CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[VIDEO][NAJIB ZALIM, TAK BOLEH TUNGGU SABTU INI 17 MEI] Kad Kenduri Anak Mat Said Dah Keluar, Tempat di Kediaman Menteri Besar Terengganu

Posted: 12 May 2014 11:04 PM PDT


(SURAT 3 ADUN Kijal, Bukit Besi & Ajil, 3 LAGI ADUN BAKAL KELUAR UMNO?) DUN Terengganu kini BN-14, PAS-14, PKR-1 dan Bebas-3

Posted: 12 May 2014 09:08 PM PDT


Kuala Lumpur: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud mengumumkan keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.

Ini menjadikan tiga wakil rakyat Umno/BN Terengganu keluar parti sejak perubahan jawatan Menteri Besar semalam.

Malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti serta- merta.

Peletakan jawatan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal turut disertai ADUN Ajil, Ghazali Taib yang juga EXCO Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas.

Berikutan perkembangan terbaru itu, kedudukan kerusi DUN Terengganu kini BN-14, PAS-14, PKR-1 dan Bebas-3.




Senarai keselurunan Adun UMNO yang dikatakan akan meninggalkan UMNO adalah seperti berikut:

1. YB Dato Sei Ahmad Said  [mantan MB] -  DUN Kijal

2. YB Ghazali Taib [mantan EXCO] - DUN Ajil

3. YB Dato Mohd Jidin Shafee [mantan EXCO] - DUN Permasuri

4. YB Ir Rosli Othman [mantan EXCO] - DUN Kemasik

5. YB Nawi Bin Mohamed [mantan EXCO]  -  DUN Hulu Besut

6. YB Roslee Bin Daud  [mantan EXCO] DUN Bukit Besi 

Walau bagaimanapun, ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafie dan ADUN Kemasik, Rosli Othman telah MENAFIKAN mereka KELUAR UMNO. Kedua-duanya sahkan perkara itu ketika dihubungi pagi tadi.

13/5/2014 (KRISIS MB TERENGGANU) 3 KELUAR UMNO, Mat Said (ADUN Kijal), Ghazali (ADUN Ajil) dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud umum keluar Umno

Posted: 12 May 2014 06:52 PM PDT


Kuala Lumpur: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud mengumumkan keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.

Ini menjadikan tiga wakil rakyat Umno/BN Terengganu keluar parti sejak perubahan jawatan Menteri Besar semalam.

Malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti serta- merta.

Peletakan jawatan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal turut disertai ADUN Ajil, Ghazali Taib yang juga EXCO Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas.

Berikutan perkembangan terbaru itu, kedudukan kerusi DUN Terengganu kini BN-14, PAS-14, PKR-1 dan Bebas-3.

Terengganu Bakal diperintah PAS


Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungi Malaysiakini awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:

"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.

"Insya-Allah ada lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Abd Razif Dilantik MB Terengganu Baharu

Posted: 12 May 2014 07:33 AM PDT


KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin.

"Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014.

"Baginda telah memperkenankan pelantikan Adun Seberang Takir Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda," katanya.

Najib berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.

Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.

Ahmad Razif sedang berlatih mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu ketika menanti ketibaan Sultan Mizan Zainal Abidin. Sambil diperhati oleh Setiausaha Kerajaan (SUK), Datuk Mazlan Ngah di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, sebentar tadi. - Foto Sinar Harian

SULTAN Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyampaikan watikah pelantikan kepada Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada Majlis Istiadat Perisytiharan Pelantikan dan Lafaz Sumpah Jawatan Menteri Besar Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, hari ini. 



Ahmad Said sah letak jawatan MB Terengganu

Posted: 12 May 2014 04:51 AM PDT


KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno negeri di sini hari ini.
 
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan siapa bakal menteri besar baharu Terengganu untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, 57.
 
"Saya datang jumpa Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...seperti dimaklumkan ada pertukaran (Menteri Beasr), saya maklum balas dan mereka terima dan tiada masalah, memang betul ada pertukaran.
 
"Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baharu) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak Istana," katanya kepada kepada pemberita selepas selesai perjumpaan itu.
 
Katanya pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada Umno di Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti. - Bernama
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...