGGUNA BERHUBUNG ISU CERMIN GELAP".

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan tuan dalam isu cermin gelap. Untuk makluman tuan, peraturan mengenai cermin gelap diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Di dalam kaedah tersebut menyatakan bahawa cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 70% tetapi 20% daripada bahagian paling atas cermin hadapan tersebut adalah dikecualikan manakala cermin-cermin sisi hadapan dan belakang serta cermin belakang perlu telus cahaya sebanyak 50%.

Ini bermakna, pemilik-pemilik kenderaan dibenarkan untuk menggelapkan cermin kenderaan mereka tetapi mengikut kadar ketelusan cahaya sebagaimana yang ditetapkan.Sebagai makluman tuan, peraturan cermin gelap yang diguna pakai di peringkat antarabangsa adalah di bawah Reg.43 UNECE.

Peraturan ini memperuntukkan cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 75% dan tiada pengecualian kepada mana-mana bahagian kaca hadapan tersebut, cermin sisi pemandu dan sebelah pemandu perlu telus cahaya sebanyak 70% manakala cermin sisi belakang dan cermin belakang tidak dinyatakan tahap ketelusan cahaya kerana ia bergantung kepada persetujuan pengeluar kenderaan tersebut untuk meletakkan tahap ketelusan.

Biasanya ia di nyatakan dengan simbol V. Contohnya: V30 bermakna tahap ketelusan yang dipersetujui oleh pengeluar kenderaan tersebut adalah sebanyak 30%.

Untuk makluman tuan juga, di negara-negara yang menjadi ahli kepada WP29 (World Harmonization For Vehicle Regulation) iaitu yang mengguna pakai Reg.43 UNECE, pengeluar kenderaan adalah bertanggungjawab kepada tahap ketelusan cahaya dan juga bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan akibat daripada cermin gelap yang dipersetujuinya.

Oleh sebab itu, terdapat perjanjian yang ditandatangani bersama di antara pengeluar kenderaan dan pihak insuran mengenai fasal kemalangan yang diakibatkan oleh cermin gelap tersebut. Malaysia telah pun menjadi ahli kepada WP29 tersebut dan telah menerima pakai peraturan-peraturan tersebut secara berperingkat.

Di dalam perkara berhubung cermin gelap, Malaysia masih belum dapat melaksanakan peraturan tersebut sebagaimana negara-negara luar kerana pengeluar kenderaan masih belum ada perjanjian bersama dengan pihak insuran berkenaan fasal kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kadar ketelusan cermin gelap.

Berhubung perkara ada pihak yang dibenarkan untuk memasang cermin gelap, di dalam kaedah-kaedah kenderaan motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991 ada memperuntukkan mengenai pengecualian terhadap kenderaan yang digunakan untuk Yang di Pertuan Agong dan Permaisuri Agong, Sultan dan Sultanah, Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi, pegawai polis atau pegawai tentera yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.

Kaedah tersebut juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk memberi pengecualian secara bertulis kepada mana-mana orang. Menteri Pengangkutan telah membuat garis panduan bahawa sesiapa yang memenuhi syarat dan benar-benar perlu boleh diberi pengecualian daripada peraturan kaca gelap. Faktor-faktor yang akan dipertimbangkan adalah berdasarkan isu keselamatan dan kesihatan.

Bagi faktor keselamatan, pemohon perlu menulis surat kepada Ketua Polis Negeri mereka dan membuktikan terdapat isu keselamatan terhadap diri mereka atau keluarga mereka kerana kedudukan, pangkat, harta, persengketaan atau pernah menerima ancaman dan sebagainya. Di atas sokongan daripada Ketua Polis Negeri, Ketua Pengarah JPJ akan mempertimbangkan permohonan untuk kelulusan sebagaimana arahan daripada Menteri.

Bagi faktor kesihatan pula, pemohon perlu membuktikan bahawa mereka mempunyai penyakit yang tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari sama ada penyakit mata atau kulit dan sedang mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan dan laporan perubatan disahkan oleh doktor pakar di dalam bidang yang berkenaan.

Penyakit yang dinyatakan mestilah merupakan salah satu penyakit yang terdapat di dalam senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan tergolong dalam penyakit yang tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari bagi membolehkan permohonan tersebut dipertimbangkan untuk kelulusan.

JPJ sememangnya mesra pengguna berhubung cermin gelap kerana apabila sesuatu kenderaan dikesan menggunakan cermin gelap, pemilik hanya diberi Notis PG1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan bagi membolehkan pemilik menanggalkan filem/plastik hitam atau menukar kepada cermin cerah dalam masa sepuluh hari. Kenderaan tersebut perlu dibawa ke mana-mana JPJ berhampiran bagi mempastikan pemilik telah mematuhi peraturan dan membolehkan notis larangan ditarik balik.

Notis saman tidak dikeluarkan kepada pemilik yang dikesan menggunakan cermin gelap kecuali kepada pemilik yang enggan mematuhi notis larangan tersebut. Untuk makluman tuan juga, Jabatan Pengangkutan Jalan pernah berhasrat untuk menurunkan kadar ketelusan di mana cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 70% manakala cermin-cermin sisi hadapan dan belakang serta cermin belakang perlu telus cahaya sebanyak 40%.

Namun demikian, setelah Menteri Pengangkutan mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, banyak isu-isu penguatkuasaan yang perlu dipertimbangkan dan ditangani sekiranya kadar ketelusan sedia ada diturunkan.

Di antara isu yang di bangkitkan adalah:

(a) Menyukarkan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani jenayah terutamanya yang melibatkan rompakan bersenjata, curi kenderaan, penculikan dan sebagainya. Cermin kenderaan yang terlalu gelap tentunya akan mendatangkan kesusahan kepada pihak PDRM di dalam tugas mereka mengenal pasti identiti pemandu dan penumpang serta barangan yang dibawa.

b) Menimbulkan kesusahan untuk mengesan pesalah-pesalah trafik terutamanya yang tidak memakai tali pinggang keledar keselamatan, pemandu dalam keadaan mabuk, memandu sambil menggunakan telefon bimbit, memandu sambil meriba bayi atau anak kecil dan sebagainya.

c) Menyebabkan bahaya kepada pemanduan dan keselamatan di jalan raya kerana cermin gelap boleh mengelirukan pandangan sebenar pemandu terutamanya sewaktu hujan lebat dan pada waktu malam khususnya di tempat-tempat yang tidak mempunyai lampu jalan yang mana boleh mengakibatkan kemalangan. Kajian mengenai keselamatan pemanduan yang dilakukan oleh institusi-institusi keselamatan jalan raya diperingkat antarabangsa mendapati bahawa dalam keadaan biasa terdapat "blind spot" di mana pemandu tak dapat melihat kenderaan yang berada di lorong sebelah belakang kenderaannya, apa lagi jika kenderaan bercermin gelap. Pemandu yang memandu dibelakang kenderaan yang bercermin gelap juga akan jadi resah kerana tidak nampak apa yang ada di hadapan.

(d) Menggalakkan berlakunya pecah kenderaan terutamanya kenderaan mewah yang bercermin gelap kerana penjenayah mungkin beranggapan ada sesuatu yang berharga yang diletakkan di dalam kenderaan.Mengenai usul tuan tentang kesalahan-kesalahan lain yang mengundang kepada kemalangan jalan raya seperti tayar botak serta sikap pemandu sememangnya menjadi kesalahan utama yang dikenakan mata demerit dan boleh menyebabkan pemandu digantung atau dibatalkan lesen memandunya.

Modifikasi terhadap enjin tanpa kelulusan juga merupakan suatu kesalahan di bawah peraturan Kaedah-kaedah Pembinaan dan Kegunaan.Untuk makluman tuan seterusnya, JPJ tidak pernah memberi kelulusan kepada bas ekspres untuk memasang cermin gelap. Peraturan yang sama adalah terpakai kepada bas ekspres. Sebelum ini, Kementerian Pelancongan meminta kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk tidak mengambil tindakan ke atas bas-bas ekspres sempena tahun melawat Malaysia yang di lanjutkan sehingga tahun lepas.

Mengenai perbandingan dengan negara-negara maju, mereka di iktiraf sebagai negara maju bukan sahaja kerana kemajuan perindustrian dan ekomoni, malah kerana sikap dan mentaliti rakyat mereka juga adalah jauh lebih tinggi dari negara-negara membangun seperti Malaysia.

Contohnya, di Jepun dan Eropah, kesedaran mengenai keselamatan sememangnya menjadi perkara utama di dalam kehidupan harian mereka. Pemandu akan memakai tali pinggang keledar keselamatan sebaik sahaja bersedia untuk memandu, anak-anak mereka dididik untuk memakai tali pinggang keledar keselamatan di tempat duduk belakang dan ia telah diimplimentasikan semenjak tahun 70-an tanpa perlu dikuatkuasakan oleh badan penguatkuasa trafik kerana mereka mempunyai kesedaran mengenai tanggungjawab menjaga keselamatan.

Berbeza keadaannya di Malaysia di mana pemandu dan penumpang hanya akan memasang tali pinggang keledar keselamatan apabila ternampak anggota JPJ atau Polis. Di Eropah malahan juga Singapura, setiap kenderaan mempunyai alat seperti 'smart tag' yang ada di negara kita cuma tol mereka tidak mempunyai palang dan tiada siapa yang melakukan kesalahan melepasi tol tersebut jika tidak mempunyai 'smart tag' , senario ini amat berbeza sekali dengan negara ini. Ia adalah disebabkan rakyat di negara mereka sentiasa mematuhi setiap undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Untuk menuju ke arah itu rakyat Malaysia perlulah menanamkan sikap dan mentaliti yang sebegitu juga.

Untuk makluman tuan, Jabatan ini menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 serta Kaedah-kaedah di bawahnya, yang mana ianya telah digubal setelah dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta telah dipersetujui sebelum diwartakan menjadi undang-undang.

JPJ sentiasa mengkaji dan mengemaskini Akta dan Kaedah selari dengan keperluan dan kehendak semasa. Mengenai persoalan 'nombor spray' atau 'nombor tidak timbul' yang tuan utarakan, kenderaan Singapura menggunakan teknik yang mana nombor di emboss di atas plat dan ianya timbul. JPJ juga sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem plat pendaftaran seperti Singapura dalam usaha memperketatkan penguatkuasaan sepertimana yang dilaksanakan oleh Singapura.

Sekian terima kasih.

Bahagian Penguatkuasa,
Ibu PejabatJabatan Pengangkutan Jalan
Putrajaya.

‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ dedahkan pemimpin UMNO dalang tertubuhnya Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Posted: 22 May 2014 05:30 PM PDT


Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Tan Sri Ani Arope mendedahkan perancangan 'Black Out' seluruh negara pada tahun 1992 yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini.

Perkara itu dinyatakan dalam buku beliau 'Memoir Tan Sri Ani Arope' setebal 143 surat yang menceritakan permulaan IPP, di mana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itu memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

"TNB mempunyai rancangan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka. Pembiayaannya tidak ada masalah dan kredit kami adalah sangat tinggi. Kami mempunyai tanah dan bersedia untuk membina loji.

"Tetapi kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi 'black out'," katanya dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini mengenai apa yang berlaku pada tahun 1992.

Katanya, TNB pada masa itu memiliki 250 jurutera dan adalah mustahil mengatakan kejadian black out disebabkan perancangan lemah syarikat tanaga berkenaan.

Menurut Ani, selepas peristiwa itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit. Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit.

Katanya, tiada rundingan dilakukan dan perjanjian itu menyebabkan 20 juta pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik.

"Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin," katanya yang terpaksa meletak jawatan sejurus selepas kejadian itu. Beliau berpendapat perjanjian itu adalah salah dari segi moral dan berat sebelah.

Berdasarkan laporan tahunan Petronas pada 2008, IPP mendapat subsidi gas berjumlah RM8.1 billion, manakala TNB pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.

Subsidi itu menyebabkan kontroversi kerana lebih 40% daripada lebihan kapasiti yang dijana setiap tahun adalah sia-sia kerana Malaysia tidak memiliki teknologi menyimpan bekalan.

"Dengan fasal ambil-atau-bayar dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, seseorang hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan seseorang dan dibayar 80 peratus daripada kapasiti yang dipersetujui. Syabas EPU – Unit merampas Ekonomi," tambah Ani Arope dalam statusnya di Facebook.

PPA menyebabkan saham TNB jatuh menjunam daripada 20 sen pada tahun 1993 berkurangan kepada 10 sen pada tahun 1994. TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik untuk mengekalkan keuntungan syarikat.

Syarikat pengeluar tenaga yang telah mendapat kadar keuntungan sehingga berbillion ringgit adalah Genting Sanyen Power Sdn. Bhd, Powertek Berhad, Segari Energy Ventures Sdn. Bhd SEV 2nd, YTL Power Generation Sdn. Bhd, ARL Tenaga Sdn. Bhd, TNB Janamanjung Sdn. Bhd, Teknologi Tenaga Perlis Konsortium Sdn. Bhd, Prai Power Sdn. Bhd, GB3 Sdn. Bhd dan Tanjung Bin Sdn. Bhd.

~ KeadilanDaily
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...