CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(TIPU DAYA PAS BERSAMA DAP) PAS tak jadi bentang RUU persendirian hudud

Posted: 11 May 2014 01:40 AM PDT


Semua ini sudah dijangka.

Ini semua hasil tahluh siasi dan persahabatan dengan syaitan.

Selagi kuasa dunia menjadi keutamaan, Islam pasti diletak di belakang. Selama Ini puak liberal Pas amat resah mencari helah untuk memutarbelitkan isu hudud.

Hari ini mereka telah jumpa jalan penyelesaian Iaitu memulangkan kembali tanggungjawab kepada UMNO. Mereka telah terlepas, horeyyy.

Pas tidak akan laksana hudud. Mereka tidak mampu melawan sahabat sebantal Dap yang dijalinkan atas hubungan sulit yang haram itu.

Mereka tidak mampu menentang Anwar dan PKR. Mereka tidak mampu melawan puak liberal dalam Pas. Akhirnya UMNO akan dijadikan kambing hitam atas kelemahan mereka menentang puaj syaitan di dalam PAS sendiri.

Pengikut PAS sentiasa jadi bodoh dan diperbodohkan oleh pemimpin liberal mereka.

Apa yang pasti Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa dan semua puak liberal Pas lebih berkuasa dan puak ulama Pas semakin lemah dan terus lemah.

Hari ini Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS tidak akan mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi memberi ruang kepada jawatankuasa teknikal bersama untuk membuat sarana berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

Mohamad yang membacakan kenyataan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ia juga bagi membolehkan jawatankuasa tersebut mengambil tindakan lanjut.

Tambanya, PAS bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk jawatankuasa teknikal di antara kerajaan Kelantan dan persekutuan.

(GILA KE APA PKR NI) Bunga ros punca calon bertengkar

Posted: 11 May 2014 01:18 AM PDT


SHAH ALAM - Pemilihan PKR Cabang Shah Alam kecoh apabila Calon Ketua Cabang, menegur lawannya, Rodziah Ismail yang mengedarkan bunga di pintu masuk Dewan Teratai, Seksyen 19, sebentar tadi.

Yaakob yang juga Adun Kota Anggerik tidak berpuas hati dengan tindakan Rodziah yang disifatkan mengula-gulakan pengundi dengan mengedarkan kuntuman bunga mawar.

Berlaku sedikit pertikaman lidah antara kedua-dua lawan sekutu itu kerana Rodziah menegaskan bahawa bunga berkenaan adalah sebagai hadiah sempena Hari Ibu dan beliau selaku Adun di kawasan berkenaan (Batu Tiga).

Yaakob meminta Rodziah berhenti mengedarkan kuntuman bunga berkenaan namun beliau enggan dan segera mendapatkan pengesahan daripada Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul.

Menurut Rodziah, Johari membenarkannya  mengedarkan bunga berkenaan dengan syarat diberi kepada pengundi yang selesai mengundi dan kebenaran itu disambut sorakan daripada penyokong beliau.

Sebelum itu, penyokong Yaakob tidak berpuas hati dengan tindakan Rodziah yang masih berada di dalam dewan mengundi dan didakwa menjalankan kempen di dewan mengundi.

Bagaimanapun Rodziah menafikan beliau meneruskan kempen di dalam dewan sebaliknya memberi keutamaan kepada pengundi yang kurang upaya dan uzur untuk melakukan pemilihan terlebih dahulu. -SH

(LGBT) ADUN DAP P.Pinang Nak Tubuh Jawatankuasa LGBT untuk bela maknyah

Posted: 10 May 2014 02:42 PM PDT


Majlis Jalinan Muafakat Malaysia (MJMM) membuat laporan polis terhadap ADUN Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Che yang membuat cadangan penubuhan jawatankuasa transgender untuk membela golongan maknyah.

Pengerusi MJMM Abd Rani Kulup Abdullah berkata cadangan penubuhan jawatankuasa yang disebut beliau sebagai jawatankuasa 'Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender' (LGBT) itu boleh menghancurkan keharmonian negara ini.

Menurutnya, DAP sebagai sebuah parti politik, tidak patut menyokong kegiatan 'tidak bermoral' dan golongan yang didakwanya mengamalkan 'seks bebas' di negara ini.

"Kegiatan yang tidak bermoral tak seharusnya disokong oleh parti politik.

"Kita tengok pihak parti politik seolah merestui perkara ini," kata Abd Rani kepada kiniTV selepas membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng semalam mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa cadangan Teh telah ditarik balik.

Teh sebelum ini mencadangkan usul penubuhan jawatankuasa tersebut bagi membantu golongan transgender dengan peruntukan sebanyak RM200,000.

Beliau turut  pernah membawa usul yang sama melalui exco kerajaan negeri pada Jun tahun lalu, namun usul berkenaan ditolak.

10/5/2014 (MABUK, KEJAP OK KEJAP DEMO) Anwar Sokong GST, Namun Gesa Banteras Rasuah

Posted: 10 May 2014 07:50 AM PDT


PUCHONG: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penuh pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya kerajaan boleh membanteras pelbagai jenis amalan rasuah seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.

"Kerajaan hanya boleh melaksankan GST sekiranya mereka menyelesaikan ketirisan yang berlaku," katanya dalam syarahan di Pusat Pembaharuan Demokrasi dan Inisiatif Sosial pada Sabtu.

Beliau berkata GS merupakan satu sistem percukaian yang efisien kerana ia sangat telus dan digunapakai di kebanyakan negara di dunia.

"Kenapa kita perlu ada GST. Untuk mengadakan sistem yang efisien. Kita harus mengelakkan ketirisan daripada berlaku. Inilah apa yang didedahkan dalam laporan ketua audit negara setiap tahun," katanya.

Anwar berkata tahap pendapatan perlu dinaikkan juga kerana beban cukai perlu ditanggung oleh kumpulan masyarakat yang lebih besar.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...