CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[WALAU MCA CABUT LARI] Kami pasti akan bertanding di Teluk Intan, kata Gerakan

Posted: 12 May 2014 01:32 AM PDT


Tidak seperti rakan Barisan Nasional (BN), MCA yang memilih untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor, Gerakan tidak akan menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei.
Setiausaha Agung Liang Teck Meng berkata hari ini, kawasan tersebut biasanya ditandingi oleh majoriti Cina dalam parti berbilang kaum, oleh itu mereka dapat melawan DAP habis-habisan.
"Kami sudah pasti akan bertanding, ini kerusi kami dan presiden kami adalah calon dalam pilihan raya umum sebelum ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
Presiden Datuk Mah Siew Keong yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004 tetapi kalah kepada M. Manogaran dari DAP dan Seah Leong Peng pada 2008 dan 2013 dengan beza 1,470 dan 7,313 undi majoriti.
Pilihan raya ini dijalankan selepas Seah mati akibat kanser Khamis lepas.
Walaupun BN belum menamakan calonnya lagi, ia merupakan rahsia terbuka bahawa Mah dijangka akan diletakkan sebagai calon.
Pengarah Operasi Pilihan Raya dan bekas presiden Datuk Chang Ko Youn berkata jentera parti itu sedang sibuk di atas padang bersiap-sedia untuk PRK ini.
Beliau percaya isu nasional seperti masalah parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) tentang hudud akan menjadi tumpuan ramai dalam PRK akan datang.
Beliau yakin parti itu akan dapat meraih undi Cina disebabkan isu hudud, tetapi mereka masih meneliti angkanya.
Beliau mengatakan pengundi Cina yang membentuk 42% daripada pengundi, DAP melarikan diri dengan cuba memburukkan MCA dan Gerakan menggunakan hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
"Dalam pilihan raya umum yang lepas, DAP berjanji kepada pengundi bahawa PAS tiada rancangan untuk melaksanakan hudud, tetapi dengan isunya kini, DAP sedang cuba melarikan diri daripada tanggungjawab dengan menolak kesalahan itu kepada kami dan MCA," katanya.
Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi dengan 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir.
Pengundi termasuk 23,301 pengundi Melayu (38.6 %), 25,310 pengundi Cina (41.9 %) dan 11,468 pengundi India (19%).
Pencalonan bagi pilihan raya kecil akan dijalankan pada 19 Mei dan pengundian awal pada 27 Mei.
Apabila DAP memenangi kerusi tersebut pada mulanya, pada masa itu kawasan itu dikenali sebagai Teluk Anson, dan Pilihan Raya Kecil 1969 merupakan mana Chan Fu King mengalahkan Menteri Kesihatan Dr Ng Kam Poh dalam salah satu pertandingan paling mengejut pada masa itu.
Bagaimanapun, sejak persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen pada tahun 1974, 1984 dan 1993, kawasan Teluk Anson pada 1969 ditukar berdasarkan komposisi dan watak pengundi – akhirnya membolehkan calon Gerakan memenangi kerusi itu secara berturut-turut dari 1974 sehingga Pilihan Raya Umum 1995 di mana M. Kula Segaran (gambar) memberi kemenangan kepada DAP selepas sekian lama. – 12 Mei, 2014.

Bekas pemimpin DAP persoal status Ramkarpal sebagai calon

Posted: 12 May 2014 01:21 AM PDT


BUTTERWORHT: Bekas Ketua DAP cawangan Bagan Luar, G Asoghan mempersoalkan kesahihan status Ramkarpal Singh Deo sebagai calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor. 

Beliau berkata, ia berikutan status Jawatankuasa Esekutif Pusat (CEC) DAP yang masih belum diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS), sekali gus menyebabkan parti itu tidak mempunyai kelayakan untuk membuat sebarang keputusan. 


"Angota CEC DAP tidak ada kuasa untuk menandatangani watikah bagi pihak DAP kerana ROS masih belum iktiraf CEC parti itu. 

"Malah, Ramkarpal mengakui yang beliau menjadi ahli pada Januari lalu, dan ia sekali gus menimbulkan tanda tanya siapa yang mengiktiraf keahlian Ramkarpal sedangkan status CEC tidak diiktiraf ROS sejak 6 Disember 2013. 

"Justeru, saya minta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan siapa yang membenarkan DAP mengunakan logo parti itu pada penamaan calon hari ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

[PRK BUKIT GELUGOR] BUKTI 'Sumpah saya masih ahli Pas' - Mohamed Nabi Bux (bekas Setiausaha PAS Caw. Kg. Banjar, batu Caves)

Posted: 11 May 2014 08:31 PM PDT



GEORGETOWN - Bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, terkilan dengan sikap sesetengah pimpinan Pas yang berdolak-dalik mengenai isu keahliannya.

Beliau tidak berkecil hati jika Pas tidak membenarkannya bertanding atas tiket parti itu tetapi tidak wajar menuduhnya sebagai ahli Umno.

"Jika tak mahu saya bertanding atas tiket Pas, beritahu saya secara terus terang. Saya tidak akan berkecil hati. Tapi janganlah menuduh saya bukan ahli Pas sebaliknya tuduh pula saya ahli Umno.

"Saya ada bukti, malah semasa saya ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri tempoh hari, saya ada bawa bersama sijil keahlian Pas. Jadi, bagaimana boleh timbul saya ahli Umno," katanya , semalam.

Harakahdaily  - Mohamad Nabi bukan ahli PAS

MOHD SABRI SAID | .

BUKIT GLUGOR: PAS Pulau Pinang menafikan Mohamad Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, 68, yang menyuarakan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor pada 25 April ini  ialah ahli PAS.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Bukhori Ghazali menyifatkan, Mohamad Nabi Bux sekadar mahu mengambil kesempatan mencari publisiti murahan dengan mengakui ahli PAS.

"JPN dah cari maklumat dan akhirnya menemui jawapan. Semasa mesyuarat dengan PAS Kawasan Sungai Glugor malam tadi nama beliau tiada dalam senarai ahli mana-mana cawangan sebaliknya maklumat diperoleh beliau ahli Umno bernombor 02700360 Bahagian Gombak manakala keahlian di Cawangan Kampung Banjar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia," tegasnya.

[UMNO TANGGUH HUDUD KAFIR] PAS Tangguh Hudud TIDAK KAFIR, Biar Syaitan Menjadi Sahabat, Asalkan Tahluf Siasi

Posted: 11 May 2014 08:18 PM PDT


Ahli PAS: tolak HUDUD maka Kafir... TANGGUH HUDUD tidak Kafir lagi...
Rakyat: Siapa Tolak HUDUD?... saya tengok kenyataan PM.. PM sokong HUDUD.. Dato Pa sokong HUDUD..orang UMNO sokong HUDUD..
Ahli PAS: cina DAP dan MCA tolak HUDUD
Rakyat: DAP dan MCA kan bukan Islam... Ahli PKR yang Islam macam mana.. Anwar tidak terima HUDUD..
Ahli PAS: ermmmmm
Rakyat: Tangguh sampai bila?.. 1993 lagi LULUS dalam sidang Dewan Negeri Kelantan.. ini dah 2014 ..dah 21 Tahun dah... mana JANJI?
Ahli PAS: Tanya Presiden PAS lah..
Rakyat: Presiden PAS dah maklum semalam TANGGUH.. status JANJI MB Kelantan macam mana?
Ahli PAS: Janji APA?
Rakyat: Sanggup mempertaruhkan Jawatan MB jika HUDUD tidak dilaksanakan paling lewat awal 2015...
Ahli PAS: biar dia letak jawatan.. siapa suruh dia JANJI..
Rakyat: kita temgok macam mana..

[AHLI PAS SANGSI TANDATANGAN HADI][MUNGKIN HIJACK] PAS tangguh pembentangan RUU Persendirian hudud di Parlimen

Posted: 11 May 2014 04:16 PM PDT

Tandatangan Haji Hadi yang Terketar-Ketar SEOLAH-OLAH DITIRU menimbulkan tanda tanya

Emel ahli PAS : Pertanyaan ahli PAS yang kecewa, kenapa Mat Sabu yang umumkan? Bukankah Hj. Hadi ada di situ selepas mesyuarat? Adakah berlaku Hijack? Rampasan Kuasa? Kudeta? -http://mymassa.blogspot.com/


Tandatangan sebenar Hj. Hadi Awang Kelihatan Lancar



Hari ini Mat Sabu mengumumkan bahawa PAS menangguhkan hasratnya untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat yang akan bersidang Jun depan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada April lalu mengumumkan kerajaan negeri sudah siap bersedia dengan draf satu RUU persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.
Rang undang-undang itu akan dibawa ahli Parlimen PAS daripada Kelantan ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara itu kemudiannya disambut baik Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu melihat usaha itu diteruskan.
Bagaimanapun, tentangan hebat dibuat DAP yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana melanggar konsensus selain menganggap hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Manakala MCA pula memutuskan untuk mengkaji kedudukannya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) jika Umno terus menyokong PAS melaksanakan hudud di Kelantan. – 11 Mei, 2014.

[DEMO BERSIH 4.0 DIPERLUKAN] Himpunan VIDEO Kekecohan Pemilihan PKR 2014

Posted: 11 May 2014 08:58 AM PDT


Kertas undi bertaburan sekitar pemilihan PKR Selangor cabang Kota Raja


[BILA PARTI LIWAT BERLAGAK ADIL] Peti undi pemilihan PKR Kota Raja dirampas sekumpulan lelaki

Posted: 11 May 2014 07:34 AM PDT


KLANG 11 Mei - Tidak sampai satu jam proses pengundian ditutup kira-kira pukul 5 petang ini, pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian.

Pembatalan pengundian itu diumumkan kira-kira 4.30 petang oleh wakil petugas pemilihan parti itu.

Tindakan sekumpulan lelaki itu difahamkan dilakukan setelah tidak berpuas hati dengan proses pemilihan parti di cabang berkenaan yang mana sebelum itu mereka cuba merempuh masuk ke dalam dewan pengundian terbabit di Kompleks Sukan MPK, Taman Sri Andalas namun dihalang oleh anggota Rela yang bertugas.

Bagaimanapun, akibat tidak berpuas hati kerana dihalang masuk, kumpulan lelaki berkenaan kemudiannya bertindak memanjat pagar setinggi dua meter dan masuk ke dalam dewan berkenaan selain bertindak merampas peti undi dan melemparkan ke lantai dewan.
Selain itu, mereka juga bertindak menterbalikkan meja termasuk bungkusan makanan di luar dewan yang disediakan untuk para pengundi.

Ekoran kejadian itu, pasukan polis telah bergegas ke kawasan pengundian bagi mengawal keadaan.

Kertas undi bertaburan sekitar pemilihan PKR Selangor cabang Kota Raja. Bukan Kota Raja je yang kecoh hari ni cabang Selayang pun kecoh dan boleh katakan semua cabang PKR seluruh negeri kecoh. Bersih sangat kah parti huru hara ni? 

(BILA PARTI LIWAT BERLAGAK ADIL) Pemilihan PKR Cabang Klang dibatalkan

Posted: 11 May 2014 06:39 AM PDT


KLANG - Ketidaktelusan dalam pemberian kertas dan daftar pengundi menyebabkan pemilihan PKR di cabang Klang hari ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Calon Ketua Cabang Klang, Zudin Asramad mendakwa, daftar pemilih kawasan itu telah disabotaj apabila sesetengah nama pengundi tidak tersenarai dalam sistem mereka.

Dakwanya lebih mengejutkan apabila anggota sama menyemak pendaftaran mereka di pondok panas milik penyandang ketua cabang, nama mereka wujud dalam sistem.

"Bila anggota semak nama mereka di pondok penyandang, Ye Boon Lye, nama mereka tertera sedang tiga pondok panas calon lain pula tiada.

"Dalam daftar pemilih, anggota yang berdaftar hanya setakat 2014 manakala pendaftaran ahli sejak 2008 tidak dimasukkan, dan ia satu cubaan monopoli," katanya kepada pemberita selepas pusat mengundi Cabang Klang di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Jalan Raja Lumu ditutup setelah tiga pencabar lain sepakat mendesak pemilihan itu dibatalkan.

Mengulas lanjut, beliau berkata kekecohan dan penipuan itu didakwa hampir sama seperti mana yang berlaku pada pemilihan lepas.

Ketika ini, anggota keselamatan Rela kelihatan memenuhi dan mengawal pintu masuk pusat mengundi itu sementara menunggu Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bermesyuarat tentang pembatalan cabang itu.

Manakala pengundi lain pula sebahagian besarnya telah beredar meninggalkan pusat mengundi itu setelah dimaklumkan proses pemilihan itu dibatalkan.

Bagaimanapun keadaan agak terkawal tanpa insiden buruk seperti mana yang berlaku pada 2010 lalu.

Selain Zudin dan Boon Lye, dua calon lain yang bertanding ketua cabang Klang ialah P.Krishnasamy dan Arahyah Ibrahim.

(BILA PARTI LIWAT BERLAGAK ADIL) Pemilihan PKR Di Selangor Tegang, Dikuasai Politik Wang

Posted: 11 May 2014 05:57 AM PDT


PETALING JAYA: Kontroversi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung sejak tiga minggu lalu akhirnya sampai ke kemuncak apabila proses pemilihan di Selangor mencetuskan ketegangan termasuk dakwaan kewujudan politik wang.

Difahamkan proses pengundian di sembilan cabang PKR di negeri ini terpaksa dibatalkan ekoran pelbagai dakwaan penipuan dan sabotaj.

Sembilan cabang-cabang berkenaan ialah Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Kuala Selangor, Kota Raja dan Selayang.

Salah satu cabang bermasalah itu iaitu di Kuala Selangor membabitkan penyertaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bertanding jawatan ketua cabang berkenaan.

Abdul Khalid yang juga calon bagi jawatan timbalan presiden PKR, berdepan tuduhan mengamalkan politik wang sebagai umpang mendapatkan undi dikawasannya.

Tuduhan berkenaan dibuat pencabarnya untuk jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, S. Manikavasagam yang bersedia mengemukakan bukti dalam tempoh terdekat.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...