CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(Bila Kafir Bersatu) MCA TIDAK TANDING BUKIT GELUGOR Demi Tumpuan Menentang Hudud

Posted: 10 May 2014 02:51 AM PDT


Kalau dahulu puak-puak kafir DAP, MCA, Gerakan dan lain-lain bersatu secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani memperbodohkan UMNO yang merupakan tunjang kepada BN.

Namun, amat menyedihkan apabila Melayu Islam BANGANG masih tidak kenal musuh mereka.

Beberapa jam selepas DAP mengumumkan Ramkarpal Singh sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding kerusi itu.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan dilaporkan dalam SMS Sin Chew Daily sebagai berkata MCA tidak akan bertanding dalam PRK tersebut kerana mahu memberi tumpuan kepada isu hudud.

Akhbar itu melaporkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden di Ipoh hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam nahas jalan raya bulan lalu.

Anak ketiga, Ramkarpal, telah dipilih oleh DAP untuk mempertahankan kerusi itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon MCA Teh Beng Yeam tewas di tangan Karpal dengan majoriti besar sebanyak 42,778 undi.


(PENGAKUAN USTAZ LOTFI) Rakyat Malaysia BERJIHAD di Syria

Posted: 10 May 2014 02:14 AM PDT



KONFLIK di Syria bukan sahaja mendapat perhatian dunia, malah rakyat negara ini yang prihatin terhadap penindasan umat Islam. Namun pelbagai pandangan dilemparkan apabila rakyat negara ini memilih untuk berjuang bersama penduduk tempatan memerangi kezaliman.

Ada yang melabel mereka sebagai orang berjihad, dan syuhada, sementara setengah pihak menganggap mereka pemberontak serta terpengaruh dengan perjuangan militan.

Sinar Harian menghubungi Mohd Lotfi Ariffin, yang juga dipanggil Ustaz, yang kini berada di Syria bagi berkongsi pengalaman dan mendapatkan gambaran sebenar apa yang dicari sekumpulan rakyat Malaysia yang kini menghuni bumi Syam itu.

Beliau antara yang mengambil keputusan menyaksikan sendiri pergolakan yang berlaku, dan sehingga kini berdiri teguh sebagai benteng di negara bergolak itu.

SINAR HARIAN: Nama Ustaz antara disebut sebelum ini terlibat dalam aktiviti militan, gara-gara penahanan beberapa individu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan itu dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah oleh polis Bukit Aman. Apa reaksi Ustaz?

MOHD LOTFI: Ternyata dakwaan itu tidak benar kerana sehingga saat ini, saya masih berada di Syria. Ketika itu, saya baru pulang dari Ribat, tiba tiba dikhabarkan rakan konon media Malaysia menuduh saya militan.

Bagi saya, mereka yang buat tuduhan itu tidak tahu bezakan siang atau malam, kemarau dikatanya hujan, pagi dikatanya petang. Saya serah kepada saudara untuk menentukan.

SINAR HARIAN: Apa tujuan sebenar dan perancangan Ustaz ke Syria?

MOHD LOTFI: Saya mahu berjihad ke jalan ALLAH SWT. Ada kepelbagaian jihad; antaranya,

(1) membantu menyediakan ratusan ribu khemah untuk pelarian Syria yang berada di penempatan selamat di sempadan Turki, Jordan dan lain lain.

(2) Mengagihkan pakaian musim sejuk, selimut, bantal, tilam untuk mereka.

(3) Juga sediakan peralatan memasak di perkhemahan pelarian dan agih bantuan makanan dan minuman, termasuk barangan asas seperti tepung, minyak, gula dan sebagainya.

(4) Ada pihak mengagihkan ubat-ubatan bantu para doktor dan pembantu perubatan dengan menyediakan hospital untuk ribuan rakyat Syria yang parah akibat bom tentera Assad.

Kesemuanya adalah Jihad Fisabilillah membantu mereka yang ditindas. Persoalannya, adakah orang yang datang untuk menghalang tentera Assad dari terus meratah, menyeksa dan membunuh kalangan warga tua, wanita dan kanak kanak dikatakan militan dan pemberontak?

Kenapa hanya empat jihad yang disebut itu disepakati sebagai Jihad Fisabilillah, tetapi yang terakhir itu bukan jihad?

SINAR HARIAN: Apakah takrif Ustaz terhadap aktiviti jihad?

MOHD LOTFI: Jihad sebenarnya merujuk kepada mengorbankan harta atau nyawa agar orang lain beroleh kesenangan atau tenang dalam kehidupan.

Maka ALLAH kurniakan kepada orang yang mati kerana jihad sebagai syuhada, dengan darjat tinggi itu mendapat syafaat 73 orang keluarga terdekat untuk dibawa ke syurga dan kepada sesiapa yang tidak dapat berjihad dengan nyawanya, maka bahagiakan orang-orang susah dengan kebajikan. Sebenarnya hidup pejuang untuk kebahagiaan manusia sejagat.

SINAR HARIAN: Apa reaksi Ustaz mengenai pandangan yang mengatakan individu yang pergi ke Syria dan Mesir untuk berjihad dikatakan mereka salah anggap bahawa itu jihad, sebenarnya ia ditakrif sebagai pemberontakan. Bermakna jika menyertai pemberontakan, salah di sisi agama walaupun menentang pemimpin fasik.

MOHD LOTFI: Sebenarnya kita perlu fahami bahawa, pemimpin yang wajib ikut ulama, bukan ulama ikut pemimpin. Berapa banyak ulama terdahulu dipenjara, dizalimi dan dibuang daerah manakala ulama hari ini mendapat kedudukan di sisi kerajaan.

Ada yang mengatakan mereka yang berjihad ke negara-negara bergolak tidak boleh diisytihar sebagai jihad, sebaliknya dikatakan terpengaruh dengan perjuangan pemberontak yang mahu guling kerajaan?

Saya andaikan kebanyakan ulama negara ini terlalu mengikut telunjuk pemimpin. Jika pemimpin itu kata wajib laksana hudud, maka para ulama akan hurai bab hudud. Begitulah seterusnya.

SINAR HARIAN: Anggaran berapa ramai rakyat Malaysia kini berada di Syria?

MOHD LOTFI: Saya difahamkan terdapat puluhan rakyat Malaysia di merata tempat di bumi Syria.

SINAR HARIAN: Ustaz meninggalkan keluarga dan tanah air tercinta demi jihad?

MOHD LOTFI: Ya, saya tinggalkan isteri dan enam anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu membantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad dari terus menyeksa dan membunuh manusia yang tidak berdosa.

SINAR HARIAN: Adakah Ustaz tidak ingin kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia setelah membuat keputusan ini?

MOHD LOTFI: Mengenai kepulangan saya ke Malaysia… belum pasti kerana kerajaan anggap orang seperti kami sebagai musuh mereka. Di Syria, kami tidak dipenjara, tetapi jika kembali ke Malaysia, belum pasti dapat bebas dan bertemu anak isteri. Mungkin nasib kami berakhir di penjara.

SINAR HARIAN: Apa yang Ustaz harapkan daripada perjuangan ini?

MOHD LOTFI: Dalam perjuangan ini jangan harapkan pujian, sambutan atau taburan bunga rampai, sebaliknya tunggulah saat diberi hukuman. Akan ada dalam kalangan saudara-saudara dipilih ALLAH SWT untuk berjihad fisabilillah di bumi Syam.

Ya! Orang seperti kami sanggup siapkan dada sebagai benteng kepada mereka yang lemah dan ditindas.

SINAR HARIAN: Pengorbanan yang Ustaz lakukan ini untuk siapa sebenarnya?

MOHD LOTFI: Kami berperang untuk pertahankan insan-insan yang kini menjadi pelarian di bumi sendiri. Rakyat Syria tidak ada tempat tinggal lagi selepas dimusnahkan, sebahagian besar masih di tempat persinggahan.

Bak kata pepatah Arab, 'Ahli Makkah lebih memahami lorong-lorongnya', bermaksud orang Syria dan ulama lebih mengetahui apa yang berlaku di sini. Saya tidak mahu berbalah tentang
ini.

SINAR HARIAN: Boleh Ustaz kongsi gambaran sebenar yang berlaku di sana?

MOHD LOTFI: Kami berjuang menentang tentera Assad dari terus menzalimi umat Islam di Syria. Jika konflik di Mesir kita tunjuk perasaan, di Syria kenapa senyap?

Air mata kanak-kanak ini menjadi air mata kami semua. Hati dan perasaankami seakan berhubung, yang ada anak kecil, pasti terasa hibanya jika ia berlaku kepada anak sendiri. Semoga mereka kuat menempuh ujian ini dan jadi pejuang di jalan ALLAH SWT.

Bedilan jet pejuang Assad ke arah Mujahidin yang sedang mengepung benteng pertahanan adalah lumrah, juga sangat hampir dengan kediaman kami. Saya sudah lali melihat bom barmil jatuh berhampiran dengan kami sehingga rakan-rakan gugur syahid atau parah.

SINAR HARIAN: Ustaz sanggup hilang nyawa demi pertahan bumi Syria dan adakah ini yang dikatakan jihad?

MOHD LOTFI: Kami akan hadapi tentera Assad, biar berkecai tubuh kami, biar nyawamelayang demi agama Islam. Islam tidak sunyi daripada pejuang dan penegak keadilan sehingga hari kiamat. Biar mereka menyusun agenda namun ingatlah kepada jaminan Nabi Muhammad SAW, sehingga di akhir zaman, 'Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu'. Itu janji nabi kita, seperti tersebut dalam al-Quran dan hadis.

SINAR HARIAN: Difahamkan semakin ramai ingin berjihad ke Syria dan mengikutjejak seperti yang Ustaz lakukan? Adakah berlaku proses merekrut ahli dari Malaysia?

MOHD LOTFI: Kami hanya menegakkan dan memartabatkan Islam, sebagaimanayang disebut dalam al-Quran dan hadis.

Saya juga ingin menegaskan tidak bertanggungjawab terhadap manamanapihak yang menyalahguna nama saya bagi mengutip dana untuk ke sini. Mereka datang secara sukarela, tiada paksaan atau janjijanji manis.

Semua memburu jihad dan syahid, itu sahaja. Sebenarnya jemaah jihad ada di setiap penjuru bumi Syam. Ada pelbagai kumpulan bergabung menentang tentera Assad.

Kami difitnah…

SINAR HARIAN: Nasihat Ustaz terhadap pihak yang memandang serong terhadap perjuangan yang didokong pejuang di Syria?

MOHD LOTFI: Kita jangan salahkan mana-mana pihak (jemaah) yang berusaha menegakkan Islam dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai di tempat masing-masing.

Bagi saya kalau mereka tidak sempurna kitalah orang yang berusahamenyempurnakan. Bukankah Nabi Muhammad melihat nabi-nabi terdahulu, bagaikan bangunan hebat cuma masih tertinggal seketul bata, maka Nabi Muhammad bersabda: akulah bata itu.

[DATUK DIKUTUK] Dua Artis Terima 'Datuk Naning' Marah Dikutuk

Posted: 09 May 2014 09:58 PM PDT


PETALING JAYA: Dua artis yang menerima penganugerahan yang membawa gelaran Datuk daripada puak adat pepatih Naning berasa terkilan apabila ia dipersendakan oleh sesetengah pihak.

Kedua-dua artis berkenaan iaitu Pian (Cecupak) dan Boy Iman menjelaskan adalah tidak wajar mereka dijadikan bahan jenaka kerana keputusan menerima gelaran itu hanya sebagai menghormati permintaan puak tersebut.

"Saya marah dengan mereka yang mempersendakan dan mengutuk tentang peribadi saya serta mempersoalkan gelaran ini tanpa bertanya terlebih dahulu.

"Sudahlah saya dipinggirkan daripada industri seni, kini mereka keji dan melemparkan kata-kata hinaan dengan menjadikan saya sebagai bahan jenaka mereka serta mengungkit kisah lama saya," ujar Pian dengan nada kesal kepada mStar Online.

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan pelakon komedi Pian (Cecupak), Boy Iman dan penyanyi Nash dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M) yang membawa gelaran Datuk.

Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan semperna hari keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Undang Naning  Ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka pada 4 Mei lalu.

Tindakan Pian dan Boy Iman memuat naik gambar-gambar mereka menerima anugerah berkenaan di laman sosial masing-masing mendapat kritikan banyak pihak kerana gelaran berkenaan dikatakan tidak sah.

Ia mengakibatkan kedua-dua mereka melepaskan rasa tidak puas hati di laman sosial masing-masing sebagai menjawab tuduhan berkenaan.

Dalam pada itu Pian atau nama sebenar Mohd Rafiq Abdul Rahman, 44, berkata, dia tidak pernah berharap atau meminta untuk diberikan gelaran tersebut.

"Bukan saya yang minta atau bayar untuk dapatkan gelaran itu, namun jika pihak mereka ingin memberikannya, saya tidak boleh menolak kerana saya menghormati mereka yang banyak memberi peluang pekerjaan kepada saya selama ini.

"Saya tidak kisah orang ingin iktiraf atau tidak gelaran itu kerana saya menghormati sejarah mereka dahulu, lagi pula saya hanya akan guna gelaran ini pada majlis-majlis rasmi yang dianjurkan puak itu sahaja," ujarnya.

Pian berkata, dia menerima gelaran itu berikutan sumbangan yang diberikan atas kerja-kerja amal yang dilakukan bersama pihak berkenaan.

Dia juga mempunyai beberapa perancangan dalam membesarkan perniagaan kuah rojaknya bersama koperasi yang dimiliki oleh puak Naning berkenaan.

Sementara itu, pelakon Nurol Iman Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Boy Iman menganggap penganugerahan yang diberikan kepada beberapa selebriti termasuk dirinya adalah bagi membolehkan pihak berkenaan mendapat publisiti tentang wujudnya puak itu dalam masyarakat.

"Saya tidak kisah tentang panggilan atau gelaran tersebut, bagi saya penganugerahan yang mereka berikan adalah satu penghormatan terhadap saya atas sumbangan saya kepada mereka.

"Mungkin bagi mereka penganugerahan tersebut dibuat kepada artis adalah untuk membolehkan  masyarakat sedar  tentang kewujudan mereka dalam masyarakat kita," katanya.

Dalam pada itu, Boy turut berharap agar masyarakat  tidak mempersendakan dan terus menghentamnya secara terbuka di laman-laman sosial tentang perkara ini.

Sementara itu The Star  pada 27 Jun 2013 melaporkan, anugerah yang diberikan oleh ketua-ketua wilayah dan pemimpin-pemimpin tradisional mana-mana negeri tidak diiktiraf di negara ini melainkan kurniaan Yang di- Pertuan Agong dan ketua-ketua kerjaaan negeri.

Akhbar Utusan Malaysia  pada 30 Mei 2011 turut memetik kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menjelaskan  anugerah dan  gelaran yang disampaikan oleh kumpulan berkenaan adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran.

Pihak berkenaan pula mendakwa anugerah itu adalah sah dalam adat pepatih Naning dan tidak menyalahi undang-undang selain tiada kaitan  dengan kerajaan negeri mahupun persekutuan.

(PEMIMPIN CAP AYAM UMNO) Masih ramai pemimpin Umno tidak sedar diri

Posted: 09 May 2014 09:43 PM PDT


Sempena ulang tahun penubuhan Umno ke-68, akhbar Utusan Malaysia hari ini mengatakan masih ramai lagi pemimpin parti itu 'tidak sedar diri' apabila sering bertelagah sesama sendiri sehingga menimbulkan rasa muak rakyat kepada parti itu.

Melalui ruangan rencana akhbar itu,Pengarang Zulkiflee Bakar berkata, perbuatan berebut jawatan dan bertelagah sesama sendiri masih wujud sehingga melemahkan Umno dalam pilihan raya.

"Sehingga ke hari ini, masih ramai pemimpin dan ahli Umno di peringkat cawangan, bahgaian mahupun negeri bertelagah sesama sendiri.

"Sama ada Umno akan terus kukuh dan unggul seperti mana dihasratkan oleh Najib, bergantung kepada sejauh manakah pemimpin dan ahli Umno bersedia bermuhasabah dan melakukan pembaharuan demi memastikan parti itu terus relevan pada setiap zaman," katanya dalam ruangan komentar merujuk kepada hasrat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Umno harus mengakui persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU14) ke-14 sangat mencabar dan perlu dilakukan dari sekarang.

Zulkiflee berkata, Umno perlu memastikan tiada konflik dalaman yang diakuinya sering menjadi duri dalam daging kepada usaha parti Melayu terbesar itu.

Selain itu, akhbar itu mendakwa Umno menempah tempat di kuburan politik jika terus leka bernostalgia dengan jasa pemimpin terdahulu tanpa menyedari senario politik kini semakin berubah dan pemikiran rakyat semakin berkembang.

Katanya, Umno masih mencanangkan kejayaannya memperoleh 89 kerusi Parlimen semasa PRU13 lalu sekali gus mendakwa parti itu masih relevan dalam kalangan orang Melayu.

Namun tidak menyedari hakikatnya jumlah kerusi tersebut masih memaksa Umno meminta bantuan komponen Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan.

"Malah apa yang perlu difahami Umno juga gagal mempertahankan beberapa kerusi sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang secara tradisinya milik parti tersebut.

"Mungkin jika kerusi tersebut tidak terlepas ke tangan pembangkang, Umno mungkin sudah menawan Selangor dan BN boleh memerintah dalam kedudukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Situasi itu tidak berlaku kerana dalam kalangan pemimpin dan ahli Umno masih tidak berubah sikap biarpun mereka mengetahui betapa gigih pucuk pimpinan parti berusaha memastikan Umno diterima rakyat," katanya. – 10 Mei, 2014.

10/5/2014 [MENINGGAL DALAM PESAWAT AIR ASIA] Penumpang jemaah umrah meninggal dunia dalam pesawat

Posted: 09 May 2014 04:21 PM PDT


KUALA LUMPUR 10 Mei - Seorang penumpang yang dipercayai jemaah umrah meninggal dunia dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 yang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Jeddah, malam tadi.

Air Asia X dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, pihaknya telah berusaha yang sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua pihak.

"Kami mengesahkan kematian salah seorang penumpang penerbangan D7 171. Terlebih dahulu kami ingin memanjangkan rasa simpati terhadap keluarga yang kehilangan orang tersayang.

"Keluarga Allahyarham dan pihak berkuasa telah diberikan maklumat tentang perkara ini dan kami akan menyediakan segala keperluan untuk bantuan," kata jurucakap Air Asia X, di sini hari ini.

Difahamkan, pesawat itu telah selamat tiba di lapangan terbang, lewat malam tadi.

sumber gambar: Fuh.my


Isu Persenda Hudud, Harith Iskander Mohon Maaf

Posted: 09 May 2014 04:11 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Harith Iskander memohon maaf apabila status yang dimuat naik di Twitter miliknya mengenai hukum Hudud bertujuan untuk berjenaka mendapat kritikan ramai.

Harith, 43, berkata, dia tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan  dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.

"Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak.

"Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.

"Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat.


Pada Khamis lalu, Harith dalam satu status Twitter miliknya telah berjenaka mengenai hukum Hudud.

Hal tersebut secara tidak langsung menyebabkan beberapa pengikut laman Twitter  itu menegurnya kerana perbuatan itu dilihat seperti mempersendakan agama Islam.

Hudud merupakan satu bentuk hukuman terhadap umat Islam yang melanggar tuntutan agama dan ia ditetapkan Allah sebagaimana tertulis dalam Al-Quran dan hadis.

Dalam pada itu, Harith berkata, perkara itu juga membuatkan ada beberapa peminatnya bertindak tidak mengikut akaun Twitter miliknya lagi.

"Dalam dunia media sosial ini kita diberi pilihan. Ada beberapa follower saya yang mengumumkan mereka nak unfollow  dan saya hormat keputusan itu sebab ia pilihan mereka.

"Bagi saya kalau ada seseorang yang bercakap sesuatu yang saya tak suka, saya juga akan melakukan perkara sama (unfollow)," ujarnya.

[VIDEO & GAMBAR] Makkah banjir?

Posted: 09 May 2014 09:25 AM PDT



SHAH ALAM – Berpuluh-puluh kenderaan dan banyak kediaman serta premis perniagaan di kota Mekah didakwa rosak teruk selepas bandar suci umat Islam itu dilanda hujan lebat selama dua jam pada lewat malam semalam dan ia hampir melumpuhkan sistem pengangkutan di barat Arab Saudi.

Menurut portal berita Sabq, bencana alam pada lewat malam semalam itu turut menenggelamkan beberapa laluan utama ke bandar tersebut dan menyebabkan kerosakan teruk harta benda yang belum dinilai kerugiannya.

Beberapa keping gambar turut dimuat naik dalam portal tersebut menunjukkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan air deras dan berlanggaran antara satu sama lain.

Turut kelihatan kelibat beberapa orang penduduk Makkah yang bertempiaran menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaan mereka.

Namun kesahihan sumber ini tidak dapat pastikan apabila media perdana arus negara itu tidak melaporkan kejadian bencana alam itu. -SH

[ISMA Semakin Dikenali] KENYATAAN MEDIA PRESIDEN ISMA isu ‘KEMASUKAN PENDATANG CINA KE TANAH MELAYU BERSAMA PENJAJAH BRITISH SATU BENTUK PENCEROBOHAN

Posted: 09 May 2014 06:47 AM PDT


KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG BANTAHAN BUKAN ISLAM, CINA DAN INDIA TERHADAP KENYATAAN PRESIDEN ISMA YANG MENGATAKAN BAHAWA 'KEMASUKAN PENDATANG CINA KE TANAH MELAYU BERSAMA PENJAJAH BRITISH SATU BENTUK PENCEROBOHAN
Akhir-akhir ini tindakan provokasi dan campur tangan yang berterusan daripada pihak bukan Islam dalam hal ehwal orang Islam dan hak-hak yang telah disepakati bersama serta tindakan-tindakan yang cuba membatasi hak majoriti penduduk peribumi dalam menentukan rupa bangsa Negara dan masa depan termasuk yang terkini isu melibatkan pelaksanaan Islam, negara Islam dan hudud.
ISMAweb.net telah menyiarkan satu berita yang memetik kenyataan Presiden ISMA yang bertajuk 'Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan'.
Kenyataan ini kemudiannya dipetik dan disiarkan semula oleh beberapa portal atas talian yang pro liberal.
Pelbagai reaksi telah ditimbulkan oleh ramai pihak.
Pada hari Rabu 7 Mei, Ketua Biro Undang-undang MCA Eric Choo bersama 5 orang ahli MCA yang lain telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.
Parti DAP juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi diketuai oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng. Laporan yang sama juga dibuat oleh ahli DAP di Seremban.
Selain itu, Pengarah Strategi MIC S Vell Paari telah mengumpamakan sebutan ISMA sebagai penyakit kelamin dan menyifatkan ISMA sebagai badut yang tidak menghiburkan.
Berikutan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa polis akan menjalankan siasatan ke atas saya susulan kenyataan tersebut di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.
Berdasarkan kepada tindak balas yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak, ISMA dengan ini ingin menegaskan pendiriannya seperti berikut:
1. Malaysia adalah Tanah Melayu dan bangsa Melayu hendaklah kekal sebagai bangsa yang berdaulat di Tanah Melayu selamanya.
2. Islam hendaklah kekal sebagai identiti negara Malaysia sebagai agama negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, yang menyebut "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan."
3. Orang Melayu dan Islam di Malaysia mempunyai hak untuk menyatakan kehendak mereka dan menentukan rupa bangsa serta masa depan negara tanpa boleh dibantah oleh mana-mana kaum pendatang di negara ini.
4. Selari dengan prinsip keadilan, pihak-pihak bangsa pendatang hendaklah menerima kedudukan istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera di negara ini sebagai bangsa yang berdaulat.
5. Apa yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan dan jaminan-jaminan yang diberikan oleh orang Melayu dan Bumiputera kepada bukan Melayu sudah lebih daripada mencukupi.
6. Tindakan bukan Melayu menuntut lebih daripada apa yang telah dipersetujui secara konsisten dan mencabar Islam dan hak-hak keistimewaan Melayu adalah satu perkara yang dianggap ingin menggugat kedudukan Islam dan kedaulatan bangsa Melayu dan membelakangi kontrak sosial yang telah dipersetujui.
7. Penglibatan bukan Islam dalam politik sehingga mencampuri urusan bangsa Melayu dan Islam dan menidakkan hak mutlak bangsa Melayu dalam menentukan masa depan negara adalah keterlaluan dan suatu yang perlu diperbetulkan.
Hakikat bahawa kemasukan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama penjajah British merupakan satu bentuk pencerobohan adalah merupakan fakta sejarah (rujuk lampiran) bagi mengingatkan pemimpin-pemimpin Cina supaya berhenti daripada keterlaluan dalam mencampuri urusan menentukan masa depan Islam di negara ini. Ia juga sebagai peringatan kepada orang Melayu supaya bangkit mempertahankan hak dan membetulkan kesilapan lalu.
Ini adalah pandangan politik yang mewakili majoriti orang Melayu dan Islam di negara ini yang disuarakan dalam kerangka kebebasan bersuara dan kepelbagaian pandangan politik di Malaysia.
Saya menolak sama sekali tanggapan bahawa kenyataan itu bertujuan untuk menghasut sebaliknya adalah satu seruan penting supaya merujuk ke belakang dalam rangka menggariskan masa depan.
Saya berpendapat bahawa reaksi agresif daripada pihak bukan Islam, Cina dan India terhadap kenyataan ini kerana ingin menutup mulut orang Melayu dan Islam dan mereka bimbang ia akan menjejaskan hasrat mereka untuk merubah identiti negara, menghapuskan hak Melayu, kedaulatan Melayu dan agama Islam.
ISMA dengan ini mengajak orang Melayu untuk bangun bersama dan bersatu untuk mempertahankan hak dan nilai bangsa serta agama kita.
USTAZ ABDULLAH ZAIK ABDUL RAHMAN
PRESIDEN
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
9 MEI 2014
LAMPIRAN FAKTA SEJARAH
Menurut kajian yang dibuat oleh ahli akademik Universiti Harvard Profesor Rupert Emerson di dalam bukunya bertajuk 'Malaysia, A Study in Direct and Indirect Rule' yang ditulis pada tahun 1937, terdapat fakta-fakta yang perlu diberi perhatian:
1. Penjajah British telah membiarkan orang Cina membolot hasil kekayaan dalam bidang perlombongan di Tanah Melayu.
"The British allowed a constant influx of Chinese seeking their fortunes in the tin mines and in trade."
2. Penjajah British dan pendatang Cina tidak duduk di bawah pentadbiran Melayu.
"Dengan mengekalkan bentuk dan sebahagian daripada warisan dari keadaan dunia sebelum terjajah, pihak berkuasa di kalangan penjajah telah dapat melambatkan proses kesedaran dari segi kemasyarakatan dan politik yang boleh berkembang lebih cepat di kalangan penduduk-penduduk yang tertakluk di bawah pemerintahan penjajah secara langsung. Kalau ada faedahnya kepada penduduk-penduduk tempatan untuk melambatkan peralihan dari bentuk kebudayaan yang lama kepada yang baharu, begitulah juga keadaannya lambat benar mereka sedar untuk memberontak dengan penuh semangat terhadap kuasa asing demi kepentingan nasib mereka pada masa depan.
Bagi orang-orang Melayu yang tinggal di Semenanjung, prinsip ini adalah benar kerana mereka telah dipisahkan daripada garisan-garisan besar dalam perkembangan politik dan ekonomi yang agak memeranjatkan juga. Kuasa politik yang dikenakan ke atas orang-orang Melayu itu dipegang kuat oleh British, sekalipun mereka tinggal dalam negeri-negeri Melayu naungan British dan berdaulat pada namanya sahaja, tetapi laluan kehidupan mereka pada umumnya tidaklah banyak benar perubahannya dengan adanya campur tangan British. Setelah pihak British berjaya memperolehi bekalan buruh murah yang tak kunjung habis dari China dan India, maka dapatlah mereka mengeluarkan hasil-hasil kekayaan Tanah Melayu dengan tiada payah memaksa orang-orang Melayu sendiri mengambil bahagian di dalam proses itu. Bilangan orang-orang Melayu di dalam negeri pada permulaan pembangunan pesat British sampai ke hujung kurun lalu adalah sedikit benar kalau dibandingkan dengan sumber-sumber hasil bumi negeri itu dan tanah yang terdapat. Memang tidak syak lagi bahawa orang-orang Melayu telah disingkirkan daripada tanah-tanah yang lebih penting, terutama sekali di sepanjang pantai barat dan kawasan-kawasan tanah yang luas di sepanjang kiri kanan jalan keretapi di pantai barat dan di tepi-tepi jalanraya yang terbaik. Di dataran pinggir laut sebelah barat, yang telah menjadi pusat-pusat pembangunan ekonomi moden sampai ke masa ini, keadaan seperti ini sudah pun hampir tamat dah hak orang-orang Melayu terhadap bumi negeri itu kenalah diberi perlindungan dengan cara mewujudkan kawasan-kawasan Melayu yang luas kawasannya".
(Sumber: Rupert Emerson, Malaysia Satu Pengkajian dalam Pemerintahan Secara Langsung dan Tak Langsung, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974, m.s. 21 & 22)
3. Penjajah British dan Kapitan Cina saling bersaing dalam mengorek hasil bijih timah.
"Dua perusahaan besar Tanah Melayu, iaitu getah dan bijih timah adalah menjadi sumber kemakmuran kepada golongan2 atasan dan penanam2 modal tempatan, melalui perdagangan entrepot Tanah Jajahan. Perusahaan2 ini dimiliki khususnya diantara orang2 British dengan China. Orang2 British mulai memechah monopoli bijih timah yang dipegang oleh orang2 China dan dalam masa baharu2 ini aliran itu menunjukkan semakin banyak perdagangan bijih telah dikuasai oleh orang2 British.
Aliran ini adalah benar meskipun seorang pegawai bijih timah British menyatakan kepada saya bahawa dia sudah menjangka iaitu apabila pelombong2 bijih British yang akhir sekali meninggalkan Tanah Melayu kelak, mereka akan diiringi oleh satu rombongan saudagar2 bijih timah China yang kaya2 sampai kepelabuhan dan mereka akan dihadiahkan tempat2 rokok yang dibuat daripada emas oleh saudagar2 China itu.
Sejauh manakah benarnya telahan itu, faktor sekarang ini adalah menunjukkan bahawa dalam sepuluh tahun yang lampau perimbangan itu sudah terlalu jauh bezanya. Sebelum perang, British menguasai hanya sesuku sahaja daripada lombong2 bijih timah, tetapi setelah mereka menggunakan kapal2 korek yang besar selepas perang, pengeluaran bijih timah British mulai meningkat tinggi, hinggakan dalam tahun 1929 pengeluaran itu bagi pertama kalinya lebih separuh daripada jumlah.
Dalam tahun 1931, pengeluarannya telah meningkat kepada 65%, dan ranchangan sekatan bijih timah antarabangsa yang selalunya tidak digemari di Tanah Melayu, memberi kesan bagi menchepatkan kenaikan pengeluaran British dan menumpukan kawalan kepada beberapa orang sahaja. Sebab musabab yang utama bagi kejayaan British nampaknya ialah kerana lombong2 terdedah kepunyaan orang2 China, yang menggunakan lebih tenaga manusia itu tidak dapat menandingi kapal2 korek British, terutama selepas kawasan2 yang lebih makmur serta mudah dikerjakan itu telah kehabisan bijihnya.
Dengan sebab dorongan daripada persaingan maka orang2 China telah membuat kemajuan yang besar bagi menggunakan alat2 berjentera bagi mengerjakan lombong2 mereka, tetapi mereka belum lagi dapat mengumpul modal yang diperlukan bagi membeli kapal2 korek. Sebagai penerangan mengapa mereka tidak dapat membelinya, menurut satu pendapat yang tak dapat saya katakan dengan tepat, adalah kononnya dengan menerusi sharikat saham bersama telah didapati tidak sesuai kepada orang2 China, sebab system keluarga yang kukuh dikalangan orang China itu telah menyekat perlonggokan modal yang besar."
(Sumber: Rupert Emerson, Malaysia Satu Pengkajian dalam Pemerintahan Secara Langsung dan Tak Langsung, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974, m.s. 43 & 44)
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...