Cadangan MAIS Bertentangan Objektif Wakaf Desa Fahmi

alt

 

KLANG 25 Mei - Cadangan pembinaan rumah Perlindungan Desa Fahmi oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) disifatkan masih belum cenderung ke arah maksud wakaf yang sebenar.

Pengerusi Wakaf Desa Fahmi Dr Kamarolzaman Hajar berkata, perlindungan Desa Fahmi mempunyai maksud yang berbeza dengan pengertian wakaf sebenar.

"Rumah ini yang tidak lagi mahu dijadikan pusat perlindungan HIV / dadah, hendak dibina rumah Perlindungan Desa Fahmi. Bagi saya ia masih belum tentu ke arah wakaf. Perlindungan bermakna boleh mengambil sesiapa sahaja untuk berlindung, sedangkan wakaf adalah khusus kepada anak-anak yatim, orang tua dan tahfiz. Bagi saya Wakaf Desa Fahmi berterusan khas untuk anak-anak yatim, tahfiz dan orang-orang tua sampai kiamat, itu yang saya pertahankan, walau apa jua cara.

"Saya tidak nampak MAIS mahu berlembut dalam isu ini. Mereka hanya fikirkan keuntungan daripada segi kewangan, untuk pelaburan. Tanah wakaf bukan untuk pelaburan, wakaf adalah tempat untuk kita menegakkan syariat Allah, Islam," katanya kepada Rakyat News hari ini.

Sementara ketika mengulas mengenai perkembangan terbaru Wakaf Desa Fahmi, Kamarolzaman memberitahu beliau bersama Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Qadijah Maisarah kini melangkah ke arah persiapan membaikpulih penempatan untuk penghuninya.
 

alt

 

"Alhamdulilah, saya sudah dapat baikpulih sebahagian daripada keseluruhan Wakaf Desa Fahmi, sudah bersedia menyiapkan surau untuk kegunaan pada bulan Ramadhan ini. Manakala dari segi penempatan pula, tahfiz perempuan akan masuk selepas Aidilfitri dan tahfiz lelaki pada bulan Jun ini termasuk orang-orang tua yang tiada waris," ujar beliau.

Untuk rekod, tanah Wakaf Desa Fahmi ini pada asalnya dimiliki oleh allahyarham ibubapa kepada Kamarolzaman yang kemudiannya mewasiatkannya untuk anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan. Sekitar 2006 Kamarolzaman telah mewakafkan tanah berkenaan kepada MAIS untuk tujuan kebajikan anak-anak yatim, asnaf, mualaf, tahfiz dan orang-orang tua.

Namun, MAIS dilihat tidak menjalankan amanah dengan baik apabila merobohkan infrastruktur yang dibina kerana ingin memberi laluan kepada pembinaan yang disifatkan Kamarolzaman sebagai tidak masuk akal dan tidak menepati kehendak asal sebagaimana yang diwasiatkan seterusnya membawa kepada proses perundangan. [ARTIKEL BERKAITAN]

Mahkamah rayuan Shah Alam telah menetapkan 19 Jun 2014 ini bagi prosiding pengurusan kes tersebut.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...