Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PRK Bukit Gelugor: Ramkarpal menang, semua calon lawan hilang deposit

Posted: 25 May 2014 06:45 AM PDT


Calon DAP Ramkarpal Singh, seperti yang dijangka, mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang mendiang bapanya, Karpal Singh.

Peguam berusia 38 tahun itu memenangi pilihan raya kecil dengan 37,659 undi.

Beliau menerima 41,242 undi atau 84% daripada jumlah undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan pada jam 9.05pm.

Kemenangan Ramkarpal ini sudah dijangka sejak beliau dinamakan sebagai calon dua minggu lalu.

Kerusi itu adalah kubu kuat DAP yang dipegang oleh bapanya untuk tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 2004.

Pada jam 8.40pm, Ramkarpal melangkah masuk ke Dewan Sri Pinang, tempat di mana undi dikira, sedia untuk diumumkan sebagai pemenang.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta ahli keluarga Ramkarpal, termasuk ibu, Gurmit Singh dan abang-abangnya – Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo – turut bersamanya.

DAP yang berharap memperoleh majoriti lebih tinggi berbanding tahun lepas, terpaksa mengalah kerana peratusan keluar mengundi yang rendah.

Terdahulu, sebelum para penyokong Karpal tiba di pusat pengiraan undi, mereka mengadakan sambutan yang penuh emosi.

Gurmit menitiskan air mata kegembiraan sambil memegang Ramkarpal, anak ketiga dan yang terbaru menyertai politik.

Ketiga-tiga calon lain hilang deposit RM15,000 mereka selepas gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi.

Calon-calon Bebas, Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan, masing-masing mendapat 799 dan 225 undi.

Terdapat 539 undi rosak . Sementara itu, 56.4% atau 46,999 pengundi keluar mengundi di PRK Bukit Gelugor ini adalah antara paling rendah pernah dicatatkan, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata kehadiran yang rendah kerana Barisan Nasional tidak bertanding dan pengundi berasa yakin DAP akan memenangi PRK itu.

"Seperti dijangkakan juga, pengundi luar kawasan tidak pulang mengundi," katanya pada satu sidang akhbar di Dewan Sri Pinang. SPR menjangkakan kehadiran sekurang-kurangnya 75%.

Ia adalah penurunan 30% daripada 86.3% bagi peratusan keluar mengundi pada pilihan raya umum tahun lepas apabila bapa Ramkarpal memenangi kerusi itu dengan jumlah 42,706 undi (61%).

Awal hari ini, Abdul Aziz berkata jumlah pengundi itu "sangat rendah" pada waktu pagi selepas pusat mengundi dibuka.

Beliau juga berkata sepatutnya lebih ramai pengundi muda keluar mengundi .

Kira-kira 37% daripada jumlah 82,431 pengundi di Bukit Gelugor berumur di antara 21 dan 39.

Beliau berkata jumlah kehadiran yang rendah tidak boleh dipersalahkan kepada faktor cuaca atau Piala Thomas.

"Kita perlu mengkaji lebih lanjut apa yang menyebabkan kadar keluar mengundi yang rendah."lapor The Malaysian Insider

Rasuah: Ahli politik PKR Terkenal di Gombak ditahan SPRM

Posted: 24 May 2014 09:24 PM PDT


Tajuk diatas ialah tajuk yang digunakan oleh kebanyakkan Blog-blog Pro UMNO dalam melaporkan perkara ini..

Jelas ianya cuba menimbulkan persepsi kononnya yang ditangkap itu ialah Azmin Ali..

Kerana ianya telah berlaku di Gombak dan Ahli Politik yang terkenal dari Gombak itu ialah Azmin Ali..

Untuk makluman semua bukan Azmin yang ditahan itu dan individu yang ditahan itu juga bukanlah seorang yang sangat terkenal dalm persada politik mahupun PKR..

Jadi apa yang perlu difahami dari tajuk itu ialah ahli politik itu terkenal di Gombak bukannya Ahli Politik terkenal dari Gombak..

Ni laporan berkaitan..

Seorang ahli politik telah ditahan oleh pegawai SPRM dalam sebuah operasi di Selangor, semalam.

Menurut sumber dari News Straits Times, suspek berusia 32 tahun itu dikatakan sedang meminta wang rasuah sebanyak RM4,000 dari seorang wakil syarikat swasta.

"Suspek didakwa meminta sejumlah wang daripada syarikat itu jika mereka mahu melanjutkan kontrak yang telah tamat."

"Selepas menerima laporan itu, sepasukan pegawai SPRM dan wakil syarikat merancang operasi tersebut serta suspek ditahan selepas mereka mengadakan mesyuarat di sebuah premis makanan di AU5 Hulu Klang pada pukul 5 petang semalam," katanya.

Difahamkan, suspek yang merupakan seorang tokoh terkemuka dari sebuah parti politik daerah Gombak itu kini berada di bawah pengawasan pihak SPRM bagi siasatan lanjut.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad ketika dihubungi semalam telah mengesahkan penangkapan itu walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai insiden terbabit lapor Sinar Harian

Sementara itu The News Straits Times melaporkan..

MACC nabs politician over RM4,000 bribe

KUALA LUMPUR: A politician from an opposition party was caught red-handed by Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officers for soliciting a bribe during an operation in Selangor yesterday.

The 32-year-old man, said to be a prominent figure from the political party's Gombak branch, was caught after he accepted a RM4,000 bribe from a private company's representative.

A source told the New Straits Times that the operation was carried out after MACC received a report that the politician, who is also the general manager of another company, had sought a bribe to extend a contract.

"The suspect had allegedly requested a sum of money from the company if they wanted to extend a contract, which had expired recently, between the two companies.

"After receiving the report, a team of MACC officers and the company's representative planned a sting operation. The suspect was arrested after a meeting at an eatery in AU5 Hulu Klang at 5pm yesterday."

It was learnt that the suspect was taken into custody by Selangor MACC, which conducted the operation.

Selangor MACC director Datuk Jaafar Mahad confirmed the arrest when contacted yesterday.

However, he declined to comment about whether the bribe was solicited to finance the suspect's political campaign as investigations were ongoing.

PKR Youth chief Shamsul Iskandar Akin said he knew the suspect but was unaware of his arrest.

Kenyataan yang diterima dari individu yang ditahan pula mengatakan beliau kini telah dibebaskan setelah ditahan SPRM selama dua hari.

Aku tak siarkan disini sebab bagi aku kenyataannya itu akan menimbulkan lebih banyak serangan dari sebelah sana dan dalam lain ayat... meragukan.

Gambar fitnah Dyana Sofya berbikini disebar di Masjid dan Kampung Melayu..

Posted: 24 May 2014 05:30 PM PDT


Kempen gambar bikini yang memburuk-burukkan calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kini berpindah daripada Internet ke kampung Melayu di kawasan pilihan raya, kata DAP hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, beberapa ahli PAS memaklumkan mereka menemui gambar, yang didakwa gambar Dyana Sofya berbikini, di sekitar kampung-kampung Melayu dan juga dalam sebuah masjid di Kampung Banjar.

"PAS berkata, mereka menemuinya di sekeliling kampung-kampung Melayu di Changkat Jong, dan ia dibawa kepada kami.

"Kami tidak tahu berapa banyak yang diedarkan tetapi kami berharap pihak polis akan menyiasat dan mencari pihak bertanggungjawab," kata Zairil selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak.

DAP cuba menukar imej Cina dan menarik undi Melayu di Teluk Intan dengan meletakkan Dyana Sofya, seorang profesional muda Melayu.


Bagaimanapun, gambar wanita berbikini itu, yang sebenarnya seorang pelakon Filipina, boleh menjejaskan usaha DAP memenangi hati masyarakat Melayu.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, DAP melalui Seah Leong Peng mendapat hanya 25% daripada 23,000 undi Melayu dalam masyarakat semi-luar bandar.

Howard Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, membuat laporan bagi pihak Dyana Sofya hari ini, bagi menggagalkan usaha-usaha memerangkap calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu.

"Saya menyeru Datuk Mah Siew Keong mengutuk politik fitnah ini. Jika beliau tidak berkata apa-apa, saya menganggapnya bersubahat dalam usaha mencemarkan Dyana dengan pembohongan ini," kata Lee.

Sejak pencalonan Dyana Sofya diumumkan, beliau menjadi mangsa kempen memburuk-burukkan di Internet yang digambarkan penganalisis sebagai percubaan mengurangi ciri kemelayuan beliau.

Beberapa pemuda juga menganggu sesi lawatan beliau, tetapi pencabarnya, Mah daripada Barisan Nasional (BN) menafikan beliau terlibat ~ The Malaysian Insider
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...